Review Novel | Mental by Shaz Johar


Mental by Shaz Johar  |  Lama dah habis sebenarnya baca buku Mental tulisan Shah Johar ni.. Nak review buku pun nak kena ada mood.. Mood tak berapa nak ada sejak kebelakangan ni dengan pelbagai benda dok jadi.. Sebab itulah tertangguh review novel ni.. Now, dah ada sikit feel nak menaip tentang novel, so bolehlah onzzzz... Mental adalah novel ke-5 Shah Johar yang aku baca.. Novel Shah Johar memang tak mengecewakan aku tapi sedikit menjadikan aku gila semasa menghayati setiap jalan ceritanya.. Samalah juga dengan Mental ni.. Sesuai dengan tajuknya, jalan ceritanya juga boleh buat orang yang baca tu, dijangkiti penyakit mental.. haha..

Review Novel Mental by Shaz Johar

Tentang cover novel Mental ni, ianya berjaya menakutkan anak-anak aku.. Haha.. Hadoii.. Dorang memang takut betul tengok cover novel ni.. Siap suruh terbalikkan novel sebabnya tak nak tengok topeng berdarah tu.. Aduhai anak.. 

Tajuk : Mental
Penulis : Shaz Johar
Muka Surat : 299
Penerbit : Buku Fixi
Tahun Terbitan : November 2012

Sinopsis Mental

Review Novel Mental by Shaz Johar

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad.

Mereka semua gila.. Mereka semua punya cerita..

Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?

MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.

Review Mental

Review Novel Mental by Shaz Johar

Baca starting cerita ni, agak mengelirukan.. Dok fikir si pompuan ni dok cite kat pompuan mana.. Mula-mula dah boleh buat aku mental.. Lama-lama barulah faham konsep penceritaannya.. hehe.. Almaklumlah aku ni slow sikit nak faham.. Haha..

Novel Mental ni boleh aku kisahkan disini, jalan ceritanya adalah cerita dalam cerita.. Nak rungkai satu persatu setiap cerita tu, agak membingungkan aku.. Sekejap macam ni.. Sekejap macam tu.. Huhu.. 

Mula-mula cerita yang aku kena hadap adalah, kisah Maya yang menjadi orang gaji Tuan Jin.. Oh nak pesan satu perkara.. Buku ni hanya sesuai untuk pembaca dewasa sahaja ye.. Kanak-kanak dan remaja tak digalakkan membacanya... Bukan tak digalakkan, kalau boleh tak dibenarkan sama sekali.. hehe.. Ok, kisah Maya si orang gaji ni sangat menyulitkan.. Dapat tekanan dari Tuan Jin sendiri, isteri dia dan anak-anaknya.. Yang sorang nak soh potong tangan.. Yang sorang lagi sibuk nak belajar tentang agama lain.. Yang laki bini ni pulak, bergaduh jerk.. Yang lakinya menduakan isteri.. Dok berskandal dengan orang gaji.. Huhu..

Pastu ada pulak watak sampingan benjamin dan doktor mental, doktor salman.. Dengan munculnya pelakon tambahan ni, menjadikan cerita hidup si Maya ni semakin complicated.. Walaupun complicated, dari diorang jugalah dapat merungkai kisah sebenar.. Watak misteri dalam cerita ni adalah Raudhah.. Siapa dia? Tetiba jerk kan.. Orang dok sebut-sebut nama tu.. Dalam keluarga Tuan Jin sendiri, benjamin pun sebut dan doktor salman pun sebut pasal Raudhah ni.. 

Serius setiap plot dalam cerita ni berjaya mengelirukan aku.. Sampai berkerut dahi aku baca novel ni.. Ada kala aku berhenti sekejap, fikir dengan pelbagai persoalan dalam kepala.. Ada juga masa aku susah nak hadam jalan ceritanya sebab rasa keliru.. Uisss pendek kata boleh mental aku.. Haha..

Bila dah di penghujung, barulah tahu siapa yang gila dan siapa yang tak gila.. Pada awal aku sangka yang tu gila.. Rupanya yang ni gile.. Haha.. Memang gile la buku ni.. 

Diakhir penceritaan pun masih ada cerita yang lain.. Si Maya dan Raudhah ni rupanya skandal.. Haduhai.. Isk geli lak aku.. Haha.. Maya ni siapa? Raudhah ni siapa? Mula-mula Maya dan Raudhah ni aku ingat orang yang berlainan.. Rupanya orang yang sama.. Nama jerk bertukar.. Maya tu Raudhah la.. Siapa pulak Maya? Hehe.. Maya ni sebenarnya isteri kepada Benjamin tu.. Mati akibat kemalangan jalan raya.. So, Raudhah ni cam tak dapat terima kenyataan la dan rasa Maya masih hidup dalam diri dia.. Dan dia menggunakan nama Maya tu..Raudhah tu yang gile dalam cite ni.. Rashid dan Rania tu adalah arwah anak Raudhah.. Dia berhalusinasi jerk sebenarnya..

Cerita ni best bila dah faham.. Korang nak tau kisah sebenar dan apakah kegilaan buku ni, kenalah beli dan baca sendiri ye.. Nasib baik aku tak sempat nak menjadi mental.. Haha..

Rating & Cadangan

Review Novel Mental by Shaz Johar

Rating : 🌟 🌟 🌟 1/2

Ok, konklusinya.. Aku suka jalan cerita novel Mental ni walaupun buku ni dah berjaya memutar belitkan emosi aku dan fikiran aku.. Novel ni banyak menggunakan tenaga otak aku.. Aku kena hadam satu persatu cerita.. Kalau tak hadam dengan betul, aku tak dapat feel buku ni dan tak faham jalan ceritanya.. 

Buat penulis, teruskan menulis karya yang lebih bagus.. Shaz Johar dah jadi penulis feberet aku.. Hehe.. Banyak lagi buku Shaz Johar yang nak kena cari ni termasuk buku baru terbit.. Tumb up!



QuickEdit
Lea Azleeya
10 Comments

10 comments:

  1. Menarik 👍

    Jemput join segmen ya 😊

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. menarik juga 🤔 suka cerita yang buat kita teetanya tanya ni

    ReplyDelete
  3. teringat saya dengan bos saya..

    dia minat baca novel yang berkisar kepada kisah benar

    ReplyDelete
  4. wow! macam best. seronok ni kalau dapat baca...

    ReplyDelete
  5. rajin baca novel, meningkatkan kosa kata dan ilmu

    ReplyDelete
  6. dah baca nota, best juga walaupun memeningkan juga. next time nak try baca buku ni pula :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Saya pun suka baca novel. salah satu aktiviti yg dimanfaatkan sewaktu PKP ni.

    ReplyDelete
  8. okay cover page dye scary

    ReplyDelete
  9. mujur awal2 baca je mental hihi

    ReplyDelete
  10. Mental baca novel ini.. hehehe

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)