Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap.. Wajib Cuba!

Tuesday, September 10, 2019

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap.. Wajib Cuba!  |  Berkurun dah kot tak masak resepi ayam masak lemak cili api ni.. Entah bila last aku masak masakan ni.. Cuti baru ni teringin pulak nak makan dan terus aje arahkan encik suami beli bahan-bahan yang tak ada dalam freezer.. Nasib baik member on jerk dengan selera aku ni.. Haha!! Biasa dia request lauk kari.. Isk tak jemu agaknya.. Huh!! Kali ni tukar la sikit selera kan.. Kita makan menu yang pedas meletop pulak.. Pedas keh?? Hehe..

masak lemak kuning
Ini jerk la gambo yang ada!! Ahakz..

Adeh, terlupa nak snap gambar lauk yang lebih proper.. Nasib jugak la ada gambar ni.. Kalau tak, kena pinjam gambar orang lain.. Opsss!! Haha.. Ok, macam biasa bila dah lama tak masak satu-satu jenis lauk tu, mesti nak kene google resepinya.. So, blog yang aku tuju terlebih dahulu sudah semestinya blog kak azie kitchen.. Aku serasi dengan resepi di blognya.. Setakat ini semuanya menjadi dan sedap.. Alhamdulillah.. Tq Kak Azie.. Muaxxxx ciked! Kali ni aku cuba resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap dan Wajib Cuba! Jom check resepinya.. Resepi derhaka ni.. Haha.. Kalau ikut betul rasanya lagi sedap kot.. Aku ni tau nak senang jerk kejenye.. Kehkeh!!

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam - dipotong beberapa bahagian
1 kotak santan jenama Adabi
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris halus
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
8 biji cili api hijau
5 biji cili api merah
1 inci kunyit hidup
2 ulas bawang merah
1 batang serai

Cara-Cara

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga agak masak
  • Masukkan ayam, kacau rata hingga sebati..
  • Masukkan santan cari dan masak sehingga mendidih... Masukkan asam keping. (aku isi 2 keping asam keping sebabnya asam keping aku tu kurang masam.. hehe)
  • Bila ayam dah empuk, bolehlah masukkan daun kunyit yang dihiris halussss..
  • Kemudian tambahkan santan pekat. Selepas masukkan santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja.. Tutup api dan terus di kacau..
  • Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil agar tiada buih-buih cinta dalam kuih.. hehe.. 
  • Last sekali, sesuaikan rasa masam, masin, manisnya... Kalau rasa tak masin, tambah la garam ye..
  • Bila dah nampak kuah pekat dan terbit minyak, bolehlah ditutup api dan sedia untuk disantap.. Hiks..

Alhamdulillah menjadik aku punya masakan kali ni.. Lemak cukup, masin cukup, pedas cukup.. Perfect.. Pape pun kene terima kasih pada Kak Azie ni.. Banyak bantu aku dalam masakan.. Hiks.. Bila masak pedas, mesti anak tak boleh makan.. Jadi, aku gorenglah ayam kunyit kacang panjang dengan harapan dorang makan.. Tapi hampeh, tak jugak mahu makan.. Susah betul la dorang ni nak makan nasik.. Kalau biskut tu laju jerk.. Memang budak-budak cenggitu ek.. Susah hati aku.. Huh..

masak lemak kuning


Ini untuk anak.. Hehe.. Nama jerk untuk anak tapi mak bapaknya jugak perabis.. Huhu.. Oklah, next episod aku share resepi lain pulak ye yang aku dah cuba.. Insyaallah.. :) Pape pun korang try la dulu ye Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Sedap ni.. Wajib Cuba tau! Selamat mencuba..



2 comments:

  1. Ayam masak lemak cili api memang fav akak...skrg pantang dulu makan lemak2 ni...tgok post ni rindu plak nak makan masak lemak cili api ayam...

    ReplyDelete
  2. Menu fav ni. Nti nk dtg umh tlg msk ni ea. Hehehe

    ReplyDelete