Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel dengan Iceland Water Dapat Menghidrat, Mengoksigen dan Menyerikan Kulit

Thursday, October 5, 2023

Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel dengan Iceland Water Dapat Menghidrat, Mengoksigen dan Menyerikan Kulit  |  Holaaaa!! Hi guys.. Ok kali ni nak share lagi dengan korang skincare yang bagi aku agak unik sebab dihasilkan dengan bahan paling tulen, Iceland Water dengan sifat penghidratan dan pengoksigenan yang bagus untuk kulit iaitu Phytoceane. Korang pernah dengar tak produk ni? Aku firstime cuba tau produk ni dan bagi aku memang best! Jom aku story..


Tentang Phytocéane

Phytocéane telah diasaskan lebih kurang 20 tahun lalu.. Phytocéane merupakan jenama kosmetik profesional terkenal dari Perancis dan telah bekerjasama dengan beribu-ribu spa di seluruh dunia.. Phytocéane  fokus kepada semua manfaat alam semulajadi sebagai bahan utama dalam menghasilkan produk mereka kerana mereka percaya alam semulajadi adalah sumber terbaik dengan kebaikan penjagaan kulit yang unik. Mereka juga memilih bahan-bahan yang berkualiti tinggi dalam penghasilan produk agar dapat memberi kesan yang terbaik kepada penggunanya..

Mereka telah mendapatkan lebih daripada 60 bahan semulajadi dengan 10 bahan organik seperti Teh Hijau Organik, Lidah Buaya Organik, Samphire Marin Organik, Jambu Batu Organik, Air Kelapa Organik dan banyak lagi. Bahan semulajadi ini mungkin berbeza mengikut keadaan penuaian tetapi kualiti terjamin tanpa mengira negara di mana ia ditanam.


Memang teruja sangat dengan produk Phytocéane ni.. Sebabnya bagi aku produk ini unik dan mempunyai kelainannya yang tersendiri.. Korang pun patut cuba tau..!! Jom aku story lagi..

Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel dengan Iceland Water


Produk Phytoceane yang aku guna adalah Moisturizing Refreshing Mist dan juga Moisturising Gel dengan Iceland Water.. Macam yang aku katakan tadi, Iceland Water ni adalah bahan tulen penuh dengan sifat penghidratan dan pengoksidenan untuk kulit ideal terhidrat dan beroksigen bagi mendapatkan semula keserian kulit.. Iceland Water ini juga membuatkan kulit sentiasa lembap dan dilindungi daripada dehidrasi.. Penghidratan sehingga +34% dan merangsang pengeluaran ATP sehingga +21%..

Produk ini selamat digunakan tau kerana produk ini adalah produk dermatologi dan telah diuji secara saintifik.. So, tak perlu bimbang.. Lagi pula ianya adalah skincare yang bersih dan mesra vegan.. Aku suka teksturnya dengan kepekatan tinggi bahan semulajadi serta wangian yang eksotik..


Bukan setakat kualiti produk mereka jaga tau, tetapi packaging juga mereka jaga dengan menggunakan packaging eco-friendly.. Botol kacanya boleh dikitar semula dan penutup botol juga menggunakan penutup kayu FSC. Bukan itu sahaja, kotaknya juga diperbuat daripada kertas FSC dan dakwatnya berasaskan tumbuhan.. Memang eco-friendly sangat tau... Lurveeeeeee~!!

Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist


Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist ni mist yang light dan refreshing tau dengan manfaat penghidratan Iceland Water dan radiance boosting! Memang best sangat pakai mist ni.. Segar je kulit muka sebabnya skincare ni dapat mengoksigenkan dan penggalak penghidratan untuk kulit kita jadi lebih segar dan berseri-seri.. Barulah tak tak kusam kulit.. Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist ni boleh digunakan secara bersendirian atau digabungkan dengan krim muka biasa..

Ku suka Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist ni sebabnya pakai mist ni macam tak pakai apa.. Tidak meninggalkan kesan melekit atau rasa tebal pada muka kerana teksturnya ringan dan mudah menyerap.. Lepas pakai memang rasa muka fresh sangat.. Bau dia pun aku suka.. Bau yang sangat menyegarkan dan menyenangkan...


Cara guna

Apply mist over the face sebelum menggunakan krim muka atau boleh juga pakai pada kulit sepanjang hari sebagai penyegar yang menghidratkan.

Boleh guna pada waktu pagi dan waktu petang.. Ia boleh digunakan sebagai hyration booster to prepare the skin for the usual skin cream. Boleh digunakan juga after makeup to fix it dan pada bila-bila masa sahaja..

Phytoceane Moisturizing Gel


Moisturising Gel ni sesuai untuk korang yang mempunyai kulit kusam dan asphyxiated skin.. Apply gel ni menyegarkan dan melembapkan kulit serta merta.. Gel ni segar dan ringan tau boleh digunakan secara bersendirian atau bersama krim muka yang biasa korang gunakan.. 

Iceland Water ni terkenal dengan sifat penghidratan, tenaga dan pengoksidenannya manakala Laminaria Digitata pula alga yang melindungi daripada external aggressions, second skin action..

Phytoceane Moisturising Gel juga best! Teksturnya mudah menyerap dan tidak melekit.. Kulit muka pun sentiasa rasa lembap tak kering lagi macam sebelum ni.. Memang best sangat feeling dia lepas pakai Moisturising Gel ni.. Rugi tau korang tak cuba! hehe



Cara guna

Apply 2-3 pam gel untuk setiap kali penggunaan. Guna pada waktu pagi dan petang pada muka dan leher selepas mencuci muka dan memakai penyegar. Gel ni boleh memberikan penghidratan segera dan tahan lama. Tahap penghidratan +27% selepas 1 hingga 6 jam.

Phytoceane Moisturizing Refreshing Mist dan Moisturising Gel dengan Iceland Water Dapat Menghidrat, Mengoksigen dan Menyerikan Kulit


Nak kulit yang cantik korang kena try produk Phytoceane... Aku dah try dan alhamdulillah serasi dengan kulit aku.. Kulit aku jadi lebih segar dan sentiasa lembap tak kering lagi.. Biasa kulit nampak kusam sekarang tak lagi.. Nasib baik ada Phytoceane ni.. 

Korang patut cuba!! 

Love your skin, Love nature and enjoy yourself!!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :-


Untuk sebarang pembelian pula, korang boleh terjah :-




No comments

Post a Comment