Top Social

Image Slider

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan

Wednesday, May 24, 2017
Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan  |  Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.. Dah bersediakah korang untuk menghadapi Ramadhan tahun ni? Atau ada yang dah terbayang-bayang suasana beraya di kampung sekarang ni? Hiks.. Bersempena bulan Ramadhan yang akan tiba nanti, Lazada Malaysia tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama meraikannya dengan mengadakan jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula 19 Mei 2017 sehinggalah 30 Jun 2017 dengan tawaran diskaun sehingga 90%... Banyak tu uolls.. Rugi kalau tak guna kesempatan yang ada ni untuk borong apa yang patut untuk persediaan Ramadhan dan Hari Raya nanti..


Kemahennn teruja aku bila Lazada Malaysia buat sale sempena Ramadhan ni.. Aku dah usha-usha barang yang best-best untuk dibeli.. Siap buat wishlist lagik.. Haha!!

Bukan setakat jualan Ramadhan, Lazada Malaysia juga meraikan para blogger dengan menganjurkan Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest yang berlangsung bermula 19 Mei sehingga 23 Jun 2017 ini dengan tema yang berbeza setiap minggu.. Wahhh memang teruja sangat aku nak  join contest ni... Kalau boleh setiap minggu nak join hokeh!!

Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
Contest kali ni akan berlangsung selama 4 minggu dengan topik yang berbeza setiap minggu.... Setiap blogger boleh sertai lebih dari 1 penyertaan.. Ini bermakna peluang untuk menang memang cerah.. Hehe.. Semakin ramai blogger yang menyertainya, semakin banyaklah hadiah yang akan disediakan nanti... So, korang-korang semua yang bergelar blogger, moh le kite pakat join ramai-ramai ye.. Hadiah mingguan pun disediakan tau untuk 3 orang blogger bertuah bagi setiap minggu.. Memang terbaikk!!

Orite, jom ikut aku join untuk minggu pertama ni.. Apakah tema untuk minggu ni??

Minggu Pertama
Tema : DELICIOUS RAMADHAN
Tarikh : 19 Mei 2017 - 01 Jun 2017

Biasa kalau bulan Ramadhan, juadah yang agak istimewa yang biasa aku buat setiap tahun adalah Roti Jala dan Kari Ayam.. Kalau nak buat Roti Jala dan Kari Ayam ni haruss kena tunggu hari cuti.. Kalau hari bekerja memang akan kelam kabut... So, lebih baik tunggu hari cuti baru buat sesuatu yang istimewa untuk juadah berbuka.. Ok, tak yah nak bebel panjang sangat, jom tengok resepi Roti Jala Lembut & Sedap beserta Kari Ayam yang biasa aku gunakan...

Roti Jala Lembut Dan Sedap Menu Istimewa Ramadhan


Roti Jala Lembut & Sedap

Bahan-bahan :-
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air (dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan :-
  • Blend semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dengan menggunakan Tefal Blender Blendforce Triplax.. Kalau nak tahu adunan sudah boleh dijala atau tidak, cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan... Jika aduanan tersebut keluarnya tidak putus-putus, maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick Tefal Super Cook Frypan.. Kalau pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala...
  • Selepas dijala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.. Kalau dah masak tak perlu dibalik, terus aje diangkat dan digulung..
  • Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam.. 



Kari Ayam

Bahan-bahan :-
350gm bahagian isi ayam (potong kecil)
1 sudu kecil cili giling
2 biji kentang (potong dadu)
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 cawan air
1 inci asam gelugur
1 sudu kerisik
1/2 cawan santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-
5 ulas bawang merah
1/2 inci lengkuas
1 inci halia

Cara Penyediaan :-

  • Tumis bahan kisar hingga beraroma bersama daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga... Masukkan bancuhan serbuk kari + cili giling. Tumis hingga pecah minyak..
  • Selepas dah pecah minyak, masukkan kentang dan ayam.. Kacau rata.
  • Masukkan air dan renehkan sehingga kentang empuk..
  • Kemudian, masukkan santan, asam gelugur, kiub ayam Knorr, kerisik, garam dan gula.. Renehkan lagi..
  • Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan roti jala.. 


Ni lah resepi yang selalu aku guna untuk buat roti jala dan kari ayam.... Setiap tahun pasti aku akan buat roti jala... Dulu-dulu biasa buat roti jala, guna kuali biasa aje.. Bila buat asyik dok lekat aje kat kuali, terus aje beli kuali non stick... Aku lebih suka guna jenama Tefal.. Sebab tu la blender dan kuali non stick aku dari brand Tefal.. Proses penyediaan Roti Jala pun jadi lebih mudah bila aku menggunakan barangan seperti Tefal Blender Blendforce Triplax dan Tefal Super Cook Fryfan ni.. Aku beli barangan Tefal ni dulu kat Lazada Malaysia.. Sekarang ada diskaun tau untuk 2 barang ni... Jom kita terjah..





Kalau korang nak dapatkan barangan kat atas ni, boleh klik aje link bawah gambar tu ye.. Dah alang-alang beli barangan Tefal tu, beli la terus bahan-bahan untuk buat kari ayam tu kan.. Korang juga boleh dapatkan Serbuk Kari Ayam dan Daging Adabi dan juga Kiub Pati Ayam Knorr di Lazada Malaysia tau.. 



Kat Lazada Malaysia apa yang tak de kan.. Sekecil-kecil barang pun ada dijual.. Tu yang bestnya Lazada Malaysia ni.. Kalau korang rasa nak shopping sakan sempena Ramadhan ni, bolehlah terjah laman web Lazada Malaysia sekarang untuk menikmati diskaun hebat sehingga 90% bermula dari tarikh 19 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 ini... Jangan lepaskan peluang ni tau.. 

Jadi apa tunggu lagi tu?? Jom pakat serbu LAZADA MALAYSIA sekarang!!!


Resepi Sup Ayam Simple

Monday, May 23, 2016

Assalamualaikum wbt..

Hai uolls... 2 hari tak ke-udara... Sabtu Ahad memang aku bercuti untuk berblog.. Almaklumla, kat rumah tak de komputer.. Nak harap HP memang sakit mata kalau nak update blog.. Laptop pown dah rosak.. So, sabtu ahad adalah hari bercuti dari memblog.. huhu..!!

Bukan tu yang nak diceritakan disini sebenarnya.. Yang aku nak cerita kat sini, berkenaan tajuk di atas.. hehe.. Ahad baru ni, aku masak sup untuk anak aku, Qhaliff.. Aku dah stop buat nasi bubur untuk dia memandangkan dia dah pown mencecah usia 1 tahun lebih.. Dah sampai masa untuk dia biasakan diri dengan makanan yang lebih kasar... Maksud aku nasi biasa la.. So, ahad baru ni aku cuba buat sup untuk dia... Tapi sup simple aje la aku buat untuk lauk Qhaliff.. Jom tengok resepi simple aku..


SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan :-

3 ketul ayam 
(ketul?? haha sebab dah dipotong2kan)

1 Biji Kentang
1/2 Biji Bawang Besar ( Dimayang )
2 Ulas Bawang Putih ( Diketuk )
Rempah 4 Sekawan ( Cengkih, Lawang, Pelaga, Kayu Manis )
1 Sudu Rempah Sup 
Air
Sedikit Minyak Masak untuk menumis
Garam secukup rasa


Hiasan :-

Daun Sup


Cara-Cara :-

Masukkan sikit minyak dalam kuali.

Tumis bawang putih, bawang besar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau..

Masukkan air ikut suka hati nak banyak mana ye... (aku masuk 1 cawan air aje)

Kemudian masukkan rempah sup.. Kacau sampai rempah sebati dengan air.. kalau tak kacau kang berketul-ketul lak rempahnya.. hehe..

Dan menggelegak, masukkan ayam dan kentang.. Dan seterusnya masuklah garam dan serbuk perasa..

Masak sehingga kentang empuk dan ayam disahkan telah masak sepenuhnya.. hehe..

Siap..!!!


Untuk jadikan sup menjadi lebih sedap :-

1/2 biji bawang besar (dimayang)
sedikit halia (dimayang)

Goreng bawang besar dan halia sehingga kekuningan dan terus dimasukkan kedalam sup yang dah siap dimasak tadi... 


Hiasan :-

Hias dengan daun sup tadi... 

Siap sepenuhnya... hehe..


Okeh dah siap SUP AYAM SIMPLE aku.. Boleh juga dibuat untuk berbuka di bulan poseee nanti.. Simple dan mudah.. Gerenti sodappp!! Cuba la... hehe..




Kari Ikan Tanpa Santan Resipi PokYa

Tuesday, May 03, 2016

Assalamualaikum wbt..

Seronok dapat cuti panjang baru-baru ni.. Cuti Hari Pekerja 1Mei baru ni.. Dapatlah relax-relax dekat rumah lama sikit... Hari minggu baru ni rasa nak makan kari ikan.. Nasib baik stok ikan banyak dalam peti sejuk.. huhu... En. somi yang request nak makan kari ikan sebenarnya.. Dia memang hantu kari... 

Memandangkan santan tak de dalam simpanan, so aku decide masak kari ikan tanpa santan.. alahaii.. Kari cam kedai mamak tu.. Tapi tak de la mamak mane pown, sebab resepinya super duper simple.. Haha.. Tak de bahan spesel sangat.. Cuma yang biasa-biasa aje.. Jom tengok resepinya dan layan gambar-gambar yang tak seberapa nak hado0o0ooo...!!

Kalau tak nampak sila zoom ye..!!

Sori yek.. Gambar resepi agak halusssss tulisan dia.. Silalah zoom kalau nak nampak dengan lebih jelas.. hehe.. Simple kan resepinya.. Bahan-bahan pown tak seberapa... Tapi hasil sangat lumayan yek... Jom layan gambar lak..

Ni gambar untuk first half... Haha.. Cam main bola lak ye first half bagai..


Ni pulak second half... Haha.. Kasi tarok segala ikan yang hado0oo..


Aku guna pelbagai ikan yerk... Hehe..


Finally... Inilah hasilnya.. Lumayan kann....!! hiks..


Oke la.. Kalau korang nak resepi yang simple untuk buat kari boleh la cuba resepi ni.. Aku memang jenis yang suka masak yang simple-simple aje.. Yang cerewet-cerewet ni boleh bikin fenin kepala.. So, selamat mencuba... peace..!!

Bubur Untuk Qhaliff

Friday, March 11, 2016

Assalamualaikum wbt..

Semalam hari yang agak kelam kabut sebabnya stok nasi bubur si kecik dah habis.. Bergegas-gegas buat semua kerja.. Semua dah setel baru senang hati nak buat bubur untuk hero kesayangan aku tu... Pergi dapur tengok ape yang ada.. Sekali banyak pulak bahan-bahan yang dah habis.. Makanya suruh la en. somi pergi beli barang-barangnya... Dah beli barang ada pulak yang tercicir kelupaan untuk dibeli... apakah?? Tomato.. So bubur Qhaliff kali ni takde rasa tomato ye... 

Minggu lepas aku dah buat bubur ikan bilis.. So minggu ni tukar sikit flavor dia.. Bubur berperisa ayam.. Haha.. Jom tengok camne aku masak bubur untuk si kecik ku yang berusia hurmmm nak masuk 11 bulan dah 13hb ni.. cepatnya masa berlalu.. huhu.. Okeh jom follow...


Cara-Cara dan Bahan-Bahannya adalahhh...


Firstly ofkos kene perkenalkan bahan-bahannya kan.. Dan inilah bahan-bahan yang aku tarok dalam bubur nasik anak aku.... 

Beras
Ayam dipotong dadu 
(dadu ke?? cam tak jerk.. Haha..)
Butter Unsalted
Bawang Putih dicincang halus
Lobak Merah
Sayur kailan & Brokoli..
(Boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan masing-masing)




Sayur mayur tadi silalah stim ye... Aku stim 20 minit aje..
Kasi lembut supaya mudah nak bland nanti..
Ada jugak pendapat aku baca, kalau kita stim sayur, khasiat sayur masih ada..
Tataw la betol ke idokkk.. Tapi aku rasa cam betol aje.. Ahakz.. 





Sementara tunggu sayur siap di stim boleh la masak nasi bubur dulu... Jimat masa..





Okey.. Sementara tunggu nasi separuh masak, kite tumis dulu ayam.. Part ni la patutnya ada tomato.. huhuhu

Panaskan butter..
Masukkan Bawang Putih cincang..
Lepas dah agak bawang putih kekuningan boleh la masukkan ayam ye..
Ayam dah masak tutup api.. Haha... Itu pown nak habaq ekk..





Nasi dah dekat-dekat nak masak terus masukkan ayam td... Kasi tuang semua ye... 
Pastu masukkan semua sayur mayur yang dah siap di stim tadi...
macam gambar di atas.. 
Masak sampai nasi betul-betul masak ye.. 

Dah selesai semua, biarkan sampai nasi agak-agak sejuk untuk di bland...





Nasi bubur dah sejuk boleh la dibland...





Dan seterusnya dibahagi-bahagikan untuk dibuat stok..

Hero aku masak 2 bekas sehari ye... So sempatla stok ni untuk 4 hari gitu..
Untuk buat stok kene tarok dalam peti sejuk beku ye.. Tarok kat luar, esok tengok dah basi.. 
Membazir.. Membazi itu amalan syaitonnn.....





Taraaaaa.. siap untuk di buat stok..

Khas untuk anak ummi..
MUHAMMAD QHALIFF AMSYAR
Kesayangan beta...