Top Social

Kenapa Lea Azleeya Pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++?

Monday, March 25, 2019
Kenapa Lea Azleeya Pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++?  |  Dalam banyak-banyak foundation, aku lebih suka memilih BB Cream sebagai makeup base aku.. Selalunya aku akan pilih BB Cushion sebabnya ia memberi efek yang lebih ohsem berbanding BB Cream jenis dalam tiub.. Itu pendapat aku berdasarkan pengalaman penggunaan aku sebelum ni.. Now, aku diperkenalkan pula dengan satu jenama BB Cushion yang didatangkan dalam packaging yang super cute iaitu Hannah Cushion BB Cream.. Best tau BB Cream Hannah ni.. Haa nak tau tak kenapa Lea Azleeya pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++ ni? Kalau nak tahu, kena la stay sampai noktah terakhir ye..


Kenapa Lea Azleeya Pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++?

Aku ni agak cerewet sebenarnya dalam pemilihan foundation muka ni.. Aku tak suka tekstur yang terlalu berat sebabnya muka akan jadi tak selesa dan kulit terasa lemas.. Sebab itu juga aku lebih suka pilih BB Cushion sebagai makeup base aku kerana teksturnya lebih ringan dan mudah diapply pada muka.. 

Kenapa aku pilih Hannah Cushion BB Cream ni?


Mesti ramai nak tahu kenapa aku obses sangat dengan BB Cream Hannah ni kan.. Ada beberapa sebab yang menjadikan BB Cream ni sangat bagus pada aku.. Antaranya ialah :-

1.  Mempunyai SPF 35PA++

Tahu tak SPF tu apa? Bagi yang tak tahu, SPF tu singkatan kepada Sun Protection Factor dimana ia sebagai ukuran seberapa bagusnya sesuatu produk tu dapat melindungi kulit muka dari UVB.. Macam BB Cream Hannah ni ia mengandungi SPF 35PA++ dah cukup tinggi untuk melindungi kulit muka aku daripada sinar UVB dimana jika tidak dilindungi boleh mengakibatkan sunburn.. Untuk SPF 35, ia dapat melindungi kulit sehingga 97% dari sinar UVB.. 

Bab sunburn ni aku agak takut sikit sebabnya kalau kulit muka aku sunburn, memang susah untuk kembali kepada asal.. Mengambil masa yang agak lama untuk pulih.. Jadi, sebelum terjadinya sunburn, baiklah aku lindungi kulit aku sedari awal dan Hannah BB Cream ni sangat membantu aku dalam melindungi kulit muka.. TQ Hannah.. :)


2.  Teksturnya Sangat Ringan dan Tak Melekit

Seperti yang aku katakan di awal entry tadi, aku lebih prefer untuk pakai BB Cream yang teksturnya ringan.. Jadi,  Hannah BB Cream ni menepati apa yang aku inginkan.. Teksturnya sangat ringan dan sangat selesa bila diapply pada muka.. Ia tidak menutup rapat liang pori sehingga kulit tidak boleh bernafas seperti sesetengah foundation yang pernah aku cuba.. Satu lagi ianya tak melekit..

3.  Cover Parut Jerawat dan Jeragat

Muka aku ni memang tak bermasalah sangat.. Jerawat pun kengkadang jerk muncul pada masa-masa tertentu sahaja.. Tetapi parut jerawat yang tertinggal ketika muka breakout teruk suatu masa dahulu masih ada dan sedikit jeragat mungkin faktor usia.. Heh.. Dah tua hakak ni deknon!! Dah ada Hannah BB Cream ni, alhamdulillah semua tu boleh dicover dengan baik.. Lepas pakai Hannah Bb Cream ni, pastu sapu pulak compact powder, parut jerawat dan jeragat dah tak nampak dah.. Best gile..

4.  Muka Jadi Flawless

Bertepatan dengan moto mereka "Flawless Hannah, I'm Hannah", BB Cream ni memang berjaya meninggalkan efek flawless selepas penggunaannya.. Aku suka!! Sape yang tak suka muka nampak flawless kan.. 

5.  Makeup Tahan Lebih Lama

Satu lagi yang best dengan BB Cream Hannah ni, makeup tahan lebih lama.. Aku dah cuba pakai pergi kerja, time nak solat zohor, makeup masih menten seperti diawal pagi.. Ini salah satu ciri-ciri BB Cream yang aku suka.. 

Kelebihan  Hannah Cushion BB Cream


Setiap produk yang kita pakai mestilah ada kelebihannya yang tersendiri.. Buat apa pakai produk tetapi tiada kelebihan yang kita dapatkan.. Sama la juga dengan BB Cream Hannah ni, ada kelebihannya yang tersendiri.. Antaranya :-
  • Mempunyai UV Protection SPF 35
  • Memberi perlindungan daripada sinar UV yang boleh menyebabkan pigmentasi dan penuaan kulit.
  • Memberi perlindungan daripada Blue Light yang menembusi jauh kedalam kulit yang akan mengakibatkan penuaan kulit dan menjejaskan kualiti tidur
  • Dihasilkan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak daun pegaga dan tumbuhan herba yang mempunyai sifat penyembuhan menjadikan ia anti-jerawat, anti-kedut dan merangsang kolagen.

Packaging Yang Unik Dan Memudahkan


Satu yang aku tertarik tentang BB Cream Hannah ni adalah packagingnya yang super cute, unik dan menarik serta memudahkan.. Mula-mula tu jakun jugak sekejap.. Eh, macam mana nak guna ni.. Hehe.. Almaklumlah firstime tengok packaging BB Cream macam ni.. Sebelum bukak penutupnya, aku tertanya-tanya jugak.. Camne boleh diberi nama Cushion BB Cream sedangkan tak de cushion pun.. Rupanya, bila dah bukak penutup dia, barulah nampak cushionnya.. Haha!! Tahap jakun tu lebih sikit kali ni.. Hehe..

Apa yang lagi best, bila dah tersedia cushion di hujung packagingnya, ia sangat mudah untuk digunakan dan disapu ke muka.. Dah tak perlu nak cari span lain.. Calit-calit dan terus ratakan dengan cushion yang disediakan tu.. Sangat senang.. Saiznya yang kecik juga memudahkan untuk dibawa kemana-mana.. Just selit dalam handbag dan boleh digunakan pada bila-bila masa.. Memang owsem!!

Hasil Makeup Menggunakan Hannah Cushion BB Cream



Video time..


Dimana Boleh Beli Hannah Cushion BB Cream?

Sepanjang menggunakan Hannah BB Cream ni, aku sangat berpuashati dengan hasilnya.. Rasa selesa dimuka, tak melekit dan yang paling best dapat efek flawless.. i luv it!! Kat mana nak dapatkan Hannah Cushion BB Cream ni? Ok, korang boleh dapatkan BB Cream Hannah ni secara online di Shopee dan Lazada atau juga boleh didapati dari pengedar sah mereka.

Harga
RM 69.90 (15ml)


Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram


17 comments on "Kenapa Lea Azleeya Pilih Hannah Cushion BB Cream SPF 35PA++?"
  1. Suka lah style fd mcm ni..xpayah nak tuang2..terus tempek je kat muka..boleh try nti

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni sangat penting untuk dapat produk yg ada SPF

    ReplyDelete
  3. Macam menarik kalau kalu boleh cover parut jerawat tu nanti nak cari la

    ReplyDelete
  4. Ringan.Tahan lama.Selesa.Sangat penting terutama untuk penggunaan sepanjang hari.

    ReplyDelete
  5. Dia bb cream atau bb cushion.. Hehehe.. Konfius jap.. Ke sama mcm bb cuahion tapi dlm bentuk botol.. Tengok best juga ye.. Dia cover semua.. Ada spf lagi

    ReplyDelete
  6. Cantiklah packaging dia. Ini produk tempatan ye? First time tahu pasal produk ni

    ReplyDelete
  7. This brand is new to me, i like the packaging and also it looks smooth & flawless on your skin.

    ReplyDelete
  8. Wah, nampak senang je nak pakai, bagus untuk travel ni

    ReplyDelete
  9. Cantik. Nanti nak tey lah Hannah Cushion ni. Mekap nampak flawless

    ReplyDelete
  10. Pernah dengar jenama ni tapi belum berkesempatan nak cuba

    ReplyDelete
  11. Hannah Cushion ni nampak menarik sebab dia dalam bentuk stick dan mudah sangat nak sapu kat muka..

    ReplyDelete
  12. nice. golongan wanita kene dapatkan ni

    ReplyDelete
  13. Patutlah Lea flawless je.. guna produk ini rupanya..

    ReplyDelete