Top Social

Image Slider

Showing posts with label produk mommy. Show all posts
Showing posts with label produk mommy. Show all posts

Disposable Nursing Pad Dari Shapee Memberi Keselesaan Berganda Kepada Ibu Menyusu

Monday, July 23, 2018
Disposable Nursing Pad Dari Shapee Memberi Keselesaan Berganda Kepada Ibu Menyusu  |  "Alahai tak selesanya, satu badan bau susu.. Malunya nak dekat dengan orang!!".. Haa ini salah satu rungutan hati aku time aku menyusu badan anak pertama dulu.. Alhamdulillah rezeki susu badan untuk anak aku memang murah sangat.. Sampaikan aku terpaksa pump dan simpan.. Kadang tu kalau tak sempat nak pump, maka habislah basah bra dan baju aku.. Time tu satu badanlah akan berbau susu.. Sangat tak selesa hokeh!! Nak dekat dengan orang pun naik segan.. Bukan tu aje, bra pun dah bertompok-tompok dek kesan susu tersebut.. Bila aku google jalan penyelesaian bagi masalah ni, barulah aku tahu tentang kewujudan Disposable Nursing Pad.. Haha.. Biasalah newbie mom kan time tu.. Banyak bende tak tahu lagi.. 


Sebenarnya Disposable Nursing Pad ni merupakan salah satu keperluan yang sangat penting bagi ibu-ibu yang menyusu.. Selain dapat menyerap susu badan yang keluar berlebihan, ia juga dapat mengelak daripada jangkitan kuman dan yang pastinya kebersihan terjaga.. Orite, tak nak bebel panjang lebar lagi, kali ni aku nak kenalkan kat korang semua terutamanya ibu-ibu yang menyusu satu brand Disposable Nursing Pad yang sememangnya diyakini ramai.. Brand apa? Dah tentunya Disposable Nursing Pad dari Shapee mampu memberi keselesaan berganda kepada ibu menyusu..

Disposable Nursing Pad Dari Shapee Memberi Keselesaan Berganda Kepada Ibu Menyusu

Oh ya, sebelum ni aku dah pernah menggunakan produk dari Shapee ni iaitu Nursing Bra... Kalau tanya aku selesa atau tak, ofkoslah sangat selesa.. Kualiti memang terbaik.. Baru-baru ni Shapee memperkenalkan pula produk terbaru mereka iaitu Disposable Nursing Pad yang diperbuat daripada korea.. Disposable Nursing Pad dari Shapee ini mampu memberi keselesaan berganda kepada ibu menyusu.. Kenapa aku cakap macam tu? Haaa kalau nak tahu, stay back sampai habis hokeh!


Kenapa Perlukan Shapee Disposable Nursing Pad?

Setiap produk mesti ada kelebihannya yang  tersendiri.. Begitulah juga dengan Shapee Disposable Nursing Pad ni.. Mungkin fungsinya sama sahaja dengan Disposable Nursing Pad dari jenama lain, namun ianya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.. Nak tahu apa? Jom sama-sama check it out!!

  • Reka Bentuk Yang Nipis (ultra thin)

Dengan rekaannya yang ultra nipis, dapat memberikan lebih keselesaan kepada ibu. Lebih nipis lebih selesa sebenarnya.. Sebab itulah aku sangat percaya dengan jenama Shapee ni kerana mereka sangat memahami keperluan setiap wanita yang bergelar ibu..

  • Jalur Pelekat Double Anti-Slip
Gam pelekat pada Disposable Nursing Pad ni ada 2 line yang agak kuat... Ini bagi mengelakkan ia teralih dan tercabut semasa ibu memakainya.. Dengan Double Anti-Slip Adhesive Strips ni, para ibu boleh tersenyum dan berlapan fikiran sepanjang pemakaiannya..
  • Material Lembut
Diperbuat daripada material yang sangat lembut dan pengaliran udaranya juga baik menjadikan ianya selesa dipakai serta tidak berpeluh.. 
  • Penyerap Air (Ultra Water)
Mempunyai penyerap air (ultra water) yang mampu menyerap sehingga 55ml susu ibu dalam satu masa.. Banyak tu.. Jadi, bolehlah berjimatkan.. Tak perlu menukarnya terlalu kerap.. 
  • Perlindungan Dari Kebocoran
Shapee Disposable Nursing Pad ni mampu menyerap susu ibu dalam jangka masa yang lama dan memberi perlindungan dari kebocoran kerana kualiti yang ada padanya membuatkan ia tahan lebih lama..
  • Design 3D-Shape
Walaupun dalam keadaan basah, ia masih kekal dalam bentuk yang asal untuk memberi lebih keselesaan. Biasanya, kalau dah penuh dan basah mesti tak selesa tetapi dengan Shapee Disposable Nursing Pad ni, ibu-ibu masih boleh merasai keselesaannya..
  • Teknologi Dry-Comfy
Dihasilkan dengan pelbagai lapisan khas, membuatkan ibu-ibu kekal kering untuk tempoh yang lebih lama kerana teknologi ini memastikan kekeringan berada di tahap yang maksimum..


Nampak tak kelebihan yang ada pada Disposable Nursing Pad ni yang mampu memberi keselesaan yang berganda kepada ibu-ibu yang menyusu.. Dari segi reka bentuknya dah memberikan keselesaan.. Apatah lagi dengan kelebihan yang lain-lainnya.. Dengan menggunakan Disposable Nursing Pad dari Shapee ni, aku percaya semua ibu yang menyusu mampu tersenyum menikmati keselesaan yang ada padanya..



Dapatkan Shapee Disposable Nursing Pad Untuk Kekal Selesa Sepanjang Tempoh Penyusuan

Mesti ramai ibu-ibu yang menyusu diluar sana tercari-cari Disposable Nursing Pad yang terbaik kan... Rasanya bukan ibu-ibu menyusu aje yang mencari, malah yang sedang mengandung pun sedang mencarinya.. Kalau macam aku dulu, awal-awal lagi aku dah sediakan keperluan selepas bersalin termasuklah keperluan menyusu.. Salah satunya yang mesti ada adalah Disposable Nursing Pad ni..

Jadi, bagi ibu-ibu yang sedang mencari Disposable Nursing Pad, aku sangat recommend korang beli jenama Shapee ni untuk kekal selesa sepanjang tempoh penyusuan.. Satu kotak mengandungi 30 keping Disposable Nursing Pad.. Jadi, pandai-pandailah korang bajet berapa yang korang perlukan dalam masa sebulan.. Hehe..


Harga Shapee Disposable Nursing Pads

Harga Asal
RM 18.90

Harga Pengenalan
RM 13.90

Berita baik untuk semua pembaca Blog Lea Azleeya yang ingin mendapatkan Disposable Nursing Pads dari Shapee ini.. Korang boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% dengan menggunakan kod diskaun seperti dibawah :-

Kod Diskaun Eksklusif
10dnpblogger23


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari

Website

Where To Buy

Facebook

Instagram

Youtube

Email
info@theshapee.com

Phone No.
07-554 7488


Pump Susu Terbaik Untuk Ibu Bekerjaya

Thursday, January 04, 2018
Pump Susu Terbaik Untuk Ibu Bekerjaya  |  Hari ke-4 untuk tahun 2018.. Selamat tahun baru buat semua.. Hehe baru nak wish tahun baru ye.. Dah masuk hari keempat dah kot.... Sekarang cuaca hujan tak berhenti.. Kat tempat aku ni banyak dah yang terkena banjir.. Banyak jalan-jalan ditutup akibat banjir... Ok, bukan itu yang aku nak cerita tetapi aku nak cerita tentang pump susu terbaik buat ibu bekerjaya.. Jauh betul menyimpang ye.. Haha!!


Bagi aku yang bekerja ni memang sangat-sangat memerlukan pump susu selepas bersalin.... Lahirkan anak yang pertama dulu aku dah beli siap-siap pump susu sebagai persediaan awal.. Supaya bile diperlukan, dah sudah tersedia ada... Jenama pump susu yang aku beli adalah dari jenama Snow Bear.. Alhamdulillah aku serasi dengan pump susu ni..

Snow Bear Breast Pump

Snow bear ni satu pump aje bukan double pump.. Kecil molek aje dan ringan sangat, mudah dibawa kemana-mana.. Aku selesa dengan pump ni.. Paling best tak menyakitkan.. Dulu aku beli rasanya dekat RM200 jugak kalau tak silap aku.. Sekarang tak pastilah aku harganya berapa.. Mungkin lebih murah.. Hehe.. Aku guna pump ni semasa melahirkan anak pertama dulu selama 6 bulan sahaja sebab susu drop dan anak aku sendiri pun dah tak nak menyusu badan + minum susu badan.. Huhu..


Bila dah tak digunakan, aku masukkan balik dalam kotak dan simpan dalam stor.. Nak dijadikan cerita, selepas aku bersalin anak kedua lebih kurang 4 bulan yang lepas, aku ambil balik pump ni untuk digunakan.. Tetapi malangnya, pump ni dah rosak rupanya.. Allahuakbar.. Kelam kabut aku usha pump lain.. Bajet pulak tengah semput masa tu.. Yelahkan, tak prepare la pulak untuk pump susu.. Jadinya, tiada peruntukan untuk membeli pump susu lagi..

Jadi, alternatif lain aku cubalah pinjam pump susu dari anak saudara aku...

Unimom Breast Pump

Unimom Breast Pump ni agak besar sikit saiznya dan sedikit berat.. Apa yang bestnya pump ni, sebab ianya double pump.. Tapi aku guna satu jerk.. Haha.. Kelajuannya pun boleh ejas dan tak menyakitkan.. Aku suka pump ni cuma berat sikit.. Nak angkut kesana kemari agak membebankanlah jugak.. Tapi takde lah seberat kayu balak tu.. Haha!! Masih boleh dibawa kemana-mana janji sadooooo...


Kelajuannya boleh ejas.. Nak slow ke nak kuat ke.. Terpulang.. Yang penting tak menyakitkan.. Yelah, kalau pump yang menyakitkan memang tak selesa nak pump susu kan.. Kadang tu boleh luka.. Owchh!! Seram wehhh!!


Biasanya aku guna set pump snow bear yang aku sendiri dan motornya pakai Unimom.. Mungkin aku dah selesa dengan set pump snow bear.. Kira kacuk la ni.. Kalau korang tengah cari pump susu, boleh lah try 2 jenama ni.. Sangat recommend kat korang.. Kalau bajet besar bolehlah beli yang jenama lebih mahal.. Tapi 2 pump ni antara bajet yang mampu milik tak terlalu mahal..


Untuk Breast Milk Storage Bags pulak aku guna jenama Autumz.. Tetap setia dengan jenama ini.. Plastiknya tebal dan senang digunakan.. Paling penting sangat safety...