healthy
Showing posts with label healthy. Show all posts

Rawat Luka Dengan Spray8 Dari Furley Bioextracts

Friday, September 1, 2017

9 comments
Rawat Luka Dengan Spray8 Dari Furley Bioextracts  |  Sebelum ni aku pernah kongsikan dengan korang dengan salah satu produk keluaran Furley Bioextracts ni kan iaitu FemMist.. Dan hari ni aku nak kongsikan satu lagi produk keluaran mereka iaitu Spray8... Mesti korang tertanya-tanya, spray apa tu? Haaaa Spray8 ni bukan sebarangan spray ye, Spray8 ini spray yang boleh merawat... Rawat apa? Rawat luka dengan Spray8 dari Furley Bioextracts... Macam pantun pulak ayat aku kan.. Hehe.. 

Rawat Luka Dengan Spray8 Dari Furley Bioex
Rawat Luka Dengan Spray8 Dari Furley Bioex
Spray8 merupakan salah satu produk keluaran Furley Bioextracts yang telah mendapat tempat dikalangan pengguna-pengguna di Malaysia.. Ia merupakan produk semulajadi yang dirumus khas untuk penjagaan kulit. Ramuan ekstrak tumbuhan di dalamnya berpotensi untuk memulihkan kulit dan mengembalikan kulit yang sihat. Kalau korang nak tahu, Spray8 ini mengandungi ekstrak herba yang dapat membendung terbentuknya parut sekiranya disembur sejurus selepas luka dan masalah kulit.

Menurut laporan kajian saintifik, komponen asas Spray8 ini mempunyai kesan merawat ke atas pelbagai jenis penyakit kulit, luka septik dan luka yang telah dijangkiti kuman. Produk ini mampu melegakan rasa gatal dan mengeringkan luka.


Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Spray8 ini adalah terdiri daripada bahan semulajadi iaitu Ekstrak Manggis sebagai bahan asas utama dalam penghasilannya.. Sebenarnya ekstrak kulit manggis ini telah lama digunakan di Asia sebagai rawatan untuk jangkitan kulit dan merawat luka.. Jom tengok bahan apa lagi yang ada dalam Spray8 ni.. 

Kandungan :-
Air, DermaXan (ekstrak G.Mangostana L.), Ekstrak botanikal (Q. infectoria, A. indica, Phyllanthus niruri & C. odorata), PEG-40 hydrogenated castor oil, Vitamin E, 2-phenylethanol, Caprylyl glycol dan minyak pati.



Water Based, All Natural, Gentle Spray, No Alcohol, No Steroid, No Pain, Anti-Microbial and Anti Inflammatory... Dengan gambar rajah di atas, ini bermakna Spray8 ini selamat digunakan kerana tiada bahan kimia yang merbahaya.. Paling penting Spray8 ini telah mendapat kelulusan dari KKM.. So, boleh guna tanpa was-was.. Hiks.. 😉 

Apa kelebihan lain yang ada pada Spray8 ni??.. Jom semak kat bawah ni..

Kelebihan Spray8

  • Mampu membunuh bakteria berbahaya
  • Mengeringkan luka tanpa keretakan kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  • Menggalakkan pembinaan kapilari baru
  • Pantas mengurangkan inflamasi dan kegatalan (anti histamin)
  • Menghalang pembentukan lepuh (air panas)
  • Tidak pedih dan penyerapan lebih pantas


Antara masalah-masalah yang boleh diatasi dengan menggunakan Spray8 ini ialah :-

  • Luka Diabetes
  • Luka pembedahan/Bekas jahitan
  • Ekzema
  • Kulit Sensitif
  • Bed Sore (luka akibat lama tidak bergerak)
  • Nekrosis (sel mati)
  • Lepuh Air Panas
  • Varikos (biasanya di kaki disebabkan salur darah rosak)
  • Calar
  • Kulit Rapuh (orang tua)
  • Ruam Lampin
  • Gatal-gatal Kulit
  • Campak

Kat sini aku sertakan beberapa gambar testimoni pengguna Spray8 untuk pelbagai masalah yang dihadapi.. Korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni..



Banyak kegunaan Spray8 ni kan.. Pelbagai masalah boleh diatasi.. So, lepas ni dah tak perlu risau kalau luka atau ada parut, dengan menggunakan Spray8 ni InsyaALLAH masalah tersebut dapat diatasi.. Memandangkan Spray8 ni banyak kelebihannya, aku suggest setiap rumah harus ada sebotol Spray8 ini untuk kegunaan bila-bila diperlukan.. Manelah tahu tetiba terkena minyak panas ke, air panas ke, kalau dah ada Spray8 ni kat rumah dah tak perlu gelabah badak dok mencari ubat bagai.. Terus spray aje.. Mudah kan... Botol Spray8 ni pun kecil moleh aje tau.. Jadi, boleh la simpan dalam handbag dan dibawa kemana sahaja.. Standby bila ada kecemasan yang memerlukan khidmatnya.. Tak gitu..

Cara Penggunaan :-
  1. Bersihkan luka
  2. Semburkan Spray8 ke atas kulit dan pastikan kena pada semua permukaan luka
  3. Biarkan ai meresap ke dalam kulit dan jangan dilap atau dibilas
  4. Tutup luka jika perlu.
  5. Boleh gunakan secara kerap
Oklah, semua tentang Spray8 ni dah pun aku kongsikan dengan korang.. Jadi, jika korang berminat untuk mendapatkan Spray8 yang ajaib ni, korang bolehlah terjah laman web rasmi Furley Bioextracts seperti link yang aku sertakan kat bawah ni.. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian, sila layari :-

Laman Web Rasmi
https://www.furleybio.com/

Online Store

Facebook

Intagram

Twitter
https://www.twitter.com/furleyb

Email
support@furleybio.com

Contact No.
+603 8724-3280






Read More

FemMist Feminine Care Spray Dari Furley Bioextracts

Friday, August 25, 2017

11 comments
FemMist Spray Selesaikan Masalah Kawasan Intim Wanita  |  Sepertimana yang kita sendiri ketahui, kawasan intim adalah kawasan yang sangat sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi... Bagi yang sedar akan perkara ini, sudah pasti tidak mengabaikan penjagaannya.. Ini kerana kawasan intim adalah kawasan yang agak lembap dan mudah dijangkiti bakteria.. Menyedari akan hal ini, Furley Bioextracts telah menghasilkan satu produk iaitu FemMist feminine care spray yang dicipta secara eksklusif untuk wanita bagi mengatasi masalah kawasan intim wanita seperti keputihan, kegatalan, kekeringan, keradangan, bau yang kurang menyenangkan dan rasa tidak selesa..

FemMist Feminine Care Spray Dari Furley Bioextracts
FemMist Feminine Care Spray Dari Furley Bioextracts
Comelkan botolnya... FemMist ini didatangkan dalam botol berbentuk semburan yang kecil sahaja saiznya bagi memudahkan ianya disimpan di dalam handbag dan dibawa kemana-mana sahaja.. FemMist ini sangat mudah digunakan dengan hanya disemburkan pada kawasan intim dalam jarak 15cm secara langsung dan bilas dengan bersih atau boleh juga disembur ke pantyliner bagi mendapatkan kesegaran, keselesaan, keyakinan serta bersedia sepanjang hari... Mudahkan.. Korang tak perlu risau akan kulit sensitif kerana FemMist ini sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan setiap hari..

Ok, sebelum aku cerita lebih lanjut tentang FemMist ni, jom kita kenali serba sedikit latar belakang Furley Bioextract..

Furley Bioextracts ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan sebuah syarikat bioteknologi dan agroteknologi di Malaysia yang berstatus BioNexus.. BioNexus dianugerahkan oleh Malaysia Biotechnology Corporation (BiotechCorp), status ini diberikan kepada syarikat-syarikat bioteknologi tempatan dan antarabangsa yang layak serta sedang menjalankan aktiviti bioteknologi dan sains kehidupan.

Syarikat ini memfokuskan teknologi dan RnD mereka terhadap makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal), memantau dan menguruskan proses daripada bahan mentah hingga ke produk siap sekaligus memastikan kualiti dan keberkesanan rangkaian produknya. Berkeupayaan untuk menginovasi dan mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi, konsisten dan mencukupi demi kepuasan pelanggan.

Pada tahun 2013, Furley Bioextracts telah memenangi Anugerah Paling Inovatif dalam Bioteknologi dan Agroteknologi daripada SME Corporation Malaysia. 

Kalau korang nak tahu, FemMist ini adalah semburan semulajadi berasaskan air yang dirumuskan daripada manggis dan manjakani yang mampu mengekalkan keseimbangan PH di bahagian intim wanita.. Paling penting ia tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan diluluskan oleh KKM... Ternyata selamat digunakan...Kita semak pula kelebihan dan manfaat yang ada pada FemMist ni..

Kelebihan FemMist
  • Mudah dan cepat digunakan
  • Menganjalkan dan mencerahkan
  • Menghilangkan bau dan kegatalan
  • Mengurangkan keputihan
  • Menyegarkan
  • Boleh digunakan setiap hari
  • Bersifat semulajadi dan berasaskan air
  • Selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tiada bahan kimia yang merbahaya
  • Diluluskan oleh KKM

Ingredients
Aqua, DermaXan (Garcinia mangostana peel extract), Quercus infectoria (Oak) gall extract, PEG-40, Hydrogenated castor oil, Tocopherol, 2-phenylethanol, Caprylyl glycol, Lavendula angustifolia (pure lavender) oil.


Cadangan penggunaan
Gunakan 3 kali sehari agar kekal segar sepanjang hari



Selain FemMist, terdapat pelbagai produk lain lagi dibawah jenama Furley Bioextract ini seperti Ostania Amrita Drink, Ostania Mangosteen Extract, Collagen + Antioxidant Beauty Drink, Synova dan Spray8... Untuk produk Spray8 aku akan ceritakan di entry yang lain nanti ye.. Banyak kelebihannya yang korang perlu tahu.. Tunggu tau...!!


Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pembelian, boleh layari :-

Laman Web Rasmi
https://www.furleybio.com/

Online Store

Facebook

Intagram

Twitter
https://www.twitter.com/furleyb

Email
support@furleybio.com

Contact No.
+603 8724-3280




Read More

Rahsia Disebalik Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Dengan Formulasi Baru Dipertingkat & Berwajah Baru!

Wednesday, August 31, 2016

4 comments
Assalamualaikum wbt..

Rahsia Disebalik Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu Dengan Formulasi Baru Dipertingkat & Berwajah Baru! | Woohaaaa!! Panjang berjela ohhh tajuk!!  Haaa mari rapat-rapat aku nak stori mori tentang Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni dengan korang... Tentang kebaikannya.. Tentang kehebatannya.. dan tentang keOHSEMannya.. Hiks..!! Kaum hawa sila beri perhatian ye.. Haha dah cam cikgu sekolah aje aku ni.. 

Okeh, perkara pertama yang aku nak habaq kat korang adalah berkenaan penukaran packaging Sumber Ayu ni.. Untuk makluman pengguna-pengguna Pembersih Sumber Ayu termasuklah aku, korang jangan pulak pergi kedai nak beli Pembersih Sumber Ayu tetapi tak jumpa pulak mencarinya.. Sebab apa tak jumpa, sebabnya Pembersih Sumber Ayu dah bertukar wajah yeee.. Dah ditukar packaging nya menjadi lebih ohsem dan menarik.. Meh aku tunjuk packaging baru dan lama..

Packaging baru


Packaging lama

Nampak tak perbezaannya.. Bagi aku packaging baru ni lebih menarik.. Rasa nak minum jerk.. Haha.. Aku memang pengguna setia Pembersih Sumber Ayu ni... Sejak dulu lagik aku dah guna produk ni.. Aku suka bauan rose.. Sangatlah wangi baq hang..!! Penggunaan pembersih Sumber Ayu ni, memberi keselesaan pada aku sepanjang hari... Tu sebabla aku masih setia dengan produk ni... Tambahan pulak harganya adalah harga mampu milik membuatkan aku terus setia dengan Sumber Ayu.. Paling penting ianya HALAL ye..

Jom aku ceritakan kat korang tentang rahsia disebalik Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu dengan formulasi dipertingkat dan berwajah baru ni..

Penjagaan Semulajadi Untuk Kawasan Intim Yang Bersih dan Sihat


Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Tahukah anda??

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan menggangu keseimbangan semulajadi, lantas mendedahkan kepada risiko jangkitan.

Wangian Rose untuk aku!!

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, yang diformulasi dengan bahan semulajadi agar kawasan intim anda sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Daun sirih bahan utama SUMBER AYU

Bahan utama ekstrak daun sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebatkan dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga diperakui HALAL oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah...

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita disetiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian 6 wangian yang menarik dan pelbagai...

Jom kite terjah wangian apa yang ada??!! Kita selongkar satu persatu..!!


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - ROSE

Wangian kegemaran aku ni.. 

Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menyenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantik..

** Romantik ke aku??? Haha!!




Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - FLORAL

Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang hari. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja..


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - GAMBIR

Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semulajadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - ORCHID

Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - MUSK

Aroma semulajadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - FRUITY

Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.



Dah tahukan wangian apa yang ada... Lepas ni boleh la korang pilih yang mane satu sesuai dengan korang antara variasi wangian yang ada tu... hehe.. Dah tahu wangian yang ada, mesti nak tahu jugak harganya kan.. ?? Meh aku kasitau kat korang harga Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni..

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - 90ML
Harga : RM 3.60

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU - 200ML
Harga : RM 5.80

Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.. Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di semua pasaraya utama dan juga farmasi..


Read More