Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang - Lebih Jimat Masa & Lebih Murah!

Tuesday, November 4, 2025

No comments
Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang - Lebih Jimat Masa & Lebih Murah! | Pernah tak bila korang tengok staf syarikat besar, terus rasa “wow” sebab uniform diorang nampak kemas, bergaya, dan profesional?


Sebenarnya, rahsia utama bukan semata-mata pada reka bentuk tapi pada tempat korang tempah baju korporat tu sendiri. Ramai syarikat sekarang dah mula sedar, nak dapat baju korporat yang betul-betul berkualiti tak semestinya kena mahal.  Apa yang penting ialah tempah terus dari kilang sebab kat situ lah semua kelebihan dari segi harga, rekaan dan kawalan kualiti datang sekali. 

Kenapa Baju Korporat Penting Untuk Syarikat?

Baju korporat bukan sekadar seragam. Ia adalah identiti dan wajah syarikat korang. Bila semua staf pakai uniform dengan logo sulam dan warna korporat yang senada, pelanggan akan nampak korang lebih profesional dan boleh dipercayai. 

Selain tu, uniform juga bantu tingkatkan semangat kerja dan rasa kebersamaan dalam pasukan. Setiap orang nampak sebahagian daripada satu organisasi yang bergerak ke arah matlamat sama. 

Kenapa Perlu Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang 


Kalau korang masih ragu-ragu nak tempah direct, ni antara sebab utama kenapa cara ni paling bijak: 

1️⃣ Harga Lebih Jimat 

Bila korang tempah baju korporat terus dari kilang, korang dapat harga sebenar tanpa mark-up. Tak ada caj ejen, tak ada kos tersembunyi. Harga per helai jadi jauh lebih rendah, terutama bila order banyak. 

2️⃣ Kualiti Terjamin 

Kilang ada kawalan kualiti yang ketat. Setiap baju diperiksa dari segi jahitan, potongan, dan sulaman logo. Kalau ada yang tak kena, boleh terus dibetulkan di tempat yang sama tak perlu hantar semula ke pihak lain. 

3️⃣ Custom Design Ikut Citarasa Korang 

Nak kain cotton premium? Nak warna ikut logo syarikat? Nak potongan slim fit atau regular? Semuanya boleh dibuat ikut citarasa korang. Malah, kilang boleh hasilkan mockup design untuk korang semak dulu sebelum jahit sebenar. 

4️⃣ Proses Cepat & Lancar 

Kilang moden sekarang dilengkapi dengan mesin automatik dari printing, jahit sampai sulam. Kalau korang ada event atau tarikh penting, tempahan boleh disiapkan lebih cepat berbanding order melalui pihak ketiga. 

Jenis Kain Popular Untuk Baju Korporat 

Sebelum tempah baju korporat, korang kena tahu jenis material yang sesuai dengan keperluan kerja dan cuaca.  Berikut antara jenis kain yang paling banyak digunakan: 

Cotton – Sejuk, selesa, dan sesuai untuk kegunaan harian. 
Polyester – Tahan lasak, cepat kering, dan tak mudah renyuk. 
Microfibre – Ringan dan sesuai untuk aktiviti luar atau cuaca panas. 
Poly-Cotton – Gabungan terbaik antara keselesaan cotton dan ketahanan polyester. 

Kilang profesional seperti Mafeya Sdn Bhd biasanya akan bagi sample kain untuk korang rasa sendiri sebelum buat keputusan akhir. 

Mafeya Sdn Bhd – Antara Kilang Baju Korporat Terbesar di Malaysia 
 

Kalau korang nak tempat tempah baju korporat yang boleh dipercayai, Mafeya Sdn Bhd memang antara nama yang paling banyak disebut di Malaysia. Terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor, Mafeya Sdn Bhd dah berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang pembuatan pakaian korporat, uniform, dan barangan promosi. 

Mereka bukan sekadar buat baju korporat, tapi juga: 

👕 T-shirt & jersey sublimation 
🎽 Jaket & vest 
🧥 Apron & uniform kerja 
🎁 Cenderamata korporat: topi, pen, payung, medal, plaque dan banyak lagi 

Dengan kilang sendiri dan pasukan reka bentuk dalaman, semua proses dibuat secara menyeluruh dari idea ke produk akhir. 

Proses Tempahan Baju Korporat Yang Mudah & Fleksibel 


Salah satu kelebihan besar bila korang berurusan dengan kilang seperti Mafeya ialah proses tempahan yang senang. Tak perlu pening kepala, sebab semuanya boleh diurus secara online. 

Langkah-langkahnya mudah: 

1️⃣ Pilih rekaan, warna dan jenis kain 
2️⃣ Hantar logo syarikat & senarai nama staf (kalau nak disulam) 
3️⃣ Terima mockup design untuk semakan 
4️⃣ Bila confirm, kilang terus jahit & sulam 
5️⃣ Siap dan terus dihantar ke alamat korang 

Kalau korang ada masa, boleh juga datang ke showroom mereka untuk tengok sample sebenar dan bincang terus dengan team reka bentuk. 

Kelebihan Tempah Baju Korporat Dengan Mafeya 

✔ Harga kilang 100% tanpa orang tengah 
✔ Kualiti premium & rekaan custom 
✔ Pengalaman lebih 10 tahun dalam industri 
✔ Jahitan kemas, logo sulam halus & tahan lama 
✔ Servis cepat, mesra & boleh order secara online 
✔ Penghantaran ke seluruh Malaysia 


Tak hairanlah ramai pelanggan korporat, sekolah, dan agensi kerajaan pilih Mafeya setiap tahun untuk urusan tempahan pakaian rasmi mereka. 

Lokasi & Cara Hubungi Mafeya Sdn Bhd 

Kalau korang nak mula tempah baju korporat sekarang, boleh terus ke: 


Team Cetak Showroom  
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor  

📞 017-229 0224 / 03-5523 6690  



Oh! T-Shirt / Kilangjahit.com (Production 1)  
21, Jalan Keluli AP 7/AP, Seksyen 7, 
0000 Shah Alam, Selangor  

📞 017-229 0994 / 03-5523 6690  



Kilangbaju.com (Production 2)  
30, Jalan Keluli AN 7/AN, 
Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 
40000 Shah Alam, Selangor  

📞 017-229 0120 / 03-5523 6690  

Selain showroom utama, Mafeya juga ada dua lagi kilang pengeluaran di Shah Alam dan Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan. 

Pilih Tempat Tempah Baju Korporat Yang Betul 


Kalau korang nak baju korporat yang bukan saja cantik dipakai tapi juga tahan lama, tempah terus dari kilang adalah langkah paling bijak. 

Korang akan dapat: 

  • Harga lebih murah 
  • Rekaan ikut citarasa sendiri 
  • Kualiti premium dan jahitan kemas 
  • Servis cepat dan mudah 



Tak kira syarikat kecil atau besar, tempah baju korporat dari kilang seperti Mafeya Sdn Bhd boleh bantu korang jimat kos sambil kekal nampak profesional. 

Jadi, tunggu apa lagi? Hubungi Mafeya hari ini dan rasai sendiri perbezaannya. Kerana bila korang tempah baju korporat terus dari kilang. Setiap helai adalah pelaburan untuk imej syarikat korang!



Read More

Buku Taubatku Untuk Siapa? – Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

Tuesday, September 9, 2025

No comments
Buku Taubatku Untuk Siapa? – Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi | Kalau korang jenis suka baca buku yang bukan sekadar isi hati, tapi juga beri kesan dalam kehidupan, memang wajib masukkan buku Taubatku Untuk Siapa? tulisan Ibnu Jauzi dalam senarai bacaan. Buku ni bukan sekadar membicarakan soal taubat secara umum, tapi lebih kepada renungan jiwa – untuk kita sama-sama fikir, sejauh mana sebenarnya kita ikhlas dalam bertaubat kepada Allah.


Dalam story aku ni, aku nak kongsi serba sedikit tentang siapa penulisnya, isi utama buku ni, kata-kata hikmah yang menusuk jiwa, dan kenapa aku rasa buku ni sangat berharga untuk kita baca.  

Siapa Sebenarnya Ibnu Jauzi? 

Nama Ibnu Jauzi memang tak asing dalam dunia Islam. Beliau seorang ulama besar, penulis prolifik, dan pendakwah yang hidup sekitar abad ke-12 Masihi. Karya beliau sangat banyak – ribuan halaman yang membicarakan soal agama, kehidupan, serta perjalanan jiwa seorang hamba dengan Tuhannya.  

Ibnu Jauzi terkenal dengan gaya penulisan yang menyentuh hati. Beliau pandai sangat gunakan bahasa yang mudah difahami, tapi sarat dengan nasihat mendalam. Jadi tak peliklah kalau buku Taubatku Untuk Siapa? ni mampu beri kesan mendalam pada pembaca zaman sekarang walaupun sudah ratusan tahun ditulis.  

Apa Sebenarnya Maksud Taubatku Untuk Siapa? 


Kalau sekali pandang, tajuk buku ni macam soalan – taubatku untuk siapa? Adakah taubat tu untuk Allah? Untuk diri sendiri? Atau sekadar lafaz di bibir?  

Ibnu Jauzi cuba bawa kita faham bahawa taubat bukan sekadar ucapan “aku bertaubat” lepas buat dosa. Taubat sebenar datang daripada hati yang benar-benar menyesal, disertai dengan tindakan untuk tinggalkan dosa dan berusaha perbaiki diri.  

Soalan “untuk siapa” ni ibarat cermin – adakah kita taubat kerana takut dihukum? Kerana malu pada manusia? Atau kerana benar-benar cinta dan takut pada Allah?  

Isi Utama dalam Buku 

Antara isi penting yang disentuh dalam buku ni:  

  • Makna Sebenar Taubat – Taubat bukan sekadar kata-kata, tapi perubahan hati dan tindakan.  
  • Jenis-jenis Taubat – Ada taubat yang lahir kerana rasa takut, ada kerana cinta pada Allah, ada pula sekadar ikut-ikutan.  
  • Syarat-syarat Taubat – Menyesal atas dosa, tinggalkan perbuatan tu serta-merta, dan berazam tak ulang lagi.  
  • Halangan dalam Taubat – Nafsu, syaitan, rasa putus asa, serta dunia yang melalaikan.  
  • Keikhlasan dalam Bertaubat – Taubat yang sebenar-benarnya hanyalah untuk Allah, bukan sebab manusia lain.  

Kata-kata Hikmah Dari Buku Taubatku Untuk Siapa? 

Antara ayat-ayat yang menusuk jiwa dalam buku ni:  
✨ “Janganlah engkau menunda taubat, kerana maut itu datang tanpa memberi khabar.”  
✨ “Taubat yang benar adalah yang disertai dengan penyesalan, air mata, dan perubahan amal.”  
✨ “Barangsiapa bertaubat kerana manusia, maka ia akan kembali kepada dosa. Barangsiapa bertaubat kerana Allah, maka Allah akan memeliharanya.”  
✨ “Dosa yang disesali lebih baik daripada amal yang dibanggakan.”  
✨ “Taubat bukan sekadar kata-kata, ia adalah janji hati yang tak mahu kembali pada kesalahan yang sama.”  

Kenapa Buku Ni Patut Dibaca? 

Buku Taubatku Untuk Siapa? sesuai sangat untuk korang yang:  

  • Rasa kadang-kadang terjebak dalam dosa kecil tapi selalu ulang. 
  • Mahu belajar cara taubat yang betul. 
  • Perlukan motivasi jiwa untuk jadi lebih dekat dengan Allah. 
  • Nak cari bacaan ringan tapi penuh nilai pengajaran. 

Aku suka cara Ibnu Jauzi susun ayat – menusuk jiwa. Kita baca rasa macam beliau tengah bercakap terus dengan hati kita.  

Apa yang Aku Belajar Lepas Baca 

👉 Pertama, aku sedar taubat ni bukan sekali je dalam hidup. Kita kena ulang-ulang, sebab manusia memang tak lari dari salah dan dosa.  
👉 Kedua, jangan pandang ringan dosa kecil. Kadang benda kita anggap kecil tu, kalau kita ulang banyak kali, jadi besar di sisi Allah.  
👉 Ketiga, taubat sebenar tu bukan sekadar rasa bersalah. Kena ada tindakan – tinggalkan, ganti dengan amal baik, dan jangan ulang lagi.  

Kelebihan Buku Ni 

✔️ Ringkas tapi padat. 
✔️ Bahasa mudah difahami. 
✔️ Banyak contoh kehidupan. 
✔️ Sesuai untuk semua peringkat umur. 
✔️ Boleh jadi bahan renungan harian.  

Siapa Patut Miliki Buku Ni? 

📖 Pelajar – supaya hati lebih terjaga. 
📖 Ibu bapa – untuk jadi panduan mendidik anak. 
📖 Pekerja sibuk – sebab bacaan ni ringkas tapi penuh makna. 
📖 Sesiapa saja yang nak dekat dengan Allah.  

Kesimpulan 

Buku Taubatku Untuk Siapa? karya Ibnu Jauzi ni memang satu bacaan wajib kalau korang nak reset hati dan kembali muhasabah diri. Ia mengingatkan kita bahawa taubat bukan hanya ritual, tapi satu perjalanan jiwa menuju Allah.  

Setiap helaian buku ni bagaikan nasihat seorang guru kepada muridnya, penuh kelembutan tapi tegas. Kalau korang rasa hidup makin sibuk, hati makin lalai, bacalah buku ni – insyaAllah akan buat kita rasa tenang dan mahu lebih dekat dengan Allah.  

Rating peribadi aku: 4.8/5 – sebab buku ni simple, mendalam, dan sangat menyentuh hati.







Read More

Hadiah Istimewa : Gelang Tangan Silver Habib

Monday, September 8, 2025

No comments
Hadiah Istimewa : Gelang Tangan Silver Habib | Assalamualaikum.. Hi korang.. Sihat ke tu? Aku doakan korang semua diberi kesihatan yang baik.. Aamiin YRA.. Ok, Kali ni aku nak cite sal aku dapat adiah.. Hehe.. Saje la nak simpan kenangan tu kat sini.. Ceritanya, minggu lepas, aku ada menerima satu hadiah yang betul-betul buat hati aku tersentuh… iaitu gelang tangan silver Habib. Inilah dia hadiahnya guys.. Hadiah ni dari seorang kenalan lama aku.. Ingatkan dah terputus hubungan dah.. Rupanya dia muncul balik pulak.. Hiks..


Mula-mula bukak parcel tu, perhhhh cantik gile packagingnya.. Serius, hadiah ni memang datang dalam packaging eksklusif, lengkap dengan kotak dan beg Habib berwarna merah jambu yang sangat elegan. 

Masa buka kotak tu, aku terus jatuh hati dengan rekaan gelang yang simple tapi classy, siap ada charm berbentuk hati. Perasaan masa terima memang sukar digambarkan—ada rasa gembira, terharu dan penuh syukur. 

Bagi aku, hadiah bukan sekadar barang fizikal, tapi ia melambangkan perhatian, penghargaan dan juga kasih sayang daripada si pemberi.  Setiap kali aku pandang gelang ni, sudah pastinya aku akan ingat pada orang yang menghadiahkannya. Bukan sebab nilainya, tapi kerana ia lahir daripada niat ikhlas untuk buat aku tersenyum. Itu yang paling aku hargai.  

Dah alang-alang aku simpan moment ni kat sini, aku nak ucapkan terima kasih buat si pemberi hadiah. Terima kasih kerana menghadiahkan bukan saja gelang yang cantik, tapi juga kenangan indah yang akan aku simpan dalam hati. 

Semoga kebaikan dan keikhlasan itu Allah gandakan kembali pada kamu.  Bagi aku, gelang silver Habib ni bukan sekadar aksesori semata. Ia akan jadi salah satu kenangan manis dalam hidup, yang akan selalu buat aku rasa dihargai dan diingati. 💕 TQ selalu..~




Read More

666 Apa Yang Ditulis – Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Saturday, September 6, 2025

No comments
666 Apa Yang Ditulis – Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis | Menulis memang nampak mudah, tapi hakikatnya ramai antara kita yang pernah rasa stuck. Idea ada, semangat pun membuak-buak, tapi bila depan kertas kosong atau skrin laptop, terus tak tahu nak mula dari mana.  


Kalau korang pernah alami situasi ni, jangan risau… korang tak keseorangan. Aku sendiri pun pernah hadapi perkara sama. Tapi sejak berkenalan dengan buku “666 Apa yang Ditulis” hasil tulisan Yim Ting Yee, pandangan aku tentang menulis jadi lebih luas dan menyeronokkan.  

Buku ni memang lain daripada yang lain sebab ia bukan sekadar bagi teori, tapi tunjuk cara bagaimana kita boleh menulis dengan konsisten, kreatif, dan santai – walaupun hanya bermula dengan 10 minit sehari.  

Apa Itu Buku 666 Apa yang Ditulis? 

Buku ini mengangkat konsep menulis sebagai satu permainan kreatif. Penulis, Yim Ting Yee, memperkenalkan sistem latihan 666 langkah – satu sistem yang direka untuk bantu sesiapa saja, dari tahap novis (baru mula menulis) hinggalah ke tahap master (penulis profesional).  

Uniknya, sistem ni bukan sekadar teknik menulis semata-mata, tapi lebih kepada membina habit menulis yang konsisten. Sebab tulah ada tagline: “Petua Menulis 10 Minit/Hari: Jadikan Diri Anda Ghairah Tanpa Mencukupi.”  

Kalau difikirkan, 10 minit tu sebenarnya tak lama pun. Tapi bila konsisten, ia jadi satu tabiat dan dari tabiat nilah lahirnya kreativiti serta idea yang lebih lancar.  

Kenapa Buku Ini Berbeza Dari Buku Menulis Lain? 


Ada banyak buku panduan menulis di luar sana, tapi yang buat “666 Apa yang Ditulis” menonjol ialah:  

1. Konsep Fun & Santai 

Menulis tak lagi dilihat sebagai satu kerja berat. Buku ni ajar kita untuk “bermain” dengan idea, bukan terlalu stres nak hasilkan tulisan yang sempurna.  

2. Langkah Demi Langkah Yang Praktikal 

Sistem 666 bukan teori kosong – ia satu pelan tindakan yang jelas. Korang boleh ikut satu persatu dan nampak progres dari masa ke masa.  

3. Kreativiti Tanpa Had 

Penulis menekankan bahawa menulis bukan tentang bakat semata-mata, tapi tentang latihan berterusan. Lagi kerap kita menulis, lagi luas kreativiti yang akan muncul.  

4. Sesuai Untuk Semua Peringkat 

Tak kira sama ada pelajar, cikgu, blogger, penulis baru, atau seseorang yang bercita-cita nak hasilkan buku – buku ni ada sesuatu untuk semua.  

Apa Yang Kita Boleh Dapat Dari Buku Ini? 

Antara manfaat utama yang aku nampak dari “666 Apa yang Ditulis” ni ialah:  

  • Belajar bina disiplin menulis walaupun sibuk dengan rutin harian. 
  • Lebih yakin dengan idea sendiri – tak perlu risau tulisan “tak cukup bagus”. 
  • Tahu cara urus writer’s block – sebab ada banyak teknik kreatif yang boleh dicuba. 
  • Inspirasi untuk menulis buku sendiri – bagi yang ada impian nak jadi penulis. 
  • Rasa seronok bila menulis – sebab tak ada tekanan nak jadi sempurna. 

Sebenarnya, point paling best ialah ia ubah cara kita pandang menulis: dari sesuatu yang susah → jadi sesuatu yang fun & santai.  

Menulis Hanya 10 Minit Sehari – Boleh Ke Jadi Penulis? 

Ini antara mesej utama buku ni – konsistensi lebih penting daripada kuantiti. Bayangkan kalau setiap hari korang menulis 10 minit:  

  • Dalam seminggu = lebih kurang 70 minit 
  • Dalam sebulan = lebih 4 jam 
  • Dalam setahun = lebih 48 jam menulis! 

Dengan masa sebanyak tu, kalau dikumpulkan, dah cukup untuk hasilkan banyak artikel blog, cerpen, atau mungkin manuskrip buku pertama korang.  

Gaya Bahasa Yang Mudah & Santai 

Satu lagi perkara yang aku suka tentang buku ni ialah gaya bahasanya ringan. Tak terlalu teknikal, jadi mudah difahami oleh sesiapa saja.  

Kalau kita baca, rasa macam penulis sedang borak santai dengan kita – kongsi tip, bagi semangat, dan sesekali selit motivasi yang buat kita rasa “Eh, boleh je aku menulis sebenarnya!”.  

Siapa Yang Patut Baca Buku Ini? 

✅ Pelajar – nak latih menulis esei atau idea dengan lebih lancar. 
✅ Blogger / Content Creator – nak cari cara kekalkan konsistensi update. 
✅ Penulis Baru – ada impian nak terbitkan buku tapi tak tahu nak mula dari mana. 
✅ Cikgu / Pensyarah – boleh guna teknik dari buku ni untuk latih pelajar menulis. 
✅ Sesiapa yang suka menulis diari / jurnal – boleh asah lagi kreativiti.  

Pengalaman Aku Lepas Baca Buku Ni 

Secara peribadi, buku ni memang banyak bagi kesan positif. Aku mula praktikkan menulis sikit-sikit setiap hari. Tak ada tekanan, tak ada target besar, tapi cukup konsisten.  

Hasilnya? Idea menulis untuk blog jadi lebih lancar, dan aku lebih enjoy bila menulis. Bila ada idea, aku terus catat – walaupun pendek. Lama-lama, terkumpul jadi artikel penuh.  

Kat Mana Nak Dapatkan Buku 666 Apa yang Ditulis? 

Kalau korang berminat nak cuba, buku ni boleh didapati di:  


Tip aku: rajin-rajin check online bookstore, kadang-kadang ada promo harga lebih murah.  

Kesimpulan 

Menulis bukan tentang menunggu ilham besar turun dari langit. Menulis ialah tentang konsistensi, kreativiti, dan keberanian untuk mula – walaupun hanya dengan satu ayat sehari.  

Buku “666 Apa yang Ditulis” oleh Yim Ting Yee ni memang sesuai untuk sesiapa yang nak bina habit menulis, belajar jadi lebih kreatif, dan pada masa sama enjoy proses tu.  

Kalau korang tengah cari buku yang boleh motivate untuk mula menulis, aku sangat recommend buku ni. Ingat, kadang-kadang langkah kecil 10 minit sehari tu lah yang akan bawa kita ke arah impian besar – jadi seorang penulis. 🌟




Read More

Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang – Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Friday, September 5, 2025

No comments
Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang – Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu  | Assalamualaikum & hai korang.. Kalau korang sampai ke blog aku ni, mungkin korang tengah cari buku parenting terbaik atau sekurang-kurangnya bahan bacaan yang boleh temani jiwa seorang ibu kan? Atau mungkin korang sendiri tengah lalui fasa penat, serabut, rasa tak cukup masa, tapi dalam masa yang sama kasih sayang untuk anak-anak tu tak pernah surut. Ha, sama lah macam aku.


Baru-baru ni aku baca buku Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang tulisan Bonda Umirah. Serius geng, buku ni memang kategori buku motivasi ibu yang wajib korang baca sebab dia betul-betul dekat dengan hati.  

Tentang Penulis – Siapa Bonda Umirah? 

Bonda Umirah ni seorang penulis yang aktif berkongsi tentang kehidupan sebagai seorang ibu dan wanita. Tulisan dia dekat media sosial selalu jadi inspirasi sebab gaya dia jujur, lembut dan penuh kasih sayang.

Setiap perkongsian dalam buku ni datang dari pengalaman sebenar seorang ibu. Jadi bila baca, kita tak rasa macam sedang diceramahkan, tapi lebih kepada seorang kawan yang faham struggle kita. 

Apa Yang Menarik Dalam Buku Ni? 


➡️ Bahasa santai & mesra – sesuai kalau korang suka buku bacaan ringan untuk ibu muda. 
➡️ Situasi realistik – dari penat urus anak, letih kerja rumah sampai bab emosi seorang ibu. 
➡️ Mesej positif & healing – rasa macam terapi, bukan macam baca teori parenting yang berat.  

Ada bab dalam buku ni yang buat aku senyum sendiri sebab rasa “eh, ni macam aku je”. Tapi ada juga part yang buat aku termenung lama sebab terasa macam kena “wake up call” yang lembut.  

Kenapa Aku Recommend Buku Ni? 

👉 Buku ni sesuai untuk semua peringkat ibu – ibu baru kahwin ada baby kecil, ibu muda, ataupun ibu yang dah lama dalam dunia keibuan. 
👉 Sangat membantu kalau korang perlukan buku motivasi untuk ibu yang penat. 
👉 Bacaannya ringan tapi penuh mesej positif.  

Bagi aku, buku ni bukan sekadar bacaan tapi macam terapi jiwa. Korang akan rasa lebih tenang sebab tahu apa yang korang rasa tu normal, dan korang tak sorang-sorang dalam struggle tu.  


⭐ Rating Aku Untuk Buku Ni 

Kalau nak bagi rating, aku bagi 4.8/5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐  

✔ Jalan cerita & gaya bahasa santai. 
✔ Senang hadam, tak bosan. 
✔ Sesuai untuk semua ibu, tak kira umur atau pengalaman.  

Cuma kalau korang cari buku parenting penuh fakta & teori, mungkin buku ni bukan gaya tu. Tapi kalau nak rasa difahami & ditemani – inilah buku yang aku akan recommend. 


Kesimpulan

Kalau korang tengah penat dan perlukan sesuatu untuk “top-up” semangat, cubalah baca Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang. Dia kategori buku parenting santai yang penuh kasih sayang, sesuai untuk jadi teman baca ibu-ibu di waktu lapang.  

Jadi ibu memang penat, tapi dalam penat tu tersimpan bahagia yang hanya seorang ibu je faham ❤️  

Itu je sharing aku kali ni geng. Kalau korang ada cadangan buku bacaan untuk ibu muda lain yang best, boleh share dekat ruang komen. Mana tahu boleh jadi inspirasi untuk ibu-ibu lain juga 🌸





Read More