carrie junior
Showing posts with label carrie junior. Show all posts

Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior

Monday, January 29, 2018

3 comments
Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior | Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan. 



Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif. 


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR - si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY - si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY - si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY - si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY - si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml. 


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka. 

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

                                             
Read More

Carrie Junior Kini dalam Pek Isian Semula Lebih Mudah Digunakan

Wednesday, March 29, 2017

17 comments
Assalamualaikum wbt..

CARRIE JUNIOR Kini dalam Pek Isian Semula Lebih Mudah Digunakan  | Sebut aje tentang mandian kanak-kanak ni, mesti ada yang tengah dok runsing untuk memilih jenama yang sesuai untuk digunakan kepada anak masing-masing kan... Cam aku dedulu.. Kemaheeennn risau nak pilih mandian yang sesuai untuk anak aku tu.. Ye la, risau tak sesuai, nanti kulit anak jadi kering ke, tumbuh bintik-bintik ke, tak ke haruu jadinya..

Lepas dah mencuba beberapa jenis mandian, nampaknya CARRIE JUNIOR lebih sesuai untuk kulit anak aku.... Kulit pun tak kering dan paling best, wangi wehhh bau dia.. Aku suka!! Haha...

"Ini semua Adik yang punyeeee", kata Qhaliff.. hehe

Ok, kalau korang nak tahu jenama CARRIE JUNIOR ni dah lebih daripada 20 tahun mencipta jenama yang dipercayai dalam pasaran penjagaan diri kanak-kanak yang dirumus khas untuk kanak-kanak dan bayi.. Sebagai jenama yang dipercayai dan inovasi, CARRIE JUNIOR sentiasa mencari cara baru bagi memenuhi keperluan pengguna setia yang sentiasa mengutamakan nilai dan kualiti..

Memandangkan sekarang ni kos sara hidup semakin meningkat, aku sebagai pengguna ni harusssss mencari alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan aku setiap bulan... Almaklumlah, gaji tak berapa nak lumayankan.. Kene la cari cara nak kurangkan perbelanjaan tu.. Tapi, walaupun bajet aku ni agak ketat tak bermaksudlah aku perlu korbankan keperluan penjagaan diri, terutamanya keperluan penjagaan diri untuk anak aku.. Jadi, untuk 'meng-kurus-kan' sedikit perbelanjaan bulanan, aku memilih untuk membeli mandian CARRIE JUNIOR Refill Packs.. Jimat ohh!! Dah la jimat, mudah untuk digunakan pula tu.. Hiks..


Orite, kalau korang nak tahu CARRIE JUNIOR kini menawarkan pek isian semula sebagai satu pilihan untuk penjimatan kos.. Pek isian semula mudah guna dan menjimatkan ini bukan sahaja khas untuk pengguna setia, tetapi juga sesuai untuk pengguna baru yang ingin mencari produk penjagaan diri buat si manja tanpa perlu berbelanja lebih.. Haaa korang kalau nak berjimat macam aku, belilah CARRIE JUNIOR Refill Packs ni ye.. Hidup ni kenalah pandai berjimat cermat.. ye tak??.. hehe

Selain itu juga, kelebihan pek isian baru ini adalah turut membantu memulihara alam sekitar kita kerana ia mengurangkan keperluan membeli botol mandian baru yang akan meningkatkan pembaziran sisa plastik dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.... Wahhh 2 in 1 tuu uollsss... Boleh berjimat dan juga boleh menyelamatkan alam sambil menyediakan si manja dengan kelengkapan peribadi yang terbaik..

Ok, CARRIE JUNIOR Refill Packs kini tersedia untuk rangkaian Hair and Body Wash dan Baby Bath.. 


CARRIE JUNIOR 
BABY HAIR & BODY WASH
( 500g )

Harga
RM 9.90 (SM)
RM 10.40 (S/S)
( Termasuk GST )



CARRIE JUNIOR
BABY BATH
( 500g )

Harga
RM 8.90 (SM)
RM 9.30 (S/S)
( Termasuk GST )



INFO CARRIE JUNIOR
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito-E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut di manja.
Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. CARRIE JUNIOR yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Diiktiraf HALAL, rangkaian CARRIE JUNIOR termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion dan Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. 

Okeh, itu serba sedikit tentang CARRIE JUNIOR yang perlu korang tahu... Hah, tentang produk ni korang dah pun tahu, mesti korang nak tahu kat mane boleh korang beli produk CARRIE JUNIOR ni kan?? Produk CARRIE JUNIOR ni boleh didapati di gedung-gedung runcit terkemuka, pasaraya hyper, pasaraya dan farmasi terkemuka di seluruh Malaysia.. 


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari :-

Website

Facebook


Read More