Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

Friday, November 8, 2019

Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam  |  Bab tona kulit tak sekata ni memang menjadi masalah pada aku sejak dulu.. Bukan senang oh nak dapat kulit cantik sekata kecuali ko dah dilahirkan berkulit cantik dan sekata.. Macam-macam produk dah aku pakai mahupun makan untuk kembalikan tona kulit yang sekata.. Setakat ni, hanya indah khabar dari rupa ceritanya.. Huhu..  Sungguhpun begitu, aku masih tak berputus asa untuk kearah itu.. Tidak kiralah sama ada aku guna skincare terbaik di Malaysia mahupun aku consume supplement terbaik untuk cantik.. 

Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam


Now, aku cuba pula supplement dari Biolife ni iaitu Pynocare.. Katanya sangat helokkk untuk baiki masalah kulit yang tidak sekata ni.. So, takan nak dengar saja kan, kenalah cuba jugak.. Walaupun aku dah cuba bermacam supplement sebelum ni, perkara pertama yang perlu aku pastikan terlebih dahulu adalah status selamat produk tersebut.. Sebab tu aku lebih prefer untuk dapatkan supplement kecantikan ni kat farmasi atau outlet yang diyakini seperti Watsons.. Begitulah juga dengan Pynocare ni, aku dapatkannya di Watsons Malaysia.. Hehe..

Sebelum aku bercerita perihal supplement Pynocare ni, marilah kita ambil tahu dulu punca-punca terjadinya tona kulit tidak sekata.. Yang ni memang korang kena tau sebelum korang consume apa-apa supplement untuk tujuan tersebut.. Samalah juga kalau nak guna produk skincare, korang tetap kena ambil tahu ini.. 

Melanin Punca Tona Kulit Tidak Sekata


Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

Apa itu melanin?

Melanin merupakan pigment yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita.. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu.

Bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata adalah disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu. Ini lebih ketara bila kita sering terdedah kepada persekitaran panas. Contohnya berjalan & melancong ke cuaca yang beriklim panas dan kering. Pergi umrah ke tanah suci ke.

Punca-Punca Kepada Masalah Kulit


Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

Kadang bila mempunyai masalah kulit, kita dah gelabah nak cari produk untuk atasi masalah kita.. Sedangkan ada ketika kita tak tahu langsung akan puncanya.. Jadi, setiap masalah kulit tu kita kena pastikan terlebih dahulu apakah punca sebenar kepada permasalahan tersebut.. Barulah boleh kita cari produk yang betul-betul sesuai untuk atasinya. Contohnya la, masalah jerawat, boleh jadi sebab produk yang kita gunakan tak sesuai. Boleh jadi juga pemakanan kita tak sihat. Banyak makanan berminyak.

Kebiasaannya masalah kulit ni adalah berpunca daripada cahaya matahari.. Ia merupakan faktor utama bagi masalah kulit yang kita hadapi.. Masalah tersebut akan menjadi lebih teruk bila terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari.. Selain itu, punca-punca lain adalah :-
  • Perubahan hormoin disebabkan kehamilan dan pil kontraseptif
  • Masalah Endokrin seperti tiroid, ovari
  • Menggunakan kosmetik atau produk yang bertoksik pada cahaya seperti merkuri, asid salisilik
  • Mengambil ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya seperti antibiotik, ubat anti-radang

Pynocare Esen Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Bagaikan Kristal Dari Dalam



Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

Kalau korang nak tahu, MSCC Complex Actisome yang terkandung dalam Pynocare ini  dapat meningkatkan bioavailability untuk penyerapan yang lebih baik seperti dapat pertahan dari radikal bebas dengan membekalkan antioksidan yang berkuasa untuk melawan radikal bebas yang menjadi pencetus utama terjadinya tona kulit tidak sekata. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung UV dimana antioksidan meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV.

Pynocare ni dihasilkan daripada gabungan ramuan tumbuhan semulajadi yang boleh melindungi kulit daripada penuaan pra-matang dan tona kulit yang tidak sekata seperti ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis, ekstrak D.Salina, Vitamin C dan E..

Bahan Utama Pynocare


Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

1.  Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis

Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas dan berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E

2. Ekstrak D. Salina

Berupaya dalam membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid dan beta-karotena serta merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

3. Vitamin C

Ia merupakan antioksidan semulajadi yang dapat melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat. Selain itu, ia dapat menghalang penghasilan dan pembentukan melanin dengan kerjasama vitamin E.

4. Vitamin E

Vitamin E ni memang sinonim untuk kecantikan kulit.. Vitamin E ini sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas. Ia juga memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan foto-penuaan. Foto-penuaan? Apakah? Haaa Foto-penuaan ni adalah penuaan pra-matang kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada radiasi UV yang berulang-ulang.

Cara Pengambilan Pynocare


Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

Seperti yang aku perjelaskan diawal tadi, Pynocare ini didatangkan dengan perumusan proprietasi terobosan - MSCC Complex Actisome yang menyediakan ekstrak tumbuhan semulajadi dan vitamin yang telah diuji secara klinikal untuk mendapatkan kembali tona kulit yang jelas dan sekata dari dalam..

Ok untuk pengambilan Pynocare ni, korang kenalah ambil dengan dos yang telah ditetapkan supaya korang dapat kesan yang maximum.. Dos pengambilannya adalah 2 kapsul sehari selepas makan.. Ikut korang la sama ada nak makan satu kapsul pagi, satu kapsul petang dan juga waktu malam pun.. Janji 2 kapsul sehari.. Macam aku, aku ambil 2 kapsul sekali selepas makan.. Biasanya aku akan ambil selepas bekfes.. 

Dapatkan Pynocare Untuk Kembalikan Tona Kulit Sekata


Pynocare Supplement Untuk Kembalikan Tona Kulit Yang Sekata Dari Dalam

Oh lupa nak kasitau.. Pynocare ni didatangkan dalam bentuk softgel capsules yang mudah diambil.. Dalam satu kotak ni mengandungi 50 kapsul Pynocare.. Jadinya, satu kotak ni untuk 25 hari.. Macam biasa, setiap supplement atau produk yang kita ambil hasilnya adalah mengikut keserasian tubuh badan kita sendiri sebabnya setiap badan manusia tak sama.. Apa yang penting, nak cantik tu kenalah konsisten dan no skip dalam pengambilannya.. Takat ni aku tak skip lagi.. Haha!! Nak lebih cantik, korang bolehlah guna skincare seperti serum muka terbaik yang sesuai sebagai tambahan dimana ia boleh membantu sekatakan tona kulit korang untuk luaran.. Baru padu!!

Orite, kalau korang nak kulit cantik tona sekata, bolehlah cuba Pynocare ni ye.. Kat mane nak dapatkan? Haa korang boleh dapatkan di semua farmasi terkemuka atau boleh juga dapatkan di Lazada, CARiNG dan Watsons seperti link kat bawah ni jika korang nak beli secara online..

💜  Lazada  :  http://biolife.2.vu/Lazada-Pynocare
💜  CARiNG  :  http://biolife.2.vu/CARiNG-Pynocare
💜  Watsons  :  http://biolife.2.vu/Watsons-Pynocare



1 comment: