Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak-Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun

Sunday, October 24, 2021

Novakid Kelas Bahasa Inggeris Dalam Talian Untuk kanak-Kanak Berumur 4 Hingga 12 Tahun  |  Assalamualaikum.. Hi guys! Apa aktiviti korang hari ni? Masih kekal di rumah lagi ke atau dah mula bekerja? Aku yakin pasti ada yang masih bekerja dari rumah kan dan mungkin ada dikalangan korang yang buntu tak tahu nak buat aktiviti apa dengan anak-anak.. Haaaa dekat sini aku nak share story dengan korang tentang Novakid.. Korang pernah dengar tak tentang Novakid ni? Kalau tak pernah, Novakid ni adalah kelas Bahasa Inggeris dalam talian untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.. Opsss nanti dulu mommies.. Ni bukan kelas yang membosankan tetapi ini kelas yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.. Serius best sangat!! Jom aku cerita..


Novakid 'Online Learning' Yang Menyeronokkan

Sepanjang PKP ni, memang anak aku sentiasa berada di rumah.. Macam-macam aktiviti jugalah aku terpaksa fikirkan untuk menghilangkan rasa bosan mereka.. Salah satunya, aku daftarkan anak aku online class di Novakid.. Bagus tau online class Novakid ni tau.. Mungkin bila dengar tentang online class ni, dah terbayang kebosanannya kan terpaksa belajar dan belajar.. Tapi tidak di Novakid.. Anak-anak pasti seronok dan terhibur serta excited nak join online class di Novakid ni sebabnya kelas semuanya sangat interactive.. So, korang yang tengah cari online class untuk anak, aku recommended sangat korang daftar di Novakid.. Pasti anak-anak akan suka.. 


Macam Qhaliff sendiri, memang excited sangat masuk online class Novakid ni.. Cikgu yang mengajar pun pandai sangat handle kanak-kanak, tak terlalu serius.. So, anak-anak akan lebih yakin dan tak takut untuk mengikuti kelas online ini.. Lagi best di Novakid ni, kita boleh pilih native speaker tau.. Jadi, ni boleh membuatkan anak-anak lebih yakin untuk berkomunikasi.. Lagi pun belajar dengan native speaker ni adalah cara terpantas untuk mendapatkan hasil yang cepat.. Korang juga boleh tengok profile setiap cikgu yang berkhidmat di Novakid ni.. Jadinya, lebih mudahlah nak pilih cikgu yang sesuai mengikut timing yang korang prefer untuk anak korang.... Ramai juga cikgu di Novakid ni tau.. 


Ok, konsep Novakid ni mudah je.. Lepas kita langgan kelas, kita boleh dah boleh booking terus jadual belajar.. Jadual pun waktu fleksibel.. So, mudah la nak setting masa kan.. Boleh pilih time kita sendiri dan tidak terikat dengan jadual yang telah ditetapkan.. Very nice!! Kelas pun hanya 25 minit tau untuk setiap sesi.. Tak lama, so anak-anak pun tak la bosan mengadap kelas yang terlalu lama sehingga berjam-jam kan.. Lagi pun, Novakid ni juga adalah merupakan platform interaktif.. Itu yang membuatkan anak-anak seronok belajar di Novakid.. Aku rasa dengan cara ni, anak lebih cepat belajar dan faham sekaligus cepat dapat kuasai Bahasa Inggeris.. 

Aku suka dengan interfacenya.. Minimalis, clean and nice... Senang nak faham step by step.. Senang cerita 'user-friendly' la... gittchewww!! Bagi aku as parents, memang mudah sangat nak buat booking di Novakid ni.. Kalau ada masalah teknikal pun, terus boleh berhubung dengan mereka just pergi ke ruangan chat yang disediakan untuk dapatkan bantuan segera.. Memang terbaik Novakid ni..

Masukkan emel untuk register


Dah register akan ada akaun parent dan anak untuk booking dan juga kelas online


Ini akaun parent di mana, boleh tambah baki akaun dan juga schedule jadual belajar anak


Bahagian "Jadual Say" ni, bolehlah pilih tarikh yang sesuai untuk kelas online anak


Cikgu pun boleh pilih tau.. Cikgu semua dari luar negara ya.. 

Di bahagian "pustaka" pula, boleh dapatkan material untuk anak-anak belajar

Nak tengok tahap pencapaian, boleh pergi ke bahagian "pencapaian"


Kelebihan Online Class di Novakid

Banyak kelebihannya bila belajar di Novakid ni yang perlu korang tahu.. Antaranya :-
  • Persekitaran bahasa - Belajar dengan penutur asli
  • Guru berpengalaman - Setiap guru di Novakid adalah pakar ESL yang bertauliah dengan pengalaman mengajar dalam talian
  • Dari mudah ke sukar - Mula secara mudah dan beransur-ansur menjadikan program lebih sukar.
  • Kelas dari rumah - Ibu bapa jimat masa dan wang ringgit untuk perjalanan ke pusat tuisyen dan guru di luar talian. Anak-anak dapat belajar di persekitaran rumah yang selesa tanpa risiko terdedah kepada jangkitan penyakit.
  • Program sesuai bagi semua usia - Program dicipta oleh pakar berbahasa inggeris yang berpengalaman dan memberi tumpuan kepada ciri-ciri pendidikan dan psikologi kanak-kanak berumur 4-12 tahun.

  • Standar pendidikan Eropah - Program dirangka berdasarkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR)

Langganan Percubaan Hanya RM64 Sahaja!


Serius la RM64 sahaja! Ya, hanya RM 64 sahaja 'trial subscription' ni untuk 4 kelas, selama 2 minggu.. Murah gila guys.. Berbaloi-baloi sangat.. Anak aku Qhaliff pun starting aku cuba trial subscription ni dulu untuk lihat keserasiannya dan ternyata dia sangat happy dengan online class ni.. Bagi korang yang nak cuba dulu tu, boleh ambil langganan percubaan ni.. Recommended sangat guys!!
  • 4 kelas individu untuk RM64
  • Kelas 25 minit
  • Platform permainan interaktif
  • Hanya guru berbahasa Inggeris
  • Jadual waktu fleksibel
Jom booking sekaranggggggg 👉 klik SINI

Bagaimana kelas dijalankan? Moh tonton kat SINI


Korang yang ada anak berumur 4 hingga 12 tahun tu, aku rekemen sangat korang daftar masuk anak korang dalam kelas online di Novakid ni.. Sekurang-kurangnya masa mereka dihabiskan dengan aktiviti yang memberi mereka manfaat.. Boleh dikatakan bermain sambil belajar kerana di Novakid sistem pembelajarannya so fun.. Anak-anak pasti seronok join kelas online di Novakid ni.. Qhaliff pun seronok tau.. Selalunya dialah yang susah sekali nak join kelas online.. Tetapi di Novakid, dia dengan senang hati serah diri untuk belajar bahasa inggeris di sana.. Alhamdulillah.. Seronok bila tengok dia happy...

Ok guys, itu jelah yang aku nak share tentang Novakid ni.. Moga bermanfaat buat korang semua.. Yang elok ikut, yang tak elok jangan ikut tau.. Haha.. Next ada story best, aku share lagi.. Hope korang setia di sisi Blog Lea Azleeya ni.. Haha.. Take care guys!! Stay safe...



1 comment: