Resepi Donut Gebu Paling Mudah Nak Buat


Resepi Donut Gebu Paling Mudah  |  Bebudak ni dah berapa hari request nak makan donut terutama si Qhaliff.. Dalam otak ni dok fikir, boleh ke buat ni.. Aku tak pernah buat donut sepanjang hidup ni.. Makan pernah la.. Haha!! Disebabkan dorang nak makan sangat, hari ni aku luangkan masa untuk buat donut gebu untuk dorang.. Firstime try guna resepi dalam google.. Jadi ke idok? Haaa jom tengok..

Resepi Donut Gebu Paling Mudah


Inilah dia hasil kejadian.. Acuan tak de, so bedal dengan tangan.. Tangan pun tak berapa berseni.. Ini je la mampu terhasil bentuknya.. Haha.. Walaupun rupanya tiada tapi rasanya ada berkat mencuba walaupun baru sekali mencuba.. Cewahh.. Haha.. Alhamdulillah gebu molek.. Lembut molek donutnya... Dah sejuk pun lembut lagi walaupun aku guna tak cukup bahan... Banyaknye perkataan walaupun.. Cam redha sangat je nampaknya tu.. Haha!! Jom tengok resepi yang aku guna..

Resepi Donut Gebu Paling Mudah Alaf Ini!

Bahan-bahan 1
  • 1 paket yis (aku guna mauri-pan)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula

Bahan-bahan 2
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu majerin (aku guna majerin pelangi je)
  • 2 sudu teh baking powder (aku tak isi sebab tak de.. hehe)
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara penyediaan Donut Gebu Gebas
  • Campurkan bahan-bahan 1 dan biarkan kembang
  • Campurkan bahan-bahan 2 ramas hinga sebati.. kemudian campurkan bahan-bahan 1 yang telah kembang tadi dan gaul rata..
  • Biarkan selama 1 jam dan pastikan bekas ditutup.. (aku tak sempat tunggu satu jam, anak tak sabar nak makan dah.. haha)
  • Untuk resepi ni, aduan memang akan kelihatan lembik.. Itu normal ye.. Jangan memandai campur tepung pulak.. Hehe..
  • Lepas 1 jam, bolehlah diramas-ramas dan ditumbok-tumbok doh tadi supaya keluar semua angin..
  • Kemudian ambil sedikit untuk dicanai dan terap.. (aku tak de acuan, so guna kreativiti sendiri.. itu sebab begitu kejadian bentuknye.. haha) Kalau rasa susah nak terap, gunalah tepung ye untuk terap acuan tu...
  • Dah terap, biarkan selama 30 minit dan bolehlah digoreng.. (Aku tak tunggu 30 minit pun, terus goreng je.. Malas nak menunggu lagi.. Anak-anak dah bising nak makan.. Haha )

Serius, resepi ni memang menjadi.. Lembut sangat walaupun aku tak ikut 100% stepnya dan bahan pun ada yang tak ada... Masih lembut dan gebu.. Kalau ikut step by step aku yakin lebih gebussss... Selamat mencuba.. 



QuickEdit
Lea Azleeya
6 Comments

6 comments:

  1. Woww, bestnyaa. Wawa baru buat minggu lepas, nak buat lagi, cari yis dah habis kat kedai sini.

    ReplyDelete
  2. it would be fun to make this dengan my sisters. i wanna go homeee

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..alhamdulillah menjadi tu.Lepas ni boleh buat lagi.

    ReplyDelete
  4. itu pon nampak sedap sangat dah tu

    ReplyDelete
  5. nampak comel da tu kejadian.. untuk first timer patut dipuji =)

    ReplyDelete

[name=Lea Azleeya] [img=//1.bp.blogspot.com/-grWfwgzBOkQ/Xq8WSYJDTsI/AAAAAAAAfZI/tVxseM6NvuIeDN_Ksav4Cf2pX3udRXJGQCLcBGAsYHQ/s1600/lea%2B1.jpeg] [description=Hi, Lea here! I'm lifestyle & beauty blogger based in Kuantan, Pahang. I'm started blogging since Jun 2013. For any review, please email me at sotskirts@gmail.com] (facebook=http://www.facebook.com/s0tskirt) (twitter=http://www.twitter.com/LeaAzleeya) (instagram=http://www.instagram.com/lea_azleeya) (youtube=http://www.youtube.com/leaazleeya)