Tahniah..! Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Monday, November 14, 2016

7 comments
Assalamualaikum wbt..

sumber : google

Tahniah..! Yusry, Lisa Surihani Bakal Timang Cahaya Mata Kedua  |  Wohaa!! Tahniah buat pasangan serasi Yusry dan Lisa Surihani kerana bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi.. Baru kejap tadi aku terbaca tentang hal ni.. Wahh tumpang gembira aku dengan berita mengejutkan ni.. Terus aje aku stalk Instagram YusryKRU untuk mengesahkan berita gembira ni.. 


Bila dah baca status di IG Yusry, barulah aku percaya yang berita ni memang benar.. Yela, kengkadang ada jugak cerita yang tak betul disebarkan.. Ye dak?? Ini bermakna Yahaira Leanne akan dapat adik.. Hiks.. Mesti secomel kakaknya nanti.. InsyaALLAH.. Aku memang selalu mengikuti perkembangan pasangan bahagia ni.. Semoga dipermudahkan segalanya buat Lisa dan Yusry serta menjadi keluarga yang paling  bahagia hingga ke jannah.. Amin..


Read More

Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5  | Konsert Gegar Vaganza yang berlansung semalam sangat havoc kerana persembahan para peserta sangat mantap.. Rasanya juri pown pening kepala nak menilai para peserta pada malam tu.. Gile ko, semua best-best belaka..

Korang jangan pertikaikan yang Ameng lupa lirik ye..!! Haha.. Walaupown dia lupa lirik tapi persembahan dia malam tu sangatlah ohsem tahap maksima hokeh.. Rasanya cam lagi hebat dari penyanyi asal persembahan Ameng malam tu..

Okeh2.. Tamo cakap banyak, jom kite tengok sape yang tersingkir di Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu ke-5

PESERTA GEGAR VAGANZA YANG TERSINGKIR PADA MINGGU KE-5



Pada konsert semalam beliau telah menyampaikan lagu "Ratuku" penyanyi asalnya adalah penyanyi kesukaan aku Awie.. Nyanyian beliau juga mantap pada malam itu, tapi mungkin rezeki beliau di pentas Gegar Vaganza hanya setakat ini sahaja.. Moga diluar sana rezeki beliau lebih melimpah ruah.. InsyaAllah.. Beliau yang aku maksudkan adalah SHIDI DATA....


Untuk anugerah khas GV PERSEMBAHAN PENTAS PALING MENYENGAT dimenangi oleh Azharina.. Azharina menyanyikan lagu Berhenti Berharap nyanyian asal Shiela On 7.. Persembahan Azharina pada malam tu sangat berbeza dari pada biasa.. Dia memang layak untuk memenangi anugerah tersebut.. Bak kata Dato' Katty, "macam tengok persembahan konsert"... hehe..!!

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-6

Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-6
Tema  :  Rock Dut ( Rock + Dangdut )
Tarikh : 20.11.2016 (Ahad)

  AMENG - Gali Lubang Tutup Lubang (Rhoma Irama)
  AZHARINA - Kejoraku Bersatu (Search)
  GMIE - Titian Perjalanan (XPDC)
  INTAN SARAFINA - Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)
  NORA Bring Me To Life - Evanescence [ Lagu Asal Rindu - Amelina ]
  SITI SARAH - Senggol Senggolan Cubit-Cubitan (Mas Idayu)
  ZARUL - Fantasia Musim Cinta (Iwan)
  ZUR EDA - Ah Rindu Lagi (Amelina)

Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-6

JIHAN & NABIL - Pencuri Hati (Ayda Jebat)

Kalau korang belum tengok lagi konsert semalam yang mantap meletop tu, korang bolehlah klik link yang aku sertakan kat bawah ni ye.. Aku pown nak tonton balik.. Haha..!!


Jom Tonton

Credit : Kepala Bergetar


Read More

Wordless Monday #3 - Eat Wind!

5 comments
Assalamualaikum wbt..


#lawakb.idipagihari

-SMiLe-

Sumber : google


Read More

Hadiah Giveaway by Vitamin-Cerdik.com Selamat Sampai

Sunday, November 13, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt

Hadiah Giveaway by Vitamin-Cerdik.com Selamat Sampai  |  Hadiah GA ni sebenarnya dah sampai 10hb aritu lagi... Aku aje yang terlambat apdet di blog.. Hanya sempat apdet di fb aje.. Hehe.. Almaklumlah bizi women.. Haha.. Bizi lah sangat kan...


Nampak panjang berjela status... Huhu.. Time sampai tu kemain excited lagi nak bukak.. Sebabnya aku memang ngah mencari mende alah ni untuk dibeli.. Aku sendiri memang menjadi ahli shaklee.. Cumanya tak aktif aje.. Kalau nak beli barang shaklee pown beli dari orang lain jugak.. Haha.. camno tu!! 



Inilah hadiah yang aku dapat tu... Shaklee Shaker Baru.. Korang nak tahu tak apa keistimewaan Shaklee Shaker ni... Meh aku kasitau kat korang tentang istimewanya shaklee shaker ni.. Hehe..

Keistimewaan Shaklee Shaker Baru [2016]

 Seharusnya bebas BPA
 Diluluskan oleh FDA(USA) / JIS(JEPUN)
 Termasuk bebola 5 bilah bagi menghasilkan campuran yang sekata 
 Bukaan penutup yang luas bagi memudahkan mengisi mencuci
 Tritan base yang selamat dan mempunyai rintangan bau dan kotoran
 Kapasiti 600ml atau 20oz
 Gelung jari pada botol yang mudah dipegang
 Penutup berkunci mengelakkan air tumpah
 Saiz yang berpadanan dengan pemegang botol/cawan
 Selamat disimpan di dalam peti dan tahan dengan cucian
 Ringan dan mudah dibawa beratnya cuma 160gram sahaja
 Warna - Biru Laguna
 Jenama - Rubbermaid

Tu dia keistimewaan botol ni.. Dah tau kan kenapa aku nak sangat botol ni.. Dengan adanya GA by Vitamin-Cerdik ini dan ada pulak rezeki aku untuk menang, (alhamdulilah) maka ianya telah merealisasikan impian aku untuk mendapatkan botol ajaib ini.. Haha..

Thankz to sis Raihanah kerana menganjurkan GA yang ohsem tu dan sudi memilih diri ini untuk menang dalam GA tersebut.. Tq Sis Raihanah.. Muaxxxx ciked..!!

Kalau korang nak beli produk shaklee atau nak jugak memiliki botol cam aku ni, leh la korang roger Kak Raihanah Ahmad di :-

BLOG VITAMIN CERDIK

FACEBOOK

CALL/WHATAPPS
012-219 5919


Read More