Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie

Tuesday, August 9, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt


Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie  |  Holaaa.. Korang tengok tak telemovie ni semalam kat TV9.. Bibah Bebel lakonan mantap dan comel adik Puteri Balqis sebagai Bibah yang suka membebel.. hehe.. Comel jerk watak yang dibawa... Kuat membebel.. Habis semua orang dalam rumah dia bebelkan.. Tapi bebelan dia bukanlah bebelan kosong tetapi berisi... Cam mak-mak kite dedulu.. Ahakzz.. Jom baca sinopsis cerita ni dulu sebelum menonton telemovie nye..

Sinopsis Telemovie Bibah Bebel, Skrin TV9

Judul : Bibah Bebel
Penerbit : Zeel Productions
Pengarah : Shuhaimi Lua Abdullah
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2016 / 8.30 Malam
Slot : Skrin Di 9, TV9
Pelakon :- 
Puteri Balqis, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Maisara, Fendi Seman, Norhayati Talib

Telemovie BIBAH BEBEL bergenre komedi ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Bibah (Puteri Balqis) yang telah ditinggalkan dalam jagaan datuk dan neneknya di kampung. Kedua ibubapanya iaitu Daud (Fahrin Ahmad) dan Jamilah (Elly Mazlein) baru sahaja habis belajar di London, dan mereka membawa bersama abang dan kakak Bibah iaitu Danial dan Arissa bersama ke sana. Dan setelah pulang semula ke Malaysia, Daud dan Jamilah, mengambil semula Bibah untuk tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur.

Malangnya, Bibah terlalu terikut-ikutkan perangai neneknya yang kuat membebel. Bibah terlalu pembersih, dan mahukan keluarganya lengkap serba serbi semuanya. Malangnya, abang dan kakaknya pula rimas kerana Bibah selalu membebel dan menasihatkan mereka setiap masa, tidak kira siang dan malam, sehinggakan kedua mereka meluat dibuatnya dengan sikap Bibah.

Hari ke hari, sikap Bibah yang semakin bertambah rancak ‘membebel’ menambahkan pula tekanan pada Daud dan Jamilah, yang semakin hari pula dibebani dengan beban kerja. Akibatnya. Bibah sering dimarahi. Namun, Bibah langsung tidak mengambil hati kerana apa yang dia bebelkan itu demi kebaikan keluarganya yang tersayang. Pelbagai aksi lucu terjadi sepanjang Bibah membebelkan keluarganya di rumah.

Sehinggalah pada suatu hari, apabila berlakunya kejadian yang tidak disangka sehingga menyebabkan Bibah tercedera dan koma beberapa hari. Keadaan itu, menyebabkan ahli keluarganya berasa sunyi dan rindukan bebelan semula Bibah. Namun, adakah Bibah akan kembali membebel dan menceriakan kembali keluarga Daud dan Jamilah?  

Sumber : [SINI]


Jom tonton full telemovie BIBAH BEBEL..




Read More

Why Does It Take You So Long?

Monday, August 8, 2016

6 comments
Assalamualaikum wbt..


Why Does It Take You So Long? | Reality atau fantasi..? Inilah realiti.. Huhu.. Sering kali terjadi pada mommies yang berkerjaya... Pagi-pagi kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk dihantar ke pengasuh... Lepas siap anak-anak baru siapkan diri sendiri... 

Rutin bagi aku sendiri, bangun pagi seharusnya siapkan diri sendiri dulu baru siapkan anak.. Kalau siapkan anak dulu mesti tak sempat... Dah anak bangun mesti banyak kerenah dia nak dilayan.. So, better aku siapkan diri sendirik dulu.. Dah siap diri sendiri baru uruskan anak.. Hehe.. 

Itu pown sebab aku anak baru sorang.. Kalau dah dua tiga orang tataw la macam mana.. Kene ada pengurusan masa yang betul... Kalau suami turut membantu dalam menyiapkan anak pepagi tu dah dikira untung badan dan bonus.. Kalau dapat suami yang hanya pentingkan diri sendiri dan menganggap urusan siapkan anak atau menguruskan anak ni adalah tugas sang isteri sahaja, memang agak susahlah bagi seseorang isteri itu...

Kebanyakan isteri sekarang berkerjaya.. Zaman sekarang kalau sorang aje yang bekerja mesti tak cukup untuk menampung kewangan keluarga.. Semuanya mahal sekarang.. Tak de yang murah.. Masuk toilet pown dah 50 sen kowt sekarang.. Huhu.... Dah isteri pown bekerja untuk tolong kewangan keluarga, tak salah kowt para suami tolong isteri dalam pengurusan rumahtangga.. Sama-sama membantu antara satu sama lain.. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Tak gitu?? 

Renung-renungkan dan selamat beramal..!!


Read More

Segmen Blogger Aktif 2016 - Maria Firdz

3 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Segmen Blogger Aktif 2016 - Maria Firdz  |  Holaaa... New segmen by blogger Maria Firdz... Apa best dengan segmen ni?? Haaa Sape-sape yang join segmen ni akan dimasukkan terus ke dalam Bloglist Maria Firdz.. Pastu ada agik.. 15 orang yang terpilih akan menjadi rakan utama dalam blog beliau.. Kirenye cam VViP laa.. hehe..

Syarat pown mudah-mudah aje.. Tak menyusahkan.. So, apa agik jom la join reramai.. Support member kita ni... Lea dah joinn... Wohaa..!!


Segmen Tamat
15.08.2016 (11.59 pm)


Read More

Tonton M.A.I.D [2015] Full Episod

No comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton M.A.I.D [2015] Full Episod  |  M.A.I.D, drama adaptasi novel ini dah bersiaran tahun lepas sebenarnye.. Tapi sekarang disiarkan balik di Astro Prima... Aku rasa cam tak pernah tengok lagik cite ni.. Sebab apa yekk?? Haha tentu la sebabnye dulu drama ni bersiaran di Astro Ria.. Mak ada Njoi aje nakkk kat umah.. Tak koserrr mak nak langgan Ria semata-mata nak tengok drama ni.. Haha.. Dulu tak boleh tengok tapi sekarang dah boleh tengok.. Walaupun dah ketinggalan zaman.. Ye dakk..??


Eceli, aku dah baca ye novel M.A.I.D ni.. Novel M.A.I.D ni juga salah sebuah novel yang aku suka jalan ceritanya.. Ada kelakar.. Ada sedih.. Ada gembira.. Best novel  ni.. Kebanyakan novel keluaran Kaki Novel memang best.. Tak caye sila beli dan baca ye... Haha..

Okeh.. Untuk drama M.A.I.D ni, watak utama dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Ayda Jebat.. Pasangan sensasi lagik serasi.. hehe.. Manakala pengarahnya pula adalah Michel Ang.. Nak tahu cite ni best ke tak.. sama hebat dengan novel ke tak... Jom tonton full episod drama ni... Tonton sama-sama dengan aku yek.... Tak de geng ni.. Ahakzz..


>>>>> M.A.I.D FULL EPISOD <<<<<
( 20 episod )


Read More

Adakah Allah Akan Ampunkan Aku..??

Friday, August 5, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Adakah Allah Ampunkan Aku..??  |  Salam Jumaat buat semua... Moga hari ni memberi keberkatan pada kita... Kita ni sebagai manusia tak lepas dari melakukan dosakan.. Dosa yang dibuat makin hari makin bertambah kalau tak sedar untuk menghapuskannya dengan bertaubat.. Taubat kita tu adakah sebenar-benarnya taubat?? Hanya kita dan DIA sahaja yang tahu kan.. Okeh.. Satu persoalan yang akan sentiasa kita tertanya-tanya dalam diri kita.. Apakah?? Jom teruskan pembacaan ye..


"Kalau kita bertaubat, kemudian kita ulang dosa yang sama, kemudian bertaubat, kemudian ulang dosa semula, adakah Allah akan ampunkan kita?"

Sebelum saya jawab, saya nak beritahu, apakah erti taubat? 

Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1) Taubat maksudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat... RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2) Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Adakah kata-kata taubat kita itu hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! 

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA

3) Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. 

Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4) Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

"Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Wallahua'lam.

Moga Allah ampunkan kita semua!


Credit : Ustaz Adnin - Tarbiah Sentap

Moga penulisan dari Ustaz Adnin di atas memberi manfaat kepada kita...


Read More

Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits

Thursday, August 4, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits  |  Mownink uolls.. Hari ni agak membizi dengan kerja.. Pagi ni aku amek kesempatan untuk join Segmen pencarian bloglist untuk blog gadisgenits yang dianjurkan oleh Wanny ni... Seperti biasa aku kene setelkan segala syarat yang ditetapkan.. Tengok syarat apa yang ada...

Syarat-syarat :

  • Wajib follow blog ini dan sini juga. 
  • Buat satu entry yang bertajuk " Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits "
  • Tag 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu)
  • Pastekan link blog korang di komen entry ini.

Oh tag rakan blogger belom lagi... Jom tag.. Tengok sape yang kene.. hehe..


Tarikh Last Segmen
15 Ogos 2016

Read More

Giveaway Follow dan Like MY

Wednesday, August 3, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..

Klik banner untuk join

Giveaway Follow dan Like MY  |  Pagi-pagi dah skodeng blog kengkawan yang mana buat GA.. hehe.. Pagi ni nak join 2 GA dulu... Support kengkawan.. Kali ni aku join GA by Blogger Mieza Suhaini... Semua syarat yang ditetapkan dah aku bereskan.. Penganjur mencari 3 orang sahaja pemenang.... Jom la join support member-member... 

GA Tamat
14 Ogos 2016


Read More