Jambu + Saus Manis Pedas ABC

Thursday, February 13, 2014

3 comments

Assalamualaikum..

Teringat lak aku malam kelmarin aku dok bedal Jambu Air malam-malam buta.. Syok betol.. Terlebih syok sampaikan pagi esoknye dok sakit perut.. Hahaha.. Bahana makan jambu ngan sos yang pedas lagik sedap malam-malam buta.. Rasanye dekat pukul 11 malam gak aku dok layan jambu cicah sos pedas tu..


Tapi memang meletop la sos manis pedas jenama ABC ni,.. memang mabeles... Mula-mula aku tengok jenama ni, terfikir aku " ada jugak orang yang nak tarok nama ni (ABC) kat produk dorang"... Tulah orang cakapkan.. jangan nilai dari cover dia.. kene jugak tengok isinya.. Ternyatalah isinya sedap.. Sangat sedap.. Menepati selera aku... Tak payah dah nak buat sendiri pencicahnya.. Beli aje ABC ni.. Dah cukup sedap lagik melatop sos ni... Kalau tak percaya try la beli dan cuba.. Pasti nak lagik.. Wah promot sakan tu.. Leh jadik duta la camni.. Hahahhaa...


Saus Manis Pedas ABC


Selamat mencuba Uols..

Smile.. :)

Read More

Berwajah Baru

3 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, blog aku sudah bertukar wajah.. Mesti korang dah perasan kan.. hehehe... Makin ceria dan pinkish-pinkish gitu... Terima kasih yang tak terhingga kepada sahabat aku yang comel lagik kreatif, Ms Fiza  yang sudi melayan kerenah aku sepanjang memperbaharui aku punye blog ni.. Thankz Fiza..

Wajah Lama

Header Baru



Wajah Baruku


Haaaa bertukar kan.. Alhamdullillah, Ms Fiza telah merealisasikan impian aku.. wahh impian tu uolss.. Hahaha.. Kire impian jugak la ni kan...

Ape-ape pown aku ucapkan terima kasih kepada teman-teman yang sudi menziarahi aku disini.. Terharu sangat-sangat ni tau... hikhik..


Hak Cipta Terpelihara

Read More

Dipintu Syurga ost Ariana Rose

No comments

Assalamualaikum..


Ariana Rose.. Dengar je nama tu mesti semua dah tahukan dengan ceritanya.. Mesti ramai peminat drama Ariana Rose kan.. Tapi sebaliknya aku.. Aku tak mengikuti langsung cerita ni.. Mungkin terlepas pandang atau mungkin waktu siaran dia tak berapa nak sesuai.. hehehe.. Tapi dari fedback kengkawan aku, cerita ni best.. Diadaptasikan dari sebuah novel.. hah sebut aje novelkan.. Harusla aku carik novel ni dan membelinya.. ekekeke.. Cerita tak tengok, janji novelnya dibaca...  Tak gitu???

Novel Drama Ariana Rose
The Wedding Breaker

Tajuk drama dengan tajuk novel berbeza kan.. Tapi nampak cam menarik je novel ni.. So, harus dibeli.. Tapi sebenarnya ari ni aku bukan nak bercerita sal novel atau drama ariana rose ni.. Sebenarnya aku lebih berminat dengan lagu cerita ni yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah yang sememangnya penyanyi yang aku minati... Suara dia unik.. Aku suka...


Lagu  ni best.. Lirik dia best.. Penyanyi dia best.. Melodi dia best.. Wah.. dah cam juri aku ni kan.. hehehe.. Pape pown jom kite layan lagu ni..


*****

Dipintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Lirik Dipintu Syurga


Selamat berhibur..

Smile... :)
Read More

Tuhan, Aku Kembali Semai Benih-Benih Syurga..

Monday, February 10, 2014

10 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hujung minggu aku baru-baru ini dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.. Sabtu malam baru ni, adik aku adakan majlis sambutan hari lahir anaknya yang pertama.. Dah setahun budak kecik kesayangan aku tu... Paling penting dapat berkumpul dengan semua adik beradik.. Seronok sangat-sangat..

Besday boy

Itu cerita sampingan aje.. Yang aku nak cite ni sal buku-buku yang dah lama aku beli dan dah selesai dibaca pown.. Baru nak hapdet sebab banyak sangat buku sampai tertinggal nk update yang ini.. Hahaha.. 

Koleksi Peribadi

Tu dia... 3 buah hokeh... Semua dah selesai baca... Paling best dalam 3 buah buku ni, buku Tok Guru - Semai Benih-Benih Syurga.. Huh.. Memang memberi kesan pada aku.. Sampai tahap aku gerun dengan dunia dan akhirat.. Gerun dengan dunia kerana takut untuk menambah koleksi dosa yang sedia ada.. Gerun dengan akhirat pulak kerana takut dengan azab siksa di akhirat nanti... MasyaALLAH.. Moga hidup aku dilindungi sehingga keakhirat... 

Semai Benih-Benih Syurga

Setiap orang seharusnya memiliki buku ni.. Sangat-sangat bagus untuk kite berubah kearah yang lebih baik dalam membaiki diri.. 


Tuhan, Aku Kembali


Buku Sham Kamikaze ni best jugak.. Tuhan, Aku Kembali.. Sebuah buku yang menceritakan pengalaman Sham Kamikaze dalam berhijrah.. Best.. Jalan cerita dia best... Ramai dah artis-artis berhijrah sekarang.. Setakat ni yang aku tahu baru 2 orang artis yang dah berhijrah terbitkan buku... Dalam entry yang lepas aku ada update buku Diana Amir.. Klik SINI.. Sape-sape nak tahu cerita penghijrahan Sham Kamikaze boleh la beli buku ni.. 

Buku ketiga aku Bencana Akhir Zaman.. Bercerita berkenaan bencana-bencana akhir zaman.. So nak tahu lebih lanjut boleh la beli ye.. Tapi buku ni pada aku biasa-biasa saje.. hikhik..

Bencana Akhir Zaman





Read More

First Giveaway by Izni Sofia

2 comments

Assalamualaikum

Jom juin GA by Izni Sofia ni.. Hadiah Handphone taw... 


Sape-sape nak juin klik ajo banner tu ye... 

Good Luck Frens..~!!

137

Read More

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Friday, February 7, 2014

2 comments

Assalamualaikum..

Jom join GA dari rakan blogger Shad... Hadiah yang ditawarkan pown agak menarik.. Selain tu dapat jugak kite berkenal-kenalan dengan blogger yang lain kan.. Menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim kata orang... Bak kata Shad, hasrat beliau untuk mengadakan1st Mini Giveaway 2014 by Shad untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. So, Jom juin sekali dengan Lea Azleeya.. Hikhik..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!

Selamat berjaya ye kepada semua peserta yang men-join GA ni..
Good Luck UoLLs...~!!

Smile...

Read More