Fadhilat Dan Hikmah Amalan Membaca Surah-Surah Pilihan

Tuesday, January 7, 2014

No comments

Assalamualaikum..

Wah lama tak update blog ni.. Rindu serindu rindunyer... 
Kali ni cuma nak berkongsi berkenaan fadhilat & hikmah amalan membaca surah-surah pilihan dalam Al-Quran.. Jom la kite sama-sama amalkan membaca surah-surah ini.. Tak kire la lepas solat fardhu atau bila-bila masa terluang kan.. Banyak fadhilat dan hikmah nye kawan-kawan... hehehe..*
Mari kite lihat apakah fadhilat dan hikmah disebalik Surah-Surah pilihan tersebut... 


Ehsan inchek google



Surah al-Fatihah

-Membaca Fatihah kitab (al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga al-Quran.

-Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu’ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya-Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan; di samping itu dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara-perkara yang merosakkan.

-Amalkan membaca al-Fatihah semasa hendak tidur, diikuti membaca Surah al-Ikhlas tiga kali, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas, insya-Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.

-Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik, termasuk untuk mendapat kenaikan pangkat/darjat, untuk mendapat rezeki yang lumayan dari keadaan fakir, untuk dapat menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi, maka hendaklah memohon kepada Allah s.w.t. dengan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari. Waktunya ialah antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan amalan ini sehingga 40 hari, insya-Allah hajat kita akan di kurnia Allah s.w.t.

-Amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap lepas solat fardhu, insya-Allah akan memperolehi rezeki yang lumayan, pangkat/darjat yang baik di sisi masyarakat, baik akhlak. Mudah dalam urusan hidupnya dan kaum keluarga mendapat perlindungan Allah s.w.t.

-Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali semasa makan sahur malam. Insya-Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.

-Setengah ulama menganjurkan membaca al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap lepas solat Maghrib dan sunatnya untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah s.w.t. Insya-Allah hajatnya akan termakbul.

-Dianjurkan juga amalan membaca al-Fatihah sebanyak 41 kali, insya-Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.



Surah al-Kahfi

-Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah.” (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

-Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

-Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim dan An-Nasai)

-Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Riwayat Ahmad)

-Daripada Umar berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir)

-Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”


Surah as-Sajdah

-Amalkan membaca surah ini selalu atau sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat.

-Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: “Nabi s.a.w. membaca pada Solat Fajar (Subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” as-Sajdah dan ‘Hal Ata ‘Alal Insaan’ Insaan.” (Riwayat Bukhari)

-Daripada Jubair, beliau berkata: “Adalah Nabi s.a.w. tidak tidur hingga membaca Surah as-Sajdah dan al-Mulk.” (Riwayat Ahmad)

-Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

-Mendapar pahala yang besar seperti pahal mereka yang tetap solatnya pada malam Lailatul Qadar.

-Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

-Dikurniai cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.


Surah Yasiin

-Daripada Ma’qal bin Yaasar r.a. bahawasanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “ Hati al-Quran ialah Surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya, dan bacalah Surah Yasiin kepada mereka yang hampir akan mati dan selepas mati.” (Riwayat Ahad, Abu Daud dan An-Nasai)

-Daripada Jundub r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Yasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.” (Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Surah Yasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “al-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan.” (Riwayat Said bin Mansur dan Al-Baihaqi dari Hasan bin Aziah)

-Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati al-Quran ialah Surah Yasiin; sesiapa yang membaca Surah Yasiin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas r.a.)



Surah al-Mu’min (Ghaafir), Fussilat, asy-Syuraa, az-Zukhruf, al-Jaathiyah dan al-Ahqaaf


-Mereka yang mengamalkan membacanya mendapat pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat kelak.

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di dalam al-Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan “Ha Miim”, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah: “Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepada aku dan membacaku.”” (Riwayat Al-Baihaqi dari Khalil)
  

Surah ad-Dukhaan

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Ha Miim ad-Dukhaan setiap malam, maka pada esok harinya 70,000 Malaikat memohonkan keampunan baginya.” (Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah)

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah ad-Dukhaan pada malam atau hari Jumaat, maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam Syurga.” (Riwayat At-Tabrani dari Umamah)

- Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di dalam al-Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan “Ha Miim”, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah: “Ya Allah! Janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepada aku dan membacaku.”” (Riwayat Al-Baihaqi dari Khalil)

-Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Ha Miim ad-Dukhaan pada malam Jumaat, maka diberi keampunan baginya.” (Riwayat Ibnu Katsir)


Surah al-Fath

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku pada waktu malam sebuah Surah yang aku cintai lebih dari dunia ini dan isinya.” Pada riwayat yang lain, “yang lebih aku cintai daripada apa yang disinari oleh cahaya matahari.” Dan kemudian baginda membaca: “Innaa fatahnaa laka fatham mubiinaa (ayat pertama Surah al-Fath).” (Riwayat Bukhari)

-Hadith Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya membaca Surah al-Fath maka seolah-olah ia turut menyaksikan pembukaan dan penaklukan Makkah bersama Muhammad Rasulullah.” (Diceritakan oleh Thalabi)

-Setengah ulama zaman silam menyatakan bahawa sesiapa membaca Surah al-Fath semasa melihat bulan awal Ramadhan pada permulaan malam, maka Allah luaskan rezekinya pada tahun itu sehingga akhir tahun.


Surah al-Waaqi’ah

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Waaqi’ah pada tiap-tiap malam akan terjauhlah ia dari kepapaan selama-lamanya.” (Riwayat Al-Baihaqi)

-Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata, Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana Surah-surah Hud, al-Waaqi’ah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” (Riwayat At-TIrmizi)

-Sesiapa yang mengamalkan membacanya sebagai wirid selepas tiap kali solat Asar sebanyak 41 kali, insya-Allah akan mudah mendapat rezeki.

-Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit insya-Allah akan ringanlah sakitnya.

-Jika dibacakan di hadapan orang yang sedang nazak, insya-Allah akan memudahkan sakaratulmautnya.

-Jika dibacakan untuk ahli kubur, insya-Allah akan meringankan seksa kuburnya.


Surah al-Hasyr


لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 

  21.Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22.Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23.Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
24.Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

-Daripada Fadhil Umu Yassar Al-Muzani berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa ketika bangun Subuh membaca isti’aadzah (a’udzubillahi minasy-syaitaanirrajiim), diikuti membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr, maka Allah s.w.t. mewakilkan 70 Malaikat berselawat atasnya hingga ke petang dan jika dia meninggal dunia pada hari itu dikira mati syahid.” (Riwayat At-Tirmizi)


Surah al-Mulk

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu Surah al-Mulk.” (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)

-Daripada Ibnu Abbas r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kuburan yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah al-Mulk sehingga khatam.” Aka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan dan yang menyelamatkan dia dari seksa kubur.” (Riwayat At-Tirmizi)

-Daripada Jabir r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca Surah Alif Laam Miim al-Sajdah dan al-Mulk.” (Riwayat At-Tirmizi)

-Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu Surah di dalam al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam Syurga iaitu ‘Tabaarakal-ladzii’.” (Riwayat At-Tabrani)

-Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.” (Riwayat An-Nasai)

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Mulk dan as-Sajdah pada waktu malam maka keadaannya seperti ia menemui malam Lailatul-Qadr.” (Riwayat Anas r.a.)


Surah an-Nabaa’, al-Buruuj, Qaaf dan at-Taariq

-Hadith yang diceritakan oleh Abu Darda’ bermaksud: “Pelajarilah Surah an-Nabaa’; pelajarilah Surah al-Buruuj, pelajarilah Surah Qaaf dan pelajarilah Surah at-Taariq, kerana jika kamu mengetahui fadhilat-fadhilat dan besarnya pahala membaca Surah-surah tersebut, maka kamu akan berhenti dari tugas-tugas kamu lalu mempelajari Surah-surah tersebut; dan juga mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan membacanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dari dosa syirik.


Surah at-Takwiir

-Mengamalkan membaca surah ini menjauhi kepapaan disamping pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w. membacanya boleh dikatakan setiap malam.

- Daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata, Abu Bakar as-Siddiq r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana Surah-surah Hud, al-Waaqi’ah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” (Riwayat At-TIrmizi)


Surah al-A’laa

-Rasulullah s.a.w. setiap malam membaca Surah-surah yang mengandungi kalimah Tasbih. Sabda baginda: “Sesungguhnya pada Surah yang terdapat kalimah Tasbih terdapat satu ayat yang lebih baik daripada seribu ayat.” Seorang sahabat, ‘Ubai bin Ka’ab mengatakan: “Surah yang utama mengandungi Tasbih ialah Surah al-A’laa.” (Riwayat At-Tirmizi dan An-Nasai)


Surah adh-Dhuhaa

-Menurut ulama, apabila Surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid 7 kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan 7 kali setiap matahari terbenam, insya-Allah akan terselamat dari kehilangan atau kecurian.

-Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian, maka kerjakanlah solat sunat Dhuha tiga kali (dua rakaat sekali) pada setiap pagi Jumaat sehinggalah yang hilang itu di dapati kembali. Selepas memberi salam, berdoalah memohon kepada Allah s.w.t.

-Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah adh-Dhuhaa 40 kali setiap hari selama 40 hari dan berdoa memohon kepada Allah s.w.t., insya-Allah hidupnya terjauh dari keadaan fakir.


Surah al-Insyirah

-Mempermudah segala urusan, dan murah rezeki apabila diamalkan membacanya 7 atau 10 kali setiap lepas solat fardhu.

-Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat hajat atau Tahajjud di tengah malam, dan baca Surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. Insya-Allah hajatnya akan tercapai.

-Amalkan membaca Surah ini, insya-Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.


Surah al-Qadr

-Mereka yang mengamalkan membacanya hingga menjadi wirid dipandang hebat dan mulia.

-Mereka yang mengamalkan membacanya seberapa banyak, insya-Allah akan terhindar dari kefakiran.

-Untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah, bacalah 141 kali dan berdoa, insya-Allah akan terkabul hajatnya.

-Mereka yang membaca Surah al-Qadr ini semasa keluar dari rumah, insya-Allah akan pulang dengan selamat.

-Mereka yang membaca Surah al-Qadr 10 kali maka akan terhapuslah 1000 dosanya.


Surah al-Bayyinah


-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. setelah mendengar orang membaca surah ini lalu berfirman kepada pembacanya: “Bergembiralah kamu hai hamba-Ku; dengan kemuliaan-Ku, Aku tidak akan melupaimu dalam setiap gerak tingkah lakumu di dunia dan di akhirat; dan Aku tempatkan kamu di dalam Syurga atas keredhaanmu.””


Surah az-Zalzalah

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah az-Zalzalah, maka bandingannya seperti membaca separuh al-Quran.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas)


Surah al-‘Aadiyaat

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-‘Aadiyaat, maka bandingannya seperti membaca separuh al-Quran.”


Surah al-Fiil

-Sesiapa yang dizalimi orang, kerjakanlah solat Tahajjud atau Hajat di tengah malam. Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama baca Surah al-Fiil 40 kali dan pada rakaat kedua Surah al-Kaafiruun sekali.

-Untuk tertunai hajat, bacalah Surah al-Fiil 20 kali sehari selama 7 hari, insya-Allah termakbul.

-Baca Surah al-Fiil 1000 kali setiap hari selama 40 hari untuk memudahkan mendapat rezeki.


Surah al-Kautsar

-Menurut sebuah Hadith Rasulullah s.a.w., sesiapa yang membaca Surah al-Kautsar maka Allah akan memberinya minuman dari sungai Syurga.

-Sesiapa yang membaca Surah al-Kautsar 1000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkatnya.

-Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah al-Kautsar 7 kali semasa dalam keadaan ketakutan, maka Allah s.w.t. akan memberikan perlindungan terhadapnya.

-Sesiapa yang membaca 1000 kali Surah al-Kautsar selepas solat fardhu Isya’ hingga ia tertidur, insya-Allah dapat melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam tidurnya.


Surah al-Kaafiruun

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kaafiruun maka bandingannya seperti membaca seperempat al-Quran; disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristimewa bencana yang mengejutkan.” (Riwayat At-Tirmizi dari Anas)


Surah an-Nasr

-Sesiapa yang mengamalkan membaca Surah ini akan mendapat pahala yang besar, bandingannya seperti membaca seperempat al-Quran.

-Bacalah Surah ini apabila hendak melakukan kerja-kerja yang rumit atau berat; ataupun semasa hendak keluar rumah, insya-Allah akan mendapat pertolongan Allah s.w.t.


Surah al-Ikhlas

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas ini satu kali, maka Allah s.w.t. memberi pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.” (Maksud Hadith dari Ubai bin Ka’ab)

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membacanya 10 kali setiap lepas solat Subuh maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya.” (Maksud Hadith dari Ali bin Abu Talib r.a.)

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas satu kali maka seolah-olah ia membaca sepertiga al-Quran.” (Maksud Hadith dari Anas bin Malik)

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas tiga kali maka seolah-olah ia membaca keseluruhan al-Quran.” (Maksud Hadith dari Anas bin Malik)


-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas dalam solat-solat fardhu maka Allah s.w.t. mengampuninya berserta kedua ibu bapanya dan orang-orang yang celaka lalu menuliskannya dalam buku daftar orang-orang yang berjaya. (dari sebuah khabar-Majalis)

-Dari Hadith Rasulullah s.a.w. pula bermaksud: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas 10 kali maka Allah s.w.t. akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.”

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Ikhlas semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan dibawa oleh Malaikat dengan tapak tangannya hingga melepasi sirat menuju ke Syurga.” (Riwayat At-Tabrani)

-Sebuah lagi Hadith Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal dunia.”


Surah al-Falaq dan An-Naas

-Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ingatlah saya beritahu kepada kamu tentang ta’awuz (doa memohon perlindungan) yang paling berkesan ialah ‘Qul a’uudzu birabbi’.” (Riwayat Ahmad dari Ibnu Abbas r.a.)

Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya, bacakan sebanyak 41 kali setiap hari selama 3 hari, 5 atau 7 hari berturut-turut. Insya-Allah akan sembuh.

-Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman orang-orang memegang kuasa, orang-orang jahat dan sebagainya, bacalah kedua Surah ini 100 kali.

-Juga bacalah kedua Surah ini seberapa banyak apabila kita sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan, insya-Allah akan terselamat.

-Amalkan  membaca kedua Surah ini 3 kali, pagi dan petang didahului membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, insya-Allah segala keperluan hidupnya akan cukup dan sempurn
a.





Ok... Sekian dulu...

Renung-Renungkan & Selamat Beramal ye...

BUbei... 





Read More

BINGO

Thursday, December 12, 2013

3 comments

Assalamualaikum...

Hey... Lama kan tak bersua... Kesibukan diri membataskan dari menaip kat blog ni.. wah gitu skali bz nye mengalahkan orang kene bencana banjir aje.. Uis sebut sal banjir kan.. Takziah kepada mangsa banjir.. Kuantan sangat teruk banjir.. Ritu aku p melawat kawan-kawan yang terkena banjir.. Sedih sangat rasanya... Tak terkata dugaan yang dorang terima.. 

Eh.. Salah topik lak kan... Tapi tak pe la.. Tu sebagai selingan aje... Aku nak cerita sal satu game ni.. Dulu waktu kecik-kecik aku selalu main game ni ngan abang aku... Tapi memang susah nak kalah kan dia.. Game ni pakai nombor aje.. Alah korang pown mesti penah main gak kan... Sebab game ni femes gak pe.. 
Meh aku tunjuk contoh game ni.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BINGO
.
.
.
.
.

Hah.. Penah tengok tak game ni... Syok wo0o0oo game ni.. Boleh monchong kalau kalah.. HAhaha.. 
Game ni pown ada kenangan tau... Time dah besar-besar ni penah la main gak ngan someone ni dulu.. Dok lepak malam-malam tepi sungai kat Taman Asplanate tu, amek kertas dan pen terus lawan men game ni.. Bestnye waktu tu... Tapi sume dah berlalu.. Tu semua sebagai kenangan aje.... hikhik..

So kepada sesiapa yang tak pernah try main game ni boleh la cuba... Best sangat.. Enjoy je..

Wokeh la.. Selamat mencuba...









Read More

Tafsir Al-Quran Dari Seorang Sahabat

Wednesday, November 27, 2013

No comments

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Semalam aku dah khatam Al-Quran... untuk kali ke-2 kowt.. hikhik.. First dulu, time aku sekolah.. Tak ingat la masa darjah @ tingkatan berapa.. hakhak.. Pastu lama gak aku tinggal dari membaca Al-Quran ni.. Baca pown bila rasa nak baca.. Teruk kan kan.. hikhik..

Tahun lepas aku rasa rindu sangat nak baca Al-Quran secara serius dan berterusan... Ada jugak la mis sebab kadang-kadang tu ada hal yang tak dapat dielakkan... Seronok baca Al-Quran ni tau.. Rasa tenang aje hati... Hari-hari rasa rindu nak baca... Alhamdulillah semalam dah habis a.k.a khatam.. hehe..

Mesti hangpa pelik kan.. tajuk len.. tapi cerita kat atas tu lain.. hahaha.. ni baru nak cite ni... Isnin (25.11.2013) baru ni aku cuti.. lama dah rasanye tak amek cuti.. Bercuti lah aku selama 2 hari.. wah seronok bukan kepalang... hahaha.. Awal-awal dah buat plan ngan member aku sorang ni.. Liza nama nye.. kitorang dah plan pegi shopping.. hahaha.. Tapi sebenarnya aku teman dia la shopping.. aku beli sikit aje.. Habis semua shopping complex kitorang jelajah... Gile dasyat.. Naik lenguh kaki-kaki berjalan...

Paling utama bagi kitorang ke kedai buku... Biasa la aku ngan dia jenis suka membaca... terutama novel la.. Niat aku ke kedai buku kali ni sebenarnya nk beli tafsir Al-Quran... so, kitorang pilih Kedai Buku 1Malaysia kali ni... Masuk aje kedai tu dah nampak dah novel tersusun rapi dekat depan pintu masuk kedai... wah.. teruja beb... Member aku tu terus aje mengadap buku-buku novel tu.. pilih mane berkenan... Aku terus ke bahagian Al-Quran dan tafsir.. Banyak jugak pilihan... oh lupa.. harga kat Kedai Buku 1Malaysia memang murah... nanti pasti aku akan pergi lagi.. Sementara aku dok tengok-tengok tafsir tadi.. aku nampak Al-Quran pelangi... Terus berkenan.. Sebab lama dah carik... Aku amek satu.. Tengah aku pilih-pilih tafsir, member aku datang dekat aku.. dia pown nak beli tafsir... dia suruh aku pilih satu sebab dia nak belanja.. wah.. terkujat aku... Alhamdulillah.. rezeki aku kowt hari tu.. Moga dia pown mendapat pahala daripada bacaan aku nanti... InsyaALLAH.. hikhik...

Tafsir Al-Quran

Bahagian dalam Tafsir


Al-Quran Pelangi




Bestkan bila dapat hadiah.. hehe.. Bukan tafsir aje aku dapat.. dia belikan aku Diary Muslimah 2014 tanpa pengetahuan aku.. Time aku sampai rumah baru aku tahu dia belikan aku diary tu.. wah... terharu nye.. nangis kejap aku.... hahaha... Terima kasih tak terhingga aku pada dia.. Aku doakan dia dilimpahkan rezeki yang halal dan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya untuk dia serta diberkati hidupnya.. InsyaALLAH..Amin...

Thankz ma fren... Norelizayati...


Diary Muslimah 2014



Bubey...






Read More

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

Thursday, November 21, 2013

2 comments

Assalamualaikum..

Wah.. Wah.. nak juin jugak la giveway ni.. tak pernah juin contest yang sebegini.. nk try juin juge.. hehehe...
Dengan ini.. dimaklumkan bahawa Lea Azleeya men-join (hahaha) giveway by ! Hazwan Hairy !!


Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


Read More

Indah Perjalanan Yang ALLAH Ciptakan Untuknya

No comments

Assalamualaikum

Munajat kepada ALLAH.. ya.. pagi tadi on the way datang keje tadi aku sempat la dengar Munajat Taubat Nasuha dalam radio.. syahdunye rasa.. time tu teringat berkenaan Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang telah pergi kepada Sang Penciptanya untuk selama-lamanya dengan meninggalkan kesedaran kepada umat Islam atas muka bumi ini.. Sungguh terkesan pemergian beliau... Sewaktu jenazah Ahmad Ammar selesai dikhafan kan.. terlihat ada peluh @ keringat di dahi dan sekeliling kelopak mata beliau.. Bukankah itu petanda seorang yang mati syahid??

Ya ALLAH... Subhanallah... Indah sungguh perjalanan yang ALLAH telah ciptakan untuk Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam... Beliau mati syahid... Alhamdulillah...
Tahniah kepada kedua ibubapa Almarhum... 



Mesti baca kisah yang hebat ini :')

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki.

Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. 

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.

☞ Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

الفاتحة

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ
وَلاَ الضَّالِّين 

آمِيّنْآمِيّنْآمِّيْنَيَارَبَّالْعَالَمِيْنَ


Jom kite saksikan video perjuangan Ahmad Ammar bin Ahmad Azam sepanjang hidup beliau..
( 1993 - 2013 )



Al-Fatihah






Read More

Mr London Ms Langkawi vs Miss XL

Monday, November 18, 2013

No comments

Assalamualaikum..

Mood membaca aku sekarang ni makin menjadik-jadik lak.. pas satu buku ke satu buku aku baca... huiiii.. agak lama jugak la aku tinggalkan bidang bacaan ni.. wah, bidang bacaan uols... hehe.. dulu memang aku gemar membaca.. terutama novel la.. gile banyak aku beli novel dulu.. eh pembetulan.. bukan aku yang beli.. orang lain yang belikan untuk aku.. hakhak.. tapi tu dulu la.. sekarang kalau nak baca kene beli sendirik la.. tak do sape dah nak tulun belikan.. hehe.. baru-baru ni aku habiskan 2 buah novel.. tu pown novel pinjam okeh... hahaha... 


Mr. London Ms Langkawi by Herna Diana

Cite ni best tau... aku memang minat penulisan Herna Diana ni.. cite dia mesti tak kering gusi dibuatnya.. asek gelak aje.. lucu.. cite ni mengisahkan ms langkawi ni berjumpa mr london yang hensem lagik kacak.. sepupu dorang ni.. selalu gaduh dan bertekak.. last-last kawen.. arghh aku tak nak la cite detail.. kalau korang nk tau korang kene la beli buku ni.. memang tak rugi beli tau.. memang best..



Miss XL by Rina Farizq

Hah.. ni buku kedua.. buku ni lucu gak.. aku gelak cam orang gile baca buku ni.. hehehe.. ada gak sedih dia buku ni.. kisah sorang perempuan yang saiz badan agak besar la.. tu la tajuk buku ni miss XL... pompuan ni setiausaha kepada seorang bos yang garang lagik berlagak.. dah la berlagak sombong lak tu.. haaa.. last-lastkan dorang dua orang boleh lak terkawen ... haaa menarik kan.. so klu nk tahu lebih lanjut dan detail.. sila la beli k.. best jugak tau cite ni.. moral dari cite ni pown banyak tau.. aku suka tau berkawan dengan wanita bersaiz badan besar ni.. sebab dorang ni seorang yang penyayang... so jangan nak kutuk-kutuk ye orang yang bersaiz XL.. nnti aku luku kepala sape yang kutuk tu.. haaaa... takut tak? hahaha.. sies, cite  ni banyak pengajaran... lucu dan best... sila la beli ye di kedai-kedai buku yang berhampiran anda...

Opss sebelum terlupa, ada satu agik novel yang best.. tapi aku tak amek gambo buku tu.. so aku google aje la buku tu... sies buku ni best.. novel islamik ye.. Best sgt2... mesti beli... aku pinjam ajo... hahaha...

Wanita Lindungan Kaabah




okeh-okeh.. dah abeh dah cite sal novel.. sekarang aku ngah baca buku biografi Nabi Muhammad SAW... Insya ALLAH aku akan update nanti pas abih aku baca ye.. sabar...

ok chow... 

bubey..



Read More

My Encem Baby Boy....

Thursday, November 14, 2013

3 comments


Assalamualaikum..

Tak punye masa sekarang nak update blog... ni pown curi masa time 5S... hikhik..

Bubey....


Baby Qaish









Read More

Andai Dapat Ku Undur Masa...~

Monday, November 11, 2013

4 comments


Assalamualaikum..


Hai geng... huh.. lama sungguh tak mempublish publish kat sini.. rindu bukan kepalang... tapi kebizian yang melanda so tak dapat la aku nak berpot pet pot pet kat sini.. ini pown aku curi-curi masa sebab dah rindu sangat nk membebel... hak hak..

Cuba korang tengok tajuk aku.. best tak? hueiii andai dapatlah kan masa diundur kembali, mesti ramai antara kita ni nak perbaiki diri sendirikan kan... haa.. yelah bila dah buat kesalahan pastu leh lak undur masa.. pastu perbaiki balik.. wahh mesti ramai yang nak kan... hikhik.. cam aku gak.. kalau la masa dapat diundur balik... macam-macam aku nk perbaiki... geng-geng aku semua ape yang anda nak perbaiki.. meh la kite kongsi-kongsi cite.. hikhik.. 

Cam aku sendiri.. kalau dapat undur masa aku nak kembali semula masa aku masih sekolah... hakhak.. nak belajar betul-betul.. jadik orang yang berguna.. dan menjadi seorang muslimah yang patuh kepada ajaran Islam... selain tu kan.. aku nak jadi anak yang berguna.. cam klise aje kan alasan aku.. hahaha.. mesti semua orang pown nak buat cam ni kan kan..

Lagi lagi lagi.. aku nak menghargai orang... jaga hati orang... tak nak sia-sia kan orang yang menyayangi diri aku dan aku juga menyayangi dia.. wah ayat.. bikin sedey neh.. hahaha... betul beb.. aku nak buat semua tu..  aku tak nak pentingkan diri sendiri.. nak menghargai orang yang menghargai aku.. uwaaaaa.. nak nangis kuat-kuat boleh tak... buat geng-geng aku sekalian... hargailah orang yang menghargai kita.. yang menyayangi kite sepenuh hati.. nanti korang akan menyesal andai tak menghargai orang seperti itu.. uwaaaaaaaaa.. nangis agik.... sob sob sob....~!!

Emo lak aku kan petang ni... mungkin aku tersyahdu mendengar dorang kat opiz aku ni berkaraoke lam bilik mesyuarat tu.. lagu rock tapi bunyi cam lagu sedih.. hahaha... dorang dok berlatih untuk Pertandingan IDOL nanti...  eh terlencong kelain lak cite aku ni.. hikhik..

Itu la yang aku nak buat andai masa dapat diundur balik... banyak lagi sebenarnya.. tapi tak larat aku nak senaraikan lam ni.. bio la aku sendiri yang simpan.. sebabnya, masa memang tak mungkin dapat diundur balik dah... hehehe... yang dapatnya kite jadikan semua yang lepas tu sebagai pengajaran dan pengalaman serta perbaiki kelemahan itu di masa akan datang.. insyaALLAH...

So, korang semua ape yang korang nak buat andai dapat undur masa? haaa jom kongsi.. hehehe...

K la.. nak balik dah ni.. jam sudah menunjukkan pukul 5.. bai bai korang... bila-bila jumpe agik naaa...

tata titi tutu....

eh... sebelum tu.. jom layan lagu ni... lagu lama tapi tetap best...


Andai Dapat Ku Undur Masa - AXL's




Bubey.....~!!




Read More

Kehilangan..

Friday, November 1, 2013

8 comments


Assalamualaikum

Letih betul hari ni... Kat opiz aku hari ni dok gotong royong 5S.. orang lain dah siap 5S, kitorang baru nk mula.. banyak betul barang yang perlu disisih.. dengan berhabuk parak nye.. sengal habis hidung ni..!! hehe.. Sambil-sambil buat 5S dengo la radio... penghibur hati dikala berhabuk kan.. hakhak..

Sebut sal lagu ni kan.. teringat lak lagu Firman.. aku minat beno lagu ni... 'Kehilangan'... wah.. ngam kan ngan tajuk entri aku kali ni.. haaa sebab tu aje yang entri ni bertajuk sebegitu rupa... ekeke.. tangkap feeling abeh aku dengar lagu ni.. best lagu ni.. lirik dia.. hurmm malas nak cite arr.. hukhuk.. meh kite nyanyi sama-sama.. sementara time rehat ni.. korang dengo la ye.. aku nak p bersih-bersihkan ape patut.. aku nk solat zohor dulu.. hehe... tangkap sedey beb lagu ni.. jom dengar.... aku sertakan sekali lirik syahdu ni untuk kite nyanyi sesama... 



Kehilangan - Firman



Okeh semua.. selamat berhibur...

Bubey...






Read More