Baby Skincare Essentials Dari Joielle Baby Set Lengkap Untuk Penjagaan Kulit Bayi

Thursday, April 18, 2019

Baby Skincare Essentials Dari Joielle Baby Set Lengkap Untuk Penjagaan Kulit Bayi  | Apabila menjadi seorang ibu, perasaan gembira dan bahagia tu tak dapat digambarkan bagaimana.. Setelah mengandungkan mereka selama 9 bulan dan akhirnya dapat melihatnya di alam realiti buat pertama kalinya menjadikan itu sebagai satu moment terindah dalam hidup.. Sebagai seorang ibu, bukan sahaja belaian manja dan kasih sayang yang harus aku berikan kepada mereka malah penjagaan kulit mereka juga perlu aku utamakan.. Sebab itulah aku memilih set lengkap untuk penjagaan kulit bayi dari Joielle Baby iaitu Baby Skincare Essentials yang dihasilkan daripada bahan organik dan selamat untuk baby..


Joielle Baby Set Lengkap Untuk Penjagaan Kulit Bayi

Joielle Baby telah berada di pasaran selama 4 tahun dan produk ini telah mematuhi piawaian tertinggi untuk penjagaan kulit bayi.. Semua produk Joielle Baby ini telah diuji secara dermatologi oleh Badan Persijilan Eropah, Harlan Lab Ltd... Jadi, dah tak perlu risau untuk menggunakan produk ini kerana ia memang selamat digunakan.. Setiap baby pun layak untuk mendapatkan keselesaan, keselamatan dan kegembiraan yang mutlak tau..


Ok, Joielle Baby ni telah mengeluarkan pelbagai produk yang diperlukan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.. Mommies hanya perlu pilih sahaja yang mana berkenan di hati dan sesuai untuk baby.. Baby Skincare Essentials ni terdiri daripada beberapa produk seperti :-
  • Joielle Baby Shampoo
  • Joielle Baby Bath
  • Joielle Baby Lotion
  • Joielle Baby Oil
  • Joielle Baby Cream
  • Joielle Baby Chest & Tummy Rub
Produk Joielle Baby ini diperkaya dengan vitamin E, lidah buaya dan menggunakan kebanyakkannya dari bahan-bahan semulajadi yang sememangnya selamat untuk kulit bayi.. Ia juga berbau harum dan dalam masa yang sama dapat membaiki serta menyembuhkan kulit bayi terutamanya bagi yang mempunyai masalah eczema atau ruam.. Bukan itu sahaja tau, produk ini juga bebas dari SLS, parabens dan steroid..

Baby Skincare Essentials Dari Joielle Baby

Kadang-kadang kita tidak pasti apa yang perlu untuk baby yang baru lahir.. Kulit baru mereka memerlukan penjagaan yang sebaiknya supaya tidak rosak.. Jadi, amat perlu untuk memilih skincare yang sesuai dan selamat digunakan.. Jangan risau kerana Joielle Baby adalah jawapannya.. Baby Skincare Essentials diperkaya dengan ekstrak botani dan vitamin E untuk memastikan hanya yang terbaik untuk rambut dan kulit baby..

1.  Joielle Baby Shampoo


Joielle Baby Shampoo ini diperkaya dengan Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera.. Ia berfungsi membersihkan dan melindungi kulit baby yang sedang berkembang sambil melindungi halangan kelembapan semulajadi.. Dengan baunya yang sangatlah wangi ini membolehkan bonding time antara ibu bapa dan anak itu sendiri.. Dah la wangi, teksturnya pun sangatlah lembut.. 

2.  Joielle Baby Bath


Joielle Baby Bath mengandungi relaxing scents yang boleh menenangkan si kecil sebelum naptime. Ekstrak botani, Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera bekerjasama untuk melindungi halangan kelembapan kulit dan menyegarkan semula kulit yang teriritasi dan reda.. Bau baby bath ni pun best juga.. Wangi sangat-sangat sampaikan aku sendiri rasa nak mandi menggunakannya.. Best tau bau dia.. 

3.  Joielle Baby Lotion


Sapukan Joielle Baby Lotion untuk perlindungan lembapan tambahan. Ia diperbuat dengan piawaian tertinggi dalam penjagaan bayi.. Vitamin E dan ekstrak Aloe Vera telah dirumuskan untuk memastikan keselesaan mutlak.. Hey, im falling in love with baby lotion ni.. Wangi sangat weh.. Dah kenapa semua produk Joielle Baby ni wangi-wangi belaka ye.. Anak suka ibu pun suka tau.. Hehe..

4.  Joielle Baby Oil


Gunakan sedikit sahaja Joielle Baby Oil ni dan boleh merasai keseronokan mengurut si kecil selepas mandi.. Ia bagi memastikan kulit baby lebih lembut.. Dirumuskan dari herba semulajadi, minyak ini mudah meresap ke dalam kulit dan membantu mengawal keseimbangan hidrolipid untuk membolehkan kulit lembap sempurna.. Dengan sentuhan urutan ni bonding antara ibu dan anak akan semakin akrab.. 

5.  Joielle Baby Cream


Joielle Baby Cream sangat best tau sebabnya ia dapat meningkatkan kelembapan kulit. Dengan memanfaatkan ciri-ciri Aloe Vera dan ramuan berasaskan tumbuhan semulajadi, ia sesuai untuk menenangkan dan melembapkan kulit kering, chapped dan rosak.. 

6.  Joielle Baby Chest & Tummy Rub


Joielle Baby Chest & Tummy Rub diperbuat untuk keselesaan baby dalam mengatasi masalah penghadaman dan mengurangkan sakit perut.. Rumusan lembut dengan kayu putih dan peppermint ini akan menenang dan memudahkan kesesakan hidung baby.. Ini penyelamat aku bila baby aku selesema atau sakit perut.. Memang bagus sangat..

Baby Skincare Essentials Sesuai Untuk Newborn


Set lengkap Baby Skincare Essentials dari Joielle Baby ni sangat sesuai untuk baby yang baru lahir kerana set ini mengandungi shampoo, mandian, losyen, minyak baby, krim baby dan krim dada & perut baby.. Bagi ibu-ibu yang suka bercuti dan suka travel jauh-jauh yang mempunyai baby, korang wajib dapatkan Joielle Travel Set bagi memudahkan korang membawanya kemana sahaja.. 

Ok untuk harganya pula, bagi Set Baby Skincare Essentials hanya RM199 sahaja manakala Joielle Travel Set pula hanya RM99.00 sahaja.. Hah berita baik buat korang!! Bagi korang yang nak dapatkan diskaun 10% bagi setiap pembelian produk Joielle Baby ni, korang boleh gunakan kod coupon : azleya09 semasa pembelian di website Joielle Baby..


Aku sangat recommend mommies menggunakan skincare baby dari jenama Joielle Baby ni sebabnya ianya organik, halal dan selamat digunakan oleh baby.. Bagi yang mempunyai masalah eczema, kulit kering dan ruam, aku sangat cadangkan korang try skincare ini.. Joielle Baby, best for your baby.. Healthy Baby, Happy Mummy!!

Bagi yang ingin mendapatkan produk Joielle Baby ni, korang boleh dapatkan di Penjagaan Ibu, Mid Valley Megamall, Happikiddo, Citta Mall Outlet, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Bangi, Tateh, Babyku, Moms House Baby Shop,Fabulous Mom dan Marissa Shoppe.

Untuk info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook



13 comments:

  1. Wah...bestnye bila produk bayi ni diyakini halal dan bersih. Lagi pula wangi. Memang menepati selera ibu-ibh di luar untuk penjagaan rapi anak-anak.

    ReplyDelete
  2. These baby products look good. I would love to try

    ReplyDelete
  3. Nice produk. Mudah nak beli ada set lengkap macam ni kan

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik produk ni .Sebab menggunakan bahan yang selamat dan baik untuk kulit bayi

    ReplyDelete
  5. comel packing dia. lengkap set ini semua ada.. wajib ibu bapa ada set cmni kat rumah

    ReplyDelete
  6. Wahh skincare baru utk baby.. Skrg mmg kne cri utk baby yg jnis natural ingredients kan...

    ReplyDelete
  7. Lengkap terus satu set. Best gini, mudah. Banyak baby product best2 skrg ni, banyak pilihan..

    ReplyDelete
  8. lama x singgah sini. hi akak, lama tak jmpe

    ReplyDelete
  9. Aww so nice, i like their sweet and colourful packaging. Produk mesti best kan.

    ReplyDelete
  10. wah must have product ni. nice sharing ;)

    ReplyDelete
  11. cute nya packaging dia.. teringin nak cuba juga..

    ReplyDelete
  12. Packing cute , produk organik pulak memang sesuai la untuk kanak-kanak yang ada masalah kulit ke kan

    ReplyDelete