Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Sedap

Thursday, April 16, 2020

Resepi Puding Roti Kukus Bersma Sos Kastard Sedap  |  Sejak dua menjak ni rajin bebeno memasak.. Almaklumlah, dok kat umah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni tak tahu nak buat apa.. Jadi, jadual harian penuh dengan aktiviti memasak aje.. Tak de la 24 jam memasak.. Sampai waktu masak kita masak la dan yang paling aneh-aneh bila sehari dua ni, rajin buat kueh... Haha!! Cuma buat kueh yang modalnya kecik je la.. Yang mahal-mahal tak mampu.. Itu pun atas permintaan anak dan encik suami.. Kalau tak, memang tak buat.. Nak jugak save bajet kan time macam ni.. Tak boleh nak memboros tak tentu hala..

Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Sedap

Hari ni aku tunaikan permintaan encik suami nak makan Puding Roti Kukus bersama Sos Kastard.. Lama dah dia mintak buatkan puding ni.. Cuma aku je malas-malas siput.. Rini disebabkan terlebih rajin, so bolehlah kita buat.. Lagi pun roti banyak dok ada ni.. Sebelum expired, baik buat kueh.. Kalau tak rugi, buang aje bagi tong sampah makan.. Huhu.. Membazir amalan syitonnnnn awak! Hiks..

Ok, jom kita tengok resepi puding roti kukus aku...

Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Sedap

Bahan-Bahan Resepi Puding Roti Kukus
  • 9 - 10 keping roti putih (aku guna roti gardenia)
  • 3 biji telur**
  • 1 tin susu cair**
  • 4 sudu besar gula**
  • 1 sudu teh esen vanilla**
  • Mentega (aku guna majerin pelangi je)
  • Kismis (aku guna jenama ligo)
  • Buah ceri hijau merah

Cara Menyediakan Puding Roti Kukus
  • Sapukan mentega pada loyang.. 
  • Sapukan mentega pada roti (depan & belakang).. Sapu nipis sudah.. Tak de la muak sangat nanti bila makan.. hehe.. Potong 4 roti atau nak carik-carikkan pun boleh.. 
  • Susun roti dalam loyang rapat-rapat..
  • Satukan bahan yang bertanda ** ke dalam satu bekas.. Kacau adunan sehingga sebati.. Nak kacau pun boleh atau nak guna blander pun boleh.. Aku kacau guna sudu jerk.. 
  • Curahkan adunan yang dikacau tadi ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang tadi.. Tekan roti supaya sebati dengan adunan.. Biarkan seketika supaya roti menyerap adunan tadi..
  • Tabur kismis dan buah ceri hijau merah tadi diatas roti.. Nak guna coklat chip pun boleh..
  • Panaskan pengukus..
  • Bila air kukusan mendidih, baru masukkan loyang berisi roti tadi ke dalam pengukus.. Kukus selama 30 - 35 minit..


Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Sedap

Bahan-Bahan Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 3 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 - 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Menyediakan Sos Kastard
  • Satukan kesemua bahan diatas ke dalam periuk.
  • Kacau perlahan-lahan diatas api yang perlahan sehingga mendidih dan pekat..
  • Dah siap bolehlah sejukkan..


3 comments:

  1. meleleh air liur tgk ni ... sedap

    ReplyDelete
  2. menarik.. ni dalam list juga nak buat
    cuma x decide lagi nak yg kukus or bakar hehe..
    sedapnya sos tu.. saya slalu ada je x kena kalo buat sos custard
    blh cbuba resepi ni nanti..

    ReplyDelete
  3. sedapnya lea.. makan pula sejuk-sejuk.. best..

    ReplyDelete