Parrot Botanicals Sabun Legend Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Botani Asli Thai dan Herba Yang Unik

Sunday, November 13, 2022

Parrot Botanicals Sabun Mandian Legend Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Botani Asli Thai dan Herba Yang Unik  | Hi Korang! Weh aku nak tanya, dulu-dulu korang pernah guna tak sabun "Parrot"? Yang ada gambar burung kakak tua tu... Mesti pernah guna kan!! Sabun legend ni tau.. Mak aku memang suka sangat  beli sabun ni dulu. Ingat lagi warna hijau sebab bau dia wangi.. Sabun ni memang femes la dikalangan mak-mak dengan panggilan "sabun popinjay".. Rasanya setiap rumah pun pakai sabun ni time tu.. Kiranya dulu aku membesar dengan sabun ni la kan.. hehe..


Now, sabun Parrot Botanicals ni kembali lagi di pasaran Malaysia dengan pelbagai haruman yang menyegarkan.. Bukan sahaja ada warna hijau tetapi pelbagai warna lain dengan wangian botani thai yang unik. Lebih menarik ia didatangkan dalam bentuk bar soap dan shower cream.. 

Parrot Botanicals Sabun Mandian Legend Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Botani Asli Thai dan Herba Yang Unik


Sabun Parrot ni telah berada di pasaran selama 70 tahun tau dan menjadi jenama kebangaan orang Thai dan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Perindustrian dalam Kategori Kecantikan dan Penjagaan Diri sebagai Produk Premium Anugerah Thailand.

Parrot Botanicals ni merupakan No.1 authentic Thai botanicals freshness tau yang menggunakan wangian Botani Asli Thai yang unik dengan minyak herba tradisional yang dapat memberikan kesegaran berpanjangan kepada penggunanya..

Rangkaian Parrot Botanicals ni terdiri daripada Parrot Botanicals Bar Soap dan Parrot Botanicals Shower Cream dengan 9 haruman yang berbeza.. Semuanya wangi-wangi tau.. So, lepas ni boleh la tukar-tukar haruman.. Hehe 

Parrot Botanicals Bar Soap

Sabun Parrot Botanicals ini mengandungi Citronella Oil yang boleh membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang menyebabkan dermatitis dan jerawat.. Minyak Citronella berbau manis kaya dengan sitrus dan aroma seperti lemon bertindak sebagai deodoran. Sabun ini membawa banyak manfaat untuk kulit kerana mempunyai bahan-bahan herbal semulajadi yang dapat membantu masalah gatal kulit, jerawat dan masalah kulit lain.. Baunya yang wangi dapat menyegarkan tubuh kita setiap kali menggunakannya..


Ok, untuk Parrot Botanicals Bar Soap ni ada 2 versi iaitu Classic dan juga Pastel.. Untuk versi Classic ada 6 haruman semuanya dan Pastel pula 3 haruman.. Dari 9 haruman  tu aku dah cuba 5 daripadanya iaitu :-

Classic Series
  • Thai Botanical & Herbs
  • Sweet Pink Roses
  • Thai White Jasmine
Pastel Series
  • White Sakura
  • White Thanaka

Kelima-lima haruman ini aku suka.. Harumannya wangi dan menyegarkan.. Bila guna Thai Botanical & Herbs tu seolah-olah mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu bau dia.. Haha.. 
 
1. Thai Botanical & Herbs Bar Soap


Thai Botanical & Herbs ni adalah sabun Parrot yang terlegend sekali dan paling terlaris di pasaran.. Sehingga ke hari ini, haruman ini masih menjadi pilihan ramai kerana kesegaran wangian Botani Thai yang unik ini adalah gabungan minyak cengkih dan minyak citronella menjadikan sabun ini lebih authentic dan unik..

2. Sweet Pink Roses Bar Soap


Haaa aku suka bau Sweet Pink Roses ni.. Haruman wangian romantik manisssss gitu dari bunga ros.. Harumannya lembut je hasil gabungan bunga ros dan juga aloe vera yang dapat membangkitkan sensasi wangian ros selepas mandi dan kulit pun menjadi lembap. Yang pastinya rasa fresh sepanjang hari..

3. Thai White Jasmine Bar Soap


Tengok packagingnya berwarna kuning pun dah rasa teruja.. Parrot Botanicals Thai White Jasmine ni pure whispering sweet scent of Thai Jasmine. Haruman Thai White Jasmine ni adalah antara haruman wangian tradisi orang Thailand tau.. Bau dia memang semerbak harum.. Lepas ni bolehlah manjakan kulit dengan Parrot Botanicals Thai White Jasmine ni dengan  gabungan ekstrak asam jawa yang dapat memberikan keserian kepada kulit selepas mandi.

4. White Sakura Bar Soap


White Sakura ni versi Pastel.. Baunya sangat segar dan lembut dengan haruman Sakura White yang dapat menjadikan kulit lebih cerah dan natural pinkish. Best!!

5. White Thanaka Bar Shop


Yang ini juga bau dia lembut dan menyegarkan dengan sensasi haruman White Thanaka untuk kulit wangi yang lebih cerah dan baunya tahan lama..

Parrot Botanicals Shower Cream

Selain soap bar, Parrot Botanicals juga didatangkan dalam bentuk krim mandian.. So, mudahlah untuk kita memilih yang mana lebih sesuai untuk digunakan seisi keluarga.. Macam aku sendiri, lebih selesa untuk menggunakan shower cream berbanding soap bar.. Tekan-tekan terus guna.. Mudahkan!


Untuk rangkaian Parrot Botanicals Shower Cream ini, didatangkan dalam 7 pilihan haruman dan haruman pilihan aku adalah :-

Classic Series
  • Thai Botanical & Herbs
Pastel Series
  • White Sakura
  • White Thanaka

Bagi aku Parrot Botanicals ni sangat berbeza dengan jenama mandian lain kerana harumannya sangat menyegarkan dan bau bunga-bungaan semulajadi yang lembut serta tahan lama.. Tidak hairanlah jenama ini dapat bertahan selama 70 tahun dipasaran.

1. Thai Botanical & Herbs Shower Cream


Dulu pakai sabun buku, sekarang dah ada shower cream dalam versi Thai Botanical & Herbs ni.. Warna packagingnya masih dikekalkan dengan warna hijau.. Bau Parrot's Signature ini digabungkan dengan bahan botani thai yang jarang ditemui, menjadikan kulit segar dan wangi tahan lebih lama.. 

2. White Sakura Shower Cream


Yang ini pun sama juga baunya macamn bar soap cuma ini didatangkan dalam bentuk cecair yang lebih mudah digunakan.. Harumannya yang menyegarkan dengan White Sakura yang dapat memberi manfaat kepada kulit menjadi natural pinkish dan wangiannya tahan lebih lama selama 8 jam.

3. White Thanaka Shower Cream


White Thanaka pun best bau dia.. Lembut sama seperti bar soap juga.. Nak kulit segar dan lembut, gunalah White Thanaka Shower Cream ni untuk keharuman smooth radiance dan tahan lama.. 

Parrot Botanicals Tetap Menjadi Pilihan Ramai


Sehingga kini jenama ini mampu bertahan di pasaran.. Itu menandakan ramai yang masih menggunakan Parrot Botanicals ini.. Aku sendiri sukakan haruman Parrot Botanicals ni.. Tidak kira dari series classic ataupun pastel, kedua-duanya memang harum semerbak.. Seharian pun masih kekal baunya.. Itulah menariknya Parrot Botanicals ni..


Paling aku suka time mandi menggunakan Parrot Botanicals ni, buihnya mak ai memang meriah dan lembut pada kulit.. Lepas mandi pasti rasa segar dan rasa bersih sangat.. Sesuai juga untuk korang yang mengalami gatal-gatal kulit.. Sabun ni dapat menghilangkan gatal-gatal kulit tau sebabnya ia diperbuat daripada herbal juga..


Yang paling aku suka, White Sakura.. Eh, White Thanaka la.. Eh bukan, Sweet Pink Roses.. Adoi sebenarnya semua pun aku suka.. Susah betul kalau nak pilih satu antara semua sebabnya semuanya pun wangi.. Kalau mandi dengan Parrot Botanicals ni, memang harum satu bilik air tau.. Hehe..

Dapatkan Parrot Botanicals di Pasaran Malaysia Sekarang!


Ok, sekarang korang dah boleh pakai sabun Parrot Botanicals ni semula kerana sabun jenama ini telah berada di pasaran Malaysia.. Dekat mana untuk dapatkannya? Haaa korang  boleh dapatkan Parrot Botanicals Bar Soap dan Parrot Botanicals Shower Cream ini di Shopee ---->  Parrot Natural

Untuk info lanjut, korang boleh layari :-

-- Instagram : @parrot.natural


#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap 
#Imported #Thailand #VITAMDEDIA



No comments

Post a Comment