wd40
Showing posts with label wd40. Show all posts

Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®

Thursday, June 15, 2017

10 comments
Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®  |  Memastikan kenderaan sentiasa bergerak dengan lancar dan selamat sepanjang perjalanan adalah perkara yang penting bagi setiap pemilik kenderaan. Dengan kuasa berganda, optimakan fungsi kereta dan motosikal anda dengan WD-40®, Pakar Pencuci dan Pelincir Automotif yang unggul!

Optimakan Fungsi Kereta Dan Motorsikal Anda Dengan WD-40®

Jenama unggul WD-40® menampilkan rangkaian terkini iaitu WD-40® Specialist Automotive khas untuk membantu pemilik kenderaan mencapai matlamat tersebut. Rangkaian pakar produk penyelenggaraan kereta dan motosikal ini dicipta khas oleh WD-40® untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bergerak dengan lancar semasa di jalan raya. Rangkaian produk ini terdiri daripada 3 jenis pencuci yang berprestasi tinggi dan 2 jenis produk pelincir yang berkuasa.



WD-40® Specialist Automotive Machine & Engine Degreaser berupaya untuk menanggalkan kotoran, tar, gris yang degil, pelekat dan sebagainya. Ia amat mudah dibersihkan dengan air..


Inovasi WD-40® Specialist Automotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner juga memberikan kesan maksima bagi meningkatkan prestasi kaburator dan sistem enjin termasuklah mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Ia juga digunakan untuk membersihkan kotoran, varnis dan karbon yang melekat dari kenderaan.


Sementara itu, WD-40® Specialist Automotive Brake & Part Cleaner mampu membersihkan cecair brek, gris, minyak dan kotoran daripada plat cakera brek dan angkup brek tanpa menanggalkan bahagian tersebut. Bersifat tidak menghakis, formulasi ini boleh menghentikan bunyi cakera brek dan menghapuskan geseran pada clutch supaya pemanduan lebih lancar.


WD-40® Specialist Automotive Chain Lube menawarkan pelincir yang bertahan lama dan perlindungan optima, sesuai untuk motorsikal, kart dan ATV. Pelincir berprestasi tinggi ini bersifat anti-haus dan mampu menembusi bahagian-bahagian yang sukar dicapai memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.


Dan akhir sekali, WD-40® Specialist Automotive Belt Dressing Lubricant mampu memanjangkan usia belt kenderaan. Daya serapan terhadap kod fiber menjadikan belt kenderaan lebih fleksibel.


Di samping kehebatan rangkaian WD-40® Specialist Automotive, formulasi asal daripada WD-40® yang terkenal dengan warna biru kuning ini mampu menyelesaikan pelbagai kerja penyelenggaraan kereta termasuklah :-
  • Membantu menghidupkan enjib basah
  • Melincirkan dan melindungi bahagian tertentu daripada karat dan haus
  • Membersihkan peralatan mekanikal
  • Menghilangkan kelembapan dalam pendawaian dan litar
  • Memastikan operasi pencahayaan lampu lancar
  • Memudahkan ketanggalan nut dan bolt
  • Melincirkan hab pacuan 4 roda untuk prosedur mengunci
Ternyata, WD-40® mempunyai solusi untuk setiap keperluan penyelenggaraan kenderaan anda. Jom terjah http://wd40.asia/products/wd-40-specialist-automotive hari ini untuk menerokai lebih banyak panduan bagaimana WD-40® mampu meningkatkan prestasi kenderaan anda!

Rangkaian produk WD-40® boleh didapati di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40®, boleh layari http://www.wd40.asia/



Read More

10 Kegunaan WD-40® Multi-Use Product dalam Kehidupan Seharian Kita

Wednesday, May 17, 2017

5 comments
10 Kegunaan WD-40® Multi-Use Product dalam Kehidupan Seharian Kita  |  Setelah beberapa dekad, WD-40® Multi-Use Product telah dianggap sebagai produk yang mesti ada untuk setiap isi rumah kerana ia boleh melindungi logam dari karat dan hakisan, menembusi bahagian tersekat, menyingkir kelembapan dan memberi pelinciran kepada apa-apa sahaja.

Dengan erti kata lain, WD-40® Multi-Use Product  adalah satu produk yang mesti ada ditangan anda..


Sehingga kini, terdapat lebih daripada 2,000 jenis kegunaan WD-40® Multi-Use Product yang telah diketahui oleh orang ramai. Sebab itu, ia adalah amat susah untuk menyenaraikan semua kegunaanya sekali gus. Walaubagaimanapun, kami boleh kongsi beberapa jenis kegunaannya yang anda mungkin tidak pernah terfikir atau ketahui dalam kehidupan harian anda. Disini terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis kegunaan yang anda boleh mencuba sendiri.

1. Melincirkan Sekop
Semburan WD-40® Multi-Use Product pada sekop, sekop garfu, cangkul atau bajak tanam. Tanah yang melekat pada peralatan ini boleh ditanggalkan dengan mudah. Cara ini boleh membantu memudahkan aktiviti-aktiviti perkebunan. Ia juga boleh memudahkan kerja pembersihan peralatan selepas kerja perkebunan selesai.

2. Membersihkan Jubin
Tertumpah pengilat kuku, cat, mascara atau tanda lecet di jubin anda? Hanya sembut sedikit WD-40® Multi-Use Product dan lap. Ia juga boleh membersihkan kotoran yang terlekat pada celah-celah jubin. Anda hanya perlu membersihkan permukaannya dengan air sabun selepas kerja selesai.

3. Membersihkan kesan kotoran pada Singki Keluli Tahan Karat
WD-40® Multi-Use Product adalah pembersih kesan kotoran yang amat efektif. Hanya sembur dan biarkannya untuk satu minit (jika ia adalah kesan degil) dan lap.

4. Memadamkan tanda Krayon
Tidak kira berapa kali anda telah menginatkan anak-anak, krayon mereka akan berakhir juga pada dinding, perabut, lantai dan mainan. Jangan bimbang, hanya sembur sedikit WD-40® Multi-Use Product pada permukaannya dan ia akan hilang dengan beberapa kali lap.

5. Membersihkan gula-gula getah
Singapura telah mengharamkan gula-gula getah dengan sebab-sebab tertentu. Ia adalah satu cabaran untuk membersihkan gula-gula getah yang terlekat pada permaidani, perabut dan juga rambut. Anda tidak perlu gunting bahagian yang terlekat gula-gula getah itu, hanya semburkan WD-40® Multi-Use Product pada permukaannya dan keluarkannya secara perlahan-lahan.

6. Melonggarkan cincin yang tersekat pada jari
Sudah tentu berat badan dan umur kadang-kadang menakutkan anda. Begitu juga dengan cincin yang comel telah menjadi terlalu kecik untuk jari anda. Jangan bimbang, hanya sapukan sedikit WD-40® Multi-Use Product dan cincin akan keluar daripada jari anda dengan mudah. Anda hanya perlu cuci tangan selepas itu.

7. Melonggarkan zip degil
Berpeluh, bermengah dan mendapati semua jadi anda merah tetapi zip masih terperangkap? Hanya menyembur sedikit WD-40® Multi-Use Product pada zip dan ia boleh dilonggarkan dengan mudah.

8. Membuang kotoran pada permaidani
Anda tidak perlu hidup dengan noda hodoh pada permaidani atau membuang permaidani yang sempurna dan baik atau mahal. Hanya semburkan sedikit WD-40® Multi-Use Product, biarkan selama satu atau dua minit, dan lapkan ia dengan air sabun.

9. Membuang sisa lekitan gam
WD-40® Multi-Use Product adalah berkesan untuk menghilangkan sisa lekitan gam dan juga superglue, jika ia terlekat pada tangan anda. Hanya sembur dan gosokkannya dengan jari anda dan sisa-sisa gam akan tanggal. Anda hanya perlu memastikan anda mencuci tangan selepas itu. WD-40® Multi-Use Product juga dapat membersihkan sisa-sisa gam yang ditinggalkan oleh tanda harga, pita saluran dan pelekat.

10. Menjauhi daripada Lipas, Labah-Labah dan serangga yang paling dibenci
Sembur WD-40® Multi-Use Product di kawasan di mana serangga suka tinggal dan membiak! seperti tingkap untuk mengelakkan serangga mendekatinya.


Ingin mengetahui lebih lanjut? Layari https://goo.gl/VE3QF3 hari ini dan ketahui secara lanjut tentang WD-40® Multi-Use Product yang menakjubkan ini.. Ia telah menjadi produk yang dipercayai oleh orang ramai dan boleh dijumpai pada rak-rak runcit sejak 60 tahun dahulu.


TENTANG SYARIKAT WD-40®

Syarikat WD-40® adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan.

Untuk lapisan luar Atlas Missile (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40® sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelenggaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif, sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. 
Untuk maklumat lanjut tentang WD-40®, sila layari :-

Website
www.wd40.asia


Read More