First Sight Love With LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule

Thursday, October 25, 2018

First Sight Love With LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule  |  Woha!! Hey korang tengah buat apa tu? Meh rapat-rapat, hari ni aku nak kongsi dengan korang rutin penjagaan wajah aku yang terbaru iaitu LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule.. Aku ni jenis seorang yang suka mencuba benda yang baru.. Asal orang cakap bagus jerk, mesti aku nak cuba.. Hehe.. Tapi dalam pada mencuba tu, aku akan pastikan juga produk yang aku cuba tu tidak mengandungi bahan yang berbahaya dan selamat digunakan.. Aku sayang muka aku weh!! Mane boleh  main bedal aje pakai produk.. hehe..


Korang pernah tahu tak tentang kewujudan ampoule ni? Hehe aku sendiri pun sebenarnya tak pernah tahu sebelum ni.. Ada yang anggap Ampoule ni adalah sejenis serum.... Betul juga tu cumanya ada perbezaan antara ampoule dan juga serum.. Jom check apakah perbezaannya..

Ampoule vs Serum

Ok, kalau korang nak tahu ampoule ni tekstur dia lebih cair berbanding serum yang agak pekat.. Memang kalau dilihat dari segi packagingnya nampak sama tetapi tak serupa tau sebabnya ampoule ni mengandungi lebih banyak bahan aktif dan kadar serapannya juga lebih cepat... Hah kalau korang menghadapi masalah kulit kering, aku sangat recommend korang guna ampoule sebabnya ampoule ni bertindak sebagai skin booster menjadikan kulit sentiasa lembap..


Serius, sebelum ni aku memang tak berapa familiar dengan ampoule ni.. Selalunya aku kenal dengan serum, essence, toner, moisturiser dan sebagainya kecuali ampoule.. Tak sangka pula sekarang ni ampoule tersenarai dalam list rutin skincare aku dan ianya lagik best berbanding yang lain.. Nampaknya lepas ni, rutin skincare aku bertambahlah maka perbelanjaan juga akan bertambah.. Haha!!

Dah tau apa itu ampoule, ni nak kenalkan kat korang Laf Skin Solution Water Bomb Ampoule pulak.. LaF ampoule ni didatangkan dalam 3 jenis tau iaitu :-
  • Water Bomb Ampoule
  • Whitening Ampoule
  • Anti-Wrinkle Ampoule


Apa itu LaF?

Mesti korang tertanya-tanya kan, apa tu LaF? Haa ni hakak nak cerita la ni.. LaF tu singkatan kepada perkataan Lost and Found sebenarnya yang membawa maksud "masalah dan penyelesaiaan".. Dalam permasalahan kecantikan, LaF merupakan jenama kosmetik inovatif yang bertindak sebagai jalan penyelesaian yang pantas, inovasi dan selamat untuk semua masalah kulit di seluruh dunia.. 

Antara ketiga-tiga jenis LaF Ampoule, kali ni aku memilih untuk mencuba Water Bomb Ampoule.. Best ke? Haaa ni nak cerita ni.. Disebabkan namanya yang kebabomm, aku teruja sangat nak cuba yang ni.. Best atau tak kenalah baca cerita aku sampai habis.. Sebelum tu, kite tengok dulu apa kelebihan LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule ni...

Kelebihan LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule


Banyak kelebihannya LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule ni sebenarnya.. Salah satunya ia dapat memulihkan kesihatan kulit secara semulajadi melalui penjagaan intensif yang memenuhi masalah kulit individu.. Dengan hanya menggunakan satu produk ini sahaja, korang dah dapat merasai perbezaan pada kulit tau.. Tak perlu banyak-banyak produk, cukup hanya dengan LaF Water Bomb ni sahaja.. Tapi kalau nak kesan yang berganda, gunalah ketiga-tiga jenis ampoule ni.. Kesannya lebih ohsemmmm weh!!

Kalau korang nak tahu, ampoule ni sangatlah perlu bagi setiap orang sebabnya kita tak perlu dah nak ke pusat-pusat kecantikan, boleh buat penjagaan kulit sendiri di rumah sahaja.. Lagipun, dengan menggunakan LaF ampoule ni kesannya cepat dan sesuai untuk semua jenis kulit serta masalah kulit..

Antara kandungan LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule ni ialah Sodium hyaluronate, aloe vera leaf water,betaine dan allantoin.. Tahu tak korang apa fungsi Sodium hyaluronate ni? Haa kalau korang nak tahu, ia mampu melembabkan kulit dan memastikan kulit terhidrat serta anjal sepanjang hari.. Manakala Aloe vera pula mengurangkan kulit sensitif.. Eh nak tahu tak, first impression aku tentang produk ni? Meh aku cite..

First Sight Love With LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule


Serius mula-mula aku ingatkan LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule ni jenis serum dalam bentuk air.. Warnanya pun jernih seperti air.. Bila dah cuba, omg!! I luv it!! Teksturnya tak pekat dan sedikit cair tetapi bukanlah seperti air.. Just nice!!  Satu lagik yang aku suka, baunya agak menyenangkan dan ada sedikit bau aloe vera.. Yelahkan, dah nama lagi dihasilkan dari aloevera mestilah ada bau aloevera kan.. Haha..


Ampoule ni sangat mudah menyerap ke dalam kulit.. Bila dah apply, muka akan jadi selesa dan tak melekit seperti sesetengah produk lain.. Jangan tak tahu ye, aku juga jadikan LaF ampoule ni sebagai makeup primer aku tau... Flawlesss jerk muka.. Paling penting muka akan sentiasa lembab dan tak kering lagi,...


Kite sentuh pula tentang packagingnya.. Bila sekali tengok memang macam packaging serum.. Nak membezakan ampoule dengan serum, korang perlu pastikan tulisan di packaging tu tertulis ampoule ataupun serum.. Masa nak beli tu, jangan main bedal ambil sahaja hokeh!! Kena baca dulu dengan teliti.. hehe.. LaF Ampoule ni didatangkan dalam botol kaca yang kedap udara bersama dropper bagi memudahkan penggunaannya..

Cara Guna LaF Skin Solution Water Bomb Ampoule


Kalau aku tak ajar pun mesti korang dah tahu kan macam mana nak pakai ampoule ni.. Tapi aku tetap gigih nak ajar jugak korang cara guna LaF Water Bomb Ampoule ni.. Hehe.. Alhamdulillah muka aku ni tak de masalah sangat.. Rutin penjagaan wajah aku sangatlah ringkas sebabnya aku jenis yang tak suka memadatkan rutin harian aku.. Nak tahu tak aturan rutin penjagaan wajah aku.. Meh nak kabo!! haha..

  1. Pencuci Muka - Mencuci muka adalah satu kemestian pada aku.. Kalau nak muka sihat dan cantik, harus memastikan muka sentiasa dibersihkan dengan sempurna sebelum langkah seterusnya..
  2. Toner - Toner ni keharusan bagi aku.. Eh tapi kengkadang aku skip jugak kalau nak cepat.. Haha!! Nampak tak aku tak disiplin.. hiks..
  3. Ampoule - Biasa aku guna serum.. Tapi bila dah kenal dengan LaF Water Bomb ni, terus berpaling tadah sebabnya ampoule ni lagik best dari serum.. Haha..
  4. Krim Siang / Sunscreen - Aku tak pakai pelembab sebabnya ampoule ni dah cukup melembabkan kulit aku.. So aku dah tak perlu pelembab.. Lepas pakai ampoule, aku terus aje pakai krim siang ataupun sunscreen..

Empat step sahaja rutin penjagaan wajah aku.. Mudahkan!! Lepas dah lakukan rutin ni, barulah aku makeup seperti biasa... Oh ya, nak tau cara guna LaF Water Bomb ni, boleh tonton video aku kat bawah ni ye...



Apa Kata Aku Tentang LaF Water Bomb Ampoule?

Aku dah guna LaF Water Bomb Ampoule ni lebih kurang dua minggu lebih.. Walaupun dalam tempoh yang agak singkat, aku dah rasai keseronokan menggunakan LaF Water Bomb ni... Jadi, aku dengan tak sabarnya nak kongsikan dengan korang testimoni aku sendiri.. Serius, sebelum ni memang kulit aku agak kering mungkin aku bekerja dalam aircond.. Tetapi lepas menggunakan LaF ni, kulit aku sentiasa lembab dan sangat selesa... Kalau tak sebelum ni, asal kulit kering jerk mula la rasa gatal-gatal..


Seperti yang aku katakan tadi, aku jadikan LaF ampoule ni sebagai makeup primer aku juga dan aku suka hasil makeup aku selepas menggunakan LaF ni.. Makeup nampak lebih cantik dan kulit nampak lebih flawless.. Paling best makeup tahan lama dan tak bercapuk.. Sebab tulah aku tak boleh tinggal rutin ampoule ni.. kalau aku skip, akan rasa kekurangan sesuatu pada muka aku.. Haha!!

Keseluruhannya memang aku sangatlah berpuashati dengan kesan LaF Water Bomb Ampoule ni.. Baru pakai 2 minggu dah nampak kesannya.. Jadi, aku sangat recommend korang guna LaF ni berbanding serum biasa.. Serius tak menyesal!!


Oklah, kalau korang nak dapatkan LaF Water Bomb Ampoule ni, bolehlah ke Guardian yang berhampiran atau boleh juga beli secara online di laman web Guardian sendiri... Harganya tidaklah mahal mana iaitu RM47++ sahaja...


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Instagram

Facebook



8 comments:

  1. anti wrinkle tu menarik nak dicuba.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. Ampoule ni sebenarnya apa ya..ada aloe vera leaf mesti best

    ReplyDelete
  3. Suke combination botol dye dgn pastel sticker tu.

    ReplyDelete
  4. Makin cantik kak lea sekarang. Rupanya ini rahsia akak ye hehe.

    ReplyDelete
  5. teringin nak try produk LaF yang kaler pink tu lawa jeee

    salam singgah https://bblogfeii.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. first time tahu pasal serum ni. Betul, banyak serum yang jenis melekit so agak tak selesa bila pakai

    ReplyDelete