tip
Showing posts with label tip. Show all posts

Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari

Tuesday, March 9, 2021

4 comments
Assalamualaikum wbt..


Tips Disiplinkan Diri Minum Air Mencukupi Setiap Hari  |  Terasa kekusaman diri kini.... Dengan kulit keringnye.. Tumit pecah lah.. Bagai-bagai kejadian pada diri telah berlaku.. hehe.. Bunyik cam tragik jerk kan... Sies wehh, rasa diri aku sekarang kusam bangat... Mungkin tak cukup air kowt.. Almaklumlah aku ni memang seorang yang sangatlah susah nak minum air masak/putih/mineral... Terasa payau tekak bila minum.. hehe.. Asek dok minum air manis aje seharian... Kalau minum air masak pown, mesti yang berais.. Barulah boleh telan...

Harini aku dok google tips-tips untuk disiplinkan diri untuk minum air masak secukupnya untuk sehari-hari... Hari ni berkobar-kobar nak usaha.. Esok lusa tak tahu la ape jadik.. haha..!! Nak minum air yang cukup untuk badan kita seharian, kena tahu jugak ye berapa keperluan air untuk badan kita.. Nak tahu sebanyak mana keperluan air untuk badan kita kene lah sukat dulu..

Sukatan Air Mengikut Berat Badan

Tengok jadual yang dikeluarkan oleh KKM tu.. Korang yang mana satu?? Untuk aku keperluan air untuk sehari adalah dalam 2 Liter lebih... Banyak tu weh.... Banyak bagi aku yang susah nak minum air masak ni hokehhh!! Haha..

Okeh lepas ni aku nak disiplinkan diri aku yang dah kusam ni dengan minum air masak yang mencukupi... Jom tengok tips apa yang encik google suggestkan pada aku.. Cewaahh.. Mula-mula kita tengok dulu waktu yang betul dan sesuai untuk kita minum air ye...

Untuk cara di atas, sehari keperluan air hanya 5 gelas sehari..



Untuk cara kedua ni pulak, keperluan air adalah 8 gelas sehari

Cara ketiga ni pula, disiplin 3L sehari... Huwahhh..!! Pengsannn..!!


AWAS!!!

Perlu diingat ye korang-korang semua... Air yang berlebihan juga akan memberi kesan yang buruk pada kita... Yang ni aku terbaca di blog Kevin Zahri... Bahaya juga sebenarnya jika pengambilan air berlebihan rupanya.. 


Info lanjut berkenaan bahaya minum air secara berlebihan dalam seharian kita boleh lah klik dekat tajuk artikel ini ye.. >>>>Kesan Minum Air Berlebihan<<<< Artikel ni ditulis oleh Kevin Zahri.. Bila baca artikel ni baru tahu yang kita tidak boleh sembarangan minum air.. Tak boleh berlebihan.. hehe.. 

Oklah.. Sampai sini aje la aku menceceh petang hari ni.. Itu saje tips yang aku dapat sepanjang aku bergoogle beberapa minit tadi..  Moga tips ni berguna untuk aku dan korang jugak.. Hiks..

Selamat mendisiplinkan diri k.. Ahakz..


Read More

Bagaimana Cara Kenal Pasti Madu Asli?

Monday, March 8, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt..

Bagaimana Cara Kenal Pasti Madu Asli? |  Zaman sekarang memang banyak yang palsu dari yang originalnya.. Begitu juga al kesahnya dengan madu ni.. Terlalu banyak yang palsu dijual dengan tanpa rasa bersalah.. Kita yang tak ada ilmu tentang madu ni seringkali tertipu oleh peniaga-peniaga yang tak bertanggungjawab..


Lagi parah bila si pembuat madu palsu zaman sekarang ni dah terlebih pandai dapat meniru sebahagian sifat dan karekter fizik madu asli sehingga kebanyakan kebanyakan pembeli sukar untuk membezakan keaslian madu dengan melihat aspek fikizal atau luaran madu tersebut...

Walaubagaimanapun, Madu Asli mempunyai beberapa karekter fizik yang tidak dapat dipalsukan iaitu :-
  • Madu Asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi...
  • Masu Asli bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembapan udara tinggi maka madu akan bertambah cair..
  • Madu Asli jika dituangkan ke dalam air suam, ianya tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau... Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh...
  • Sifat-sifat umum madu yang umumnya dipalsukan adalah seperti sifat madu yang dapat membuatkan telur masak, tidak beku, tidak menyerap kertas atau jika digancang mengeluarkan gas.
  • Kandungan madu yang juga tidak dapat dipalsukan adalah adanya kandungan Enzim Diatase. Kandungan diatase inilah salah satu cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak kerana enzim ini hanya dapat dihasilkan dari kelenjar ludah atau air ludah lebah.. Namun hanya ujian di makmal sahaja yang dapat mengenalpasti sifat tersebut. 

Jom tengok video ni pulak bagi membezakan Madu Asli dan Palsu :-



Jadilah pengguna yang bijak..!! Pastikan produk madu yang dibeli di  pasaran telah melalui ujian ketulenan dari institusi yang diiktiraf..

Pastikan yang Asli baru beli..!!

CREDIT PAGE : ILMU MADU ASLI


Read More

6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut

Sunday, March 7, 2021

6 comments
Assalamualaikum wbt..


6 Tips Menghilangkan Bau Hapak Kasut  |  Pergghhhh.... !! Kalau bab kasut berbau ni memang tak boleh blah... Boleh pengsan baq hang!! Tengok kucem tu sudah leee.. Mati terlentang penangan bau kasut... Haha..

Bila kasut hapak, kaki pown turut serta berduet hapak sama.. Kalau nak menyinggah kemana-mana yang memerlukan kita membuka kasut, mesti fikir banyak kali sama ada nak singgah atau tak kan.. hehe.. Contohnya kalau nak ke butik yang memerlukan kita membuka kasut sebelum masuk.. Mahu pengsan semua yang ada dalam butik tu bau kaki kita.... Dah kasut berbau, automatik membawak sampai ke kaki... Ye dak??



Oleh itu, jom kita cuba carik jalan penyelesaian bagi masalah kronik ini... Dekat sini aku nak share beberapa tips yang boleh korang cuba bagi menghilangkan bau kasut yang hapak.. Cuba la mane tau menjadikkan.. Tak cuba tak tahu.. Yang penting kita usaha dan mencuba... Jom kita cuba tips dibawah ni..

1.  SODA BIKARBONAT

Taburkan sedikit soda bikarbonat di dalam kasut.. Soda bikarbonat berfungsi menyerap bau busuk dan membuatkan kasut kembali segar.. Taburkan danbiarkan semalaman dan keesokan harinya keluarkan baki soda bikarbonat tersebut.. Insyaallah, bau hapak akan hilang...

2.  BEDAK BABY

Bedak baby juga boleh menghilangkan bau hapak kasut dan mempunyai fungsi yang sama seperti soda bikarbonat.. Sekiranya soda bikarbonat tiada, bolehlah menggunakan bedak baby sebagai ganti..

3.  LETAK BELAKANG PETI AIS

Cara ni memang femes time sekolah dulu.. Basuh petang, pastu letak belakang peti, esok pagi dah kering sekering keringnya.. Bila kasut betul-betul kering, bau hapak pown susah nak hinggap pada kasut.. Hehe..

4.  SURAT KHABAR

Balut kasut dengan surat khabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin.. Kertas surat khabar dapat menyerap bau hapak pada kasut..

5.  BIJI KOPI

Ambil beberapa biji kopi dan balutkan dalam tisu.. Letakkan balutan kopi tadi ke dalam kasut dan biarkan semalaman..

6.  JANGAN PAKAI KASUT KETIKA KAKI BASAH

Untuk mengelakkan kasut daripada berbau hapak, jangan pakai kasut ketika kaki basah atau lembab kerana ianya membolehkan bakteria membiak dan merebak.. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat....


6 tips yang boleh korang cuba.. Tapi yang paling penting, kebersihan kaki perlu dijaga agar kaki sentiasa sihat dan segar.. Baru lah tiada lagi bau hapak pada kaki mahupown kasut..

Selamat mencuba.. :)




Read More

Tip Penjagaan Gigi Untuk Anak

Monday, February 15, 2021

5 comments
Assalamualaikum wbt


Tip Penjagaan Gigi Untuk Anak  |  Bila bercakap tentang penjagaan gigi anak ni, aku sekarang dah mula risau sebab gigi anak aku si Qhaliff tu dah banyak yang tumbuh... So, penjagaan gigi untuk dia amat penting.. Tapinya, nak berus gigi dia amatlah susah ye.. Suruh bukak mulut pown tak nak.. Camno tuu?? Anak korang macam mane pula??

Permulaan penjagaan gigi untuk anak ni, seeloknya dilakukan bermula gigi susu pertama tumbuh dengan membersih menggunakan tuala lembut dan basah.. Pernah jugak beberapa kali aku sempat buat untuk Qhaliff.. Lepas tu, ya ampunnn susah amat nak bersihkan gigi dia.. 


Sebenarnya, penjagaan gigi susu yang baik sangatlah penting bagi memastikan kedudukan gigi kekal tumbuh rata atau tidak berlapis.. Ibubapa sepatutnya mengambil berat penjagaan mulut anak-anak seawal usia bayi menerusi pemeriksaan gigi secara berkala sebaik sahaja gigi pertama bayi tumbuh dan membersihkan gigi dan gusi bayi selepas setiap kali makan..

Wahh siapa tu yang hebat buat semua ni?? Kalau ada, dialah ibu yang terbaik dalam donea ini... Hiks... Aku pown nak usaha buat untuk Qhaliff lepas ni walaupown dia berkeras tak nak aku cuci gigi dia.. Arapnya berjayalah.. Aku pown nak jadi ibu yang terbaik dalam donea jugakkk.. Haha!!

Jom aku kongsikan tip penjagaan gigi untuk anak..

  • Galakkan anak anda makan makanan berkhasiat

  • Gunakan ubat gigi berflorida.. Sekiranya usia anak anda kurang daripada tujuh tahun, letakkan ubat gigi dalam jumlah yang kecil pada berus gigi mereka

  • Berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali bagi membantu mengatasi gigi rosak.. Lawatan pertama berjumpa doktor gigi seharusnya bermula dari masa tumbuhnya gigi susu yang pertama atau selewat-lewatnya menjelang umur setahun

  • Jangan beli atau simpan stok snek di dapur rumah, tetapi sebagai alternatif, ibu bapa boleh menyediaakan keropok atau potongan buah-buahan sekiranya anak-anak mahu snek diantara waktu makan

  • Pastikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya membebankan... Anda boleh nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti menggosok gigi seperti satu permainan..

  • Biarkan anak anda memberus gigi anda, kemudian memberus giginya sendiri dan kemudian anda pula menyudahkan pemberusan gigi..

  • Biar anak anda memilih berus gigi dan ubat gigi kesukaannya

  • Bacakan buku mengenai gigi, kebaikan menggosok gigi dan juga berjumpa doktor gigi..

  • Jangan gunakan paksaan ketika memberus gigi anak anda, sekiranya anak anda tidak mahu memberus, nasihatkan anak anda secara perlahan-lahan sehingga dia mahu memberusnya..




Read More