healthy
Showing posts with label healthy. Show all posts

ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar

Sunday, February 3, 2019

3 comments
ZACT Ceriakan Hidup Anda Dengan Senyuman Menawan Dan Nafas Segar  |  Senyumlah dengan lebar dan swafoto, kemudian zoomkan pada gambar anda dan perhatikan gigi anda dengan teliti. Adakah anda nampak sebarang kotoran atau warna kuning pada permukaan atau di celah-celah gigi? Tekupkan tangan anda pada mulut dan hidung, hembus nafas dan hidu – adakah ianya  berbau kopi atau teh?

Teh dan kopi adalah makanan dan minuman yang mempunyai kandungan warna atau pigmen yang tinggi. Ianya boleh mengotorkan gigi dan membuatkan nafas kita berbau. Adakah kita bersedia meninggalkannya? Cuba bayangkan pagi anda tanpa kopi yang menyegarkan atau petang anda tanpa aroma teh yang menenangkan.

Bolehkah anda ceriakan hidup anda dengan senyuman yang menawan dan nafas yang segar?


ZACT merupakan salah satu ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka ditawarkan oleh Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1  di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.

ZACT Whitening, ujian di bawah persekitaran makmal yang terkawal terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik berbanding ubat gigi biasa yang  tidak mempunyai agen pemutih. Ia juga mempunyai 60 peratus kuasa menghilangkan kesan kotoran yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa.

Rasanya yang sejuk dan berpudina menyegarkan nafas serta membantu mengurangkan bau nafas  kopi dan teh yang kurang menyenangkan.



ZACT Whitening, dengan florida mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih, menguatkan gigi dan membantu menghalang pembentukan kaviti. Jadi anda boleh memutihkan gigi, pada masa yang sama  melindungi gigi dan menyegarkan nafas menggunakan satu produk. Ia selamat dan lembut untuk digunakan setiap hari.

Penilaian klinikal  mengenai penggunaan ubat gigi pemutih ZACT ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor yang teruk pada gigi  selama 4 hingga 8 minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup efektif. Ia mempunyai 2 kali lebih kuasa untuk menghilangkan kesan pada gigi selepas digunakan selama 4 hingga 8 minggu.


Kebanyakan rakyat Malaysia  merupakan penggemar kopi dan teh tegar yang sukar untuk meghilangkan keinginan menikmati minuman tersebut. Namun, senyuman yang menarik juga penting bagi keterampilan diri yang lebih yakin.

ZACT Whitening boleh didapati di pasaraya besar, supermarket dan farmasi pada harga RM5.85 untuk 90g dan RM7.75 bagi 150g. maklumat lanjut, sila layari laman web: www.zact.com.my.


Read More

Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu

Wednesday, December 19, 2018

6 comments
Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu  |   Sejak terjebak dengan produk Korea ni, sampaikan pembersih wanita pun aku carik yang dari Korea.. Hehe.. Entah la, aku rasa lebih yakin dengan produk Korea.. Sungguhpun begitu, sebelum  beli aku akan pastikan dulu produk yang aku nak beli tu selamat digunakan dan Halal.. Tak bolehlah main beli jerk kan.. Terbaru aku cuba pula Biosol, pembersih kesihatan wanita prebiotik dengan madu.. Hah, korang ingat susu ajerk yang ada prebiotik? Pembersih wanita pun hadeeee hokeh!! Meh aku cite..



Orite, Biosol ni merupakan produk keluaran Neil Armayan iaitu sebuah syarikat yang telah ditubuhkan di Korea sejak tahun 2008 dimana mereka menjalankan perniagaan eksport produk kesihatan dan kecantikan. Mereka juga pernah berada di dalam perniagaan spa 10 tahun yang lalu di Malaysia. Neil Armayan telah beroperasi di 4 negara sejak ditubuhkan iaitu Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam.. Kini mereka telah mengeluarkan 2 produk iaitu Revesol dan juga Biosol..

Biosol Pembersih Kewanitaan Prebiotik Dengan Madu

Aku memang pengguna pembersih kewanitaan.. Kalau tak guna aku pasti akan rasa tak selesa.. Sebelum ni aku guna yang berasaskan daun sirih.. Tapi kali ni aku teruja nak cuba Biosol ni sebabnya ia mengandungi prebiotik dengan madu.. Macam mana tu? Haaa.. Istimewa sangatkan.. Hehe..


Biosol, Pembersih Kesihatan Wanita Prebiotik Dengan Madu ni merupakan rumusan unit dari ekstrak tumbuhan semulajadi membantu memberikan khasiat, peremajaan dan pemulihan yang diperlukan oleh lapisan kulit, rupa dan penampilan vagina sambil melenyapkan vagina yang kurang sempurna kerana penyelesaiannya sangat mudah. Dengan menggunakan Biosol ni, kita dapat alami pembaharuan menyeluruh, keriangan dan semangat baharu daripada kulit vagina yang lembut dan licin.. 

Memang teruja habis nak guna Biosol ni bila tengok khasiatnya.. Selalunya guna pembersih kewanitaan ni semata-mata untuk sekadar membersih aje.. Dengan Biosol ni dapat pulak khasiat lain kan.. 

Fungsi Biosol


Sebenarnya penjagaan kawasan intim ni sangat penting.. Mungkin ada dikalangan kita pada hari ni mengambil ringan akan hal ini dengan menggunakan sabun biasa untuk mencuci.. Ramai yang tidak tahu sebenarnya, penggunaan produk yang bukan direka untuk bahagian tersebut mungkin boleh memudaratkan. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman atau rengsa, pH vagina berubah, berbau, gatal, dan keputihan.

Vagina yang sihat bergantung kepada tiga faktor iaitu bakteria yang sihat, keseimbangan pH dan kandungan glikogen epitelium dimana jika salah satunya tidak berfungsi dengan baik, boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah... Jadi, buat wanita-wanita diluar sana jadilah pembeli yang bijak dengan memilih produk pencuci yang kaya dengan kandungan semula jadi dan prebiotik untuk melindungi bahagian intim daripada pelbagai gejala yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.

Kalau korang nak tahu, Biosol ni berfungsi membantu menghilangkan bakteria dan segala kekotoran dari kulit.. Ia juga membolehkan kulit menjadi lembut, licin, segar, bertenaga dan revitalize.. Bukan itu sahaja ye, Biosol ini juga menggalakkan peredaran darah, kulit menjadi lembap dan kuat disamping dapat menegangkan kulit di bahagian peribadi wanita.. Paling bagus tentang Biosol ni, ia  dapat mengawal pH yang sesuai dalam 4.5 hingga 5... 

9 Kebaikan Biosol 



  • Melenyapkan kekeringan vagina
  • Mengekalkan pH optimum untuk vagina
  • Menegang dan mengetatkan kulit/otot yang kendur
  • Meningkatkan kesihatan dan menyamankan kulit
  • Merancang pembiakan bakteria yang berfaedah dalam lapisan kulit dalaman
  • Mengandungi ciri anti-penuaan dan menukar sel kulit yang lesu
  • Mengetatkan dan menegangkan otot vagina, mengembalikan tona dan tekstur
  • Menyediakan nutrien penting yang diperlukan untuk melembap dan menghidrat kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan semula epidermis untuk memperbaiki, melembut dan memulihkan kulit

Apa Kata Lea Azleeya Tentang Biosol?


Dah 2 minggu aku guna Biosol.. Alhamdulillah sangat serasi dengan aku dan tiada sebarang kesan sampingan.. Aku lebih yakin kini sebab biosol ni memberikan aku keselesaan sepanjang hari.. Jadi, nak buat apa-apa aktiviti pun dah tak risau lagi akan ketidakselesaannya.. Serius aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan Biosol ni weh!.. Oh ya, ia didatangkan dalam cecair yang sedikit likat tetapi tak melekit sama sekali.. Itu yang bestnya... Kalau melekit ni, boleh menyebabkan ketidakselesaan.. Betul tak?

Baunya pun best.. Ada sedikit bau madu.. Almaklumlah bahan utamanya adalah madu, jadi tak hairanlah kalau ada sedikit bau madu.. Yang penting sekali, Biosol ni tidak mengeringkan vagina.. Kalau dilihat dari segi packagingnya, yesss sangat praktikal.. Mudah dibawa kemana-mana kerana botolnya tidak terlalu besar.. Jadi, dalam handbag pun boleh isi.. Aku sangat recommend semua kaum wanita di Malaysia untuk mencuba Biosol ni.. Sekali cuba pasti setia selamanya.. Cewahh.. Haha!! Ayat dah macam iklan tv jerk kan.. Hiks..

Dapatkan Biosol Sekarang Untuk Kesihatan Dan Keselesaan


Yeahh, bagi korang yang rasa nak cuba jugak, bolehlah dapatkan Biosol ni sekarang.. Jangan mengambil mudah akan kebersihan kawasan intim kita ye jika tidak mahu pelbagai gejala dan masalah datang menyinggah.. Hehe.. Harga untuk sebotol Biosol ni adalah RM 107.80 untuk 200ML..


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


Read More

Dettol Profresh | Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri

Monday, November 12, 2018

9 comments
Dettol Melancarkan Semula Rangkaian Pembersihan Diri  |  Sejak kejadian kulit anak aku kering dan gatal-gatal hari tu, kalut carik mandian lain untuk dia.. Kebetulan dekat rumah time tu ada stok mandian dettol, jadi cubalah guna untuk dia.. Alhamdulillah settle masalah tu.. Lepas pada tu, satu keluarga guna dettol sampailah sekarang.. 

Kalau zaman dulu, dettol ni ada yang original jerk.. Time tu memang tak boleh nak blah dengan bau dettol original walaupun tau produk dettol ni memang bagus.. Aku ni kalau bau pelik-pelik memang susah sikit nak terima.. Now, bila dettol dah keluarkan produk pelbagai variasi, teruja badak aku nak guna produk dettol ni.. Haha!! Eh, korang tau tak Dettol melancarkan semula rangkaian pembersihan diri? Ia diperkenalkan semula untuk melindungi 1.97 juta isi rumah Malaysia daripada 100 kuman berbahaya..


Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.  

Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka.

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.


Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.  Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.  Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow - Senior Consultant Dermatologist

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.



Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.  


Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia

**Berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit.



Read More

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

Sunday, November 4, 2018

7 comments
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita  |  Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan?

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.


Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan  kegatalan.


Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White diiktiraf halal. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White - 200ML

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White - 90ML

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50. SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.  Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.


Read More