islam itu indah
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

Amalan Harian Sepanjang Ramadhan

Tuesday, June 7, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..

Hai korang...!! Dah lunch ke belomm?? 0oopss..!! Lupa pulak puasa yek.. haha.. Ada yang tak puasa ke ni?? Huhu.. Jangan wehh.. Tak baik ohh tinggal puasa dengan sengaja... Kecuali la kaum wanita, ABC kan.. haha..

Eh korang, sepanjang bulan puasa ni, amalan apa yang biasa korang buat?? Cam aku kat opiz ni, ada buat tadarus al-Quran sepanjang ramadhan ni.... Setiap tahun akan buat tadarus bukan tahun ni aje yang sebetulnya.. Alhamdulillah la ada jugak amalan di bulan puasa ni untuk aku dan staff-staff kat sini lakukan..  ye dakk?? Kalau nak harap dekat rumah, jarang-jarang aje mampu... Dok membizi dengan kerja rumah dan anak.... Bila anak dah tidur boleh la baca Quran sekejap... Si kecik tu tidurnya kejap-kejap pulak tu.. Kalau ada masa panjang pown sebelum solat subuh.. Haaa time tu boleh la pulun habis-habisan baca Quran.. haha....

Kenapa aku tak baca aje Al-Quran depan anak?? Hoh, camne la nak baca ye kalau dia asek  nak merampas aje quran dari aku... Tak dapekkk nyee.. Semua yang aku buat dia nak buat.. Aku baca buku dia nak baca jugak.. Aku nak berHP.. Dia nak jugak.... Dah camnooo tuu... So, kene la carik waktu-waktu yang betul-betul sesuai kan... 

Ehhhhhhh.. dah terbabas dari tajuk sebenar pulak.. Yang sebenarnya aku cuma nak up kat sini amalan-amalan yang boleh kita amalkan sepanjang bulan ramadhan.... Boleh la kita beramal dan menambah pahala.... Juga boleh mencari keberkatan ye di situ kengkawan... haaaaaaaa..


Ada 5 amalan di situ ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian..... 

Qiamullail... Dah bangun awai-awai nak sahur tu leh la sekali rembat qiamullail dulu sebelum sahur.. Pastu dah setel baru sahur...  

Sahur dan berbuka.. Dah nama agik puasa, mesti la ada sahur dan berbuka kan.. Yang ni mungkin tak timbulkan masalah kowt.. Kalau ada pown sahur.. Mungkin ada yang terbabas tak bersahur.. Kalau bab berbuka tu tak mungkin la tak kowt kecuali tak puasa.. haha.. Tapi kengkadang yang tak puasa tu yang lagi lebih dari yang berpuasa... betol tak?? hiks.. 

Solat berjemaah... Yang ni keutamaannya untuk kaum lelaki la.. Tapi ramai jugakkan kaum wanita pergi terawih... Solat fardhu dulu, pastu terus solat terawih.. Banyak wehh tuu pahalanya solat berjemaah ni... Tak caye tanye ustaz.. hehe..

Membaca Al-Quran... Yang ni cam aku cakap tadi la... Banyak sangat kelebihannya bile kita membaca al-quran di bulan puasa ni.. Sebenarnya bukan bulan puasa aje.. Hari-hari biasa pown sama.. Tapi sekarang aku cakap pasal bulan puasa.. So, tumpu pada bulan puasa aje la yek.. Baca la Al-Quran, banyak kebaikan yang kita akan dapat...

Sedekah... Yang ni senjata bagi kita umat Islam.. Bersedekah la.. Terutama bagi mereka yang memerlukan.. Contohnya, Ibu bapa.. Kaum kerabat... Anak-anak yatim... Orang miskin... dan... Orang yang sedang dalam perjalanan... Bersedekah la.. Kita takkan miskin dengan bersedekah.. Bak kata pepatah...  "Jangan takut miskin dengan bersedekah"...


Read More

Hijrah Takkan Pernah Habis

Friday, June 3, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..



Hijrah Takkan Pernah Habis | Aku yakin ramai sebenarnya orang yang nak berubah dan nak berhijrah menjadi orang yang ALLAH  redha kan... Jadi orang yang baik dan menuju kearah kesempurnaan.. Semua orang yang 'hidup' atas muka bumi ALLAH ni hatinya pasti nak menjadi orang yang baik kan.. Itu dah menjadi fitrah hidup atas muka bumi tuhan ni....

Namun, kesilapan yang sering dilakukan kebanyakkan orang ialah cepat merasakan PUAS dengan HIJRAH yang dilakukan.. Merasa puas dengan perubahan yang dilakukan.. 

Contohnya... 

Bila dari pakai pakaian seksi kepada pakaian yang lebih sopan, mereka akan rasa puas dan berhenti hanya setakat itu sahaja...



Ada juga yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tetapi baju ketat.... mereka dah rasa puas dengan perubahan tersebut..


Ada orang lagi dari pakai tudung dan baju ketat kepada pakai tudung dan baju longgar... berhentinya setakat itu sahaja..

Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh... naahhhh setakat itu juga berhentinya..

Ada orang dari tudung labuh dan berjubah kepada purdah juga berhenti setakat itu sahaja..

Begitu juga dengan solat... Ada yang rasa dah dapat melaksanakan solat 5 waktu tu dah cukup untuk meraka untuk merasakan diri mereka baik.. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup.. Dah dapat melakukan tahajud, dah merasa cukup..

Korang tahu takk dengan merasakan  cukup dan puas dengan amalam itu adalah tipu daya syaitan wehhh korang ehh...!!

Untuk korang dan diri aku jugaakkk... Nak pesan ni... Baca ekk...!!

Marilah kite berusaha dan terus mengejar syurga, mengejar redha Allah.... Jangan sekali-kali kita merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan.... Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.... Teruskanlah berubah, sehingga kita mati....

Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amalan wajib dan banyakkanlah amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya. Janganlah kita pernah dan mudah rasa cukup dengan amalan yang kita lakukan... Kerana, "Hijrah takkan pernah berhenti!!"


  




Salam jumaat korang sumee...!!


Read More

Nikmat Bermujahadah

Monday, May 30, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

24 Mei 2016 hari tu aku terima emel dari team Tarbiah Sentap yang menyentuh berkenaan Kenikmatan Bermujahadah... Kata-kata yang disampaikan sangat terkesan... Jadinya, aku nak kongsi pulak kat sini untuk korang semua yang sudi membaca kat blog aku ni.. Semoga bermanfaat untuk kita.. InsyaALLAH...


Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh... Cukup didikan agama.... Aurat dan pergaulan sentiasa terpelihara.... Bacaan al-Quran dan zikir sentiasa bergema di ruang tamu.... Kau jangan rasa kau bahagia! Sebab kau tak mampu nak rasai kebahagian mereka yang bermujahadah mati-matian semata-mata ingin berubah.

Mereka yang berasal dari keluarga porak peranda.... Jahil ilmu agama.... Aurat tak terjaga.... Tak tahu solat.... Hanyut dengan dunia.... Caci maki sentiasa bergema di seluruh rumah.... Sungguh! Kau tak akan mampu nak rasai macam mana hebatnya mereka bermujahadah.... Kejap tenggelam.... Kejap timbul.... Nak pakai tudung labuh kena maki.... Nak pakai stokin kena caci.... Nak jaga ikhtilat kena marah..... Nak ubah akhlak kena perli....

Mereka yang merasai keperitan dalam mujahadah ini, sebenarnya mereka sedang rasai betapa lazatnya kebergantungan secara total kepada Allah!

Mereka belajar huruf demi huruf ayat al-Quran hingga lancar....

Mereka belajar rukun demi rukun dalam sembahyang.....

Mereka belajar tutup aurat dengan sempurna.....

Mereka korbankan kemesraan dalam berikhtilat demi menjaga maruah....

Mereka korbankan hiburan lagha demi basahkan iman dengan zikrullah.....

Mereka tabahkan hati ketika diejek apabila hendak berubah....

Ya. Kalau kau berasal dari keluarga yang soleh.... Jangan sesekali kau sombong menyisihkan mereka yang hendak berubah! Jangan sesekali kau berlagak dengan labuhnya tudung kau, tingginya songkok atau serban kau! Jangan kau takjub dengan taranum kau yang mendayu.... Jangan bangga dengan ceramah kau yang disukai ramai.....

Kerana belum tentu engkau yang lebih dicintai Allah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau yang dirindui Rasulullah berbanding mereka!

Kerana belum tentu engkau layak menghuni syurga berbanding mereka!

Buat engkau, engkau, dan engkau yang sedang merasa peritnya mujahadah, terus cekalkan hati! Allah sedang melihat usaha kau!

Yakinlah dengan sepenuh keyakinan, 1 hari nanti Allah akan bawa engkau keluar dari jalan gelap kau.

Menuju cahaya dari syurga!

Sumber :-








Read More

Rahsia Di Sebalik Al-Fatihah

Friday, May 27, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



Salam Jumaat buat korang... Kembali bekerja setelah semalam seharian berseminar.. huhu.. Kalau dah hari ni hari Jumaat makanya, buat kaum Adam jangan lupa ye untuk menunaikan Solat Jumaat hari ni.. hehe.. Sebelum aku share tentang Rahsia Di sebalik Surah Al-Fatihah, meh aku share dulu sunnah-sunnah yang dianjurkan pada hari Jumaat untuk rujukan kita semua... 



Boleh la lepas ni kita praktikkan sunnah-sunnah seperti diatas dan menjauhkan diri dari membuat kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan pada hari Jumaat...

Okeh, jom aku share lak Rahsia Di Sebalik Surah Al-Fatihah... Mungkin ada yang dah tahu tentang rahsia-rahsia ni dan mungkin juga yang masih belum tahu kan..  Jom belek-belek, selidik-selidik.. 


RAHSIA AL-FATIHAH
1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.

Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baraqah yg berterusan hingga ke jannah.


Read More

Jadual Waktu Imsak Dan berbuka Puasa Bagi Negeri Pahang 2016

Monday, May 23, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Ramadhan semakin menghampiri... 06 Jun 2016 dah mula puasa... Sudahkah korang bersedia untuk menghadapi ramadhan kali ni? Moga Ramadhan kali ni lebih memberi keberkatan kepada kita dengan amal-amal yang kita lakukan dan perbaikinya dengan lebih baik yek..!!

Aku nak share kat sini Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang untuk tahun ni... Boleh la dijadikan rujukan bagi penduduk-penduduk Pahang.. cewahh... hikss...  Kalau nak tengok boleh la klik kat link bawah ni yek... Jadualnya panjang berjela so aku buat link aje la ekk.. hehe...


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1437H / 2016M ini telah disahkan oleh Sahibus Samahah Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, SSAP.,DSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC. Mufti Negeri Pahang dan telah disediakan oleh Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Memandangkan aku tinggal area Kuantan.. So, aku dengan suka relanya nak bentang Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Daerah Kuantan kat bawah ni.. kiki... 


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak buat korang semua..

Read More

55 Amalam Sunnah Rasulullah

Friday, May 20, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..



1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....



Read More

Macam Mana HATI Kita Ketika Buat Maksiat?

Tuesday, May 10, 2016

2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pagi ni aku nak kongsi emel daripada Team Tarbiah Sentap yang aku dapat... Iaitu tentang hati kita... Jom kita ambil masa untuk muhasabah diri kita...





Time tengah buat dosa, time kita tak sempat bertaubat, time kita tunda-tundakan taubat, time kita dah rasa manis dengan maksiat..

Macam mana keadaan hati kita masa tu?

HITAM.. Hitam pekat hati kita.. Sehinggakan kita tak nak dengar kebaikan langsung!

Tengah dalam keadaan macam tu, tiba-tiba Allah tarik nyawa kita...!! Kita meninggal dunia dalam keadaan derhaka pada Allah. 

Dalam kubur terasa sempit sangat..!! Habis hancur jasad kita dalam tanah... Berkecai tulang belulang dihimpit tanah..!! Tak lama lepas tu, muncul ular hitam yang besar sangat..!! Ular tu belit tubuh kita. Allah..!! Sakit sangat..!! Tak cukup dengan itu, kala jengking datang merayap ke tubuh kita... Jasad kita kena sengat dengan kala jengking..!! Terseksalah kita dalam kubur hingga hari kiamat..!!

Tiba hari kiamat, kita dihidupkan kembali di padang mahsyar... Dalam lautan manusia... Kita rasa dahaga sangat..!! Lama sangat tunggu giliran kita untuk dibicarakan... Hinggalah nama kita dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah SWT... Seluruh umat manusia melihat kita dibicara... Mulut terkunci... Setiap inci perbuatan kita masa kat dunia disoal...

Mata yang memandang perkara haram, kaki yang melangkah ke tempat maksiat, tangan yang melakukan perkara haram, semuanya disoal seadil-adilnya..!!

Cuba korang bayangkan dosa yang korang buat dan dosa tersebut diadili di akhirat... 

Satu per satu dosa kita diumum di khalayak ramai... Orang yang kita aniaya, diambil pahala kita... Lepas dah habis pahala, kita dapat pula dosa mereka... Allahuakbar..!!

Bayangkan betapa dasyatnya hari akhirat kelak..!! 

Selepas dihitung, ternyata dosa lebih berat dari pahala...

Terbuka gambaran neraka depan mata..!! Itulah tempat kita kembali..!! Api hitam menyala-nyala panasnya..!! Terdengar suara raungan manusia diseksa..!! Kita nampak ada sungai bernanah yang menggelegak... Minuman yang bakal menghancurkan perut kita..!! Kita nampak pula pohon-pohon berduri yang buahnya jadi makanan kita.... Itulah balasan yang setimpal atas dosa yang pernah kita lakukan atas dunia..!!

Ada yang potong lidah sendiri... Ada yang rambut bertukar jadi ular... Ada yang muka terseret kat bara api... Ada yang hangus kulitnya... Dan macam-macam lagi bentuk seksaan yang ada...

Kita diperlihatkan gambaran neraka... Malaikat-malaikat yang ada, dengan suara yang garau suruh kita berjalan ke depan untuk lintas titian sirat..!! Kita tak nampak kat mana titiannya.... Akhirnya kita dihumban ke dalam neraka..!! Seburuk-buruk tempat kembali..!!

Takut tak?

Rasa berharap dengan rahmat Allah tak?

Sekiranya ya, jom kita sama-sama muhasabah kembali diri dan bertaubat padaNya..!! Moga Allah sediakan syurga untuk kita..!!




Sumber



Read More

Doa Supaya Anak Rajin Solat

Wednesday, April 27, 2016

4 comments

Assalamualaikum wbt..



Read More

Perbezaan Antara Lelaki & Wanita

Wednesday, April 13, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..

Sumber image : Google (ada ejas sikit.. hik)


PEREMPUAN di-UJI di dunia...
  • Kena pakai TUDUNG...
  • Kene pakai STOKIN...
  • Kena TUTUP AURAT dengan SEMPURNA...
  • Kena banyak FITNAH...
  • Kena TAAT perintah SUAMI...
  • Kena menjaga MARUAH DIRI...
  • Tak boleh BERLEBIHAN dalam BERHIAS...
Di Akhirat...
SABAR + REDHA  =  InsyaALLAh SYURGA menanti


LELAKI diberi KEMUDAHAN di dunia...
  • Tak payah pakai TUDUNG...
  • Tak payah pakai STOKIN...
  • AURAT senang dijaga...
  • Tidak risau dengan FITNAH...
  • MUDAH nak buat apa sahaja...
Tapi di Akhirat...
  • Tanggung dosa DIRI SENDIRI...
  • Dosa ISTERI...
  • Dosa ANAK-ANAK...
  • Dosa TANGGUNGJAWAB yang tidak dibuat...
  • Dosa tidak beri NAFKAH...
  • Dosa tidak menjaga PANDANGAN...
  • Dosa ADIK-ADIK...
  • Dosa sesama MANUSIA...
  • Dosa tidak SOLAT...
SABAR + REDHA  belum cukup kerana LELAKI akan ditanya TANGGUNGJAWAB mereka di-BUAT atau TIDAK di DUNIA...

Lelaki dan Wanita...
Masing-masing ada KELEBIHAN dan ALLAH itu MAHA ADIL...

Janganlah kita merungut...
REDHALAH atas apa yang sudah DITENTUKAN oleh ALLAH...

Apa yang KITA ada INGATLAH...
Sesungguhnya itulah yang TERBAIK buat KITA yang ALLAH KURNIAKAN...

ALLAHUAKBAR...

_Muhasabah Diri_


Read More

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Thursday, April 7, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt..


Khamis dah kan rini... Boleh la start baca surah Kahfi malam ni pas maghrib... Banyak ohhh kelebihannya kalau kita amalkan membaca surah kahfi setiap jumaat... Lagik ohsem kalau kita hafal 10 ayat awal dan 10 ayat akhir.. Superb hebat... Sebabnya kita akan terhindar daripada fitnah dajjal... 

- Nanti sambung lagik tentang kelebihan surah ni ye.. nak balik sudaaaa...-
Read More

12 Hikmah Menutup Aurat

Tuesday, April 5, 2016

No comments

Assalamualaikum wbt...

Oke... Now nak cite tentang hikmah menutup aurat lak.. Banyak ohh hikmahnya bila kita menjaga aurat kite dengan sempurna... Menutup aurat ni bukan saje-saje tau.. Ada hikmah disebalik suruhanNYA supaya kita menutup aurat ni... Perlu tahu tu... Sesungguhnya segala apa yang ALLAH perintahkan, pastinya yang terbaik buat kita dan banyak hikmahnya..  Jom tengok ape hikmah disebalik menutup aurat.... 


  • Jiwa akan menjadi semakin tenang dan tidak risau lagi tentang dunia
  • Cahaya keimanan akan mudah meresap dalam hati seseorang mukmin itu
  • Seseorang yang menjaga auratnya dengan sempurna akan terlindung daripada fitnah manusia
  • Menjaga aurat dengan sempurna mengikut Islam akan dapat membezakan kita dengan yang bukan Islam
  • Menutup aurat dengan sempurna juga merupakan salah satu dakwah secara langsung kepada masyarakat tanpa kita sedari dengan niat berjihad kerana ALLAH SWT..
  • Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa kerana hanya yang beriman dan bertaqwa akan mengikut apa yang diperintahkan olehNYA dan meninggalkan apa yang dilarang.
  • Menjaga kehormatan dan mengelakkan daripada sebarang gangguan daripada orang yang berniat jahat.
  • Terjaga daripada perbuatan dan sifat yang tidak elok. Bila kita menutup aurat dengan sempurna, secara otometiknya kita akan merasa malu untuk melakukan perbuatan yang dilarang agama dan perbuatan-perbuatan yang seangkatan dengannya... ye dak???     
  • Diri akan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang soleh/solehah dan saling ingat-mengingati satu sama lain.
  • Memberi pandangan yang elok bagi yang bukan Islam agar tertarik untuk mengenal agama ALLAH..   InsyaALLAH..
  • Diri akan lebih berhati-hati dalam bertutur kata.. perbuatan dan tingkah laku...
  • Terhindar daripada azab ALLAH serta meraih redha dan keampuananNYA.


Wahhh banyak gilekan hikmahnya... Bukan nak cakap kosong tapi nilah realitinya yang perlu kita tahu... Banyak lagi hikmahnya tapi cukup la aku bentangkan disini 12 hikmah menutup aurat ni.. Moga dapat menjadi panduan buat sahabat-sahabat aku yang ohsem ni... Jangan lupa tutup aurat tau... 

Chowww cincauuu.....


Gambar hiasan - bedal dari google.. TQ google..

Read More

10 Kesilapan Wanita Tentang Aurat

No comments

Assalamualaikum wbt.

Pagi-pagi lagik dah dikejutkan dengan kejadian yang tak diingini... Berdebar-debar.. Terkejut... Tadi OTW datang ofiz ada la sorang staff tempat aku kerja terguling kat jalan raya.. Jalan nak masuk tempat aku kerja... Terkejut kitorang.. Berhentilah kiterang untuk membantu sebabnya tengok cam dah tak boleh nak bangun... Bila tanye, katanya mengelak anjing melintas.. Kesian betul la.. Tangan tak boleh gerak belah kanan.. Tataw la ape citer tu... Harap-harap semua ok... 

Ehh.. pagi ni nak cite bende lain sebenarnya.. Hehe.. Aku nak cite tentang aurat wanita... 10 kesilapan wanita tentang aurat.. Haa... Setiap wanita harus tahu tentang aurat... Aurat ni dituntut dalam islam tau... Okeh!! jom kite lihat ape kesilapan kita sebagai wanita tentang aurat ni.. cekidaot...!!!

Gambar hiasan


1.   Anggap aurat adalah pakai tudung semata-mata

Ramai wanita yang beranggapan, tutup aurat ni hanyalah memakai tudung semata-mata... Asal tutup jerk kepala dah dikira menutup aurat.. Salah ye puan-puan sekalian... Menutup aurat ni banyak lagik yang perlu ditutup... bukan sekadar kepala sahaja... Sila rujuk gambar diatas ye... 


2.   Bertudung tetapi berT-shirt lengan pendek

Yang ni satu lagik... dah bertudung cantik tapi berbaju lengan pendek pulak... Lengan pown aurat ye... Jangan buat-buat tataw... Pakai la baju lengan panjang... Aurat kita yang boleh dibuka hanya muka dan tapak  tangan aje yerk... yang lain perlu ditutup...


3.   Bertudung tetapi baju & kain terbelah

Ada pulak yang bertudung tetapi baju dan kain terbelah... Aduhai... tak cukup benang nak jahit ke atau tak cukup kain nak cover semua tataw la yek... Jangan la... Tak yah la terbelah-belah sangat.. pakai la elok-elok ye kawan-kawan... Dah bertudung cantik.. baju dan kain lak terbelah.. Hurmm.. salah tu.. 


4.   Bertudung tetapi bajunya sendat dan nipis

Haaa.. Ramai jugak yang membuat kesilapan yang ni... Bertudung tetapi pakai pulak baju sendat dan nipis sehingga menampakkan susuk tubuh... Aurat tu puan-puan... cik-cik.. kakak-kakak.. makcik-makcik.. Boleh mengundang sesuatu yang lebih buruh... Boleh menarik perhatian kaum adam... Nah berfesyen boleh.. tak salah.. tapi perlu la kene pada tempat.. Jangan terlalu mengikut kebaratan... Kitakan orang Islam... :)


5.   Bertudung tetapi menayangkan jambul

Yang ni berlambak kite dapat tengok.. Terutama dalam telebisen (TV).... Pakai tudung dah nampak ayunya... Tapi amek hang.. Jambul tersembul kat depan... Gagal...!!! Tamo la cenggitu... Kasi tolak jambul tu kat dalam tudung ekk.. Kasi tutup semua... Ok???? Kamu.. Kamu.. Kamu semuakan baik... Haha..!!


6.   Bertudung tetapi hanya di pejabat/sekolah

Kebiasaan yang ni jadik bila pakai tudung secara on.. off... Kejap pakai.. kejap lesap... Tu yang jadik camni... Bila pegi pejabat/sekolah pakai tudung.. Keluar aje dari pagar pejabat/sekolah terus cabut.... Atau mungkin dalam perkiraan mereka.. hanya perlu menutup kepala bila di opiz atau sekolah aje.. Adoii.. Salah tu.. Kat mane-mane pown kene menutup aurat ye,.. Waima dalam rumah sekali pown kalau ada yang bukan mahram... Perlu menutup aurat...!!!


7.   Bertudung tetapi mendedahkan dada

Ehh.. Ehhh.. Tudung tu kenapa di sepak-sepak.. ditampar-tampar ke belakang tu... Dada tu kenapa tak tutup... Tarik balikk tudung tuu!!! tutup dada... aurat tu wahai wanita... Dada tu aurat juga.. Jangan kerana nak berfesyen, tudung tu di lempang ke belakang sampai dada terdedah yeee... Semua kan baik.. Tutup aurat yeee.... Hehe... serius ni tau...!!


8.   Bertudung tetapi nipis mendedahkan bentuk

Banyak tudung yang nipis sekarang ni...  Bawal pown ada yang nipis... tudung yang bermaterial chiffon lagik la nipis... Boleh pakai... tak salah.. ha!!! BOLEH PAKAI????? bio bebenoooo!!! relaxxx... Boleh pakai sekiranya kite pakai cover kat dalam.. Maksudnya pakai inner tudung belah dalamnya.. So, bila pakai tudung nipis tak nampak la bahagian dalamnya kan... 


9.   Bertudung tetapi menayangkan betis

Ada jugak yang bertudung tetapi menayangkan betis... Tak kirala sama ada pakai tudung berseluar pendek ke.. berskirt pendek ke.. sama ada dah labuh tapi terbelah pulak... tak menutup aurat tu tau bila dah betis pown nampak... Ikutlah cara tutup aurat yang mengikut piawaian islam ye.. Wah piawaian tu... Ayat mesti gempak yee...


10. Berbaju kurung tetapi mendedahkan kulit lengan
  
Okeh.. last sekali... Dah pakai baju kurung... wahh sopannya dia.. berbaju kurung... Ayu gitu... Adehhh nampak lak lengan... Dah kenape...!!! Aurat tuu hakakkkkk oiiiii... Nak amek sarung lengan ni.. Tutup lengan tu yekk.. Tak de la bila terselak lengan baju ternampak lengan... So, hakak-hakak-hakak semua pakai la sarung lengan untuk tutup lengan agar terlindung dan tak terlihat oleh yang bukan mahram ye...






Read More