Top Social

My Beauty Ginger, Red Ginseng & Rice Mask Dari My Product Co

Tuesday, August 07, 2018
My Beauty Ginger, Red Ginseng & Rice Mask Dari My Product Co  |  Dah agak lama aku tinggalkan zaman bertopeng aku.. Kalau dulu aku rajin sangat pakai mask sebab dulu banyak waktu terluang yang boleh aku manjakan diri aku.. Setelah sekian lama aku tak membelai wajah aku ini dengan kepingan mask, kali ni aku nekad untuk kembali segarkan wajah aku dengan My Beauty Ginger, Red Ginseng dan Rice Mask dari My Product Co. Best ke? Ok, jom aku story!


My Beauty Masks keluaran My Product Co ni ada tiga jenis tau iaitu :-
  • Rice Sheet Mask
  • Ginger Gold Gydrogel Mask
  • Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

Kalau korang nak tahu, My Beauty Masks ni adalah produk yang dibuat 100% di Korea yang dihasilkan daripada Ekstrak Madu semulajadi yang terkenal dengan vitamin, asid amino, mineral dan juga kepekatan aktioksidan yang mampu membersihkan dan melindungi kulit.. Mask ini juga telah diuji secara klinikal oleh dermatologi. Apa yang paling penting, My Beauty Mask ni bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti Formaldehyde, Paraben, Sulfate Amine, Mineral Oil, Benzyl Alcohol, Silicone, Coal Tar Dyes dan Animal-derived Ingredient. 

Ginger Gold Gydrogel Mask & Red Ginseng Gold Hydrogel Mask


Serius, sebelum ni aku memang tak pernah lagi pakai Hydrogel Mask.. Inilah kali pertama aku cuba mask jenis ni.. Selain mengandungi Ektrak Madu semulajadi, mask ini juga mengandungi 12.5ppm emas tulen yang mengandungi antioksidan bagi membantu mencegah penuaan kulit. 


Untuk cubaan pertama, aku memilih Ginger Gold Hydrogel Mask.. Serius, aku dah jatuh cinta dengan Ginger My Beauty Mask ni.. Tak dinafikan, pada mulanya agak sukar untuk aku lekatkan mask ni di muka aku dek kerana mask jenis ini agak lembut, lembik dan mudah koyak kerana teskturnya adalah kepingan gel.. Pemakaiannya haruslah berhati-hati ye.. Kalau terlalu ganas, bimbang mask terkoyak.. Hehe.. Sungguhpun begitu, selepas beberapa kali cubaan, aku berjaya memakainya dengan bergaya.. Haha!! Oh ya, kalau nak senang korang boleh pakai ketika baring.. Aku mengalami kesukaran mungkin memakainya dalam keadaan berdiri.. Kehkehkeh!! 


Hydrogel Mask ini mempunyai dua bahagian iaitu satu untuk bahagian mata dan satu lagi untuk bahagian bibir. Aku mulakan dengan memakai bahagian mata dahulu dan diikuti bahagian bibir.. Oh ye, Ginger dan Red Ginseng Mask ni baunya agak kuat sedikit terutamanya yang Red Ginseng.. Waaaa bau ginsengnya sangatlah kuat.. Haha!! Nasib baik aku masih boleh hadam baunya dan yang pasti ianya baik untuk kulit muka.. Nak cantik kenalah berkorban sikit kan.. Hiks..


Selepas 20 minit menggunakan Hydrogel Mask ni, aku dapat rasakan sedikit perbezaan pada kulit aku dimana ia lebih lembut dari biasa, lembap dan terasa segar.. Itulah yang bestnya pakai mask ni.. Lepas guna, muka akan rasa fresh dan selesa.. Aku sangat recommend korang guna kedua-dua jenis mask ni.. Antara kedua-dua jenis mask Hydrogel ni, aku suka Ginger Mask sebab masa pakai tu muka rasa sejuk.. Hehe..

Rice Sheet Mask


Rice Sheet Mask ini pula dihasilkan daripada beras dan juga Ekstrak Madu yang diperakui keberkesanannya dalam memutih dan menghilangkan kedutan pada kulit. Selain itu, ia juga membantu melembapkan kulit dan nutriennya pula membantu meningkatkan kualiti kulit. 


Rice Mask ni aku guna last sekali sebabnya aku dah biasa guna mask sebegini sebelum ini.. Sungguhpun begitu, aku tetap teruja untuk mencuba Rice Mask dari My Product Co ni.. Bau mask ni ofkoslah bau beras.. Walaupun bau beras tetapi baunya sangat menyenangkan dan sangat lembut pada muka.. 


Untuk memakai mask ini lebih mudah kerana teksturnya seperti sehelai tisu basah.. Sambil berdiri pun boleh pakai tau.. Hehe.. Ok, selepas 20 minit, aku dapat rasakan kulit muka aku sangat lembut, segar dan lebih cerah... Satu yang aku suka dengan Rice Mask ni, time aku pakai mask ni muka aku rasa sejuk sangat seolah-olah ada mint kat dalam mask ni.. Aku tak pastilah sama ada itu cuma perasaan aku sahaja atau memang mask ni memberi kesan penyejukan.. Tapi itulah yang aku rasa bilamana aku memakai Rice Mask ini.. Serius best!!

Jom Belai Wajah Dengan My Beauty Mask Dari My Product Co


Aku dah cuba! Korang bila lagi? Sekali sekala belai muka dengan mask apa salahnya kan.. Untuk mendapatkan kelainan, korang boleh cuba Hydrogel Mask.. Aku yakin korang pasti akan sukakannya.. Nak yang mudah dipakai dan memberi kesan pencerahan, hah boleh guna Rice Mask.. Gerenti wajah korang segar dan berseri lepas gunakannya.. Harga pun tak mahal hokeh!! 

HARGA MY BEAUTY MASKS

Rice Sheet Mask
RM28 / 3pcs

Hydrogel Gold Ginger
RM100 / 5pcs

Hyrogel Gold Red Ginseng
RM100 / 5pcs

Serius aku dah jatuh cinta dengan My Beauty Masks ni.. Lepas ni aku pasti akan menjadi pengguna setia mask keluaran My Product Co ni.. Kalau korang nak try juga, bolehlah dapatkan sekarang juga. Jom pakat belai wajah dengan My Beauty Mask dari My Product Co ini..

Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Instagram


13 comments on "My Beauty Ginger, Red Ginseng & Rice Mask Dari My Product Co"
  1. Pernah pakai yang rice mask. Lagi dua tu belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  2. ptt muka comey sokmo..ni rahsia dia.:)

    ReplyDelete
  3. Best kan..kita pun suka..
    Baru pkai yg ginger tu...mmg best..moist ja kulit lpas tu

    ReplyDelete
  4. lps pakai mask selalunya dpt kesan terus, kulit lembut serta merta..

    ReplyDelete
  5. macam best je..nanti nak cuba lahh

    ReplyDelete
  6. macam best nih :) bleh tryyy.. lama gak dah tinggal zaman topeng2 ni hehe

    ReplyDelete
  7. nampak menarik plak facial mask ni kan..

    ReplyDelete
  8. rajin Lea...akak part masking ni aduhaii...rasa bercinta nak pakai..tapi nak mulus mcm Lea jugak...huhu

    ReplyDelete
  9. Patut muka kak lea licin pakai mask sokmo.. Jelesnya kita hahaha

    ReplyDelete
  10. Best dapat pakai mask ini.. Relax dan berseri je muka..

    ReplyDelete
  11. Sangat sangat suka pakai mask. lepas pakai tu rasa kulit best giler!

    ReplyDelete