event
Showing posts with label event. Show all posts

The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang

Friday, March 8, 2019

3 comments
The Big Bad Wolf Book Sale Pahang gets Honorary Visit from the Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang | The Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang (UMP) made a surprise visit to the Big Bad Wolf Book Sale Pahang last weekend, bringing his family along to seek out books at the Sale.


Professor Dato'  Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim who arrived at the sale late Sunday, was pleased to find many Pahang folks still shopping for books at the hall. “It's a really great offer to the community in Pahang to be able to access affordable books that allows them to read more. It is also in line with our Minister of Education’s direction who has announced that the nation is observing the National Reading Decade Campaign this year,” said the professor.

Before leaving, he also urged the people to not overlook the importance of reading as it opens up one’s mind, knowledge and understanding about the world. He also reiterates that reading should start from young in an ecosystem that provides an ideal environment to encourage reading. “Reading is basically food for the thought,” added the professor.


Open from 10.00AM to midnight until 10 March 2019, Pahang folks and book lovers can still visit the Big Bad Wolf Book Sale at UMP, Gambang to pick up their favourite books and enjoy discounts from 75% to 95%.

For updates, follow #BBWPahang2019 on our Facebook at fb.com/bbwbooks and Instagram at @bigbadwolfbooks 


(From left to right) 

Muhammad Azli Shukri, Senior Publishing Officer of Universiti Malaysia Pahang; Prisly Yap, Senior Brand Executive of Big Bad Wolf Books; Raymond Yeo, Managing Executive of Kualiti Books Sdn Bhd; Datin Sri Fazia Ali,  General Manager of the Research and Innovation Department of Universiti Malaysia Pahang; Professor Dato’ Sri Ts. Dr. Daing Nasir Ibrahim, Vice Chancellor of Universiti Malaysia Pahang; Timothy Teh, Brand Manager of Big Bad Wolf Books; Dr. Muhamad Noor, Publishing Director of Universiti Malaysia Pahang and Sharol Azmi, Senior Operation Executive of Kualiti Books Sdn Bhd.


Read More

Jualan Buku Big Bad Wolf Meraikan Ulang Tahunnya Yang Ke-10 Dengan Destinasi Pertama Di Kuantan

Tuesday, February 26, 2019

2 comments
Jualan Buku Big Bad Wolf Meraikan Ulang Tahunnya Yang Ke-10 Dengan Destinasi Pertama Di Kuantan | Sebagai usaha memupuk minat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Pahang bakal menjadi destinasi pertama di antara 9 negeri yang lain di 2019. Berita baik untuk para pencinta buku! Selepas Jualan Buku Big Bad Wolf menutup tirai dengan penuh jayanya pada Disember 2018, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali untuk jualan buku yang selalu dinanti – nantikan di seluruh Malaysia. Jualan Buku pertama tahun ini akan diadakan di Kuantan pada 28 Februari hingga 10 Mac 2019, di mana para pencinta buku boleh mendapatkan beraneka jenis buku pilihan mereka di Universiti Malaysia Pahang, Gambang.


Tahun ini bakal menjadi tahun yang menarik buat kami di Big Bad Wolf Books. Sempena dengan sambutan ulang tahun kami yang ke‐10 dan buat julung kalinya dalam sejarah Big Bad Wolf Books, kami akan membawa Jualan Buku ini ke 10 buah negeri di Malaysia,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.

Menampilkan buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95%, para pencinta buku boleh berbelanja mengikut kemahuan hati mereka bermula seawal 10.00 pagi hingga ke tengah malam di Jualan Buku Big Bad Wolf di Kuantan. Jualan ini menawarkan pelbagai pilihan buku paling laris, novel remaja, kisah percintaan, sains fiksyen, jenayah, kisah seram, perniagaan, seni bina, seni dan reka bentuk, resipi serta banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan kesemua buku berkenaan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Sesuai untuk semua peringkat usia, Jualan Buku ini turut menampilkan tajuk-tajuk buku dari kalangan penulis-penulis ternama, serta buku dari penerbit tempatan yang terdiri lebih daripada 40 penerbit seperti PTS, Karangkraf, Dewan Bahasa dan Pustaka serta ITBM Publishing. 12 penerbit buku indie yang turut mengambil bahagian di Jualan Buku ini termasuk Buku Fixi, Dubook Press, Lejen Press, The Patriots dan Mapple Comics. Buku-buku ilmiah terbitan Sasbadi dan Pelangi serta terbitan universiti di bawah kumpulan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) juga boleh didapati di sepanjang Jualan Buku tersebut selama 11 hari.

Di samping itu, dalam usaha untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyerokkan bagi si kecil, ibu bapa yang mengunjungi Jualan Buku tersebut pastinya akan berpuas hati dengan pemilihan buku yang berbagai macam di bahagian kanak-kanak. Antara buku yang disyorkan adalah buku augmented reality (AR) oleh Little Hippo yang mempunyai lapan jenis judul. Menggunakan kecanggihan teknologi AR, buku AR Little Hippo mencipta satu pengalaman pembacaan yang immersive dan berinteraktif untuk si kecil, yang pastinya akan merevolusikan cara membaca, bermain dan belajar pada masa yang sama untuk  generasi akan datang.

"Salah satu misi utama Big Bad Wolf adalah untuk memupuk minat suka membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai sebuah jenama yang sedang berkembang,  kami akan terus membawa lebih banyak buku mampu milik ke bandaraya-bandaraya di dalam dan di luar negara, sejajar dengan matlamat kami untuk mencetus inspirasi dan memperkasakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan,” tambah Yap.

Di dalam usahanya untuk menyemai bakti kepada masyarakat, Jualan Buku Big Bad Wolf akan meneruskan peranan yang dipertanggungjawabkan oleh sayap Tanggungjawab Sosial Korporatnya menerusi Program Red Readerhood di sepanjang tempoh Jualan Buku di seluruh Malaysia. Untuk Jualan Buku di Kuantan, kanak-kanak kurang bernasib baik dari beberapa rumah kebajikan di bawah seliaan Pertubuhan Komuniti Harap Kuantan (HARAP) akan mendapat manfaat menerusi program berkenaan di mana orang ramai boleh menyumbangkan buku yang dibeli di Jualan Buku ini. Inisiatif tersebut diadakan bagi memastikan kanak-kanak kurang bernasib baik mendapat akses kepada buku-buku berkualiti.

Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh membeli pelbagai cenderamata seperti lencana, magnet dan barangan Big Bad Wolf. Memandangkan  jualan ini akan berlangsung sehingga tengah malam, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan berkonsepkan food truck di Universiti Malaysia Pahang bagi memudahkan para pengunjung yang datang untuk menjamu selera dan menghilangkan dahaga dengan beraneka makanan serta minuman yang lazat.

Pastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini dengan mengikuti #BBWPahang2019 di : -

FACEBOOK : fb.com/bbwbooks 
INSTAGRAM : @bigbadwolfbooks


Read More

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

Saturday, January 5, 2019

5 comments
Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah  |  TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara menerusi kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Memasuki tahun keempat, kempen tersebut menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan.

Kempen CSR TOP Dengan Kerjasama MYDIN Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah

TOP bekerjasama dengan peruncit utama, MYDIN untuk melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, di mana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara akan disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun dari 18 buah rumah kebajikan.

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat.

Kempen ini mempunyai dua objektif utama iaitu memberikan kanak-kanak pakaian seragam baharu yang boleh mereka banggakan, seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka. Ia juga bertujuan mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih. 

Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini sudah boleh diambil sebelum sekolah dibuka. Ini pasti memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 


Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon berterima kasih kepada MYDIN dan para pelanggan atas sokongan mereka terhadap program yang nyata memberi harapan serta kegembiraan kepada kanak-kanak berkenaan. 

Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain. 

Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan : 1800-88-0133

18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:- 

Kedah/Perlis
  • Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda 
  • Rumah Superkids
Penang
  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang 
  • Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang
Kelantan/Terengganu
  • Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih 
  • Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA)
Perak
  • The Salvation Army Ipoh Children's Home 
  • Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman
Kuala Lumpur/Selangor
  • Rumah Hope 
  • Rumah Bakti Nur Syaheera
Pahang 
  • Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar 
  • Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 
Negeri Sembilan
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema 
  • Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)
Melaka
  • Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia 
  • Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru
Johor
  • Pusat Kebajikan Kalvari Johor 
  • Persatuan Kebajikan Darul Hanan

Mengenai Southern Lion Sdn Bhd


Southern Lion Sdn Bhd ialah syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia terus menambah baik kualiti kehidupan pengguna di Malaysia dengan menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.


Read More

EVENT | Sekitar InvolveAsia x Nescafe Event !

Tuesday, September 6, 2016

3 comments
Assalamualaikum wbt..


Sekitar InvolveAsia x Nescafe Event !  |  Cerita ni dah lama sebenarnya.. Bulan lepas punye cerita... Aku dijemput untuk hadir ke InvolveAsia x Nescafe Event di Lorem Ipsum, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2016 yang lalu.. Punyalah lama aku peram cerita ni.. Hampir sebulan jugak.. Baru harini berkesempatan untuk aku update cerita ni.. hehe

Event ini berlangsung selama 3 jam bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.. Untuk slot pertama, kami diperkenalkan dengan produk terbaru keluaran Nescafe iaitu Nescafe Barista Machine yang akan dilancarkan secara exclusive di Lazada tidak lama lagik..



Inilah rupa Nescafe Barista Machine

Cantik Machine ni... Tergoda dengan warna merah..!! Haha..

Dalam slot tersebut kami diberi penerangan tentang cara penggunaan Nescafe Barista Machine dan demo cara-cara menggunakan mesin tersebut.. Kagum wehh aku dengan Nescafe Barista Machine ni... Canggih lagik ohsemnesss!!  Kalau korang nak tahu, Barista Machine ni dapat menghasilkan 5 pilihan jenis coffee iaitu Latte, Cappucino, Espresso, Tungo dan Americano... Fuhhh kemain susah nak sebut satu-satu jenis.. Dah cam tinggal dekat sepanyol jek gayanya.. hehe..

Haaa mesti korang nak tahu lebih lanjutkan tentang mesin ohsemm ni kan... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang kene tunggu entry aku yang seterusnya tentang Nescafe Barista Machine ni... Tunggu tauuu!!

Jom layan gambar sekitar event tersebut...

Pihak Nescafe memberi penerangan kepada kami

Lip lap lip lap lampu kamera masing-masing merakamkan gambar..


Demo cara menggunakan mesin barista


Jam 7.30 petang hingga 7.45 petang kami direhatkan seketika.. Ayat ko!! Direhatkan yee!! haha.. Sempatlah kami yang beragama Islam ni menunaikan solat Maghrib.. Thankz too pihak penganjur kerana memilih waktu rehat yang sesuai.. hehe.. Kami juga dihidangkan dengan minum petang yang menyediakan kueh mueh yang sodap-sodap..!!

Time too minum petang..!!


Selepas dah solat maghrib dan mengisi perut yang berkeroncong dari petang harinye, pihak InvolveAsia pula mengambil alih bagi menerangkan tentang InvoleveAsia, New Dashboard dan Shoplink yang perlu kami sebagai blogger kena tahu... Kirenya macam bengkel jugak la.. hehe.. Diberi tunjuk ajar cara nak buat shoplink dan diperkenalkan dengan dashboard yang baru... Kami juga diberi penerangan tentang The basics of Affiliate marketing from Shopcoupon dan juga tentang InvolveAsia (IA) New Merchant (Caththatbus)

Penerangan daripada pihak InvolveAsia

Perhatian penuh diberikan oleh para hadirin.. Cewahh!!

Event selesai lebih kurang jam 9.00 malam... Dah rasa macam pergi kursus dah ye.. hehe.. Last sekali, sesi yang kami semua tunggu-tunggu... Sesi penyerahan saguhati untuk kami yang hadir iaitu sebuah Nescafe Barista Machine untuk kami setiap seorang blogger... Yey..!! Kami dapat mesin kopi dari nescafe wehhh untuk yang hadir event ni... Sila jeles dari jauh ye.. haha.. Wahh angkuh ko ekk Lea Azleeya.. Haha.. Mane tak angkuh wehh, mesin canggih tu.. Haha.. Jom layan gambar last dari aku..!!

Ini adalah antara yang hadir... Ramai gile kowt... Semua hepi nampaknyee.. hehe... 

Okeh ni wakil aku yang amek Nescafe Barista Machine.. Aku maluuu!! Haha

Jom minum duluu!!

Tunggu ye entry aku seterusnya tentang kehebatan Nescafe Barista Machine yang akan dilancarkan tidak lama lagi... Berapakah Harganye?? Haaa nanti aku kasitau kat korang ekk.. 

Adioss Amigoss.. Babai..!!



Read More