Top Social

Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah

Friday, August 02, 2019
Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah  |  Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikhan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindungan kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.


Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, Eversoft memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi jepun. Eversoft kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.


Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, Eversoft Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/SLS, propylene, glycol, phyhalates, wangian, alcohol, minyak mineral dan pewarna menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.


Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Normal


Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi micellar water yang anda gemari. Namun Eversoft Avocado Micellar Cleansing Water inid apat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Kering


Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan Eversoft Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan pelindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water - Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat


Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam  Eversoft Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.


Eversoft Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.


Rangkaian Eversoft Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (SM) dan RM27.20 (SS) dalam botol bersaiz 300ml di semua pasaraya besar, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


8 comments on "Eversoft Micellar Cleansing Water Dengan 100% Ekstrak Tumbuhan Organik Menanggalkan solekan Dengan Mudah"
  1. Pembersih male up ni penting kan Lea...lagi kalau seharian muka bermake up..kena bersihkan betul-betul..kalau ta risau naik jerawat.

    ReplyDelete
  2. Brand eversoft ni famous dgn avocado.tak pernh try lgi brand ni tpi mcm best jaa

    ReplyDelete
  3. Wow Eversoft also come out its own micellar water cleanser, later i will check out

    ReplyDelete
  4. Lama gila kan jenama ni kat pasaran.. Now dh ada yg terbaru..love it

    ReplyDelete
  5. Wah eversoft dah ada yg baru la... Yg dulu punya pun kita suka sebab sng je nk tanggal

    ReplyDelete
  6. I have not try their micellar cleansing water yet, will check it out later

    ReplyDelete
  7. Tertarik pulak nak dapatkan Eversoft Micellar Cleansing Water ni.. sebab eversoft ni pun antara produk yang serasi dengan kulit TB

    ReplyDelete
  8. Wah.. produk baru eversoft ye Lea..

    ReplyDelete