Showing posts with label carrie junior. Show all posts
Showing posts with label carrie junior. Show all posts
Masa Mandi Si Manja Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Masa Mandi Si Manja Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar


Masa Mandi Si Manja Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar  |  Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.



CARRIE JUNIOR - sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.



Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.


Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.




Read more »
Lea Azleeya
3 Comments
Mencegah Lebih Baik Dari Merawat! Lindungi Si Manja Dengan CARRIE MOZZIBUSTER

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat! Lindungi Si Manja Dengan CARRIE MOZZIBUSTER


Mencegah Lebih Baik Dari Merawat! Lindungi Si Manja Dengan CARRIE MOZZIBUSTER  |  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum ia terjadi kerana kadangkala apabila penyakit diketahui, ia sudah terlalu lambat untuk mendapatkan rawatan. Hal ini termasuklah pencegahan terhadap penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes yang mengakibatkan kematian berlaku dari 31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018. Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak 5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang tempoh tersebut. Selain Denggi, terdapat lebih daripada 67 kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh yang sama.


Demam Denggi dan Chikungunya merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mencegah penyebaran dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah pencegahan nyamuk diamalkan. Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana beranggapan demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah terselamat. Hakikatnya penyakit ini dapat merebak menjadi demam Denggi yang lebih parah, atau demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya!


Ibu bapa perlu sedar bahawa Denggi tidak dapat diramalkan dan satu-satunya cara adalah dengan melindungi keluarga daripada nyamuk sepanjang masa. Selaras dengan fakta  dari WHO, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. KKM juga turun menyarankan penggunaan penghalau menyamuk agar kekal terhindar dari serangan nyamuk .


Salah satu cara berkesan bagi memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan penghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah diuji agar dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan badan-badan pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji dan diperakui agar ibu bapa kekal yakin bahawa produk ini mematuhi piawaian keselamatan produk.  


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL.


Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.35(Semenanjung)/ RM 9.85 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung)/ RM 14.75 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 100ml.


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 9.95 (Semenanjung)/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.65 (Semenanjung)/ RM 15.40 (Sabah & Sarawak) for 100ml.



Read more »
Lea Azleeya
5 Comments
Alami Rambut Harum Dan Segar Sepanjang hari Dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster

Alami Rambut Harum Dan Segar Sepanjang hari Dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster


Alami Rambut Harum Dan Segar Sepanjang hari Dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster  |  Shampoo Qhaliff dah habis baru-baru ni.. Memandangkan dia seorang yang sangat aktif dan kuat berpeluh, aku memang kena shampoo hari-hari rambut dia kalau tak memang berbau.. Jadi, nak tak nak kena jugak beli shampoo baru buat dia.. Brand yang aku guna untuk anak-anak aku ofkoslah brand Carrie Junior.. Dari dulu sampailah sekarang masih setia.. Hehe.. Untuk kali ni aku nak tukar sikit haruman shampoo anak aku dengan haruman Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster.. Shampoo ni memang sangat sesuai untuk anak-anak yang aktif dan kuat berpeluh.. Sebab tu la aku pilih yang ni supaya anak aku alami rambut harum dan segar sepanjang hari dengan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster.. Cewahh!! Jom aku cerita..


Pernahkah anda mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak anda bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala anak anda berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak anda mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.


Penting bagi ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.



CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. (*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan)

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Saya pun nak Carrie Junior juga!!

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!


Tentang CARRIE JUNIOR


CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Read more »
Lea Azleeya
8 Comments
Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes


Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes |  Aku kalau pergi kemana-mana mesti bawa tisu basah.. Bukan apa, untuk persediaan awal sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.. Contohnya, bila bawa anak ke pasaraya, aku pastikan troly yang aku bawa tu, dilap dahulu pemegang dan tempat duduk kanak-kanak dengan tisu basah supaya terhindar dari kuman yang membawa penyakit.. Kalau dulu aku cuma pakai tisu basah dari jenama biasa-biasa sahaja, sekarang tidak lagi sebab aku lebih percaya kepada jenama Carrie Junior kerana aku akan rasa bersih sepanjang hari dengan Carrie Junior Funtime Wipes.. Jom aku cerita serba sedikit tentang keistimewaannya.. 

Bersih Sepanjang Hari Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.  


Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.  


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.  

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal. Produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. 

 Cheeky Cherry

Smoothie Berries

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.   

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST.


Read more »
Lea Azleeya
7 Comments
[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)