Top Social

Image Slider

Showing posts with label eversoft. Show all posts
Showing posts with label eversoft. Show all posts

Kembalikan Keremajaan Wajah Dalam Masa 3 Hari Dengan Eversoft Skinz Timeless Youth Baru

Tuesday, November 12, 2019
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth BAHARU Mengembalikan Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari | Wanita Jepun mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan kompleksi selicin porselin. Kini anda juga boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.


Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah

Friday, August 02, 2019
Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah  |  Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikhan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindungan kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.


Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, Eversoft memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi jepun. Eversoft kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.


Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, Eversoft Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/SLS, propylene, glycol, phyhalates, wangian, alcohol, minyak mineral dan pewarna menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.


Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Normal


Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi micellar water yang anda gemari. Namun Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water inid apat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Kering


Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan pelindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat


Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam  Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.


Eversoft Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.


Rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (SM) dan RM27.20 (SS) dalam botol bersaiz 300ml di semua pasaraya besar, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah

Thursday, April 06, 2017
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist Lembabkan Kulit Wajah  |  Kali ni nak review lagi satu produk yang datangnya dari 5th Lazada Birthday Suprise Box  yang aku dapat ritu...  Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist..... 

Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist
Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

Baru pagi tadi aku try produk ni.. Wahh baunya sangatlah best.. Nyaman betul.. Tenang rasa.. hehe.. Produk ni just perlu sembur ke muka.. Tapi pastikan jaraknya dari muka 20cm ye... Semburkan muka sekali atau dua kali dan biarkan kering.. Aku guna selepas aku make up.. Ianya akan menampakkan muka kite lebih segar dan lembab.. Aku suka.. Terasa segar jerk lepas sembur... Sejuk muka-muka aku... Tu yang best tu... Hiks.. Banyak kelebihan produk ni tau.. Nak tau tak?? Teruskan bacaan korang hokeh..

Manfaat Eversoft Skinz Youth Recall Booster Mist

➲  Dapat menyegarkan wajah
➲  Mengembalikan keanjalan kulit
➲  Mengurangkan kedukan dan garis-garis halus
➲  Penghidaratan tahan lebih lama untuk mengekalkan kelembutan kulit
➲  Mencerahkan tona kulit tidak sekata
➲  Mengurangkan kemerahan kulit

Nak lebih maklumat tentang ini, korang bolehlah tengok gambar kat bawah ni ye.. Baca sendiri apa yang tercatat kat kotak tu.... Hehe..



Baru hari ni aku pakai dan aku sukakannya... Eceli produk ni ada set nye.. 5 step sahaja untuk cantik.. Yang aku pakai ni salah satu daripadanya... Jom pakat skodeng apa yang ada dalam set produk Skinz ni... 


Kalau nak lebih berkesan dan cantik, kena lah guna 1 set ni kan... Hehe.. Buat masa ni aku try Booster Mist ni aje la dulu.. Tengok keserasian macam mana kan... Bila dah rasa serasi bersama nanti, baru pulun beli 1 set terus.. Haha.. Kalau korang nak try jugak apa yang aku try ni, korang bolehlah usha dekat Lazada Malaysia ye.. Aku tinggalkan link untuk korang terjah ye kat bawah ni..

Jom shopping di