Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-day Blue Sun Lotion Dari Korea

Wednesday, August 9, 2017

Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-day Blue Sun Lotion Dari Korea  |  Assalamualaikum wbt... Hi Korang!! Rasa macam dah lama tak bersiaran dengan produk kecantikan kan.. Hari ni special sikit sebab aku nak kenalkan pada korang semua dengan satu jenama produk dari Korea.. Produk apakah itu?? Simple But Enough.. Itulah tagline bagi satu jenama produk korea iaitu Klairs.. Bagi peminat K-Beauty product rasanya dah familiar kot dengan jenama ni... Orite, baru-baru ni aku berpeluang mencuba 2 produk Klairs iaitu Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-day Blue Sun Lotion.. Ternyata aku sukakannya dan jatuh cinta dengannya.. hehe..


Ok, ini adalah antara produk Klairs yang dah aku cuba... Eh, macam banyak jerk?? Ok, yang dalam bekas putih bulat comel tu, Klairs Mochi BB Cushion manakala yang dalam tiub putih biru tu pula adalah Klairs Mid-day Blue Sun.. Selain itu, aku juga berpeluang mencuba 8 produk terbaik Klairs di dalam Klairs Trial Sample Set.. Yang dalam pek kecil tu lah Trial Sample Set tu.. Sebab itulah nampak banyak.. Hehe.. Oklah, jom aku kenalkan kat korang satu persatu produk Klairs yang dah aku cuba ni..

Klairs Mid-day Blue Sun Lotion


Klairs Mid-day Blue Sun Lotion dengan SPF40/PA++ ini diformulasikan dengan Guaiazulene bertindak sebagai sunblock untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya serta memberikan perlindungan dari haba matahari bagi menjaga kulit yang sensitif dari gelombang haba yang kuat.. Bagi mereka yang sukakan aktiviti outdoor, memang sangat sesuai menggunakan lotion ini.. Aku recommended sangat hokeh!! Lepas ni kalau aku perlu beraktiviti luar dibawah cahaya matahari yang terik, aku dah tak perlu risau sebab aku dah ada 'teman' untuk melindungi kulit aku ni.. hehe.. Oh ye, lotion ini sesuai untuk semua jenis kulit..


Apa yang menariknya lagi tentang Klairs Mid-day Blue Sun Lotion ni adalah ia juga boleh digunakan sebagai make-up base dengan tona warna yang natural.. Wahh 2 dalam 1 tu uolls.. Dalam pada dijadikan make-up base, dapat juga melindungi kulit muka dari sinaran uv kan.. Memang terbaik..!! Paling penting, lotion ni tak mengeringkan kulit sebaliknya melembapkan kulit.. Firstime aku cuba pun aku dah jatuh cinta dengannya sebab warnanya nampak natural, tidak melekit dan tidak berminyak serta memberi effect glowing pada kulit wajah..

Cara Penggunaan
  • Pastikan pakai 15 minit sebelum keluar
  • Untuk make-up base, aku suggest pakai toner yang korang biasa guna dulu, lepas tu baru pakai Klairs Mid-day Blue Sun Lotion dan seterusnya make up macam biasa... 
  • Kalau korang berjemur tengah panas terlalu lama, pastikan korang apply Klairs Mid-day Blue Sun Lotion setiap 2 jam sekali..
Mudahkan.. Jom layan video ni dulu sebelum ke produk kedua... Hiks..



Klairs Mochi BB Cushion


Firstime tengok kotak Klairs Mochi BB Cushion ni, aku dah teruja.. Mane taknya, kotaknya sangatlah simple design nya tetapi tetap nampak eksklusif dimata aku.. Comel pulak tu.. Bertambah-tambah comel bila tengok isi dalamnya.. Klairs Mochi BB Cushion dengan case nya yang berbentuk bulat dan berwarna putih yang superb cute... Rasa sayang pulak nak guna tau... 


Eceli aku memang seorang pengguna tegar BB Cushion.. Setakat ni dah banyak juga brand yang aku dah cuba.. Tapi Klairs Mochi BB Cushion memberi satu kelainan pada aku berbeza dengan yang pernah aku pakai sebelum ni.. Kenapa aku kata Mochi BB Cushion ni berbeza dari yang lain? Kerana Klairs Mochi BB Cushion ini direka khas sebagai balm-type product yang menjadikan teksturnya lebih baik berbanding cecair di mana ia mampu menutup liang-liang roma pada kulit menjadikan kulit nampak halus, lembut dan natural... Wajah pun akan nampak lebih fresh dan flawless.. Berbeza dengan sesetengah jenama yang lain, bila di apply akan nampak bercapuk dan tidak sekata.. Paling aku suka tentang Mochi BB Cushion ni, ia tahan lebih lama dan tidak berminyak..

Mudah dibuat isian semula

Satu lagi yang menarik tentang Mochi BB Cushion ni yang korang perlu tahu, ia direka dalam bentuk bekas mudah alih yang boleh dan senang untuk dibuat isian semula dan dilengkapi dengan built-in cap case yang lebih hygenic... Pact nya juga adalah portable dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.. Ini bermakna korang dah boleh save bajet dari membeli yang baru.. Hanya perlu beli refill dan masukkan dalam case lama.. Jimatkan.. 

Sticker penutup yang sangat kemas

Built in cap case yang lebih hygenic

Tone Warna Apricot-Beige

Mochi BB Cushion ini didatangkan dalam tone warna Apricot-Beige yang dapat menaturalkan kesan merah pada kulit wajah dan sekali gus menjadikan kulit wajah lebih sekata, flawless dan fresh... 

Itulah yang membezakan Mochi BB Cushion ni dengan yang lain.. Firstime pakai rasa tak percaya aku tengah pakai BB Cushion sebab rasa sangat ringan dan natural.. I luv it!!! 

Jom tonton video ini dulu.. Klairs Mochi BB Cushion Review..



Klairs Trial Sample Set


Orite, selain 2 produk tadi, aku juga berkesempatan juga mencuba 8 lagi produk terbaik Klairs dalam bentuk Trial Sample Kit ni... Setiap sample mengandungi 3ml product... Dengan adanya Trial Sample Set ni, korang boleh cuba setiap produk yang ada.. Kiranya macam try n error la dulu bagi pengguna baru.. Kalau sesuai boleh terus beli pek yang besarkan.. Kalau tak sesuai dengan kulit korang sekurang-kurangnya korang tak rugi dengan hanya membeli Trial Sample set ni... Tapi aku yakin korang akan jatuh hati dengan produk Klairs ni kerana produk Klairs ni tiada bahan kimia yang merbahaya dan selamat digunakan.... Sesuai untuk semua jenis kulit..

Antara sample produk yang ada dalam trial kit ini adalah :-
  • Midnight Blue Calming Cream
  • Supple Preparation All-Over Lotion
  • Midday Blue Sun Lotion SPF40/PA++
  • Illuminating Supple Blemish Cream SPF40/PA++
  • Rich Moist Soothing Cream
  • Gentle Black Deep Cleansing Oil
  • Supple Preparation Facial Toner
  • Rich Moist Soothing Serum

Jom tonton video lagi.. Yeahh!!



Dapatkan Produk Klairs Sekarang!!

Kalau korang berminat untuk mencuba produk Klairs dari Korea ni, korang boleh dapatkannya secara online atau offline di store yang terpilih.. 

Bagi korang yang suka bershopping secara online, produk Klairs juga boleh didapati di laman web Hermo Malaysia..

Untuk maklumat lanjut tentang produk Klairs ini boleh layari :-

Website Klairs

Website Hermo Malaysia
https://goo.gl/kg3uKA

Instagram
https://www.instagram.com/hermomy/





13 comments:

  1. sweetnya warna bedak ni....macam best jer..

    ReplyDelete
  2. Comelnya betuk Klairs Mochi BB Cushoin nie..

    ReplyDelete
  3. Comelnya packaging dia lea. Geram lak ana tgk. Rasa mcm nk grab satu pula :)

    ReplyDelete
  4. first time e'in dengar pasal produk nie.. comel je bekas bedak die tu..

    ReplyDelete
  5. mek tk try lagi. biasa guna laneige je, mgkin bleh try yg ni after dah habis :)

    ReplyDelete
  6. Lelaki boleh pakai tak Lea? Hihi

    ReplyDelete
  7. Mochi BB Cushion Klairs ni texture dia paling best setakat ni. Hehe. Tapi sedih sikit sbb shade dia kurang sesuai dengan my face. Too bright for my skin.. sayangnya..

    http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/08/review-klairs-mid-day-blue-sun-lotion.html

    ReplyDelete
  8. Adoi hai.. Cute nya.. Beli sebab cute boleh tak.. Hehehe.. First time dengar produk nie..

    ReplyDelete
  9. Packaging comel gilerr. Thanks Lea share sal produk ni. Baru tahu.

    ReplyDelete
  10. baru tahu pasal produk ni... tpi pack di sweet je tau

    ReplyDelete
  11. kenapa cantik+comel sangat casing cushion tu 😩 teraasa nak beli

    ReplyDelete