McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh

Monday, July 5, 2021

McDonald's Malaysia Taja Makanan Frontliners Hospital Sungai Buloh  |  "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".. Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan dengan keadaan semasa kita sekarang.. Setiap hari aku melihat di media sosial, kisah petugas-petugas bahagian hadapan bertungkus lumus menghadapi penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin serius di negara kita pada hari ini.. Mereka bekerja tidak kira masa untuk merawat pesakit dan menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik demi memutuskan rantaian Covid-19 ini.. 


Tidak dinafikan, semakin hari semakin meningkat statistik jangkitan Covid-19 di Malaysia.. Kenapa? Ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia bersikap sambil lewa dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.. Sedarlah kita bahawa Covid-19 ini bukanlah suatu rekaan tetapi ia realiti yang terpaksa kita hadapi kini dan ketahuilah Covid-19 boleh meragut nyawa kita bila-bila masa dalam sekelip mata sahaja.. Jadi, patuhilah SOP dan duduklah di rumah sekiranya tiada keperluan mendesak di luar.. Bantulah fronliners dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini.. Mereka sudah terlalu penat untuk menghadapinya sendiri.. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sama-sama membantu mereka dengan #KitaBoleh #DudukRumah.

McDonald's Malaysia Taja 10,000 Makanan Untuk Frontliners Hospital Sungai Buloh

Kalau korang nak tahu, Mcdonald's adalah rangkaian restoran perkhidmatan segera terkemuka di dunia dengan lebih daripada 36,000 restoran di seluruh dunia, melayani lebih daripada 69 juta pelanggan setiap hari di lebih dari 100 negara. Manakala, di Malaysia pula, McDonald's melayani lebih dari 13.5 juta pelanggan sebulan di 300 restoran di seluruh negara. McDonald's mempunyai pekerja lebih daripada 14,000 rakyat Malaysia di restorannya di seluruh negara, menyediakan peluang kerjaya, latihan dan pembangunan.. McDonald's juga merupakan rangkaian restoran perkhidmatan segera pertama di Malaysia yang menerima Pensijilan Halal daripada Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 90-an..

Sebagai sebahagian sokongan berterusan daripada McDonald's Malaysia dan penghargaan kepada frontliners perubatan yang terus berusaha dalam memastikan rakyat Malaysia selamat sepanjang pandemik ini, restoran perkhidmatan segera ini meneruskan tajaan makanannya kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Sungai Buloh. Ini adalah demi menghargai segala jasa mereka yang tidak pernah putus asa dan tidak pernah kenal erti penat lelah dalam memerangi wabak covid-19 yang melanda negara pada hari ini..

Menjadi antara hospital terawal menerima tajaan daripada McDonald's Malaysia sepanjang pandemik ini, Hospital Sungai Buloh telah menerima lebih daripada 10,000 makanan untuk pasukan perubatan mereka. Dalam pengaktifan semula penajaan makanan baru-baru ini yang disambung semula pada awal bulan Mei yang lalu, McDonald's Malaysia telah menaja 300 makanan dalam 3 kali seminggu dan memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah keselamatan yang ketat semasa penghantaran makanan dibuat. Ini telah membuktikan rasa tanggungjawab, keprihatinan dan penghargaan McDonald's Malaysia terhadap frontliners yang sedang merawat pesakit Covid-19.

Sebagai fasiliti perubatan utama dalam merawat pesakit Covid-19 di negara kita, pasukan perubatan kami di Hospital Sungai Buloh bertugas sepanjang masa bagi menjaga dan memenuhi keperluan para pesakit kami - pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur.

Kalaulah aku berada di tempat mereka, aku sendiri tak pasti sama ada aku mampu sekuat mereka atau tidak.. Aku sangat kagum dengan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri mereka.. Sememangnya mereka patut dihargai..

Lebih 70 Hospital Mendapat Tajaan Makanan Dari McDonald's Malaysia

Para petugas barisan hadapan perubatan di lebih 70 buah hospital di seluruh negara telah menerima tajaan makanan daripada McDonald's Malaysia. Ini menunjukkan bahawa McDonald's Malaysia sentiasa kekal komited dalam memainkan peranan untuk memberi sokongan kepada usaha pemulihan negara.

Kami bersyukur dan berterima kasih di atas tanda ingatan dari McDonald's, yang bermula dari PKP pertama pada bulan Mac 2020 lagi. Sumbangan ini semestinya meringankan beban petugas-petugas kami dan menjadi pemangkin semangat serta dapat menceriakan hari-hari mereka. - tambahnya lagi. 

Bagi pihak Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur telah hadir untuk menerima pakej makanan daripada McDonald's Malaysia.

Hospital Sungai Buloh adalah salah sebuah hospital pertama yang mendapat tajaan makanan dari McDonald's Malaysia di awal tersebarnya Covid-19 di Malaysia. Selagi negara kita terus cekal dalam mengharungi waktu yang sukar ini, kita kekal berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang gagah berani dalam memastikan keselamatan kita terjaga. Kami akan meneruskan sokongan kami melalui inisiatif ini dalam jangka masa panjang, supaya kami dapat menyantuni lebih ramai frontliners. - kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

Kempen #KitaBoleh Bangkit Semangat Juang dan Bersatu Rakyat Malaysia 

Kempen #KitaBoleh ini juga adalah salah satu inisiatif McDonald's Malaysia dimana mereka telah mengekalkan kempen #KitaBoleh ini sebagai kesinambungan kepada kempen yang dicetuskan syarikat ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu. 

Konsep #KitaBoleh ini yang dimulakan oleh Mcdonald's Malaysia di platform media sosial mereka adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan meneruskan semangat juang lebih-lebih lagi pada waktu yang sukar ini.. #KitaBoleh ini juga adalah seruan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengkhabarkan keberanian dalam diam para petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi pandemik ini.

Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia yang berjaya meneruskan usaha dan inisiatif mereka sampai ke hari ini dalam membantu mengurangkan beban fronliners perubatan.. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan dan lebih ramai frontliners yang mendapat manfaat darinya.. 

Petugas barisan hadapan merupakan golongan yang sentiasa konsisten sepanjang waktu sukar ini.. Mereka tetap kekal tenang, tekun dan sentiasa berusaha menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia bagi melawan wabak ini.. Jadi, buat para petugas barisan hadapan perubatan, kalian adalah wira kami.. Tanpa kalian, negara akan lumpuh.. Semoga kalian terus diberi kesihatan yang baik supaya dapat meneruskan perjuangan ini hingga keakhirnya.. Kepada rakyat Malaysia pula, marilah sama-sama kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan duduklah dirumah sekiranya tiada keperluan mendesak di luar. Semoga negara kita bebas dari pandemik Covid-19 ini suatu hari nanti.. Insyaallah.. 

Untuk info lanjut, layari www.facebook.com/My.McDonalds/


6 comments:

  1. moga semua frontliner kita terus kuat!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah McD sentiasa berikan sokongan yang berterusan buat frontliners dengan sumbangan tajaan makanan

    ReplyDelete
  3. Tahniah mcd malaysia. Semoga usaha begini dapat berterusan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, inisiatif yg mcm ni mmg bagus. Good job McDonalds Malaysia.

    ReplyDelete