tonton
Showing posts with label tonton. Show all posts

Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4

Monday, November 7, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4  |  Semalam aku berkesempatan menonton Konsert Gegar Vaganza secara live di TV.. Tak macam minggu sudah terpaksa mengadap PC tengok secara online yang linenye tersangkut-sangkut.. Huh.. Untuk persembahan pada minggu ni aku rasa semuanya berikan yang terbaik dan tidak mengecewakan.. Tapikan aku sedikit terkejut dengan penyingkiran pada minggu ini.. Rasa tak percaya pown ada.. Sebabnya, persembahan beliau ok pada minggu ni.. Tapi itulah adat bertandingkan ada menang ada kalah.. Mungkin bukan rezeki beliau untuk terus berada dalam Gegar Vaganza ni.. 

Siapakah "Beliau" yang aku maksudkan tu?? Kalau korang dah menonton konsert semalam sampai habis mesti korang dah tahukan sape yang tersingkir.. Tapi bagi yang belum tahu, meh la aku kabo ke korang sapa yang tersingkir semalam..

PESERTA GEGAR VAGANZA YANG TERSINGKIR PADA MINGGU KE-4



Pada konsert semalam beliau telah menyampaikan lagu "Jangan Menangis Sayang' berduet dengan Acong Sweetchild.. Beliau yang aku maksudkan adalah ELLY MAZLEIN....


Tamatlah sudah perjalanannya di dalam Gegar Vaganza Musim yang ke-3 ini.. Tapi manalah tahukan kowt-kowt nanti ada pemilihan semula untuk yang terkeluar.. Hehe.. Siapa tahukan..

Untuk anugerah PASANGAN PALING MENYENGAT dimenangi oleh Ayai.. Ayai berduet dengan Nora menyampaikan lagu Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha)... Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah orang nampak pada lagu.. Haha.. Tahniah Ayai..

SENARAI LAGU KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU KE-5

Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-5
Tema  :  Hitz Vaganza
Tarikh : 13.11.2016 (Ahad)

  AMENG - Tiara (Kris)
  AZHARINA - Berhenti Berharap (Sheila On 7)
  GMIE - Sentuhan Kecundang (Ekamatra)
  INTAN SARAFINA - Jika Kau Rasa Getarnya (Slam)
  NORA - Kasih (Hetty Koes Endang)
  SHIDI - Ratuku (Awie)
  SITI SARAH - Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)
  ZARUL - Ku Rela Dibenci (Aiman Tino)
  ZUR EDA - I Will Survive (Gloria Gaynor)

Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-5

JIHAN & NABIL - Teman Tapi Mesra (Ratu)

Okelah.. Itu saja info dari aku tentan konsert semalam dan minggu depan.. Kalau yang belum tengok konsert semalam, jom kite tengok dekat link kat bawah ni.. Kasi klik saja dekat situ.. Hoho..!!


Jom Tonton


Credit : Kepala Bergetar


Read More

Tonton Suri Hati Mr Pilot [2016] Full Episod

Friday, November 4, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Suri Hati Mr Pilot [2016] Full Episod  |  Episod akhir untuk cerita ni dah pown disiarkan semalam 03 November 2016.. Ini bermakna cerita ni dah tamat siarannya.. Aku rasa mesti ramai yang menjadi penonton setia cerita ni kan.. Aku tonton jugak cite ni tapi takde la setia sangat sebabnya aku ni bukan ada masa sangat nak mengadap tv aje.. Bila berpeluang mesti aku tengok.. Terutamanya siaran ulangan pada hari cuti.. Haaa time tu la aku ada masa sikit untuk nonton.. Hiks..

Bagi korang yang senasib dengan aku, moh le kite tonton secara online aje.. Leh tengok non-stop lagi puas hati.. Tak gitu?? Kat mane nak tonton?? Jom pakat klik link yang aku kasi kat bawah ni... Kita pakat nonton sesama yee...!!




TONTON DI SINI






Read More

Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-3

Monday, October 31, 2016

5 comments
Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-3  |  Semalam berlangsungnya GV3 bagi minggu ke-3.. Aku tak dapat nak tengok secara live di TV kerana siarannya bertembung dengan Siaran Langsung Final Piala Malaysia Selangor vs Kedah... Dimana encik somi dah tempah tiket awal untuk tonton perlawanan final tersebut.. Kedah dinobatkan sebagai Juara akhirnya.. Ahakz..

Semalam aku cuma dapat menonton GV thru Youtube aje.. So, tak dapatlah tengok full rancangan tersebut.. hanya dapat tengok dorang perform aje.. Tak pe la tak kesah sangat sebab masih dapat tengok siaran ulangan nanti.. Hehe.. Kalau takde siaran ulangan maunya aku berebut tv dengan en somi.. Haha..


Untuk minggu ke-3 ni, temanya adalah "ADA BRAN".. Para peserta diberi lagu yang tak masuk dek akal.. hehe.. Itulah namanya cabaran dalam pertandingan.. Bersedia untuk menerima apa sahaja lagu yang diberikan.. Barulah dikatakan penyanyi Profesional, boleh bawa apa jua jenis lagu.. Ye tak??

Aku rasa persaingan bagi GV3 ni agak sengit kerana semuanya hebat-hebat belaka.... Takat ni aku takde fan mane-mane peserta.. Tapi setiap minggu aku akan rasa excited untuk tengok persembahan daripada Ameng Spring, Gmie, Siti Sarah, Zarul, Elly Mazlein, Azharina.. Hehe.. Banyak betul yek.. Sebab tu aku tak de fan mane-mane  peserta... Semuanya best...!!

SIAPA YANG TERSINGKIR MINGGU KE-3 NI?


Minggu lalu, Razis Ismail disingkirkan dari GV3 dan diikuti dengan Rem pada minggu ke-3.. Rem telah membawa lagu Penawar Rindu pada minggu ke-3.. Nasib tak menyebelahi beliau untuk terus berjuang dalam arena GV3 ini.. Mungkin ada rezeki lain diluar sana untuk Rem.. Adat pertandingan ada yang kalah ada yang menang kan.... Moga Rem terus success di luar sana.. 


Manakala Zarul pula telah dipilih sebagai pemenang anugerah "Terbalik Paling Menyengat"... Zarul telah membawa lagu Generasiku dari kumpulan OAG dengan baik.. Memang layaklah beliau memenangi anugerah tersebut.. Hehe..

Untuk konsert minggu ke-4 pula, temanya adalah "DUAT VAGANZA".. Dimana peserta akan diberi lagu dan akan berduet dengan artis GV yang lepas.. Huh.. lagik teruja ni tema untuk minggu ke-4.. Jom tengok lagu-lagu untuk minggu ke-4.. Ahakz..

Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-4
Tema  :  Duet Vaganza
Tarikh : 06.11.2016 (Ahad)

  AMENG & Siti Nordiana - Nilai Cinta ( Saloma & Ahmad Daud )
  AZHARINA & Haleeda - Doa Buat Kekasih ( Khatijah Ibrahim & Ramli Sarip )
  ELLY MAZLIEN & Acong - Jangan Menangis Sayang ( Safura & Oney )
  GMIE & Nizam - Pada Syurga Di Wajahmu ( Lefthanded )
  INTAN SARAFINA & Fazli Zainal - Aku Yang Tersakiti ( Judika )'
  NORA & Ayai - Terlanjur Cinta ( Rossa & Pasha )
  SHIDI & Ezlynn - Lamunan Terhenti ( Aris Ariwatan )
  SITI SARAH & Rahmad - Bunga Angkasa ( Terra Rossa )
  ZARUL & Faradhiya - Lelaki Ini ( Anuar Zain )
  ZUR EDA & Mamat - Rindu Bayangan ( Carefree )

Lagu Pengacara GV3 Minggu Ke-4

Jihan & Nabil - Bukan Superstar ( Project Pop )

Tak sabar rasanya nak tengok konsert minggu ke-4..

Oke lah.. Kalau korang belum lagi tonton konsert semalam boleh la tonton dekat link bawah ni ye.. Aku pown nak tonton sekali lagi.. Nak tonton untuk full episod.. Semalam tak puas tengok.. Huhu.. Jom tonton sama-sama..

Jom Tonton




Read More

Tonton Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-3 - Minggu Pertama

Monday, October 17, 2016

1 comment
Assalamualaikum wbt..


Tonton Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-3 - Minggu Pertama  |  Semalam telah berlangsungnya Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama... Kemain excited lagi aku nak nonton semalam sebab semua peserta hebat-hebat belaka.. Ternyatalah semua peserta masih berbisa.. Hehe.. Dalam konsert semalam, Siti Sarah telah dinobatkan sebagai peserta terbaik.. 

Bagi korang yang tak berkesempatan menonton konsert tersebut semalam, boleh la klik link yang aku bagi dekat bawah ni nanti untuk menonton semula Konsert Gegar Vaganza semalam.. 


Credit : Kepala Bergetar


Read More