Datuk K Dedah Perubahan Dan Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Dr Azizan Osman

Friday, February 25, 2022

Datuk K Dedah Perubahan Dan Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Dr Azizan Osman  |  Siapa yang tidak kenal dengan suami kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K salah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Bukan sahaja namanya disebut-sebut tetapi kisah kejayaan anaknya, Asyraf Khalid juga kini mendapat perhatian masyarakat. 


Datuk K Dedah Perubahan Asyraf Yang Membanggakannya Disebabkan Azizan Osman

Bak kata pepatah " Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".. Begitulah boleh diibaratkan dengan kejayaan Asyraf Khalid kini.. Sungguhpun begitu, kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha.. Dengan usahalah membawa seseorang kepada kejayaan.. 


Perubahan demi perubahan telah berlaku dalam kehidupan Asyraf Khalid sehinggalah beliau berjaya sekarang.. Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini adalah disebabkan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman seperti yang didedahkan oleh bapanya, Datuk K baru-baru ini..

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan oleh Asyraf tempoh hari, Datuk K sempat merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman yang telah mengubah dan membimbing anaknya bukan sahaja dalam bisnes malah dalam kehidupannya juga sepanjang tempoh 3 tahun ini.

Ucapan tersebut dibuat ketika sesi makan malam sempena sambutan ulang tahun kelahiran Datuk K di kediaman keluarganya pada Isnin lalu. Menurut Asyraf, salah satu impian dalam hidupnya adalah membanggakan bapanya dan akhirnya dia berjaya mencapai impian tersebut..
Membuatkan beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah kehidupan dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik

 


Inspirasi Kejayaan Asyraf Khalid Anak Didik Dr Azizan Osman

Menurutnya lagi, dahulunya beliau merupakan seorang budak nakal yang sering kali mengecewakan bapanya serta turut merasakan dirinya seorang yang gagal dan tidak mungkin akan berjaya dalam hidup.. 


Namun begitu, beliau tidak terus-menerus menyalahkan diri sendiri malah berusaha bangkit dan menanam azam untuk ubah diri menjadi lebih baik dan berjaya kerana beliau faham perjalanan masih jauh dan beliau sangat bersyukur kerana pada hari ini beliau telah membuktikan kepada bapanya yang beliau juga boleh berjaya dan sekaligus telah membanggakan bapanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.

Bagi Asyraf Khalid, Dr Azizan Osman merupakan seorang mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik juga termasuklah kepimpinan dan perhubungan sesama masusia serta bersama Maha Esa.  Malah nilai-nilai baik yang ada dalam lingkungan anak didik Dr. Azizan Osman dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik.

Tambah Asyraf lagi, meskipun mereka di RichWorks sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang lebih baik dengan jualan jutaan ringgit, mereka masih merendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara yang betul harus dilakukan.

Datuk K Cemburu dan Kagum Dengan Kebolehan Dr Azizan Osman

Bukan setakat itu sahaja, malah Datuk K sendiri dalam ucapannya mencemburui dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Dr Azizan Osman ubah sikap dan melahirkan ramai usahawan jutawan di malaysia.


Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ni, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka. Saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan  tunjuk ajarnya.
Dalam ucapannya juga, Datuk K menganggap Dr Azizan Osman lah yang telah memimpin tangan mereka, tunjukkan mereka mana longkang, mana tempat kena langkah, mana tempat kena lompat dan merasakan semua usahawan jutawan anak didik Dr. Azizan Osman ini sangat beruntung. Malah turut menyatakan yang beliau tidak dapat kelebihan ini ketika seusia mereka dan semasa ingin memulakan perniagaan dahulu.


Sebagai seorang usahawan yang sudah lama dalam dunia perniagaan, Datuk K turut mengingatkan kepada golongan usahawan yang telah berjaya supaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya menyeru para usahawan yang telah berjaya untuk membantu mereka yang masih mencari tapak dalam bidang ini..

Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tidak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi be humble, more humble and more humble. Ajar mereka untuk capai kejayaan.

RichWorks Lahirkan Jutawan


Kini telah terbukti di mana program Titan RichWorks berjaya membantu ramai orang dalam menjadi usahawan berjaya. Dengan adanya kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks, ia dapat membantu membuka peluang kepada masyarakat di luar sana menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan seterusnya mencapai kejayaan menjadi usahawan yang berjaya.

Seperti yang kita ketahui, kejayaan Asyraf Khalid ini adalah salah satu kisah yang boleh dijadikan inspirasi untuk kita berjaya.. Bukan melalui jalan pintas beliau mengecapi kejayaan malah beliau mula dari zero to hero bersama RichWorks bermentorkan Dr. Azizan Osman yang berjaya mengubah hidupnya. Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.. Pucuk pangkalnya adalah usaha.. Tanpa usaha kita tak akan kemana-mana.. Berusahalah untuk berjaya.. Usaha, doa dan tawakal.. 

Kejayaan Richworks lahirkan jutawan berjaya sudah lama diketahui umum.. Bagi korang yang ingin menjadi usahawan malah telah menjadi usahawan tetapi masih terumbang ambing mencari hala tuju dalam perniagaan, korang boleh ikuti kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks ini..

Untuk maklumat lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks anjuran RichWorks bersama Dr. Azizan Osman, boleh layari www.richworks.com.



No comments

Post a Comment