Assalamualaikum wbt..
Fuhhh tak sempat nak jengok blog hari ni.. Membizi dengan tugasan luar... Petang ni nak join GA by Blog Shamiera Osmant hehe... Semua syarat dah dipenuhi.. Alhamdulillah.. So, dengan rasminya LA join GA ni.. Haha..!!
Nak join?? Klik Banner ye...!!
Tarikh Tamat : 31 Mei 2016
adaptasi ·
dia semanis honey ·
tonton
No comments
Tonton | Dia Semanis Honey | Full Episod
Tuesday, May 3, 2016
Assalamualaikum wbt..
Siti Nordiana berlakon kembali la weh...!! Lama benar tak tengok lakonan Siti Nordiana.. Lepas ni boleh la tengok balik Siti Nordiana berlakon.. Mesti best cerita ni.. Drama apa?? Drama DIA SEMANIS HONEY laa.. Yang akan ditayangkan di Astro Ria/Ria HD mulai 02 Mei 2016.. ehh dah start semalam ye drama ni.. Hehe... Aku pown ketinggalan ye.. Tak pe.. Mesti ada ulangan tu... Kalau tak sempat jugak boleh la tengok kat sini ye..
Tonton dari sumber-sumber seperti dibawah ye..
Drama ni sebenarnya diadaptasikan daripada novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna.. Aku pown belum baca novel ni... Mungkin coming soon kowt akan dibaca.. haha.. Terlalu banyak sangat novel best-best sekarang yang di adaptasi menjadi drama.. Tak sempat nak follow.. Jom tengok sinopsis novel ni..
------------------------------------
Sinopsis
Bagi Hani, pertunangan ini tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.
Perbalahan demi perbalahan, akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani.. Hani ditinggalkan..
Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi.. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi.. dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka..
"Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!" - Hani
"You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!" - Ahnaf.
"Baguslah kalau you dah tahu. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan 'kita'. Sebab perkataan 'kita' tu dah lama tak wujud antara you dengan I." - Hani
Adakah perkataan 'sahabat' itu hanya dibibir sahaja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. akan bersatu semulakah dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi?
Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau.... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?..
"Kita bertemu... Kita berpisah... dan... Kemudian bertemu semua...."
------------------------------------
Wahhh kemain agik yee sinopsis dia.. Mesti novel ni best jalan cite dia.. Drama pown mesti best ni.. hehe.. Haruss tonton..
Jom tengok para pelakon drama ni lak..
------------------------------------
Judul
DIA SEMANIS HONEY
Episod
16 EPISOD
Tayangan
02 MEI 2016
Hari / Masa
ISNIN - KHAMIS / 10 MALAM
Siaran
ASTRO RIA /ASTRO RIA HD 123
Skrip
NAZRI M. ANNUAR / FAIRUL NIZAM ABLAH
Novelis
DILA DYNA
Pengarah
MICHAEL ANG
Terbitan
CUBE FILM SDN BHD
Pelakon / Watak
ALIF SATAR
sebagai Ahnaf Wafiy
SITI NORDIANA
sebagai Hani Safira
HAIRUL AZREEN
sebagai Adam Hazrul
HAFEEZ MIKAIL
sebagai Hanafi
FAREZ RIDZWAN
sebagai Hakimi
ZIHA SALLEH
sebagai Ara
NADYA SYAHERA
sebagai Bella
FALISHA CROSSLEY
sebagai Ariana
ALEZA SHADAN
sebagai Pn. Munirah
NINA JUREN
sebagai Pn. Sri Hartini
LAN KRISTAL
sebagai Hafiz
ADAM MIKA
sebagai Nabil
ZAINOL MACWILSON
sebagai Dr. Farid
DANISH HAZRIQ
sebagai Rayyan
FATIHAH BAHARUM
sebagai Aishah
Lagu Tema / OST Dia Semanis Honey
Tajuk : Memori Berkasih
Artis : Alif Satar & Siti Nordiana
------------------------------------
Selamat menonton..!!
Assalamualaikum wbt..
Seronok dapat cuti panjang baru-baru ni.. Cuti Hari Pekerja 1Mei baru ni.. Dapatlah relax-relax dekat rumah lama sikit... Hari minggu baru ni rasa nak makan kari ikan.. Nasib baik stok ikan banyak dalam peti sejuk.. huhu... En. somi yang request nak makan kari ikan sebenarnya.. Dia memang hantu kari...
Memandangkan santan tak de dalam simpanan, so aku decide masak kari ikan tanpa santan.. alahaii.. Kari cam kedai mamak tu.. Tapi tak de la mamak mane pown, sebab resepinya super duper simple.. Haha.. Tak de bahan spesel sangat.. Cuma yang biasa-biasa aje.. Jom tengok resepinya dan layan gambar-gambar yang tak seberapa nak hado0o0ooo...!!
Kalau tak nampak sila zoom ye..!!
Sori yek.. Gambar resepi agak halusssss tulisan dia.. Silalah zoom kalau nak nampak dengan lebih jelas.. hehe.. Simple kan resepinya.. Bahan-bahan pown tak seberapa... Tapi hasil sangat lumayan yek... Jom layan gambar lak..
Ni gambar untuk first half... Haha.. Cam main bola lak ye first half bagai..
Ni pulak second half... Haha.. Kasi tarok segala ikan yang hado0oo..
Aku guna pelbagai ikan yerk... Hehe..
Finally... Inilah hasilnya.. Lumayan kann....!! hiks..
Oke la.. Kalau korang nak resepi yang simple untuk buat kari boleh la cuba resepi ni.. Aku memang jenis yang suka masak yang simple-simple aje.. Yang cerewet-cerewet ni boleh bikin fenin kepala.. So, selamat mencuba... peace..!!
Assalamualaikum wbt..
Wahh kemain yek sekarang... Bukak aje fb, ada jerk video karaoke by smule daripada peminat-peminat karaoke yang di post maupown di share... Fenomena karaoke dengan menggunakan aplikasi SMULE ni dah makin hangat diperkata dan melanda dunia hari ini... Almaklumlah dunia hari ini hanya dihujung jari...
Bagi yang memang kaki karaoke, sudah pastinya aplikasi ni sangat bermakna bagi korang kan.. Tak payah lagi nak jelajah pusat-pusat karaoke untuk menyumbangkan suara... Dengan Aplikasi Smule ni dah boleh suara disumbang dan dirakam untuk kenang-kenangan.. Haha..
Ramai jugak aku tengok yang dah terfemes dengan adanya aplikasi SMULE ni.. Ada yang dah diambil menjadi artis rakaman pown.. Terbaru yang aku dapat tahu Khai Bahar dah disunting jadi artis NAR Record.. Sebelumnya memang aku ikut nyanyian Khai Bahar ni dekat smule.. Suara dia memang best.. hehe.. Selain tu ada la beberapa orang lagi yang aku suka dengar dorang nyanyi... Best..
Okeh.. Bagi yang belum tahu dan tak pernah tahu dengan kewujudan aplikasi ini... Meh aku kabo sikit kat sini.. Aplikasi ini boleh di install di Google PlayStore secara PERCUMA ye.. Bila dah kita join SMULE ni, jika korang nak menjadi ahli VIP, korang kenalah bayar ye.. Untuk tempoh sebulan/ RM3.50 dan setahun/RM28 sahaja.. Banyak ohhh kelebihan kalau dah jadi ahli VIP ni... Sound dia ofcos la best dari yang free kan... Suara pown boleh menjadi meletop.. Haha..
Tu diaa.. Aku pown tak ketinggalan jugak... Nakk jugak join smule.. haha.. ko hadoooo?? Tapi bukan untuk femes ye.. Hanya untuk suka-suka.. Baru je lagik aku join.. Haha... Join hanya untuk melepaskan gian yang telah sekian lama meninggalkan dunia karok... Dulu aku pown suka karaoke jugak.. Sekarang je dah pencen.. Bila ada aplikasi ni, aku pown join la.. Boleh la karaoke sorang-sorang dekat rumah.. Identiti dia rahsiakan ye.. Malu sebab suara huru-hara.. Haha... Bio lee aku simpan untuk kenang-kenangan aku jerk... huhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)