Nivea Stress Protect Spray Sukar Didapati Di Pasaran

Friday, December 22, 2017

14 comments
Nivea Stress Protect Spray Sukar Didapati Di Pasaran  |  Hah dah kenapa tajuk cenggitu kali ni.. Hehe.. Ok, kalau korang nak tahu aku ni pengguna tegar deodorant Nivea Stress... Tapi yang menjadi masalah aku sekarang ni adalah deodorant jenis ni susah sangat nak jumpe kat pasaran... Merata mencari tak de jugak.. Masuk Watson, Guardian dan pasaraya lain, semua tak de.. Stressss aku jadinya.. Haha.. 

nivea, deodorant nivea, nivea stress, deodorant terbaik, deodarant hilangkan bau badan,

Kenpa tak tukar jenis lain? Haa ni soalan yang selalu diajukan pada aku bila aku merungut tak jumpa cari deodorant Stress ni.. Camno nak tuko weh kalau yang ni jerk sesuai dan serasi dengan aku.. Kalau pakai yang lain, alamatnya berbaulah badan aku ni.. Haaa.. Sebab tu lah aku sangat setia dengan Nivea Stress ni.. Tiada ganti lagi setakat ni.. Dialah yang terbaik.. Haha.. Gilesss betulkan..


Ni gambar lama ni.. Dulu pernah aku buat entry khas tau untuk Nivea Stress ni.. Sebab keberkesanannya menyahbau badan dengan baik sekali.. Boleh baca kat SINI.. Disebabkan aku dah letih mencari kesana kemari tak jugak jumpa, jadi aku decide untuk try yang lain.. Kang kalau tak pakai langsung lagik parah jadinya kan.. Haha!! Pilihan untuk percubaan baru aku kali ni aku beli Nivea Deodorant Fresh Natural.. Best ke? Ok ke?


Nivea Deodorant Fresh Natural ni bau dia memang sangat natural tetapi ternyata aku tak suka akan baunya.. Adeh... Baunya agak memeritkan hidung aku sungguhpun ianya bersifat natural.. Hehe.. Camno tu? Tapi dah terbelikan, pakai ajelah sampai habis.. Nanti dah habis baru try yang lain pulak.. Dah tak best bau dia, kenapa hang pi beli yang  ni..? Huhu, masa beli tu manelah boleh bau satu per satu kan.. So, main agak-agak jerk la..


Semalam aku dok risik-risik ngan kengkawan aku pasal Nivea Stress ni.. Dorang cakap ada terjumpa di sebuah pasaraya  ni.. Nanti aku nak pergi usha.. Kalau ada, nak borong banyak sikit.. Buat stok.. Haha..!!

Korang pakai deodorant jenis apa? Ok tak? Jom la share dengan aku di ruangan komen bawah nun.. Hiks..


Read More

Mengapa WD-40® dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar?

Wednesday, December 20, 2017

3 comments
Mengapa WD-40® dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar?  |  Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40® sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya. Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah  produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai. Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar. 

wd40, produk pelbagai una wd40, penyembur karat
Mengapa WD-40® dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar?
Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40® ini tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.


Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether. Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan. 

Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.   


Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40® dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk  Pelbagai Guna WD-40® ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar. 

Memandangkan penyembur WD-40® adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar. 


Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40® atau data teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.


Read More