Pemenang First Giveaway Prelove By Lea Azleeya

Monday, June 6, 2016

17 comments

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Tamat sudah First Giveaway Prelove by Lea Azleeya yang berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan ( 05 - 31 Mei 2016 ).. Syukur sangat sebab dapat sambutan daripada rakan-rakan blogger yang sporting.. Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta yang sudi join GA yang Lea buat ni.. Kerjasama korang sangat-sangatlah dihargai ye.. Korang memang sporting..!!! 

Okey.. Memandangkan GA ni pown dah tamat semalam, ada masa terluang ni aku nak update senarai nama pemenang yang telah dipilih dengan menggunakan khidmat random.org dan para pemenang telah dipilih oleh rakan office aku Pn. Eifah.. hehe... Jom tengok sape yang menangggg......!!




SENARAI PEMENANG


Tempat Pertama




********************************


Tempat Kedua




********************************


Tempat Ketiga




********************************


Pemenang Terpilih (Khas)


HADIAH TAK DITUNTUT SEHINGGA 15HB JUN 2016
PEMILIHAN KEDUA AKAN DIBUAT..

Pemenang bagi Hadiah Khas yang baru ----------- Klik SINI



********************************




Tahniah kepada semua pemenang dan yang tidak terpilih, jangan putus asa untuk mencuba lagik.. Mungkin ada rezeki di segmen-segmen yang lain dan akan datang.. Insyaallah...

Kepada semua pemenang, dah boleh tu nak pilih tudung yang mane berkenan di hati dan boleh la redeem hadiah dengan Lea... Boleh PM di fb Lea ye dan kasi detail korang sekali untuk proses pengeposan... TUNTUTAN HADIAH ADALAH SEHINGGA 15 JUN 2016... Jika tidak dituntut, hadiah akan diberikan pada peserta lain dan cabutan kedua akan dibuat.... 



Read More

Hari Pertama Puasa

4 comments

Assalamualaikum wbt..


Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat blogger dan pembaca blog ni.. Teruja hari pertama puasa... Sampaikan tak pandai nak bajet waktu pergi kerja.. hehe.. Untuk waktu bekerja bagi bulan puasa ni, aku dah buat keputusan untuk ambil waktu berperingkat WP4 iaitu waktu bekerjanya dari 7.30 pagi hingga 4.00 petang... Bila dah rutin harian waktu bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, rasa janggal pulak.. Sampaikan nak bajet masa pown dah tak pandai.. Terlalu awal pulak keluar dari rumah pagi tadi.. haha..!! Esok kasi ejas balik...

Untuk bersahur pagi tadi aku dah masak siap-siap malamnya.. Mane la tau kan tersedar lambat ke... Kelam kabut pulak jadinya... Makanya baiklah aku sediakan payung sebelum hujan.. ye dakk?? Aku masak ayam pedas aje... Sahur simple-simple sudah.. Pepagi takdenya lalu sangat nak makan... Berbuka karang tataw la camne..  korang macam mana pulak?? Macam aku jugak ke?? 

Aku lock jam pukul 4 pagi.. Bunyik aje jam terus bangun baq hang...!! Tak de dah nak peram-peram dulu 15 minit atau 30 jam.. haha.. Nampak tak betapa excited-nye nak bersahur kali pertama untuk tahun ni.. Bangun aje kasi perangat lauk aje.. Nasik masih panas membara sebab plug tak bertutup.. hoho..

Itu kisah bersahur.. Ni haa nak cite kisah masa anto anak ke pengasuh pagi tadi.. 

Tragedi pulak pagi tadi masa aku pegi anto anak ke rumah pengasuh.. Pengasuh tak de pulak kat rumah.. Tak sampai lagi dari kampung.. Adehh.. Haha.. Penangan puasa ni... Terpaksa la aku bawak si kecik tu ke pejabat dulu sementara tunggu pengasuh sampai dari kampung... Aku poen silap jugak sebab tak maklum dulu yang aku masuk awal kerja.. hehe.. Pengajaran ni...

Pape pown aku nak ucapkan selamat berpuasa kat korang semua.. Moga ramadhan kali ni memberi lebih keberkatan dan lebih bermakna dari tahun sebelum-sebelumnya.... Puasa penuh tauuu..!! Haha...


Read More

Hijrah Takkan Pernah Habis

Friday, June 3, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Hijrah Takkan Pernah Habis | Aku yakin ramai sebenarnya orang yang nak berubah dan nak berhijrah menjadi orang yang ALLAH  redha kan... Jadi orang yang baik dan menuju kearah kesempurnaan.. Semua orang yang 'hidup' atas muka bumi ALLAH ni hatinya pasti nak menjadi orang yang baik kan.. Itu dah menjadi fitrah hidup atas muka bumi tuhan ni....

Namun, kesilapan yang sering dilakukan kebanyakkan orang ialah cepat merasakan PUAS dengan HIJRAH yang dilakukan.. Merasa puas dengan perubahan yang dilakukan.. 

Contohnya... 

Bila dari pakai pakaian seksi kepada pakaian yang lebih sopan, mereka akan rasa puas dan berhenti hanya setakat itu sahaja...



Ada juga yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tetapi baju ketat.... mereka dah rasa puas dengan perubahan tersebut..


Ada orang lagi dari pakai tudung dan baju ketat kepada pakai tudung dan baju longgar... berhentinya setakat itu sahaja..

Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh... naahhhh setakat itu juga berhentinya..

Ada orang dari tudung labuh dan berjubah kepada purdah juga berhenti setakat itu sahaja..

Begitu juga dengan solat... Ada yang rasa dah dapat melaksanakan solat 5 waktu tu dah cukup untuk meraka untuk merasakan diri mereka baik.. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup.. Dah dapat melakukan tahajud, dah merasa cukup..

Korang tahu takk dengan merasakan  cukup dan puas dengan amalam itu adalah tipu daya syaitan wehhh korang ehh...!!

Untuk korang dan diri aku jugaakkk... Nak pesan ni... Baca ekk...!!

Marilah kite berusaha dan terus mengejar syurga, mengejar redha Allah.... Jangan sekali-kali kita merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan.... Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.... Teruskanlah berubah, sehingga kita mati....

Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amalan wajib dan banyakkanlah amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya. Janganlah kita pernah dan mudah rasa cukup dengan amalan yang kita lakukan... Kerana, "Hijrah takkan pernah berhenti!!"


  




Salam jumaat korang sumee...!!


Read More

Pelaksanaan Mengenai Waktu Peringkat (WP) Bekerja Khas Pada Bulan Ramadhan

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Kecoh pagi ni kat opiz aku tentang pelaksanaan waktu bekerja pada bulan ramadhan.... Awal lagik kitorang dapat berita ni.. Cuma tak tahu tentang kesahihannya... Bila dah boss besar sendiri yang up dalam group Whatsapp, itu dah menjadi petanda baik bagi kitorang.. haha... Terus menjadi kekecohan dipagi hari jumaat ni kat opiz.. 



Pekeliling pown dah dikeluarkan bermakna pelaksanaan ni dah diluluskan la yek... Alhamdulillah sebab diberi kemudahan seperti ini.. hehe.. Untuk lebih detail boleh la korang tengok Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2016 - Tambahan Waktu Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) Dilaksanakan Khas Pada Bulan Ramadhan.. Klik SINI ye.... 

Setakat ni aku tak decide agik nak amek WP berapa... Tengah fikir-fikirkan lagik.. Sama ada nak kekal pukul 8.00 pagi atau amek 7.30 pagi.. hehe.. Korang camne lak?? hikss..


Read More

Adakah Kita Bekerja Hanya Sekadar Nakkan Gaji??

Thursday, June 2, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Korang bekerja tak?? Kerja makan gaji?? Aku yakin yang kebanyakannya rakyat malaysia dizaman yang serba canggih dan taraf hidup pown makin meningkat sekarang ni tak kire lelaki atau wanita mesti bekerja makan gajikan.. Barang-barang pown dah serba mahal sekarang.. Tak bekerja macam mana nak hidupkan...

Tapi korang penah terfikir tak yang korang bekerja selama ni untuk apa?? Adakah hanya untuk mendapatkan gaji semata-mata?? Pernah tak korang fikir lagik keberkatan gaji yang korang dapat tu?? hehe.. Bukan korang jerk aku tanye ni sebenarnya.. Diri aku jugak aku sedang tanye ni.. haha.. Ye la.. Kita ni sebagai manusia selalu lupa dan leka dengan kelalaian kita sendiri dalam bekerja yang boleh menyebabkan gaji yang diperolehi tidak berkat kan.. Contoh senangnya, macam tak jujur dalam bekerja la.. Menguloo0o0o... Malassss... Datang lambat.... dan macam-macam lagik la.. 

Kita sepatutnya bekerja adalah bukan sekadar nakkan gaji yang Halal sahaja, malah kita kena fikir gaji yang kita perolehi tu bersih dan berkat... Kalau gaji halal tapi tak bersih dan berkat apalah gunanya kan.. Kalau dah kita dapat gaji yang TAK bersih dan TAK berkat, macam-macam bende buruk boleh berlaku pada kita... keluarga kita.. kadang-kadang tu kita sendiri tak sedar yang semua tu berpunca dari gaji yang tak berkat tadi... Contohnya ianya boleh menjadi punya kepada :-

1. Anak-anak yang nakal, degil, keras kepala sehingga tahap derhaka
2. Rumah tangga jadi hancur berderai-derai..
3. Hidup pulak selalu tak cukup ajee dengan apa yang ada
4. Rasa diri jauh dari Allah swt
5. Solat selalu lewat atau tinggal teruss...

Dan banyak lagik la efek yang kita dapat dari gaji yang tak berkat tu..

Kebiasaannya gaji jadi tak berkat ni apabila :-

1. CURI TULANG masa bekerja. 
Masuk kerja pukul 8.00 pagi, tapi kita suruh orang lain punch card untuk kita dan kita seronok je masuk pukul 9.00...  Pukul 8.00 tu pergi melepak minum kopi bagai... Itu belum tengah hari dan petang.... Lepas tu bergembira dapat gaji hujung bulan... Duit gaji memang halal, tapi TAK BERKAT...

2. MENIPU masa kerja.

3. Bersekongkol dengan majikan tentang perkara yang SALAH dan DOSA seperti rasuah, jual arak, etc.

4. TINGGALKAN solat dengan sengaja masa kerja KECUALI dharurat seperti pembedahan, etc.

dan banyak lagik la situasi yang menjadi punca gaji tak berkat..

Jadi mula dari sekarang kene la fikir elok-elok tentang perkara ni.. Sangat penting... Sebab duit gaji yang kita dapat tu mesti la nak bagi kat mak ayah dan anak-anak makan kan... So, kene la cari keberkatan di dalamnya.. 

Kekadang aku pown terbabas jugak.. Terlalai.. Terleka.. huhu.. Moga lepas ni aku lebih berhati-hati dengan rezeki yang aki perolehi.. Takut ohhh kalau tak berkat...


Read More

Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi dok skrol-skrol update terbaru rakan-rakan blogger ternampak pulak ada yang join segmen dari blogger Hasrul Hassan... Bloglist Ramadhan 1437H oleh Hasrul Hassan.. Wahh terus rasa menarik tertarik kau memang debommmm!!.. Tengok syarat-syarat yang ditetapkan pown boleh dipertimbangkan untuk join.. hehe.. Ada masa terluang ni nak la join.. ahakzz..

Pape pown kasi up Print Screen dulu...

Klik banner ye untuk turut serta menjoinkan diri anda.. hehe..!!


Okeh jom selesaikan step by step syarat-syarat yang ditetapkan..

1. Wajib menjadi ahli KELAB BLOGGER BELIA  -  Done.

2. Mesti jadi rakan saya di FB @ Google Profile - Done kedua-duanya..

3. Like FB Page Himpunan Ayat-Ayat Indah - Done jugak..!!

4. Print Screen blog Hasrul Hassan.. - Done seperti di atas.. tapi nak jugak letak lagik print screen banner blog ni.. hehe..


Soalan wajib jawab :-

Kenapa anda suka blog anda dimasukkan kedalam bloglist blog saya (Hasrul Hassan)?

Okeh.. Ni jawab dari Lea ye Brother Hasrul Hassan.. Hikhik.. 

Sebab musababnya lea sukaaaaa sangat blog sotskirt.blogspot ni dimasukkan ke dalam bloglist blog blogger Hasrul Hassan adalah kerana lea memang dah meroyan tahap gaban dah menjoin segmen bloglist sejak dua menjak ni.. Tataw la kenapa.. Mungkin rasa seronok dan teruja kowt.. hiks..

Se agik lea suka sebab bloglist ni untuk ramadhan, makanya boleh la update banyak-banyak entry, barulah aktif aje blog lea di bloglist tu nanti.. ehh ehh berkaitan keh??? haha.. aduyaii... Ape agik ekk?? haaa ada satu agik sebab rasa teruja nak join sebabnya blog Hasrul Hassan adalah antara blog yang femes dan ramai pengikut... Selain tu leh la kenal dengan tuan punya blog tersebut iaitu brother Hasrul Hassan dan menambah kenalan yang memang tak berapa nak ramai ni.. ngeeee....

Pape pown dikesempatan ni lea nak ucapkan selamat menyambut ramadhan kepada blogger Hasrul Hassan.. Semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih diberkati hendaknya.. InsyaALLAH... 

************

Selesai sudah semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.. Korang-korang sume takmo join sekali ke.. Mai le join sekali.. Meriahkan lagik segmen tersebut... Kalau nak join klik aje ekk banner kat atas nunnn.... Syarat pown tak susah sangat.. Mudah-mudah ajee... Selamat menjoin untuk korang semua..



Read More