Tanda-Tanda Kiamat menghampiri

Friday, March 14, 2014

No comments
1. Sembahyang diringan-ringankan.

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikkan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika sembahyang, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-NYA.

16. Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.

18. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

19. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.

20. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Read More

Surah-Surah Pilihan Untuk Ibu Mengandung

No comments

Assalamualaikum..

Lama tak update blog.. Aku membizikan diri dengan buat 5S yang tak siap-siap lagik.. Hari ni adalah hari rehat sedunia sebab aku tak rajin nak buat 5S tu lagik.. Tunggu isnin la aku sambung balik sebab idea dah berkurangan...

Berdirinya aku kat sini bukan nak kasi tau aku punye aktiviti kat pejabat ni.. Yang aku nak kongsi adalah seperti tajuk di atas ye.. Harap semua maklum..Ghahahaha~!!

Ehsan google

Hehehe ni aje sebenarnya yang aku nak tampal kat sini.. Kepada kaum hawa yang dah diberi rezeki dalam bentuk zuriat oleh ALLAH swt, Lea ucapkan tahniah ye.. :)

Ehsan google

Eh!! sama jek cam yang atas keterangan dia.. hehehe.. Sebenarnya gambar yg kedua ni bukannye ape.. Saje je aku tampal jugak sebab aku suka akan kekreatifan banner tersebut.. :) I loike..

Sekian, terima kasih..
Peace..

Read More

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Wednesday, March 12, 2014

8 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Setelah bercuti akibat demam, harini kembali untuk bekerja semula.. Dah baik demam ni, nak jugak la rajin-rajinkan diri jengok blog rakan-rakan.. Hasil daripada blogwalking, makanya, Lea mau join segmen yang Zamani Abe buat.. Cam menarik je hadiah nya.. Power Bank... Comel lak tu.. Dengan lafaz Bismillah, maka Lea join segmen tersebut..

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe


Yeee selesai.. dah join... Syarat sangat-sangat la simple.. 

Thankz Zamani Abe sebeb buat segmen ni dengan syarat yang sangat-sangat simple..

Smileeee... :)



Read More

Bila Dia Bukan Untukku

Friday, March 7, 2014

1 comment


Ya ALLAH,
Bila dia bukan untukku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya ALLAH,
Andai ini bukan masanya,
Andai ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami
Agar kami jauh dari dosa dan perkara yang sia-sia.
Agar kami tidak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan,
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkanlah aku tentang doaku yang lalu.

Ya ALLAH,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambaMU..

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati,
"kerana ALLAH lebih tahu.."

Read More

Bila Dia Bukan Jodohku

3 comments

Bila dia bukan jodohku .
Mengapa masih juga hati ini mengharap dia kembali .
Lama , aku merenung ke luar jendela .
Yang ada hanya jendela dikamar .
Kerna jendela hati telah lama tertutup dengan kehadirannya.

Katanya percaya dengan takdir Allah ? mana buktinya ?
Tutur kata yang hanya menggunakan lidah itu pastinya sangat mudah .
Cuba sekali , bicara dengan mata hati .
Kau akan tahu peritnya melepaskan insan yang tercinta .

Dia akan bahagiakah dengan si dia ?
Lalu apakah kau yakin dia sering bahagia denganmu ?
Jika sudah jodoh , Allah menetapkan itu yang terbaik untuk dirinya .
Sehingga itu , apa lagi yang menjadi dambaanmu ?

Hati kecilku mencucuk cucukku dengan kata kata pahit lebih pahit dari ubat .
Aku mengerti , ia sekadar mahu menyedarkan aku .
Perlu bangkit dari semuanya ini.
Dia sudah punya masa depan . namun aku ?
Semudah itukah ? melupakan dirinya yang hadir dengan cara terindah .
Yang juga telah ditakdirkan Allah.

Namun mengapa hanya seketika ?
Sudah diberitahu , perkenalan pertama tidak memberi jawapan bahawa dia adalah jodoh kita.
Namun hati degil mahu terus mencintai.
Sekarang jalannya sudah ditunjuk , untuk apa lagi terus berharap ?
Cinta itu tak mungkin hadir hari ini dan esoknya hilang , mampu dibuang . tidak begitu .

Jangan lupa kita masih punya senjata pengikat kasih sayang .
Doa .
Ya , semua milikinya .
Untuk terus bahagia mencintai ,
Meskipun yang dalam pelukannya bukan diriku .
Jari  yang disarungkan cincin itu bukan empunya aku .
Namun melihat dia dan insan dihadapannya tersenyum penuh makna .

Aku perlu bahagia , untukknya .
Mengingatinya dalam setiap bisikan doa .
Kerna tanda orang beriman itu ,
Apabila diberi kesenangan dia bersyukur ,
Dan apabila ditimpa musibah dia tetap juga bersyukur .
Kerna itu merupakan kayu ukur Allah terhadap hambaNYA ,
Mampu bersabar atau tidak .
Mampu menerima qada’ qadarNYA atau sebaliknya .

Mudahan , suatu ketika nanti .
Jendela hatiku akan terbuka lagi .
Dan aku ingin sekali merasa saatnya disarungkan cincin .
Disebut namaku dalam lafaz keramat .

insyaAllah , jika dia bukan jodohku .
aku terima , pasrah dan redha dengan ketentuanMu :’)


Read More