movie
Showing posts with label movie. Show all posts

Tonton Gerimis Hati Asyikin [2016] Cerekarama Full Telemovie

Sunday, August 14, 2016

No comments
Assalamualaikum wbt


Tonton Gerimis Hati Asyikin [2016] Cerekarama Full Telemovie  |  Terlepas tengok cerita ni semalam.. Sebab terlalu bizi dengan urusan di luar.. Ahhh rugi bangat ohh.. Cerita menarik.. Tak pe la.. Tak dapat tengok thru tv dapat tengok sini ok la kan.. Jom tengok sape yang melakonkan watak-watak dalam telemovie ni.. Sinopsis cerita pown aku sertakan sekali.. hehe

Telemovie
Gerimis Hati Asyikin

Tarikh Tayangan
13.08.2016 (Sabtu), 9.00 Malam

Slot Siaran
Cerekarama TV3

Pengarah
Bahri Uma Bajuri

Skrip
Azmirul Hisham Abu Bakar

Terbitan
Al-Hidayah Productions Sdn. Bhd.

Pelakon :-
Ashraf Muslim
Wawa Zainal
Zarina Zainoordin
Noryati Taib
Ruzana Ibrahim
Shahrul Anwar
Ainin Batrisya
Muhammad Ammar




Sinopsis

Mengisahkan Asyikin seorang Pembantu Farmasi yang menanggung kehidupan 5 orang anak setelah suaminya, Zamri patah kaki akibat kemalangan. Ketiga mengandung anak ke-6, rumah tangga mereka menjadi semakin tegang. Asyikin pulang ke kampung ibunya sebelum bersalin bersama anak-anaknya. Di sana dia berjumpa dengan Manja, seorang rakan lama yang sangat mengenal isi hatinya. Sementara mencari penjaga bayi, Manja menawarkan diri untuk menjaga bayi tersebut bagi memudahkan urusan Asyikin sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Namun segalanya berubah apabila bayi Asyikin dilarikan.




Tonton Disini



Selamat Menonton..!!


Read More

Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie

Tuesday, August 9, 2016

2 comments
Assalamualaikum wbt


Tonton Bibah Bebel [2016] Full Telemovie  |  Holaaa.. Korang tengok tak telemovie ni semalam kat TV9.. Bibah Bebel lakonan mantap dan comel adik Puteri Balqis sebagai Bibah yang suka membebel.. hehe.. Comel jerk watak yang dibawa... Kuat membebel.. Habis semua orang dalam rumah dia bebelkan.. Tapi bebelan dia bukanlah bebelan kosong tetapi berisi... Cam mak-mak kite dedulu.. Ahakzz.. Jom baca sinopsis cerita ni dulu sebelum menonton telemovie nye..

Sinopsis Telemovie Bibah Bebel, Skrin TV9

Judul : Bibah Bebel
Penerbit : Zeel Productions
Pengarah : Shuhaimi Lua Abdullah
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Tarikh Tayangan : 8 Ogos 2016 / 8.30 Malam
Slot : Skrin Di 9, TV9
Pelakon :- 
Puteri Balqis, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Maisara, Fendi Seman, Norhayati Talib

Telemovie BIBAH BEBEL bergenre komedi ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Bibah (Puteri Balqis) yang telah ditinggalkan dalam jagaan datuk dan neneknya di kampung. Kedua ibubapanya iaitu Daud (Fahrin Ahmad) dan Jamilah (Elly Mazlein) baru sahaja habis belajar di London, dan mereka membawa bersama abang dan kakak Bibah iaitu Danial dan Arissa bersama ke sana. Dan setelah pulang semula ke Malaysia, Daud dan Jamilah, mengambil semula Bibah untuk tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur.

Malangnya, Bibah terlalu terikut-ikutkan perangai neneknya yang kuat membebel. Bibah terlalu pembersih, dan mahukan keluarganya lengkap serba serbi semuanya. Malangnya, abang dan kakaknya pula rimas kerana Bibah selalu membebel dan menasihatkan mereka setiap masa, tidak kira siang dan malam, sehinggakan kedua mereka meluat dibuatnya dengan sikap Bibah.

Hari ke hari, sikap Bibah yang semakin bertambah rancak ‘membebel’ menambahkan pula tekanan pada Daud dan Jamilah, yang semakin hari pula dibebani dengan beban kerja. Akibatnya. Bibah sering dimarahi. Namun, Bibah langsung tidak mengambil hati kerana apa yang dia bebelkan itu demi kebaikan keluarganya yang tersayang. Pelbagai aksi lucu terjadi sepanjang Bibah membebelkan keluarganya di rumah.

Sehinggalah pada suatu hari, apabila berlakunya kejadian yang tidak disangka sehingga menyebabkan Bibah tercedera dan koma beberapa hari. Keadaan itu, menyebabkan ahli keluarganya berasa sunyi dan rindukan bebelan semula Bibah. Namun, adakah Bibah akan kembali membebel dan menceriakan kembali keluarga Daud dan Jamilah?  

Sumber : [SINI]


Jom tonton full telemovie BIBAH BEBEL..




Read More

Tonton Drama Rumi Dan Jawi [2016] Full Episod

Friday, July 15, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..



Tonton Drama Rumi Dan Jawi [2016] Full Episod  |  Korang tonton tak drama bersiri ni?? Drama Rumi & Jawi ni ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 04 Julai 2016 yang dibintangi oleh Remy Ishak sebagai hero dan Nur Fathia Latiff sebagai heroin.. 

Aku suka tengok drama ni sebabnya drama ni berunsur islamik.. Selain tu dah tentu-tentu sebab adanya Erra Fazira dalam drama ni.. Haha.. Cerita ni jadi lebih menarik pada aku bila ada pelakon Ungku Ismail Aziz.. Hiks.. Dia berlakon best.. Sempoi.. Kelakooo... Asek gelak aje bila dia start berdialog.. haha..!!

Okeh, kalau korang kat umah tak de Astro atau tak sempat nak tengok kat tv, meh aku kasi link untuk full episod drama ni.. Boleh la kita nonton sesama.. Klik link kat bawah ni ye untuk nonton...~



Layan gambar pelakon

Antara pelakon dalam Rumi & Jawi


Ini la Ungku Ismail Aziz


Selamat Menonton...!!


Read More

Nostalgia Sketsa Movie Raya : Lontong

Tuesday, June 21, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Nostalgia Sketsa Movie Raya : Lontong  |  Ingat tak lagik korang dengan sketsa movie Lontong ni lakonan Ogy dan Salleh Yaacob... Dolu-dolu time raya mesti disajikan dengan drama-drama/sketsa-sketsa yang best.. Aku suka sangat tengok sketsa movie Lontong ni dulu.... Aku suka sangat dengan cite ni dulu-dulu sebabnya ada kumpulan KRU berlakon.. haha... Time tu kan dorang tengah up.. Aku adalah salah seorang peminat KRU time tu.. Semua album dia aku beli.. Ehh.. bukan aku yang beli tapi kakak aku yang beli.. Time  tu aku sekolah agik.. Mane nak cekau duitkan nak beli kaset time tu.. hehe..

Bukan takat album jerk aku beli.. Tapi siap buat buku scrap untuk trio KRU ni.. Gile betul la.. Lagi dasyat, time tu kan kalau nak tengok movie pakai tape aje kan.. Tak de agik VCD atau DVD ni.. Kalau ada ajer rancangan yang menjemput KRU buat persembahan, cepat-cepat aku rakam.. Biasanya aku akan rakam Hiburan Minggu Ini la.. Huhu..

Ehh.. Dah melalut kelain lak.. Lari tajukk nampaknye.. Hiks.. Berbalik pada cerita Lontong.. Kat sini aku nak kongsikan video cerita Lontong ni.. Boleh la mengembalikan nostalgia dulu-dulu.. Ye dak..?? Mane la tahu kowt-kowt korang ada kenangan dengan cerita ni dulu-dulu kan... Sesambil tengok tu boleh lee mengimbau terus kan.. hehe..




Selamat menonton.. 


Read More