Kisah Hidup Lelaki 3 Jari Ini Menjadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia

Wednesday, May 1, 2019

Kisah Hidup Lelaki 3 Jari Ini Menjadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia  |  Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja-pekerja di Malaysia..!! Seronok dapat bercuti hari ni dapatlah aku rehatkan badan yang masih lemah ni.. Bila dalam keadaan macam ni, aku teringat satu kisah hidup lelaki 3 jari yang menjadi inspirasi buat rakayat malaysia malah aku sendiri terinspirasi dengan kisah hidup beliau.. Betapa tabahnya beliau menghadapi hari-hari dalam keadaan diri yang serba kekurangan sehingga beliau berjaya mencipta kejayaannya sendiri.. Kagum gila aku!!

Baru-baru ni, aku ada menonton video luahan rasa dari lelaki ini yang kini telah pun viral di media sosial.. Aku sangat terkesan dengan luahannya.. Rasa kagum tu tak dapat digambarkan lagi saat aku melihat video tersebut.. Beliau yang berstatus OKU mampu mencapai kejayaan dalam hidup disamping membantu orang disekelilingnya.. Kita bagaimana? Jom ikuti perkongsian kisah hidup Khairul Nizam, Pengasas Jamumall ini..


Ikuti luahan hati Khairul Nizam

Diusia 30 tahun.. Dengan keadaan cacat, aku bersyukur dengan kehidupan aku.. Aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn. Bhd dan membina platform jualan jamumall.com.. Aku happy kerana mampu beli apa sahaja yang aku inginkan, mampu makan yang mewah-mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak lagi negara aku dan sampai.. Yang paling best aku dpapat sediakan rumah mewah untuk keluarga aku, tanggung family dan bersedekah setiap hari...


Bukan nak riak tapi aku tahu ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku, nak ada banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku...


Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. Makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga.. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian aku... Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun!!!


Ade ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika aku haus, lapar, penat, takde orang disisi.. Tetapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah berikan aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang Dia nak aku buat.. 


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang diluar sana.. Kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain... 

Sebaliknya aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suke bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat giveup bile ade cabaran!! Ramai cube memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah.. Paling terkesan nak bagi duit kepada mak dan ayah, family pun tak mampu...


Aku sedih!!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka... Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur.. Bersyukur dengan nikmat yang allah beri dan jangan sia-siakan.. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain... Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan dan senyuman ramai orang disekeliling aku..


Kini aku sedar.. Untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah... Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang..


Semua value yang ade dalam diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya!!!

Akhir kata... Kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling, anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. Kite je mampu ubah diri kita!!


Ternyata kisah hidup Khairul Nizam sangat memberi inspirasi kepada rakyat malaysia terutamanya kepada kita yang sihat sempuna ini untuk berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.. Bukan hanya duduk tidak berbuat apa-apa menunggu bulan jatuh ke riba.. Tiada kejayaan yang boleh dicapai tanpa usaha.. Tidakkah kita berasa malu dengan seorang yang hebat seperti Khairul Nizam ini..

Jadi berhentilah merungut dengan kesusahan sebaliknya berusaha sehingga berjaya.. Semoga Khairul Nizam akan lebih berjaya dimasa akan datang agar dapat terus berbakti kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling beliau.. Aku doakan agar beliau diberi perlindunganNya dan kesihatan yang baik..

Tonton video luahan rasa Khairul Nizam

Eh, jangan lupa tau follow beliau di :-
Faceebook : https://web.facebook.com/khairulnizamofficial/
Facebook Page : https://web.facebook.com/Jamumallcom/   
Instagram : https://www.instagram.com/hyekhairul/  
Website : https://jamumall.com/  
#Nizam3Jari #Jamumall



15 comments:

  1. tidak sangat mengikutinya di fb walaupun ramai yg share,di blog juga ramai yang share,jadi terpanggil untuk baca entry ni..perasaan bercampur2 susah untuk diungkapkan apa rasanya..ya sanat termotivasi ingin berjaya lebih lagi dr sekarang ni..tq dear for sharing

    ReplyDelete
  2. Sangat menyentuh emosi dan suntik semangat nak berjaya

    ReplyDelete
  3. hebat dan kagum semangat beliau..kita yang sempurna ni mampu ke berjaya mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Kagum dengan cerita khairul nizam ni. Menjadi inspirasi pada org di luar sana.

    ReplyDelete
  5. Sangat berinspirasi kisah dia.. Jamumall pon dh maju

    ReplyDelete
  6. Nk seribu daya kan.. Ini yg sihat pun xnak berubah menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  7. Memang menakjubkan beliau...insan hebat

    ReplyDelete
  8. kagum tengok semangat dia nak maju..dan akhirnya dia capai apa yang dia nak

    ReplyDelete
  9. Kuat semangat beliau kan nak ubah hidup agar lebih baik..

    ReplyDelete
  10. Pernah terbaca gak pasal dia ni..

    ReplyDelete
  11. Semangat beliau memang jadi inspirasi pada kita semua

    ReplyDelete
  12. This is a very inspiring story, and i admire his determination.

    ReplyDelete
  13. Dia seorang yang hebat. Allah ciptakan dia untuk buktikan pada kita semua, sekalipun kita ada kekurangan, tapi kita masih boleh berjaya dengan usaha yang ada.

    ReplyDelete
  14. Hebatnya kamu berdiri dan berjaya menjadi usahawan

    ReplyDelete