Macam Mana HATI Kita Ketika Buat Maksiat?

Tuesday, May 10, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni aku nak kongsi emel daripada Team Tarbiah Sentap yang aku dapat... Iaitu tentang hati kita... Jom kita ambil masa untuk muhasabah diri kita...





Time tengah buat dosa, time kita tak sempat bertaubat, time kita tunda-tundakan taubat, time kita dah rasa manis dengan maksiat..

Macam mana keadaan hati kita masa tu?

HITAM.. Hitam pekat hati kita.. Sehinggakan kita tak nak dengar kebaikan langsung!

Tengah dalam keadaan macam tu, tiba-tiba Allah tarik nyawa kita...!! Kita meninggal dunia dalam keadaan derhaka pada Allah. 

Dalam kubur terasa sempit sangat..!! Habis hancur jasad kita dalam tanah... Berkecai tulang belulang dihimpit tanah..!! Tak lama lepas tu, muncul ular hitam yang besar sangat..!! Ular tu belit tubuh kita. Allah..!! Sakit sangat..!! Tak cukup dengan itu, kala jengking datang merayap ke tubuh kita... Jasad kita kena sengat dengan kala jengking..!! Terseksalah kita dalam kubur hingga hari kiamat..!!

Tiba hari kiamat, kita dihidupkan kembali di padang mahsyar... Dalam lautan manusia... Kita rasa dahaga sangat..!! Lama sangat tunggu giliran kita untuk dibicarakan... Hinggalah nama kita dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT... Seluruh umat manusia melihat kita dibicara... Mulut terkunci... Setiap inci perbuatan kita masa kat dunia disoal...

Mata yang memandang perkara haram, kaki yang melangkah ke tempat maksiat, tangan yang melakukan perkara haram, semuanya disoal seadil-adilnya..!!

Cuba korang bayangkan dosa yang korang buat dan dosa tersebut diadili di akhirat... 

Satu per satu dosa kita diumum di khalayak ramai... Orang yang kita aniaya, diambil pahala kita... Lepas dah habis pahala, kita dapat pula dosa mereka... Allahuakbar..!!

Bayangkan betapa dasyatnya hari akhirat kelak..!! 

Selepas dihitung, ternyata dosa lebih berat dari pahala...

Terbuka gambaran neraka depan mata..!! Itulah tempat kita kembali..!! Api hitam menyala-nyala panasnya..!! Terdengar suara raungan manusia diseksa..!! Kita nampak ada sungai bernanah yang menggelegak... Minuman yang bakal menghancurkan perut kita..!! Kita nampak pula pohon-pohon berduri yang buahnya jadi makanan kita.... Itulah balasan yang setimpal atas dosa yang pernah kita lakukan atas dunia..!!

Ada yang potong lidah sendiri... Ada yang rambut bertukar jadi ular... Ada yang muka terseret kat bara api... Ada yang hangus kulitnya... Dan macam-macam lagi bentuk seksaan yang ada...

Kita diperlihatkan gambaran neraka... Malaikat-malaikat yang ada, dengan suara yang garau suruh kita berjalan ke depan untuk lintas titian sirat..!! Kita tak nampak kat mana titiannya.... Akhirnya kita dihumban ke dalam neraka..!! Seburuk-buruk tempat kembali..!!

Takut tak?

Rasa berharap dengan rahmat Allah tak?

Sekiranya ya, jom kita sama-sama muhasabah kembali diri dan bertaubat padaNya..!! Moga Allah sediakan syurga untuk kita..!!




Sumber



Read More

Tips Nak Buat Tulisan Bold, Italic & Tilde Dalam Chat Whatsapp

Monday, May 9, 2016

3 comments

Assalamualaikum wbt..


Baru-baru ni ada la dapat text wasap dari member baik aku, Yatt... Dia kasi aku info yang memang aku tak pernah tahu sebelum ni.. eh.. eh.. naif nye aku.. hehe.. Mungkin korang dah tahu kowt.. Aku jerk lambat tahu.. Walaupon korang dah tahu aku nak up jugak kat sini.. Mane la tahukan ada yang belum tahu.. huhu..

Ok jom kite tengok apakah info tersebut....



 Penting...!!
Pastikan Whatsapps anda sudah diapdet kepada latest version


Bold

Untuk tulisan BOLD hanya perlu letak tanda *
pada awal dan akhir perkataan/ayat

cth : *saya suka awak*


Italic

Untuk tulisan Italic hanya perlu letak tanda _
pada awal dan akhir perkataan/ayat

cth : _saya suka awak_


Tilde

Untuk tulisan Tilde pula, hanya perlu letak tanda ~
pada awal dan akhir perkataan/ayat

cth : ~saya suka awak~






Mudah kan.. Korang cuba la... Baru tau jadi ke tak.. Tapi kene apdet dulu tau Whatsapp tu.. Kalau version lama memang tak menjadik...

Aku upkan jugak conversation antara aku dan kawan aku tu.. Manelah tahu kowt-kowt korang tak faham ape yang aku terang... hehe tapi rasanya sama jerk ngan gambar bawah ni cara-cara dia.. hahaha..!!


Selamat mencuba...!!


Read More

Segmen : Give Me Your URL Blog 1 by Najwa Zahid

2 comments

Assalamualaikum wbt...

Join segmen lagik... Kalau terpilih, blog akan di-review oleh Blogger Najwa Zahid.. 2 orang pemenang sahaja dicari oleh beliau.. 

Nak join?? klik aje banner di atas..!!


Tarikh Segmen
04 Mei 2016 - 15 Mei 2016

Jom join sama... 



Read More

Giveaway FV oleh Mieza Suhaini

3 comments

Assalamualaikum wbt...

Join Giveaway by Mieza Suhaini..

klik banner kalau nak join sama ye..!!


Tarikh GA
08.05.2016 - 10.05.2016

Hadiah
Baucer Diskaun  FV Bernilai RM 150



Read More

Senarai Hadiah First Giveaway Prelove by Lea Azleeya

3 comments

Assalamualaikum wbt..

Aku terpaksa buat entry lain untuk senarai hadiah untuk First Giveawy Prelove by Lea Azleeya supaya entry giveaway tersebut tak terlalu padat... Jomm tengok senarai penuh hadiah-hadiah tersebut..


Hadiah Untuk Para Pemenang

3 helai Bawal Aidijuma / BBS Prelove

**3 orang pemenang sahaja di cari
**setiap pemenang akan mendapat sehelai bawal AJ / BBS
** Hadiah untuk pemenang 1 hingga 3, perlu memilih salah satu daripada 2 tudung AJ yang ditetapkan..


:: PEMENANG PERTAMA ::

** Pilih salah satu ye..



:: PEMENANG KEDUA ::

** Pilih salah satu ye..



:: PEMENANG KETIGA ::

** Pilih salah satu ye..



:: HADIAH KHAS ::

1 helai Shawl BBS Prelove untuk penyertaan terpilih.. - seorang pemenang sahaja




Jomm laa join ramai-ramai... Kasi meriahkan lagik GA ni.. Boleh la kita kenal antara satu sama lain...

Yang belum join dan nak join boleh la ke link di bawah ni ye...

---------->>  First Giveaway Prelove by Lea Azleeya  << -------------


Read More

Neelofa Bintang Paling Popular ABPBH 29

4 comments

Assalamualaikum wbt..



Semalam telah berlangsung Anugerah Bintang Popular BH 29... Neelofa dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2015 dengan undian sebanyak 212,829 dan membawa pulang sebuah trofi dan sebuah Volkswagen Passat... 

Jom tengok keputusan penuh Anugerah Bintang Popular BH 29..

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2015
:: Neelofa

Artis Baru Wanita Popular
:: Mira Filzah

Artis Baru Lelaki Popular
:: Sufi

Penyanyi Wanita Popular
:: Adira

Penyanyi Lelaki Popular
:: Aizat Amdan

Penyampai Radio Popular
:: DJ Lin

Artis kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
:: Wings

Artis Versatil Popular
:: Ifa Raziah

Artis Komedi Popular
:: Abam

Pengacara TV Popular
:: Neelofa

Pelakon TV Wanita Popular
:: Emma Maembong

Pelakon TV Lelaki Popular
:: Sharnaaz Ahmad

Pelakon Filem Wanita Popular
:: Fathia Latiff

Pelakon Filem Lelaki Popular
:: Sharnaaz Ahmad

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
:: Fauziah Dato' Ahmad Daud



KATEGORI ONLINE

Personaliti Media Sosial Popular
:: Lara Alana

Artis Trending Popular
:: Ayda Jebat

Artis Youtube Popular
:: Siti Nordiana

Artis Ikon #Respek Popular
:: Datuk Aznil Hj. Nawawi

Artis Aksi Selfie Popular
:: Saharul Ridzwan



Read More