wd40
Showing posts with label wd40. Show all posts

Mengapa Masih Perlu Berbelanja Untuk Menyelenggara Penghawa Dingin?

Friday, November 17, 2017

13 comments
Mengapa Masih Perlu Berbelanja Untuk Menyelenggara Penghawa Dingin?  |  Menyedari berlakunya peningkatan kos sara hidup ketika ini, kita seharusnya menilai semula perbelanjaan dengan cermat. Antara perkara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan melakukan rutin pembersihan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi mengupah khidmat kontraktor walaupun untuk menyelenggara penghawa dingin. 

repair aircond, baiki aircond, selenggara aircond, penghawa dingin, penyaman udara, pembersih aircond, pembersih penghawa dingin, pencuci aircond, pencuci penghawa dingin

Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan hidup sekeluarga. Namun, harganya bukan murah dan sudah tentu pengguna mengharapkan ia mampu bertahan lama. Bagi memastikan alat penghawa dingin sentiasa berfungsi dengan baik, pengguna harus melakukan rutin pembersihan dan penyelenggaraan dengan sebaiknya. 


Kerja pembersihannya sebenarnya bukanlah terlalu rumit seperti apa yang disangka malah, ia lebih mudah dengan adanya produk WD-40 iaitu ejen pembersihan terbaik 3-IN-1® Profesional Air-Conditioner Cleaner


Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menanggalkan kotoran, debu, kulat serta kotoran lain yang terkumpul dari dalam gegelung penyejukan penghawa dingin berkenaan. Ia tidak perlu dibilas. Ini adalah cara mudah untuk menggunakan 3-IN-1® Profesional Air-Conditioner Cleaner :- 
  1. Utamakan keselamatan, tutup suis penghawa dingin anda.  
  2. Alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis.  
  3. Semburan 3-IN-1® Profesional Air-Conditioner Cleaner pada sirip penyejuk secara menegak dari bawah ke atas bagi memastikan setiap bahagian  dilitupi semburan. 
  4. Biarkan sirip penyejuk selama dua minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. 
  5. Buka suis penghawa dingin semula dan biarkan selama 15 minit untuk memastikan kotoran dapat dikeluarkan daripada hos saliran. 



Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!  

Sebaik selesai melakukan pembersihan, alat penghawa dingin anda lebih sejuk sekaligus mampu menjimatkan tenaga elektrik. Apa yang lebih baik ialah anda berupaya menikmati udara lebih bersih dan nyaman! 

Jadi, simpan wang anda kerana tidak perlu lagi berbelanja hingga beratus ringgit untuk mengupah orang  lain membersihkan alat penghawa dingin di rumah dan lakukannya sendiri ! Jadilah pengguna yang bijak. 

Untuk mendapat tips dan idea lebih lanjut berkaitan penjagaan rumah, sila lawati http://wd40.asia/ bagi produk WD-40® serta rangkaian produk 3-IN-1®.


Read More

Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !

Sunday, September 24, 2017

7 comments
Tiada Lagi Kebosanan Dengan Si Pakar Kecil Ini !  |  Cermin kereta tersekat?  Pintu bunyi berkeriut? Kita sedia maklum bahawa getah dan PVC  lama kelamaan akan mendegrasi dan mengeras. Untuk mengatasi masalah ini, kita  memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.  


Usah gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan turun atau tersekat di kesesakan jalan raya. Dapatkan setin  WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant,  yang berupaya melincirkan, mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah, plastik dan vinil. 


Untuk mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat-sekat, hanya semburkan sedikit  ke atas penutup getah tingkap cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan.

Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik pulih kereta klasik dengan tingkap menggunakan tombol pemusing di mana ada habuk dan minyak terperangkap, hanya  semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.  Begitu juga dengan pintu kereta yang berkeriut, hanya sempurkan dan biarkan beberapa minit, dan nahhh tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. 

Paling menarik, pelincir ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengalisan air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.  Selamat digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar iaitu dari -73°C sehingga +260°C. Ia juga boleh digunakan untuk peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub.   


Merupakan antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan banyak lagi. 


Selain daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor atau mana mana bahagian penyambung yang sukar. Hanya semburkan pada trek logam pintu untuk membersihkan landasan dan melancarkan gelongsor pintu.        

Ingin tahu lebih lanjut? Layari  laman web WD-40® Silicone di https://goo.gl/e5yJz2 atau  di  http://wd40.asia  hari ini  Paling penting adalah usah panik sekiranya anda berada di dalam situasi yang sukar.  Hanya pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu.


Read More

Membersih Kenderaan Jadi Lebih Mudah Dengan WD-40®

Tuesday, August 15, 2017

7 comments
Membersih Kenderaan Jadi Lebih Mudah Dengan WD-40®  |   Tidak kira usia, jenis atau rupa, kenderaan yang bersih dan dijaga rapi akan sentiasa nampak lebih cantik. Ia juga umpama cermin kepada personaliti pemiliknya, dan disebabkan itu ramai peminat kereta/motor akan menghabiskan ribuan ringgit dan ratusan jam untuk memastikan kenderaan mereka sentiasa bersih dan kemas. Namun begitu, ramai yang terlupa bahawa Produk Pelbagai-Guna WD-40®  yang ada dirumah itu bukan sahaja boleh digunakan sebagai pelincir, penghalang kelembapan dan bahan anti-karat tetapi ia juga sebenarnya adalah pembersih pelbagai-guna untuk kenderaan anda.  Membersih kenderaan jadi lebih mudah dengan WD-40®...


Ramai pengguna WD-40®  yang mengakui sendiri bahawa ia sangat berkesan bagi membersihkan kekotoran-kekotoran degil seperti tar, lumpur dan kesan melekit pada permukaan krom atau bercat tanpa merosakan permukaan tersebut.  


Produk Pelbagai-Guna WD-40® juga sangat efektif untuk digunakan pada gril hadapan kenderaan kerana ia mampu membuang kekotoran degil seperti kesan serangga dan sebagainya. Malah, ia juga menghalang kekotoran dari melekat di situ.  

Kadang-kadang ada pelekat-pelekat lama pada kenderaan kita yang sudah lusuh dan perlu dibuang tetapi kesan gam pada pelekat itu adalah antara yang paling sukar untuk dihilangkan. Sebenarnya, ia mampu dibuang dengan lebih mudah bila ia disembur dengan Produk Pelbagai-Guna WD-40®. 


Satu lagi contoh terbaik ialah kesan gam dari pelekat cukai jalan. Ia mengotorkan cermin hadapan kenderaan dan sukar untuk dihilangkan. Cara paling mudah sebenarnya ialah dengan semburkan WD-40®, gosok dengan kain dan kesan melekit itu akan hilang!  

Terpaksa meletakan kenderaan di bawah pokok? Pastinya najis burung dan getah pokok akan mula hinggap di atas bumbung kenderaan dan  memang diketahui ramai kedua elemen itu mampu merosakkan cat kenderaan. Cara termudah untuk menghilangkannya ialah dengan semburkan WD-40®  dan bilas dengan air sabun. Mudah bukan? 

WD-40® bukanlah produk yang hanya boleh digunakan untuk bahagian luaran kenderaan. Ia juga berguna untuk bahagian kabin kereta anda. Bagi mereka yang berkeluarga, fabrik tempat duduk atau karpet lantai kenderaan yang diconteng dengan krayon anak-anak atau yang dikotori dengan bekas jari dan tangan berminyak mampu dibersihkan dengan WD-40®.   


Cuma sembur dan sental beberapa kali dengan kain untuk menghilangkan kekotoran tersebut.  Satu lagi masalah yang memeningkan kepala ialah apabila ada gula-gula getah (chewing gum) yang melekat di karpet kenderaan. Ia melekit dan sukar dihilangkan. Sebenarnya, Produk Pelbagai-Guna WD-40® boleh menghilangkan kesan gula-gula getah juga. Caranya, semburkan WD-40® dan sental menggunakan kain sebelum dibilas dengan air sabun.  

Produk WD-40®  yang sinonim dengan tin biru itu memang praktikal dan anda tidak perlu membazir wang ringgit dengan membeli barangan pembersihan kenderaan yang mahal itu. Cuma pastikan ada satu tin biru Produk Pelbagai-Guna WD-40® di rumah kerana selain dari membersihkan kenderaan, ia juga mempunyai pelbagai lagi penggunaan lain seperti melincirkan engsel, menghentikan bunyi berkriuk malah ia juga mampu melepaskan nat dan bolt yang melekat kuat!  


Untuk mengetahui lagi kenapa peminat kenderaan sangat meminati WD-40® dan kenapa mereka akan pastikan akan ada setin biru produk itu di garaj mereka, layari laman web www.wd40.asia sekarang!


Read More

Fakta dan mitos mengenai WD-40®

Wednesday, July 12, 2017

11 comments
Fakta dan mitos mengenai WD-40®  |  Tidak mustahil jika dikatakan bahawa setiap garaj atau rumah memiliki  satu tin biru WD-40. Malah sampai ada yang berkata produk itu lebih popular dari sebuah i-Pod. Untuk yang tidak tahu, Norm Larsen, pengasas syarikat Rocket Chemical Company, dianggap sebagai pengasas sebenar WD-40.  

Fact dan mitos mengenai WD-40®
Fact dan mitos mengenai WD-40®
Pada tahun 1953, dengan hanya tiga kakitangan sahaja, Rocket Chemical dilihat  sebagai sebuah syarikat yang baharu bertapak sewaktu  ia cuba menghasilkan produk pelarut  antikarat dan  penyahgris untuk industri aeroangakasa. Ujian yang ke-40 yang berlaku  di dalam sebuah makmal kecil di San Diego, California, USA akhirnya membuahkan hasil. Kerana itu ia diberikan nama WD-40, bersempena produk Water Displacement (Sesaran Air) yang disempurnakan selepas percubaan yang ke-40.  

Produk itu pada mulanya digunakan oleh Convair, sebuah kontraktor aeroangkasa. Convair menggunakan WD-40 untuk melindungi lapisan luar sebuah peluru berpandu Atlas dari karat dan kakisan. Kemudiannya, Larson membuat satu versi WD-40 di dalam bentuk tin penyembur aerosol dan dilancarkan di San Diego dalam tahun 1958. Kini selepas 60 tahun dicipta dan lebih 2,000 jenis penggunaan yang telah dijumpai, WD-40 terus mendapat sambutan dan dianggap sebagai satu produk yang perlu ada bagi setiap rumah.  

WD-40 terus popular dan semakin lama semakin banyak kisah-kisah menarik mengenainya yang tersebar di serata dunia. Ada yang menarik hati dan dianggap sudah mencapai status mitos dunia. Di bawah ini adalah di antaranya.  


Mitos : Formula rahsia WD-40 bukan lagi rahsia 
Fakta : Selepas 60 tahun, isi kandungan produk WD-40 masih dianggap rahsia industri. Segala tuduhan bahawa formula WD-40 bukan satu rahsia adalah tidak benar.        



Mitos : WD-40 mengandungi minyak ikan 
Fakta : Ramai pelanggan berkongsi pengalaman mereka menangkap ikan terbesar di dalam sejarah memancing mereka selepas menggunakan WD-40 untuk melindungi mata kail dan umpan mereka.  Mungkin kerana itu, mereka beranggapan WD-40 mengandungi kandungan minyak ikan yang dapat menarik perhatian ikan. 

Ia langsung tidak benar sama sekali!!

Apapun, WD-40 memang boleh digunakan untuk melindungi peralatan memancing daripada berkarat tetapi pihak syarikat tidak menggalakkan ia digunakan sebagai umpan ikan.   



Mitos : Produk pelbagai guna WD-40 sebenarnya bukan pelincir 
Fakta : Walaupun WD-40 bermaksud produk sesaran air, ia sebenarnya mengandungi campuran istimewa pelbagai pelincir. Formula WD-40 juga mengandungi agen antikarat, bahan  untuk penetrasi,  sesaran air dan penyingkir tanah.   



Mitos : Produk Pelbagai Guna WD-40 tidak boleh digunakan untuk rantai basikal 
Fakta : Walaupun WD-40 bukanlah gris, antara kandungannya ialah minyak pelincir yang kuat. Ia adalah produk yang sangat baik untuk penjagaan basikal dan ia mengelakkan  kotoran dan lembapan daripada melekat di  permukaan komponen besi.   


Oleh kerana itu, anda boleh gunakan WD-40 pada basikal anda tetapi pastikan anda lap keluar lebihan semburan WD-40 sebelum anda mengayuh basikal.   



Mitos : WD-40 ialah penawar untuk arthritis! 
Fakta : Tidak benar langsung dan syarikat WD-40 tidak menggalakkan penggunaan WD-40 untuk tujuan perubatan. Tiada  sebarang informasi atau alasan  tentang bagaimana ia mampu menjadi penawar yang efektif untuk arthritis. Produk ini mengandungi bahan sulingan petroleum dan perlu digunakan dengan cermat, sama seperti produk-prduk lain yang mengandungi bahan yang sama.  

Untuk mengetahui lebih lanjut akan produk WD-40 ini dan juga pelbagai penggunaannya serta video-video demonstrasi penggunaan WD-40, layari  www.wd40.asia hari ini!


Read More