First Giveaway by Anis Khalilah

Monday, June 13, 2016

6 comments

Assalamualaikum wbt..



First Giveaway by Anis Khalilah |  Hola.... Lea Azleeya join GA lagi... GA kali ni agak berbeza sikit.. Peserta dikehendaki buat karangan atau lebih tepat seperti yang disyaratkan, meminta kita ceritakan serba sedikit tentang ibu kita... Hiks.. Oh lupe.. GA ni dianjurkan oleh Blogger Anis Khalilah.. 

Okeh jom dengar cerita aku tentang Ibu kesayangan aku... Ahakz.. 

Adehh tak de gambar pulak yek.... !! Tak pe la, sebab wajah Ibu aku sentiasa ada dalam hati aku.. cewahhh...!!

Okeh.. Aku mulakan ye.. 

Aku perkenalkan nama Ibu aku dulu.. Nama Ibu aku Mariam.. Aku panggil Ibu aku dengan gelaran Emak.. Ye Emak.. Adik beradik semua panggil Emak.. Bukan adik beradik sahaja yang panggil 'Emak' tetapi ada sebilangan besar cucunya pown panggil dia 'Emak'... Jadinya dia akan sentiasa muda haha...!! 

Emak aku seorang yang kuat bekerja.. Aku ibaratkan emak aku ni sebagai Iron Women.. Dia seorang yang setia kepada ayah aku... Walaupown kadang-kadang berselisih faham.. Biasalahkan suami isteri.. Bak bait-bait lagu P.Ramlee - Sedangkan lidah lagi tergigit.. Inikan pula suami isteri... Haha.. Nyanyi pulak dahh... Okeh aku teruskan lagik.. Apa sahaja kerja yang ayah aku buat pasti dibantu oleh emak aku.. Kerja terdahulunya, Menoreh getah.. Dia turut serta membantu.. Tak kira hujan panas.. Bahaya berhadapan dengan binatang buas.. Nyamuk.. Unggas.. Semua dia harungi bersama-sama ayah untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga...

Setelah tinggal di kawasan Felda.. Ayah sebagai Peneroka dan dia juga turut serta membantu ayah di ladang kelapa sawit.. Mengangkat buah kelapa sawit dengan kudrat yang dia ada.. Bayangkan betapa beratnya kelapa sawit untuk diangkat oleh seorang wanita.. Buka setandan tetapi bertandan-tandan didalam kereta sorong ke jalan utama... Dalam pada bekerja tu, macam-macam bende dah jadi pada dia.. Di sengat tebuan.. Nyaris-nyaris dipatuk ular... Terpijak paku... Macam-macam lagi la.. Tapi dia tetap kental untuk terus membantu ayah dalam mencari rezeki untuk kami.. 

Bila sampai musim membaja.. Dialah yang paling kuat membantu... Bila musim menanam anak pokok baru.. Dia juga lah yang berusaha membantu ape yang patut.. Apa sahaja kerja diladang dia akan turut serta membantu seolah-olah dia seorang lelaki... Pendek kata, kudrat dia sama saja dengan kudrat ayah aku... 

Itu baru sahaja kerja di luar.. Tak termasuk kerja di rumah... Segala urusan dia uruskan sendiri.. Memasak.. Mengemas.. Membasuh... Apa sahaja urusan rumah dilakukannya sendiri.. Waktu rehatnya adalah waktu tidurnya.. Tidurnya hanya sekejap... Pukul 10 malam atau 11 malam tidur.. Pukul 3 pagi dah bangun untuk urusan esoknya pula.. 

Itu lah wanita kebanggaan kami sekeluarga... Emak kami yang sangat-sangat kami sayang dan kami kagumi.. Rasanya kami adik beradik tidak dapat menandingi kehebatan dia... Dialah wanita paling anggun dan SASA dihati kami.. haha.. 

Catatan untuk Mak...
Mak kami sayang Mak sangat-sangat.. Tiada ganti dah Mak kat dunia ni.. Mak lah satu-satunya Mak kami... Kami doakan Mak sentiasa dibawah lindunganNYA dan diberi kesihatan yang baik serta mendapat kebahagian didunia dan akhirat... Luv U Mak.. X0X0... 

Fuhhh panjang jugak karangan aku.. Okeh settle.. 

Dengan Lafaz Bismillah aku join GA ni... :)


Read More

Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pica from Tarbiah Sentap


Jangan Sisihkan Orang Yang Nak Berubah |  Semalam aku dok baca buku Tarbiah Sentap 3... Pagi ni rasa terpanggil untuk aku share kat sini satu artikel dalam buku tersebut yang aku sendiri rasa menarik dan terbaik... Semalam aku dah share artikel ni kat facebook aku sebenarnya.. Hari ni nak share kat sini lak.. Jom baca...

JANGAN SISIHKAN ORANG YANG NAK BERUBAH

Bila orang nak berubah, mengapa perlu kau pandang rendah, UNGKIT KISAH SILAMNYA dan patahkan semangat serta pertikaikan niat baiknya?

Mengapa perlu begitu??

Umar Al-Khattab yang pernah berniat nak bunuh nabi, bila dia masuk islam, nabi sambut dengan kegembiraan!!

Khalid Al-Walid yang telah menjadi dalang utntuk kemenangan kafir quraisyh ke atas umat islam tika perang uhud, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Amru Al-Asr, yg menjadi wakil kaum musyrikin untuk menghalang umat islam tika mereka berhijrah ke habsyah, bila dia masuk islam, nabi dan sahabat sambut dengan kegembiraan!!

Persoalannya :-

"Mengapa perlu kau sisihkan dan pulau mereka-mereka yang mahu berubah??"

Adakah dikau DENGKI?
Adakah dikau BENCI perubahannya?

Atau....

Adakah dikau bencikan kebaikan, dan dikau membenci orang yang ingin melakukan kebaikan?

Muhasabahlah bersama wahai temanku..

Berilah harapan dan bimbinglah mereka-mereka yg MAHU berubah..


sumber : Team Tarbiah Sentap
#tarbiahsentap3


Read More

Hari Ke-8 Puasa

2 comments


Hari Ke-8 Puasa | Tup tap tup tap dah hari ke-8 puasa yek.. Sekejap je masa berlalu.... Kang tetiba dah raya... huhu.. Cam biasa sabtu ahad aku memang bercuti berblog... Insyaallah sikit masa lagi bolehla berblog di hari cuti dengan lebih selesa.. 

Korang camne?? Puasa penuh atau dah terbabas tinggal puasa... hehe.. 

Aku dua tiga hari ni alhamdulillah rezeki banyak sangat.. Melimpah ruah.. Ada aje undangan untuk berbuka puasa... Syukur sangat... Macam-macam menu dah masuk kedalam perut ni time berbuka.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah... Terima kasih kepada yang sudi menjemput kami sekeluarga... hiks..

Hari ni tataw lagik plan masak ape.. Semalam sebenarnya dah siap-siap masak.. Then ada pulak call masuk jemput berbuka puasa di rumahnya.. Huhu.. Untuk tak menghampakan orang, aku terima undangan tu.. Lauk yang aku dah masak tu, buat bersahur aje la.. 

Puasa tahun ni meriah sikit.. Meriah dengan undangan berbuka.... hehe.. 


Read More

Giveaway Ramadan 2016 By NurAlja

6 comments

Assalamualaikum wbt..


Giveaway Ramadhan 2016 oleh NurAlia adalah satu cara untuk mengenali blogger lain disamping merapatkan ukhwah terutama pada blogger baru.. Jom meriahkan lagi Giveaway ini yang berlangsung dari 10 - 13 Jun 2016 Sahaja...


Pendapat aku tentang Blog NurAlia :-

1.  Dari segi template, bagi aku sangat menarik dan chomel.. Dari segi pemilihan warna.. Biru pink... Ohsem.. Susun atur yang kemas..

2.  Dari segi penyampaian atau entry blog pula, sangat best sebabnya banyak buat review... Tips2 yang berguna.. Tak membosankan bila baca setiap entry yang di upkan..

Wahh pendapat dah cam juri lak aku ni.. haha..!!


Tarikh Giveaway
10 - 13 Jun 2016


Read More

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Friday, June 10, 2016

15 comments

Assalamualaikum wbt..


Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru | Hai korang..!! OK tak pagi ni?? hehe.. Pagi ni tengok dekat ruangan cit-cet, ada jemputan join giveaway oleh rakan baru dari  blog Nafas Baru, Nurina Izzati... 

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:
1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
2. Purse Kipling x 1
3. Keychain Vietnam x 7


Syarat-syaratnya :-

1. Follow blog ini. - Done
2. Subscribe YouTube channel : Nims Productions - Done 
3. Buat satu entry bertajuk “Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”. Copy banner di atas dan link ke entry ini. - Done
4. Tinggalkan link entry anda di bawah post ini. - Done
5. Kalau tak keberatan sila nyatakan anda follower ke berapa dan subscriber ke berapa di YouTube supaya senang untuk disemak. (bagi follower dan subscriber baru) - Done ( blog #1264 | Utube #96 kowt.. hehe tak pasti tengok kat mane nombornye.. hiks.. )


Bila tengok hadiah... Hurmm MENARIK... Then tengok syarat lakk.. MUDAH... So, dengan senang hatinya aku join giveaway ni.. Yey...!! Disamping itu memang dah terniat nak support kawan-kawan yang buat giveaway... Alhamdulillah syarat tak susah.. Kalau syaratnya agak rumit, fikir 10 kali jugak nak join... Sebabnya di tempat aku ni melayar internet adalah agak terhad ye.. FB tak boleh.. Twitter pown tak boleh.. hehe...

Jom ar reramai join giveaway ni.. Leh la support antara satu sama lain disamping berkenal-kenalan antara kita..



Read More

Review Novel | Pengantinku Jatuh Dari Langit by Mia Kiff

Thursday, June 9, 2016

1 comment

Assalamualaikum wbt..


Pengantinku Jatuh Dari Langit by Mia Kiff | Alhamdulillah semalam baru selesai aku habiskan baca novel ni... Bercita-cita jugak nak habiskan sebabnya dapat baca sikit-sikit aje dalam satu-satu masa... Tak punya masa dan kesempatan yang terluang... Sebelum aku buat review aku tentang novel ni, aku nak up dulu sinopsis novel ni... 

Sinopsis :-  

RINIETA AINI - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings. 

WALAUPUN pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya... 

Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.” 

Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam. 

Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah. 

How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar. Berjela lagi Arfy marah di dalam Bahasa Inggeris sebaik melihat cleaner itu terkebil-kebil sahaja.  

Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih. Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?” Pinta Rinieta, senyum tawar. 

Arfy Qhairant menggeleng. Sabar sajalah menghadap pekerja bawahan seperti gadis ini. 

NAMUN kerana salah faham dan tanpa dijangka, perempuan itu yang Tuk Mummy mahu jodohkan dengan Arfy. Datuk Khadijah menyangka Rinieta kekasih Arfy. Banyak perkara menjurus ke arah situ lalu plan menjodohkan cucu yang fobia mahu bernikah ini dijalankan… 

Cucilah otak Arfy bagi bersih. Banyak sangat kotoran dalam otak dia. Biar dia sedar sikit, langit itu tinggi atau rendah. Hanya cinta saja penawar segala masalah, cinta pada Allah, Rasul dan manusia. Jadilah cinta hati Arfy yang mampu menghilangkan belenggu yang memenjarakan dia selama ni. Bahagiakan hidup dia, ya.” – Tuk Mummy 

Kau dengar sini, sampai aku dapat segala harta yang aku nak, sehingga itulah kau akan menjadi isteri aku. Faham?” – Arfy Qhairant 

Jangan kita mencari kesempurnaan, tapi keikhlasan yang akan menyempurnakan kita,” – Rinieta Aini 

BERJAYAKAH pertelingkahan hero ego yang punya A hampir semua subjek dengan heroin lurus bendul yang ada D hampir semua subjek tatkala sebumbung? Bagaimana pula perasaan dan tindakan Arfy apabila adik kesayangannya yang baru pulang dari luar negara jatuh cinta dengan ‘orang gaji’nya itu aka isterinya yang dianggap ‘alien’!



Review aku :-

Ok aku cerita dulu yek serba sedikit jalan cerita novel ni..... Last nanti baru aku bagi bintang kat novel ni ekk... Aku buat review pendek aje la yek.. Masa tak mengizinkan aku menaip dengan lebih panjang.. haha.. First baca novel ni kita dikenalkan dengan watak Rinieta Aini, watak utama dalam novel ni.. Kira heroin la.. Hehe Panggilan manja dia Rin.. Rin ni datangnya dari kampung.. Dia anak yatim yang tinggal dengan Opah Milah di kampung... Ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya pula entah kemana menghilang.. 

Dah habis belajar dia tolong Opah Milah berniaga kuih di kampung nya.. Sampailah dia disuruh oleh Opah Milah untuk berhijrah ke KL bagi mencari pekerjaan disamping menjejak ayahnya... Fatimah rakan sekampung dengan Rin telah mendapat pekerjaan terlebih dahulu daripadanya di KL.. Ini memudahkan Rin untuk berhijrah ke KL kerana dia boleh menumpang tinggal di kediaman Fatimah kawan baiknya itu..

Rin hanya berkelulusan SPM.. Itu pown keputusan SPM nya tak berapa nak ok... Jadinya dia buat keputusan untuk mencari pekerjaan sebagai tukang cuci sahaja sebagaimana kelayakan akademiknya... Pada awalnya dia diterima bekerja sebagai kerani di syarikat Menara Mercu Holding... Itu pown bukanlah kerana kelulusan yang dia ada.. Ianya pertolongan daripada Ayman Heyqal adik kepada CEO syarikat tersebut yang Rin kenal sewaktu tragedi lemas di kampungnya tempoh hari... Dimana Rin telah menyelamatkan Ayman Heyqal daripada lemas... Dari situlah perkenalan mereka bermula..

Semasa Rin menjawat jawatan kerani tersebut, terjadilah kejadian yang tidak ingini, dimana dia telah merosakkan mesin fotostat syarikat tersebut dan telah dimarahi oleh CEO dan dia meminta maaf serta berjanji untuk menggantinya tetapi dia memohon untuk diterima bertugas sebagai tukang cuci disyarikat itu seperti yang menjadi cita-citanya sebelum ni... Ingin menjadi Cleaner yang hebat dan berjaya.. Haha.. Aduhaii Rin..

Rinieta Aini adalah seorang yang lurus bendul... Tetapi dia berpegang teguh akan ajaran Islam... CEO syarikat Menara Mercu Holding, Arfy Qhairant... Seorang yang bongkak dan sombong serta berego yang tinggi... 

Dipendekkan cerita, terjadinya perkahwinan antara Rinieta Aini dan Arfy Qhirant adalah angkara Tuk Mummy yang memaksa dorang supaya berkahwin di atas salah faham yang berlaku antara mereka bertiga.. Tuk Mummy ni nenek kepada Arfy Qhirant ni... Orang yang baik dan tidak memilih pangkat atau darjat untuk dijadikan menantunya... Cleaner pown okey ajee... Janji berhati baik... 

Dalam perkahwinan mereka yang tidak diikhtiraf oleh Arfy menyebabkan Rin dijadikan oleh suaminya sendiri sebagai Orang Gaji... Dia jijik dengan cleaner sebenarnya.. Tak suka.. Benci.. Kotor.. Jijik.. Itulah perasaan dia terhadap cleaner yang dah pown jadi isterinya tu... Sepanjang perkahwinan dia tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap Rin.. Rin selalu diherdik.. Dikeji.. Dibenci... Dimaki... Tapi Rin hanya wat lek wat pisss aje.. Haha.. 

Dipendekkan cerita lagik... Rupa-rupanya Rin tu cucu kandung kepada Tuk Mummy sebenarnya... Pak Su Arfy atau lebih tepat anak Tuk Mummy iaitu Rashidi yang telah menghilang diri setelah perkahwinannya di pecah belahkan oleh Tuk Mummy sebelum ni adalah ayah Rienita Aini.. 

Nak tahu cerita selanjutnya... Bagaimana hubungan suami isteri Rienita Aini dan Arfy Qhirant seterusnya?? Nak tahu kene la beli novel ni.. Baca sendiri baru best...

Bagi aku cerita ni pada permulaannya agak bosan dan ayat yang digunakan agak detail dan tak berapa nak santai... Tapi lama-lama baca jadi syok dan dah tak kisah ayat yang digunakan yang agak membosankan tu... Cuba la korang baca... Best cite ni... Aku kasi 4 bintang dari 5 bintang.. Haha...

Adoiii panjang jugak rupanya aku menaip... hiks.. K-Bai...!!



  
Read More

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016 | Korang dah tahu ke kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri korang.. Kalau belom tahu, mai aku kasi tau kat sini.. hiks.. Mungkin ada yang berbeza dari tahun sebelumnya.. Jom kita lihat..


Sumber : MySumber

Ada beza tak untuk negeri korang...?? Kalau cam aku, negeri pahang tiada perubahan... Menten RM7.00.. hehe..

Ok la untuk korang selamat menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah ye.. 


Read More

Kewajipan Membayar Zakat Fitrah

No comments

Assalamualaikum wbt..


Kewajipan Membayar Zakat Fitrah | Bila dah masuk bulan Ramadhan aje terus teringat tentang kewajipan kita menunaikan zakat fitrah kan... Korang dah settle belom bayar zakat fitrah ni? hehe.. Aku belom agik.. Itu kewajipan encik somi untuk membayarnye.. hiks..

Zakat Fitrah ni merupakan kewajipan fardhu ain tau ke atas setiap umat Islam.. Tujuan kita melaksanakan kewajipan membayar zakat fitrah ni adalah dapat membersih dan menyucikan jiwa kita yang berpuasa ni daripada perkara-perkara yang sia-sia dan seterusnya dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.. Sebab itu lah pentingnya kita melaksanakan tanggungjawab ini..

Okeh jom kita tengok lagi yang berkaitan dengan zakat fitrah ni.. Kiranye macam ulangkaji balik la ni.. hehe..


Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:
1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Oke la sampai sini aje la kita ulangkaji yek... Jangan lupa bayar zakat fitrah tau... 

Read More

First Giveaway Ramadhan 2016 by Ayu Barbydol

7 comments

Assalamualaikum wbt..

First Giveaway Ramadhan 2016 by Ayu Barbydol | Yeahh!! Join giveaway lagi yang entah ke berapa kali dalam bulan ramadhan ni.. Tak kira pulak.. huhu.. Kali ni aku nk join GA by Ayu Barbydol.. Support member-member ape salahnya kan.. 

Klik banner untuk join sama

Ini adalah first giveaway Ayu Barbydol dalam bulan ramadhan ni.. Ayu mencari 3 orang pemenang ye untuk memenangi Tudung & Simcard XOX... Syarat-syarat pown mudah aje tak merumitkan...

Syarat-syaratnya ialah :-

1. Buat 1 entry yang bertajuk FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL
4. Follow Instagram : Ayu Barbydol , De'Ayu Boutique & MMP
5. Copy code dibawah dan paste diruangan HTML okey !! 

** Maaf tak dapat copy code tersebut**

6. Tinggalkan link di Comment di bawah ini 
7. Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang


Jom join ramai-ramai support member kita ni.. :)


Tarikh GA

07 Jun 2016 - 30 Jun 2016


Read More

Bantuan Khas RM 500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

No comments

Assalamualaikum wbt..


Bantuan Khas RM 500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri | Semalam kecoh-kecoh berkenaan pengumuman bonus raya.. Bertebaran gambar-gambar screen shot yang dihantar melalui whatapps dan telegram.. huhu... 






Bila dah pengumuman di buat, ini bermakna berita tersebut adalah benar-benar belaka.. Bukan lagi palsu.. hehe.. Syukur Alhamdulillah.. Ada rezeki untuk sambut raya nanti.. Korang apa plan untuk dibuat dengan duit RM 500 nanti?? Untuk raya atau ada plan lain?? hiks..


Untuk baca artikel penuh berkenaan bonus raya ni boleh klik SINI ye... 
Read More

Maafkan Saya....

Wednesday, June 8, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Hai korang.. Selamat petang... Korang dok wat pe tu?? Tidoq kaa... Kalau tidoq tu jangan lelama.. Tak elok untuk kesihatan di bulan puasa ni... haha.. Ehh kenapa yek aku mintak maaf tu?? 

Ankel Jonni pinjam komik lagik sekali ye.. Halal ekk.. hiks..

Cam ni citenye.. Aku nak mintak maap kat korang yang sudi menjelajah kat blog pinggiran aku ni sebabnya waktu aku berblog agak terhad.. Mungkin tak berkesempatan nak berblogwalking kat blog rakan-rakan.. Kadang-kadang terkejar-kejar aku jelajah blog yang mane sempat... Kebiasaannya aku akan jelajah blog kengkawan melalui komen-komen yang diberikan di entry blog aku dan juga yang tinggal jejak dekat ruangan Cit-Cet aku yang berbunga-bunga segar tu.. Haha..

Hurmm tu pown kalau ada masa yang agak terluang.. Kadang-kadang bukak blog pown semata-mata nak update blog.. Pastu terus tutup.. Nak approve comment pown melalui hp.. Huhuhu.. Kerana masa aku hanya di opiz ye.. Kat rumah nan had0o0o.. Kalau guna hp mau kematu mata aku mengadap skrin... Kang tak pasal-pasal berspek lak mak nakkk...!! Tak nokkk leeeeee temannn.. Bio le dulu...


Pape pown aku berterima kasih sangat-sangat pada pengunjung-pengunjung blog aku yang usang ni.. Korang memang best... Dan aku nak mintak maaf sekiranya tak berkesempatan nak blogwalking blog korang yek.. Aku akan usahakan jugak untuk blogwalking walaupown dalam kadar yang terhad... 


Sudi-sudikanlah korang tinggalkan jejak korang dekat ruangan cit-cet aku tu supaya aku mudah nak jejak balas blog korang walaupun korang tak tinggalkan komen kat entry aku... Rasa bersalah bila tak dapat nak balas jejak korang tau.. huwaaa....

Babai korang...!!


Read More

Giveaway Buku {Pre-Loved} Jun 2016

6 comments

Assalamualaikum wbt..

Giveaway Buku {Pre-Loved} Jun 2016 | Pagi ni dok scroll entry-entry terbaru dari rakan-rakan blogger, ternampak lak blogger Kim-Chaa buat giveaway buku.. BUKU..!! Menarikkk... Terus aje buat entry ni untuk turut serta.. Mana la tau kowt-kowt ada rezeki untuk menang giveaway kali ni.. Sonokkknyeeeee dapat buku.. haha.. Meroyan buku betul aku ni kan... 

Klik banner untuk join

Giveaway ni blogger kim chaa buat sempena bulan kelahiran dia.. Hehe sama pulak dengan bulan kelahiran aku.. ahakz.. Pastu untuk penyertaan giveaway ni blogger mintak kita pilih satu atau dua buku yang berkenan di hati dan nyatakan kenapa kita nak sangat buku tu.. Jadinya, kat sini aku pilih satu buku aje.. 

ESC - Budak Tomato

Treeeennnngggg aku pilih buku ni.. ESC by Budak Tomato... Kenapa aku nak sangat buku ni?? Korang nak tau keeee?? huhu.. Meh aku kaboo ke korang... Ni sebab musababnya..

Pertamanya.. Seperti yang korang tahu, ehh mungkin ada yang belum tahu.. aku ni HANTU buku... Ulat Buku... Peminat buku kronik... Sebab itu la bila ada giveaway yang menawarkan hadiah buku aku jadi meroyan tak tentu hala nak join sama.. Tak kasi pown nak join jugakk..Tak kireee.. haha..!!

Keduanya.. Sebelum ni aku dah usha-usha buku ni.. Carik review tentang  buku ni.. Biasa la bila nak beli sesebuah buku mesti aku carik dulu dekat tenet review tentang buku yang nak di beli.. Kebetulan buku ni pown dalam pemerhatian aku ohhh...!! Review yang aku dapat dari pencarian aku di internet, ternyata buku ni best dan tak rugi untuk dibaca... 

Ketiga.. Buku ni juga setahu aku ada juga berunsurkan islamik.. Ada berkenaan dakwah.. Ukhuwah.. Pengorbanan.. dan bagai-bagai agik... Yang paling penting penulisannya adalah santai mantai aje.. Nak baca pown seronok aje.. Tak berat sangat.. Paling best bila ceritanya berkaitan dengan kehidupan kita.. Haaa itu la yang aku dapat dari hasil siasatan aku mengenai buku ni... 

Haaaa tula sebabnya aku pilih buku ni... Rasa teruja nak baca buku ni.. Kalau menang buku ni alhamdulillah syukur sangat-sangat.. Tak perlu lagi aku keluarkan duit untuk beli buku ni.. Boleh spend untuk beli buku lain pulak.. hiks.. 

Korang nak join klik aje banner atas tu ekk... Jom la join ramai-ramai support member kita ni.. Tak menang pown boleh kenal-kenal antara satu sama lain kan... Tak rugi pown.. hehe.. Gut Luck untuk korang yang join...

Thankzz Kim-Chaa buat Giveaway best ni.. :) 


Read More

Hari Ke-3 Puasa

4 comments

Assalamualaikum wbt.

Gambar ihsan google

Hari Ke-3 Puasa | Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang hari ini untuk meneruskan puasa pada tahun ni untuk hari ke-3... Korang bangun sahur tak hari ni?? Makan ape?? Semalam berbuka apa korang..?? hehe..

Semalam aku ada kelas belajar al-Quran.. Jadinya memanglah tak sempat aku masak untuk berbuka.. Awal-awal lagi dah plan untuk memborong kat bazar ramadhan tapi mungkin dah ditentukan ada rezeki aku semalam, ada la pulak orang yang baik hati sedekahkan aku sup ayam dan kari rusa.. Alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak.. Musuh jangan gatai-gatai nak mencarik yee...

Buat pertama kali nya aku dapat makan daging rusa.. Dah gaya rusa masuk kampung lak aku bila dapat kari daging rusa tu.. Haha.. Terjakun lak aku... Mane la tak terjakun, tak pernah makan kowt.. Tetiba aje dapat rezeki cenggitu... Dapatla jugak merasa keenakannya.. hiks.. Tapi semalam aku ada la buat penambahan menu.. Atas request en. somi.. Telur dadar aje.. Haha.. Itu jer la yang sempat untuk aku masak.. Tu pown dah semput-semput waktu dah.. Dah berbuka baru siap telur dadar digoreng.. ngeeee...!!

Gambar en. google yang kasi

Sahur tadi cam biasa la, aku bangun jam 4.00 pagi... Cuma angatkan lauk pauk yang dah siap-siap dimasak dimalam harinya... Bukak periuk check nasi, sekali nasi tinggal sikit aje la pulak... Cuak sekejap... Terus capai periuk then masak nasik.. Fuhh... Semalamnya tertidur awal sebenarnya.. Pukul 9.30 pm dah berlayar yee bersama-sama anak... En. somi pown tak  balik terawih agik.. Tataw la dia balik pukul berapa semalam.. Haha.. Tu penangan mengantuk sangat.. Mengantuk + Letih...So, pagi tadi aku masak nasi dengan masak telur dadar lagik... Lauk yang dah siap dimasak malamnya ikan tenggiri tumis pedas aje pown.. Cukup la untuk bersahur ye dak?? Bukan makan sangat pown pepagi buta... Nak bukak mata pown tak berapa larat.. Ni pulak nak bukak mulut... ekeke.. Tapi kene juga makan sahur untuk amek keberkatannya kan.. 


Moga esok diberikan lagi peluang olehNYA untuk kita berpuasa.. Dapatlah kita menikmati lagi keberkatan dalam bersahur dan berbuka.. Amin.. :)


Read More

Amalan Harian Sepanjang Ramadhan

Tuesday, June 7, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Hai korang...!! Dah lunch ke belomm?? 0oopss..!! Lupa pulak puasa yek.. haha.. Ada yang tak puasa ke ni?? Huhu.. Jangan wehh.. Tak baik ohh tinggal puasa dengan sengaja... Kecuali la kaum wanita, ABC kan.. haha..

Eh korang, sepanjang bulan puasa ni, amalan apa yang biasa korang buat?? Cam aku kat opiz ni, ada buat tadarus al-Quran sepanjang ramadhan ni.... Setiap tahun akan buat tadarus bukan tahun ni aje yang sebetulnya.. Alhamdulillah la ada jugak amalan di bulan puasa ni untuk aku dan staff-staff kat sini lakukan..  ye dakk?? Kalau nak harap dekat rumah, jarang-jarang aje mampu... Dok membizi dengan kerja rumah dan anak.... Bila anak dah tidur boleh la baca Quran sekejap... Si kecik tu tidurnya kejap-kejap pulak tu.. Kalau ada masa panjang pown sebelum solat subuh.. Haaa time tu boleh la pulun habis-habisan baca Quran.. haha....

Kenapa aku tak baca aje Al-Quran depan anak?? Hoh, camne la nak baca ye kalau dia asek  nak merampas aje quran dari aku... Tak dapekkk nyee.. Semua yang aku buat dia nak buat.. Aku baca buku dia nak baca jugak.. Aku nak berHP.. Dia nak jugak.... Dah camnooo tuu... So, kene la carik waktu-waktu yang betul-betul sesuai kan... 

Ehhhhhhh.. dah terbabas dari tajuk sebenar pulak.. Yang sebenarnya aku cuma nak up kat sini amalan-amalan yang boleh kita amalkan sepanjang bulan ramadhan.... Boleh la kita beramal dan menambah pahala.... Juga boleh mencari keberkatan ye di situ kengkawan... haaaaaaaa..


Ada 5 amalan di situ ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian..... 

Qiamullail... Dah bangun awai-awai nak sahur tu leh la sekali rembat qiamullail dulu sebelum sahur.. Pastu dah setel baru sahur...  

Sahur dan berbuka.. Dah nama agik puasa, mesti la ada sahur dan berbuka kan.. Yang ni mungkin tak timbulkan masalah kowt.. Kalau ada pown sahur.. Mungkin ada yang terbabas tak bersahur.. Kalau bab berbuka tu tak mungkin la tak kowt kecuali tak puasa.. haha.. Tapi kengkadang yang tak puasa tu yang lagi lebih dari yang berpuasa... betol tak?? hiks.. 

Solat berjemaah... Yang ni keutamaannya untuk kaum lelaki la.. Tapi ramai jugakkan kaum wanita pergi terawih... Solat fardhu dulu, pastu terus solat terawih.. Banyak wehh tuu pahalanya solat berjemaah ni... Tak caye tanye ustaz.. hehe..

Membaca Al-Quran... Yang ni cam aku cakap tadi la... Banyak sangat kelebihannya bile kita membaca al-quran di bulan puasa ni.. Sebenarnya bukan bulan puasa aje.. Hari-hari biasa pown sama.. Tapi sekarang aku cakap pasal bulan puasa.. So, tumpu pada bulan puasa aje la yek.. Baca la Al-Quran, banyak kebaikan yang kita akan dapat...

Sedekah... Yang ni senjata bagi kita umat Islam.. Bersedekah la.. Terutama bagi mereka yang memerlukan.. Contohnya, Ibu bapa.. Kaum kerabat... Anak-anak yatim... Orang miskin... dan... Orang yang sedang dalam perjalanan... Bersedekah la.. Kita takkan miskin dengan bersedekah.. Bak kata pepatah...  "Jangan takut miskin dengan bersedekah"...


Read More

Contest Jubah By Zaza Iman

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Klik banner kalau nak join sekali k..

Contest Jubah By Zaza Iman | Teruja nak join contest by Zaza Iman ni sebab menawarkan hadiah sepasang jubah untuk seorang pemenang... Jubah memang aku suka.. Hehe.. Beliau mencari seorang pemenang aje.. Dan seorang pemenang lagik hadiah ditaja oleh Tengkubutang... Mane la tahukan ada rezeki bulan puasa ni.. hiks.. Sambil-sambil tu dapat la kenal antara satu sama lain...  

Syarat yang ditetapkan pown tak de la susah mana.. Mudah-mudah aje.. Rasanya dah settle semua syarat yang diberikan aku lunaskan.. cewahh lunaskan tu... Dengan lafaz Bismillah aku join contest ni... yey...!!


www.zazaiman.com ( link kan ) merupakan sebuah blog personal dan lifestyle seharian seorang blogger. Banyak berkongsi tentang motivasi, tip, dan juga review mengenai produk-produk yang pernah digunakan.

Pemiliknya Zaza Iman juga membuat servis cetakan kad bisnes dengan harga hanya RM55 je untuk 3 kotak ( 300 pcs ). Juga menjual secara online produk pakaian. Untuk sebarang tempahan kad bisnes dan lain boleh berhubung terus melalui instagram @byzazaiman

Contest Jubah By Zaza Iman

Berita baik, www.zazaiman.com kini sedang membuat SATU CONTEST iaitu CONTEST JUBAH BY ZAZA IMAN. Dimana hadiah yang ditawarkan adalah :

HADIAH YANG DITAWARKAN 

1 x Miri Jubah @ Riya Baju Kurung By Zaza Iman
1x RM10 Topup by Tengkubutang


Nota ** 
seorang pemenang yang berjaya boleh memilih sama ada mahu
jubah merah atau baju kurung hitam

Sekiranya baju yang dipilih kehabisan stok, maka baju lain akan digantikan dimana anda juga boleh memilih SATU dari  beberapa pilihan yang ditawarkan

Yeahhh..best kan??

Kalau korang nak join boleh klik SINI .   ( copy sampai disini )


4. Hantar URL entri pada ruangan komen ini...


PEMILIHAN PEMENANG

Pemenang berdasarkan cabutan bertuah.. so siapa yang bertuah.. ? semoga menjadi rezeki korang..


CONTEST TAMAT

9 HB 6 / 2016  ( KHAMIS ) jam 11.59 malam

Lelaki nak join pun boleh..mana la tahu boleh hadiahkan untuk adik..kakak atau mak.. :D

PEMENANG AKAN DIUMUM PADA 10 HB 6 ( JUMAAT )

****

Terima kasih kerana menyertai dan semoga berjaya... muahh


Read More