carina
Showing posts with label carina. Show all posts

Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian

Thursday, December 29, 2022

2 comments

Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian  |  Tisu adalah antara benda yang terpaling penting dalam kehidupan aku seharian.. Rasanya kalau tak de tisu, hidup aku untuk hari tu memang tak lengkap dan rasa tak selesa.. Tak kira la kat mana aku berada sekali pun, memang tisu mesti kena ada terutamanya pada waktu pagi.. Almaklumlah hidung aku ni jenis sensitif pada waktu pagi mesti dilanda selesema dan memerlukan tisu.. hehe..


Setiap bulan, pastinya item tisu akan berada dalam list barang keperluan aku.. Dari tisu muka sehinggalah ke tisu dapur.. Rangkaian tisu dekat rumah aku haruslah lengkap setiap bulan.. Bukan sahaja tisu kering yang aku guna malahan tisu basah juga menjadi satu keperluan bagi keluarga aku.. Sebab itulah aku harus menggunakan rangkaian tisu yang berkualiti tinggi untuk kegunaan harian aku seperti rangkaian tisu dari jenama Carina ini.. Lengkap tau! Semua jenis tisu ada.. Jom aku story..

Tentang Carina



Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk. Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak. 

Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini, Carina percaya tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja anda tetapi juga alam sekitar. 

Bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Oleh itu, di sebalik kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat. 

4 Ciri Utama Carina
  • Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) - Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli. 
  • Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) - Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan. 
  • Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair. 
  • Penjagaan Kesihatan (Health Care) - Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan. 

Carina Rangkaian Tisu Berkualiti Tinggi Yang Lengkap Untuk Kegunaan Harian


Macam yang aku cakapkan di awal tadi, tisu Carina ni memang berkualiti tinggi.. Aku suka jenama ni walaupun baru guna.. Firstime guna, aku dah rasa woww sangat terutama tisu muka dia lembut je.. Takde la rasa pedih time sapu muka dan hidung aku ni kan.. Haha.. Serius la Carina ni memang terbaik bagi aku..

Kalau korang nak tahu, tisu Carina ni didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehinggalah yang lebih besar. So, sangat sesuai untuk digunakan oleh individu mahupun seisi keluarga. Ok, seperti yang aku katakan tadi produk Carina ini didatangkan dalam 4 ciri utama iaitu Beauty Care, Toiletries Care, Kitchenware dan Healthcare dimana ianya terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-

  • Product Dry Tissue
    • Carina Handkerchief Tissue
    • Carine Wallet Tissue
    • Carina Box Tissue
    • Carina Kitchen Tissue
  • Product Wet Tissue
    • Carina Wipes
    • Carina Antibacterial Wipes
  • Product Cotton Set
    • Carina Cotton Bud
    • Carina Facial Cotton

Carina Dry Tissue


1. Carina Handkerchief Tissue

Handkerchief Tissue ni memang wajib ada dalam handbeg aku.. Aku suka packagingnya, kecil dan kemas tak mudah renyok.. Warna packagingnya pun cantik sangat, warna purple warna kegemaran aku tau.. haha.. Sejak kenal dengan jenama Carina ni, lagilah aku suka dengan tisu jenis hankerchief ni.. Mudah dibawa kemana-mana.. Pembungkusannya yang sederhana, menjadikan Carina Handkerchief Tissue ni ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. Tambahan pula tisunya yang lembut, sangat selesa digunakan.

2. Carina Wallet Tissue

Sementara itu, Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut trend masa kini, juga membolehkan aku menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet harian aku.. Packagingnya memang macam wallet sebab tulah dinamakan wallet tisu.. Yang ni pun mudah dibawa kemana-mana sebab saiznya kecik  dan nipis.. Cumanya aku lebih suka hadkerchief tisu sebab bungkusannya lebih smart dan kukuh.. hehe..

3. Carina Box Tissue

Tisu kotak ni wajib ada dekat rumah dan pejabat.. Rasanya korang pun macam aku jugakkan.. Pelbagai guna tau.. Time makan nak tisu, time minum nak tisu, time makeup nak tisu pendek kata setiap masa nak tisu.. Tisu ni ibarat rakan karib dah walaupun di mana aku berada.. Korang pun sama kan? Betul tak? Jangan tak tahu ye, tisu Carina ni diperbuat daripada 100% Pure Virgin Pulp bagi memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit termasuklah kulit sensitif.. So, aku recommend sangat korang guna tisu Carina ni.. Berbaloi-baloi..

4.  Carina Kitchen Tissue


Kebiasaannya ramai yang guna tuala untuk kegunaan dapur kan.. Macam aku dulu-dulu, memang tuala la aku guna untuk lap dapur.. Sebenarnya banyak keburukannya guna tuala ni.. Kalau tuala tak dicuci dengan betul, maka bermaharajalelalah bakteria dok membiak dekat kain tu.. 

Itu dulu la.. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku dah mula menggunakan kitchen tissue.. Pelbagai jenama dah aku guna dan sekarang aku guna jenama Carina pula.. Sangat puashati kerana tisu dapur Carina ni sangat membantu aku di dapur.. Ia sangat efektif untuk menghilangkan kesan kotoran dan minyak.. Bukan tu je, tisu dapur Carina ni juga boleh digunakan untuk mengelap buah, sayuran, tangan, pinggan-mangkuk, singki dan sebagainya.

Apa yang aku suka dengan Carina Kitchen Tissue ni adalah tisunya tebal dan susah nak koyak, penyerapan sangat bagus dan tak berhabuk semasa mengelap.

Carina Wet Tissue


Wipes memang antara yang terpenting dalam kehidupan seharian.. Penggunaan wipes dah meluas sekarang.. Kalau dulu, time ada baby je guna wipes ni.. Sekarang aku rasa sangat memerlukan wipes terutamanya bila time makan di kedai.. Aku sejenis yang nak kena meja bersih, baru aku selesa.. Memang aku akan stenbai wipes untuk aku lap meja dan tangan aku..

Carina Wet Tissue ni ada 2 jenis tau iaitu Carina Wet Wipes dan juga Carina Antibacterial Wipes.. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Paling penting tisu basah Carina ini tidak mengandungi Paraben dan alkohol. So, memang selamat digunakan kerana telah diuji secara klinikal.

Carina Cotton Set


Rangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Carina Cotton set ni terdiri daripada Cotton Bud dan juga Facial Cotton.. 

Untuk Carina Cotton Bud didatangkan dalam 2 packaging iaitu dalam botol plastik dan bungkusan plastik sebagai refill.. Manakala untuk Facial Cotton pula, kapasnya sangat lembut dan tahan lasak.. Tanggalkan solekan pun mudah dengan Carina Facial Cotton ni tidak memedihkan kulit.. 

Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat. 

Carina "We Care, We Love"




Carina telah menghasilkan konsep terbarunya sempena tahun 2023 nanti dengan tema "We Care, We Love" ini kerana CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Konsep terbarunya ini menekankan beberapa aspek seperti :-
  • Menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran 
  • Menjaga kulit penggunanya dengan menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit 
  • Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi 
  • Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara 
  • 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran 

"We Care, We Love", menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap anda dan keluarga anda!

Jom layan video ini..




Dimana Boleh Dapatkan Produk Carina? 


Majoriti produk Carina boleh diperolehi di pasaraya mahupun atas talian (Online). Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Hot Mart dan farmasi adalah beberapa peruncit luar talian. Pada masa yang sama, korang juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi mereka dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah korang! Terpaling mudah kalau nak buat pembelian adalah melalui Shopee dan Lazada.

Jom aku senaraikan disini dengan lebih details dimana korang boleh dapatkan produk Carina ini..

Secara OFFLINE 👇


  • Aeon Big
  • Aeon Wellness
  • Econsave
  • Mydin
  • NSK
  • Ascen+ Pharmacy
  • MiX Store
  • PotBoy Groceries
  • C-Mart Penang, Kedah, Perlis
  • Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
  • Family Stores Seremban, Melaka
  • Oppa Mart Melaka, Seremban 
  • Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan 
  • Target Supermarket Johor 
  • Song Mart Malaysia Johor 
  • Pasaraya Hwa Thai Johor  

Secara ONLINE 👇


Carina Gift Box


Selain produk di dalam Carina Gift Box ini terdapat juga :-
  • Shop online voucher Shopee Carina official Store RM 5 voucher 
  • Review & Win campaign flyer  
  • Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 melalui TNG   


Untuk pengetahuan korang, di pasaran Carina Gift Box Set TIDAK TERMASUK :-

 
  • Carina Kitchen Roll (boleh dibeli di kedai fizikal atau online) 
  • Carina Limited Edition We Love We Care Bag (GWP dengan pembelian RM 40 dan ke atas)     

Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?
  • Aeon Big (Cawangan terpilih) 
  • Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall) 
  • Hot Market @ Berjaya Times Square 
  • Tong Hup Trading, Melaka 

CARINA Review & *WIN 


Kalau korang beli produk Carina, jangan lupa tau join 'Review & *Win' ni! Rugi tak join, hadiah menarik menanti korang semua untuk dimenangi... Bagaimana nak join? Jom baca cara penyertaan di bawah ini..

Hadiah
  • 100 pemenang dicari untuk *MENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan 
  • Hadiah bernilai RM 150 untuk seorang pemenang   

Cara Penyertaan
  1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/Tiktok
  2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook/Instagram/Tiktok 
  3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda adalah mood 'public'). 

*Terma & Syarat
  1. Tempoh kempen : SEKARANG - 30 April 2023 
  2. #300 #Penilai Terbaik akan dipilih untuk MENANG 3 Bulan Bekalan Rumah Carina bernilai RM150. Kami akan screenshot pemenang dan umumkan pemenang di halaman Facebook kami bermula dari Feb 2023. Sila nantikan! 
  3. Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu. 
  4. Resit WAJIB ditunjukkan untuk menuntut hadiah. 
  5. Setiap pemenang hanya sah untuk menuntut sekali sahaja, Nama & resit Pembelian yang sama tidak dibenarkan. 
  6. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023- 31 April 2023 sahaja. 
  7. Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan. 
  8. Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.

Jom Dapatkan Carina Sekarang!!


Jom lengkapi keperluan harian kita dengan Carina kerana Carina dapat memenuhi keperluan harian kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi Carina melalui emel wangzhengcarina@gmail.com. Jangan lupa follow Carina Malaysia di platform berikut untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.  👇


SOSIAL MEDIA CARINA

Facebook    |    Instagram    |    Tiktok




#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature
 





Read More