Jamu Mutyara - Jamu Gugusan Sumatra Paling Best Untuk Wanita


Jamu Mutyara - Jamu Gugusan Sumatra Paling Best Untuk Wanita  |  Sebagai seorang wanita yang memegang banyak jawatan dalam kehidupan, jadual seharian aku agak padat bermula seawal pagi sehinggalah ke tengah malam.. Jawatan apa yang aku pegang banyak sangat tu? Haha!! Yelah menjadi seorang isteri, ibu, blogger dan juga salah seorang kakitangan kerajaan, aku memerlukan tenaga yang cukup bagi memastikan aku dapat melaksanakan segala urusan aku sepanjang hari tanpa gangguan kesihatan.. Jadinya, aku perlukan suplement untuk aku terus bertenaga sepanjang hari.. Suplement yang aku cuba kali ni bukan biasa-biasa tau tetapi Jamu Gugusan Sumatra paling best untuk wanita iaitu Jamu Mutyara bukan sekadar jamu.. hah gittchewww!!


Jamu Mutyara Gugusan Sumatra Dari Tya Ariffin

Sebelum aku membebel lebih banyak, aku nak cite dulu serba sedikit tentang asal usul Jamu Mutyara ni.. Ok, jamu ni diasaskan oleh Tya Ariffin.. Korang mesti kenalkan siapakah gerangannya.. Kalau yang masih tak kenal, Tya Ariffin ni merupakan menantu kepada Dato' Seri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor di Malaysia..


Perusahaan Jamu Mutyara ini diusahakan oleh Tya sejak dari tahun 2018 lagi.. Kalau korang nak tahu, jamu ni dihasilkan dari resepi turun temurun keluarga Tya dan telah dioleh rasanya menjadi lebih sedap dengan menambah beberapa makanan sunnah didalamnya seperti Madu, Kurma, Delima, Habatussauda dan beberapa herba semulajadi seperti Manjakani, Kunyit hidup, halia dan banyak lagi.. Penambahan ini bertujuan untuk menyeimbangi rasa pahit dari herba yang ada supaya mudah diterima oleh tekak kita tanpa mengurangkan khasiat yang ada.. Kalaulah tak tambah bahan-bahan tersebut, rasanya tak tertelan dek tekak aku ni.. Pahit oiiii!! haha.. 

Terima kasih kepada Tya Ariffin kerana berjaya menghasilkan jamu yang superb ohsem ni, jamu yang mudah ditelan, tidak pahit dan still dapat kekalkan khasiat jamu.. 

Kandungan Jamu Mutyara


Ok, apa yang menariknya dengan Jamu Mutyara ni, bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilannya adalah daripada bahan-bahan semulajadi tanpa bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan.. Jom kita tengok apakah bahan yang digunakan dalam Jamu Mutyara ini..

  • Madu - Merawat luka dalaman selepas bersalin
  • Kurma - Memanaskan badan
  • Delima - Membantu merawat masalah keputihan
  • Habatussauda - Membantu menurunkan berat badan
  • Manjakani - Mengecutkan rahim/peranakan
  • Akar Serapat - Membuang angin
  • Kacip Fatimah - Memulihkan tenaga
  • Halia - Membantu merawat kulit
  • Kunyit - Membantu proses detoksifikasi
  • Halba - Menganjalkan aset wanita
  • Ubi Bit - Membantu menambahkan susu badan
  • Cranberry - Anti penuaan/awet muda
  • Cayenne - Anti bakteria/merawat kegatalan
  • Ekstrak Yis - Membantu melawaskan pembuangan

Kelebihan Jamu Mutyara


  • Menambahkan tenaga
  • Membantu memperbanyakkan susu badan
  • Membantu merawat dalaman wanita
  • Membantu merawat keputihan
  • Membuang angin badan
  • Membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan, sakit pinggang dan senggugut
  • Membantu proses detoksifikasi
  • Anti bakteria / Merawat kegatalan
  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Membantu merapatkan miss V
  • Merawat kulit agar kelihatan bersih dan sihat
  • Anti penuaan / Awet muda
  • Membantu menganjalkan aset wanita (Payudara & Punggung)

Ok, seperti biasa aku ingin ingatkan kepada korang semua dimana sistem badan setiap individu adalah berbeza.. So, mungkin tindakbalas dan kesan jamu ini juga berbeza bagi setiap individu itu.. Tak cuba tak tahu kan.. Oh ya, sebelum korang menjadi pengguna Jamu Mutyara ni, seharusnya korang tahu terlebih dahulu masalah kesihatan korang ye kerana Jamu Mutyara ini tidak boleh diambil sekiranya korang hamil, datang bulan (period), pesakit darah tinggi, fibroid dan cyst. So, tolong alert ye!..

Testimoni Aku Sebagai Pengguna Jamu Mutyara


Dah nak habis sebotol aku consume Jamu Mutyara ini dan ini adalah antara jamu yang terbaik pernah aku cuba setakat ini.. Mulanya aku tengok kengkawan dok sibuk bercerita sal jamu ni.. Pada awalnya aku tak ambil kisah dan takde rasa nak cuba pun.. Lama kelamaan, eh dah kenapa macam menarik pulak cerita dorang ni.. Haha.. Maka terpengaruhlah aku dengan cerita kawan-kawan yang mengatakan jamu ni sangat bagus dan rasanya sedap mudah ditelan.. Tu dia!

Dah alang-alang jamu yang sebelum ni aku consume dah lama habis tak berganti.. Aku gantilah dengan Jamu Gugusan Sumatra ni sebagai bff baru aku.. hehe.. Alhamdulillah, dah nak habis sebotol dan aku dapat manfaatnya.. Apakah manfaat yang aku dapat? 

Ok aku cite la sikit ek! Kalau nak ikutkan rutin seharian aku bermula jam 5.30 pagi, aku bangun untuk mulakan hari aku dengan bekerja di pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.. Seterusnya menguruskan rumah tangga dan anak-anak sehingga jam 10.00 malam.. Selebihnya aku melunaskan kerja-kerja blog aku sehingga jam 1 @ 2 pagi dan barulah aku tidur.. Itulah rutin seharian aku... Ini sangat memenatkan aku tetapi alhamdulillah lepas aku consume Jamu Mutyara ni dalam diet seharian aku, aku dah tak rasa penat atau letih yang sepatutnya aku rasa sebelum aku consume jamu ni.. Serius weh, aku kekal bertenaga.. Bangun pagi esoknya terasa segar jerk.. Itu manfaat yang paling ketara aku dapat rasakan..

ehh ada lagi tau, yang bestnya lawasssss baq bang!! Kalau dulu kemain ko nak membuang pun berhari-hari.. Sekarang setiap hari deknon oiii... Hakak sukaaaaa!! Haha.. Dan yang paling syokkkk, lawas jugak buang angin.. Haha.. Korang jangan nak cakap pengotor ke apa la.. Inilah nikmat yang paling hebat yang dapat dinikmati dengan Jamu Mutyara ni.. Haha.. Aku tak kira, aku nak cite gak walaupun korang cakap tak senonoh! Haha..

Satu lagi tentang keputihan.. Selalunya aku amalkan jamu ni mesti tengok manfaat dia dulu.. Kalau ada kebaikan untuk mengurangkan keputihan, aku akan consume.. Macam Jamu Mutyara ni pun itulah salah satu manfaatnya.. Walaupun keputihan yang aku alami tak teruk hanya sipi-sipi tapi tetap kena jaga supaya tak menjadi kronik.. Dah kronik, ko nak buat ape lagi dekk!! Baru terhegeh-hegeh nak merawat keh! Haaa.. Emosi lak.. Haha.. Selepas amalkan Jamu Mutyara ni, keputihan aku semakin ok.. Moga nanti terussssss ok dan hilang.. Insyaallah.. Kenalah konsisten kan.. Hiks..

Jamu Mutyara Terbaik Untuk Wanita


Oklah, testimoni pun aku dah bagi.. Oh, ya satu lagi tentang cara pengambilan jamu ni.. Lupa pulak aku nak cerita cara-cara pengambilan Jamu Mutyara ni.. Apa yang disarankan kepada aku adalah satu sudu sebelum sarapan pagi dan satu sudu sebelum tidur.. Rasanya masam-masam manis gitu.. Sedap.. Apa yang penting, air masak tu perlulah diambil dengan secukupnya ye.. Apa sahaja suplement yang korang amalkan, pengambilan air masak tu secukupnya sangat penting bagi memastikan khasiat dari Jamu Mutyara ini dapat diserap secara optimum... 

Jamu Mutyara aku pun dah nak habis ni so kenalah roger balik kawan aku untuk hantar stok.. Hiks.. Kalau korang pun nak cuba, korang boleh roger kawan aku yang peramah lagi baik hati ni.. Dia merupakan pengedar sah Jamu Mutyara.. Layanan memang high class punya sebab dia seorang yang friendly... Sorry gee puji melambung.. Tapi itulah kamu.. Haha..!!

Ok, untuk sebarang pembelian atau pertanyaan tentang Jamu Mutyara ni, korang boleh berhubung dengan Sis Gee di :-

Whatsapp : 013-9219135 (https://wa.me/60139219135)



QuickEdit
Lea Azleeya
2 Comments

2 comments:

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)