Assalamualaikum wbt..
Apa Yang Pelik Pregnant Kali Ini?? | Holaaaaa korang!! Lama sungguh rasa tak keudara.. Cewahh dah macam kerja kat stesen radio jerk gayanye.. Keudara bagai.. Kengkonon jerk aku ni kan.. Hehe.. Bukan apa, rindu nak stori mori tentang kehidupan seharian... Ada orang nak baca ke?? Kalau artis ada la orang nak baca kan.. Haha.. Ajet ajet artis lettewwwww!! kikiki.. Ehh bukan cenggitu sebenarnya.. Kalau aku bercerita kehidupan aku dalam ni hanyalah untuk aku abadikan cerita aku kat sini untuk aku buat panduan dikemudian hari... Cewahh.. Drama Queen sangatt aku..!!
Oke la.. Tamo mengarut banyak sangat, kang lain pulak yang jadi..
Baru-baru ni aku bercuti agak panjang, hurmm dalam 6 hari jugak termasuk sabtu ahad.. Dah kenapa cuti panjang berjela cenggitu?? Haaa ni la nak cite.. Oh jap, kandungan aku dah 9 minggu.. Yeeyyy!! Ok, kita sambung.. Alahan aku kali ni sangatlah teruk.. Sampai tahap tak larat nak buat kerja rumah.. Rumah bersepah tahap kawasan pelupusan sampah jadinya.. (ohh!! drama queen lagi)... Sepanjang bercuti aku hanya baring, makan, tido.. Itu jerk la kerjanya.. Nasib baik en. somi banyak membantu menguruskan anak dan buat kerja rumah.. Kalau tak memang lori sampah datang buang sampah dalam umah aku la ingat tempat pembuangan sampah.. Hiks..
Dah bila guna cuti rehat banyak sangat, aku pergi la klinik amek MC.. Kalau tak, alamatnya habislah cuti tahun aku di awal-awal tahun ni.. Mintak MC dapat le 2 hari.. Alhamdulillah.. Hari ni aku dah mula bekerja semula.. Alhamdulillah, keadaan aku makin ok... Tapi untuk memastikan aku ok, aku tak boleh berenggang dengan kawan karib aku ni.. Nak tau siapa??
Jeruk oh jeruk!!
Ni la kawan karib aku sejak dua menjak ni.. Kalau tak de dia, jawabnya banjirlah mulut aku dengan air liur.. Hadoiii.. Seksoo.. Aku carik buah mempelam yang bukan jeruk sebenarnya.. Tapi tak jumpa.. Mungkin bukan musim.. Tu sebab dok makan jeruk ni.. Orang cakap tak elok sangatkan.. Hurmmm.. Radah jerk la janji tak meloya.. Hehe..
Ehhh cam tak kene lak cerita aku ni dengan tajuk ye... Apa yang pelik tu??
Sebenarnya, aku nak cerita, pregnant kali ni yang peliknya aku tak boleh tengok bijik lada.. Rasa mual tiba-tiba.. Contohnya bijik lada dalam sambal ke.. dalam masakan ke... Hadoiii memang potong selera makan.. Baru-baru ni en. somi beli nasi lemak yang sambalnya banyak bijik lada.. Allahuakbar, punye lah mual aku tengok.. Lastnya makan 2 mulut pastu terus tak lalu... Tengok gambar kat atas nun pown dah rasa mual.. Arghhhh!!
Ada tak yang pernah alami cam aku ni?? Pelik ke biasa-biasa ajerrr?? Ko rasa!!
Sekarang ni, nikmat makan memang takde dah pada aku.. Semua yang aku makan semua terasa tawar dan pahit.. Kadang-kadang boleh habiskan makanan.. Kadang-kadang ehh bukan kadang-kadang tetapi kerap dan selalu, makanan tak dapat dihabiskan dan tak dapat ditelan dek kerana tekak terasa mual.. Sampai dah tahap tataw lagi nak makan apa.. Tak de keinginan untuk makan apa-apa sebab tekak tak dapat menerima.. Huhu.. En. somi pun naik runsing aku tak boleh nak makan..
Nak tahu apa yang tekak aku boleh terima dengan baik??
Mee Meggi.. Senang dimasak sedap dimakan.. Ngeeee
Meggi..!! Yup meggi... Sungguh selera aku makan menu ni.. Hiks.. Aku tahu makanan ni agak tidak elok untuk aku dan baby.. Takan nak makan hari-hari kan... En. somi pown tak kasi.. So, apa pilihan yang aku ada.. Terpaksa la hakakkk hadap jugak makanan yang tak boleh nak telan hari-hari dan paksa diri untuk menelannya demi menjaga perut supaya tak kosong dan sakit.. Makan tanpa perasaan... Huhuhu...
Tula, kengkadang aku kesian dekat ibu-ibu mengandung bila ada yang kata dorang ni mengada-ngada lebih, nak makan tu nak makan ni.. Kalau korang ditempat kami pasti korang akan memahami keadaan yang kami alami.. Kalau yang masih boleh nak terima makanan, ikutkan sajalah dorang nak makan apa.. Sampai tahap macam aku dah tak boleh nak terima apa jua makanan, memang susah.. Orang mengandung ni tekak dia lain sikit... Dia ikut keadaan tekak time tu boleh terima makanan apa.. Bukan mengada-ngada tapi memang macam tu lah kekdahnyeeeee...
Tapi tataw la aku, kekalau ada yang betul-betul mengada.. Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dan perkongsian dari kawan-kawan rapat.. Kalau yang tak de alahan tu, bersyukurlah kerana diberi kemudahan olehNYA... Hiks..
Oke lah.. Sini dulu la aku membebel ye.. Saje je aku bercerita ni, untuk aku flash back balik cerita ni akan datang.. Aku ni cepat lupa keadaan diri dimasa lalu.. Haha.. Almaklumlah makcik dah tuoooo nak oiiii!!!..
ok.. Baiii!!