Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks

Tuesday, September 21, 2021

Program Titan Summit 2021 Kongsi Kisah Inspirasi Anak Murid Dr Azizan Yang Berjaya Dari Zero To Million Richworks  |  Hi guys.. Sejak dua menjak ni, rajin pulak aku baca kisah-kisah usahawan yang berjaya dengan perniagaan mereka.. Yelah, sekarang ni kan musim pandemik Covid-19, bukan senang nak membangunkan sesebuah perniagaan tu... Dah banyak perniagaan yang 'gulung tikar' tak mampu bertahan dek kerana keadaan semasa dan juga ekonomi negara kita sekarang ni.. Bila terbaca kisah mereka yang berjaya ni, rasa terinspirasi pula dengan kegigihan mereka sehingga mereka dapat kecapi kejayaan.. Ya, kejayaan yang mereka perolehi semestinya tidak datang begitu sahaja sebaliknya perlu melalui fasa-fasanya dan proses yang betul..

Salah satu kisah inspirasi yang aku rasa sangat kagum bila membacanya adalah kisah kejayaan Mawarni Namli iaitu founder Wanys Food Sdn Bhd atau lebih familiar jenamanya dengan nama Wany's Snacks.. Dengan permulaan tiada ilmu dalam bidang perniagaan dan pemasaran, bagaimana beliau boleh berjaya? Haaa nak tahu kisahnya, jom baca sampai habis ye.. Hehe..

Kisah Inspirasi Kejayaan Usahawan Jutawan Titan Richworks  Wanys Food Sdn. Bhd. (Wany's Snacks)


Sebenarnya sebelum ini aku sendiri pun tidak mengenali siapakah orang kuat di sebalik Wanys Food Sdn. Bhd ni atau lebih familiar dengan nama Wany's Snacks.. Hanya produk-produk keluarannya sahaja yang selalu aku terlihat namun masih belum berkesempatan untuk mencubanya.. Insyaallah, lepas ni aku akan cuba produk keluaran mereka.. Setelah membaca kisah inspirasinya, barulah aku kenal foundernya, Mawarni Namli..

Kalau korang nak tahu, pada awalnya beliau tidak mempunyai apa-apa ilmu dalam bidang perniagaan dan juga pemasaran.. Bukan itu sahaja, malah wujud perasaan ragu-ragu dan skeptikal dengan ilmu dalam diri beliau.. Tapi macam mana beliau boleh berjaya? Haaa ini jawapannya..


Pada Disember 2013, beliau telah menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) anjuran Richworks.. Di ketika itu beliau masih lagi belum mengenali Datuk Wira Dr. Azizan Osman.. Dalam pada itu juga, ada kenalan yang menasihatkannya untuk tidak menghadiri program tersebut.. Namun beliau tetap bertekad untuk menyertainya dan setelah itu beliau rasa terinspirasi dengan sesi Hot Seat ketika itu lalu beliau menyimpan satu tekad yang suatu hari nanti beliau sendiri yang akan naik ke atas pentas itu nanti.. 

Pada tahun 2014 pula, beliau telah menyertai program Advanced Marketing Power (AMP) yang terakhir sebelum program ini di rebrand menjadi Milionaire Marketing Mastery (MMM).. Selepas itulah, jualan semakin meningkat sehinggalah beliau nekad untuk mendaftar platinum program bersama Dr Azizan walaupun ketika itu beliau menghadapi kekangan kewangan, duit tidak mencukupi.. Program yang beliau sertai adalah Master Your Bisness (MYB), Rahsia Kuasa Minta Jutawan (RKMJ), Train The Trainer (TTT) dan Retire Young Retire Rich (RYRR). Selepas mengikuti program-program ini, terciptalah bisness kacangnya..

Kejayaan tidak datang serta merta selepas itu.. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapinya dalam membangunkan perniagaan kacang beliau.. Pada awalnya, beliau tidak fokus dan cuba untuk menjual bermacam-macam produk.. Beliau juga masih tidak tahu cara untuk uruskan bisness dan aliran tunai bisnes.. Itulah antara cabaran awal yang dihadapi oleh beliau.. 


Namun beliau tidak berputus asa hanya setakat itu sahaja malah beliau tetap meneruskan usaha dalam menimba ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan.. Sehinggalah pada tahun 2015, beliau berjaya menamatkan program Platinum dan convo di Majlis Konvokesyen Ke-5 Sesi 2014/2015 Dr. Azizan Osman's University Of Life pada 13 Jun 2015 di Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya.


Selepas itu, beliau terus mengorak langkah dan mengatur strategi dalam perniagaannya.. Beliau mula create team sendiri bagi melancarkan lagi urusan perniagaannya.. Team semakin bertambah dari masa ke semasa sehinggalah beliau menghadapi cabaran untuk menguruskan dan training team yang semakin ramai.. Tahun 2015 juga merupakan tahun kegemilangan bagi Wany's Snacks di mana beliau berjaya naik Hot Seat IMKK kerana jualan produknya telah pecah rekod dengan tempahan kacang sehingga 50 tan.. Wahh hebatnya..!!


'Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'.. Itulah perumpamaan yang tepat bagi perusahaan Wany's Snacks pada tahun 2016 sehingga 2017.. Dalam hidup ni sudah pasti ada dugaannya.. Begitulah juga dalam perniagaan.. Pada tahun 2016 hingga 2017, bisness Wany's Snacks mula menghadapi masalah.. Pelbagai masalah dihadapinya seperti masalah kualiti, stok tak cukup dan team mula protes.. Ini disebabkan pengurusan stok yang tidak bersistem, aliran kewangan tidak terurus dan team bermasalah.. Sehinggalah pada penghujung tahun 2017, syarikat menghadapi masalah kehabisan modal untuk pusingan..


Dalam perniagaan ni, modal sangatlah penting.. Bila modal pun dah tiada, apa lagi yang boleh dibuat.. Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk pindah pejabat dan mula menjual barang-barang pejabat.. Bukan setakat itu sahaja, malah beliau juga membuat keputusan untuk menutup perniagaannya. Itulah cabaran dan dugaan yang harus diharungi dalam membangunkan sesebuah perniagaan.. Jika tidak kuat, pasti ianya hanya setakat itu sahaja..


Tapi bukan bagi wanita hebat bernama Wamarni Namli ini.. Selepas pelbagai dugaan dihadapinya, beliau masih tidak putus asa dan kembali bangkit untuk terus berjuang demi membangunkan perniagaannya.. Pada tahun 2018, beliau sertai semula program anjuran Richworks ini iaitu program Zero Kos Marketing (ZKM)..


Selepas program itu, beliau kembali struggle dengan bisnessnya yang bermula dari bawah semula. Sungguhpun begitu, dia tetap nekad untuk meneruskannya walaupun sukar.. Berkat kegigihan dan kesabarannya, alhamdulillah bisnessnya mula kembali pulih dan baik malah semakin baik dari hari ke hari.. Dari situ, beliau mula sedar betapa pentingnya untuk terus belajar dan menambah ilmu.. Kali ini, sekali lagi beliau menghadapi cabaran dalam membina team yang baru.. Bukan itu sahaja, malah dalam merekrut stokis dan agen baru juga satu cabaran bagi beliau..

Wanys Food Sdn. Bhd. Mula Raih Pencapaian Jualan 7 Angka

Pada tahun 2019, bisnes Wany's Snacks semakin baik dan mula nampak peningkatannya semula... Untuk tidak mahu mengulangi kesilapan yang lepas, beliau sekali lagi kembali menyertai program MMM anjuran Richworks untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan pemasaran malah beliau turut menyertai Titan pada tahun yang sama..

Tidak terhenti di situ sahaja, beliau mula mengikut setiap program Richworks seperti :-
  • Entrepreneur Foundation Program (EFP)
  • Cashflow
  • Mudah Urus Gaji
  • Grow Your Bisness (GYB)
  • Master Your Bisness (MYB)
  • Sales Growth Bootcamp (SGB)
  • Inner Circle Meeting (ICM)
Paling mengembirakan, team yang ada semakin improve performance mereka dan bisnes beliau juga kembali mendapat kepercayaan dari leader dan juga agen.. Namun begitu, masalah dan cabaran juga tetap ada walaupun bisness semakin baik.. Kali ni, masalah dan cabaran yang berbeza pula dihadapinya iaitu beliau menghadapi masalah ruang untuk menyimpan stok.. Nampak tak, bila bisnes yang diusahakan melalui proses yang betul, ruang pula tak mencukupi untuk menyimpan stok.. Hikhik.. 


Pencapaian yang sangat membanggakan pada tahun 2019 adalah jualan pada tahun tersebut mencecah 7 angka.. Pecah rekod tau!! Alhamdulillah, tahniah.. Bermula tahun 2020, mereka berpindah dari unit kedai biasa kepada kilang yang lebih besar bagi menampung pengeluaran produk yang semakin hari semakin meningkat permintaannya..  Bukan itu sahaja, mereka juga sudah naikkan billboard dan sudah bersiaran di kaca TV.. Satu pencapaian yang sangat membanggakan..


Memandangkan tahun 2020 bermulanya pandemik Covid-19, maka cara penjualan juga mula berubah corak dari offline kepada online.. Rata-rata rakyat Malaysia sekarang ni lebih selesa membeli secara online di musim ini memandangkan ia lebih selamat, mudah dan cepat.. Begitulah juga dengan Wany's Snacks, telah mengubah corak perniagaannya dari offline kepada online.. Now, korang boleh beli produk mereka secara onlineee.. Wahh bestnya.. Lebih mudah.. 


Nampaknya pada tahun 2021 ni, pandemik masih belum berakhir sebaliknya ianya semakin sukar.. Bagi yang berniaga, semakin ramai yang 'gulung tikar' dan bagi kami yang bekerja makan gaji ni, ramai juga yang telah diberhentikan kerja.. Allahuakbar.. Itulah dugaan di musim pandemik ini.. Walaupun begitu, alhamdulillah perniagaan Wany's Snacks ini masih mampu bertahan dan bisness mereka masih berkekalan meskipun situasi pandemik ini masih berterusan.. Bukan itu sahaja, malah pengambilan agen-agen baru juga masih diteruskan.. Bagi mengekalkan kejayaan ini, training bersama leader juga turut dilakukan dengan lebih agresif bagi mengekalkan energi.. Cumanya, di musim pandemik ini, cabaran yang harus ditempuhi beliau adalah nak educate team tentang perubahan dari offline kepada online..

Richworks Himpun 100 Usahawan Jutawan Kongsi Kisah Kejayaan Bina Bisnes Ketika Pandemik dalam Program Titan Summit 2021


Bisnes bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Ya betul, semua orang pun boleh berbisnes kalau mahu, tetapi tak ramai yang mampu untuk bertahan dan kekalkannya serta tak ramai juga yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam dunia bisnes ini.. Nama lagi bisness, pasti tak dapat lari dari ujian dan juga cabaran.. Itu bagi yang baru ingin memulakan bisnes, manakala yang sudah bergelar usahawan pula, jangan terlalu selesa bila berada ditahap yang membanggakan kerana pasti ada sahaja cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi.. Di ketika inilah, ianya akan menentukan kredibiliti kita berada di tahap yang mana.. Sungguhpun begitu, setiap ujian dan cabaran itu sudah pasti ada jalan penyelesaiannya... Tidak kira cabaran dalam bentuk apa sekali pun, jika betul dengan caranya, pasti ianya dapat diselesaikan dengan baik.. 

Ok, di sini aku nak share dengan korang perkongsian 100 usahawan dari pelbagai insustri yang telah berjaya membangunkan bisnes mereka hingga mampu menghasilkan jutaan ringgit dan tetap kekal kukuh walaupun di musim pandemik ini.. 


100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah Richworks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia bermula dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia..

Mereka akan kongsikan apa yang mereka lakukan serta strategi perniagaaan yang mereka praktikkan sehingga mereka mencapai kejayaan sehingga ke hari ini dalam Program Titan Summit 2021 nanti.. Mereka juga bakal kongsikan persediaan mereka dalam menghadapi tahun 2022 yang lebih mencabar dengan persaingan yang lebih sengit. 

Untuk pengetahuan korang, Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh Richworks pada 24 hingga 26 September nanti.. Tujuan perhimpunan jutawan ini adalah untuk memberi inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh yang mencabar ini..

Richworks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan membimbing ramai usahawan sejak 2008 lagi malah boleh dikatakan kebanyakan jenama terkenal perusahaan kecil dan sedarhana (PKS) Bumiputera datangnya daripada mereka..

Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma.. 


Bagaimana 100 usahawan jutawatan ini berjaya mengharungi cabaran dalam bisnes ketika pandemik ini?  Ya, mereka bakal kongsikan kisah jatuh bangun mereka serta strategi yang dilakukan dalam Program Titan Summit 2021 nanti.. Anda boleh dengar dan saksikan sendiri bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan jika benar ada keinginan, tekad dan kesungguhan untuk berjaya.  

Nantikan! 100 Usahawan Jutawan - Perkongsian bagaimana mereka ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik. Nak belajar dari strategi mereka yang telah berjaya? Temui mereka di Virtual Online Program Titan Summit 2021 - 10X Bina Bisnes Berjaya pada 24-26 September 2021 selama 3 hari. Daftar sekarang di sini 👉 Program Titan Summit 2021 Richworks




3 comments:

  1. Nice sharing. Saya ingat Wanys Snack ni SME, rupanya perusahaan besar. Hebat!

    ReplyDelete
  2. hebat hebat orang dalam ni terasa kerdil sekejap hii.. tak rugi la kalo join program ni

    ReplyDelete
  3. Sedap-sedap kacang wanys ni lea. Memang orang cari. Salute la founder hebat!

    ReplyDelete