Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com

Friday, November 10, 2017

14 comments
Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com  |  Giveaway time!! Blogger Mia Liana buat giveaway lagi.. Kali ni hadiahnya merupakan ole-ole dari Brunei.. Wahh kalau dah ole-ole tu mesti pelekat peti pun ada kan.. Haha.. Jadi jangan lepas peluang ni, moh kita join... Mane tau ada rezeki menang, bolehlah hiasi peti aku tu dengan FM dari brunei pulak.. Insyaallah.. Jom kita mula...


Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

Jom pakat join weh.. Kite support giveaway Blogger Mia ni..


Read More

Cipta Detik “Scent-sasi” Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum

6 comments
Cipta Detik “Scent-sasi” Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum  |  Wangian dengan wanita memang tak dapat dipisahkan.. Memang sifat semulajadi wanita yang sukakan pada wangi-wangian.. Atau ada yang tak suka pada wangian?? Agak pelik disitu ye.. Hehe.. Macam aku sendiri memang sukakan wangian.. Tetapi haruslah yang tidak 'menyiksa' deria bau aku ni.. Aku sukakan bau yang lembut dan dapat menenangkan.. Lagi pun dalam Islam sendiri tak menggalakkan kita memakai wangian yang terlalu kuat baunya sehingga dapat menarik perhatian orang lain terutama yang bukan muhrim.. Hah gitu... Jadi, aku teruja dengan wangian terbaru dari Enchanteur yang sentiasa memenuhi ciri-ciri wangian yang aku suka.. Jom cipta detik "Scent-sasi" dengan Enchanteur Paris Petite Parfum bersama aku..

enchanteur, enchanteur paris, petite parfum, minyak wangi tahan lama, minyak wangi, perfume, mini perfume
Cipta Detik “Scent-sasi” Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum

Kali ni Enchanteur hadir dengan 'handbag' comel yang didalamnya terdapat 4 jenis mini perfume yang diberi nama Enchanteur Paris Petite Parfum... Semuanya wangi-wangi belaka dan aku suka dengan harumannya yang lembut dan menenangkan.. Sememangnya dari dulu lagi aku adalah pengguna produk Enchanteur.. Dari mandian hinggalah ke perfumenya... Tak perlu beli jenama mahal kerana dengan Enchanteur pun aku dapat menikmati haruman yang setanding jenama antarabangsa... Ok, jom aku cerita sikit tentang Enchanteur Paris Petite Parfum ni.. Mesti korang tak sabar-sabar kan nak tahu.. Hiks..


ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris.. Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorang wanita..

Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain mereka akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, mereka akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu mereka ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.


ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usahasama bersama pencipta wangian Perancis, Enchanteur menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian Enchanteur Paris, iaitu Belle Amour dan Adore serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.


Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.


Ada 4 haruman yang berbeza iaitu Jolie (Lovely), Cheri (Darling), Belle Amour (Beautiful Love) dan Adore (Adorable)... Keempat-empat wangian ni aku suka.. Kalau tanya aku yang mana sangat- sangat-sangatttttt aku suka, aku suka wangian Jolie.. Kenapa? Sebab aromanya sangatlah lembut hokeh!! Orite, jom kenal dengan kesemua wangian dari Enchanteur Paris Petite Parfum ni..

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely) 


Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.  

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling) 


Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love) 


Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.      

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable) 


Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.   


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.  

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram




Read More

Goodreads | 2017 Reading Challenge Tercapai

Tuesday, November 7, 2017

18 comments
Goodreads | 2017 Reading Challenge Tercapai  |  Di awal November dan akan beranjak ke Disember nanti.. Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke penghujung tahun 2017.. Terlalu pantas masa berlalu sekarang ni kan.. Dunia akhir zaman.. Allahuakbar.. Ok, sepertimana yang korang tahu (bagi yang tahu la.. haha!!), aku ni memang suka membaca dan kali ni aku nak kongsikan kegembiraan aku dimana aku dah capai target membaca aku untuk tahun ni.. Yeahh 2017 Reading Challenge di Goodreads aku tercapai sepenuhnya..


Ok, untuk tahun 2017 ni aku sahut cabaran membaca sebanyak 30 buah buku setahun... Mungkin bagi korang itu adalah jumlah yang terlalu kecil dan sedikit.. Tapi bagi aku yang menghadapi kekangan masa ni, 30 buah buku tu pun menjadi agak besar jumlahnya.. Jika dilihat kengkawan aku yang turut serta dalam Goodreads Reading Challenge ni, jumlah buku mereka agak besar berbanding aku.. Ada yang sampai beratus-ratus buku untuk setahun.. Memang aku tabik spring pada mereka.. Macam mana lah agaknya dorang bahagi masa yek.. Hiks..


Aku masih punya masa sebulan lebih untuk sampai ke penghujung tahun.. Jadi, ada masa lagi untuk aku menambah baik bilangan bacaan aku.. Tapi yang pastinya aku dah berjaya habiskan 30 buah buku dengan jayanya... Tahun depan aku cuba tambah jumlahnya di awal tahun.. Buku apa yang aku dah baca tu? Jom tengok sesama..


Opsss terlebih sebuah buku.. Hehe.. Sekarang ni aku tengah gagahkan diri untuk habiskan Koleksi Novel Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid... Harapan aku agar aku dapat habiskan dalam tahun ni jugak sebab tahun depan dah nak mula dengan novel yang lain.. Biasa la aku ni kalau baca novel kena ada ketenangan.. Senyap sunyi.. Tiada gangguan.. Kalau keadaan yang bising dan tak selesa memang aku tak baca.. Tu sebab aku agak lambat untuk habiskan sesebuah buku..


Read More

Giveway Pertama Dari Blog IrdaGarmin

16 comments
Giveway Pertama Dari Blog IrdaGarmin  |  Orite, malam ni sekali lagik aku nak join giveaway.. Entry kerja dah settle, jadi time free cenggini kita cari giveaway yang boleh disertai.. Kali ni aku tertarik dengan giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Irda Garmin.. Kenapa aku tertarik?? Haaa nak tau sebabnya?? Yeahhh sebabnya Giveaway Pertama Dari Blog IrdaGarmin ini menawarkan hadiah buku motivasi buat para pemenangnya.. Harusssss join!! 

Ada yang nak join ke tu? Nak join, klik jerk banner kat atas ni yek..

Orite, giveaway ni syaratnya sangatlah simple.. Cuma perlu follow blog dan facebook page Irda.. Mudah gile kot.. Rasanya aku dah lama follow blog Irda ni.. Tapi tak ingatlah bila.. Bila dah tersebut 'tak ingat' tu bermakna dah lama la aku follow.. haha!! Facebook page beliau pun dah aku follow.. Settle!!

Hurmm kalau dulu aku selalu jugak singgah blog Irda ni dok baca entry tentang banking... (Sekarang jerk tak de masa nak blogwalking blog Irda malahan blog kengkawan yang lain jugak... Hadoiyai.. Sorry sangat yek uolls).. Banyak yang aku dapat dari blog beliau... Mungkin disebabkan sebelum ni beliau bekerja di dalam sektor perbanking, sebab tu banyak entry sebegitu di blog beliau.. Bagi aku sangatlah bagus sebab apa yang kite tak tahu tentang bank, kita akan tahu di blog Irda ni.. Thankz Irda..

Ok, dalam banyak-banyak entry dalam blog beliau, aku suka entry ni ---> Berakhirnya khidmat di CIMB BANK selepas hampir 13 tahun ... Bila baca, aku rasa macam aku pulak yang nak berhenti kerja.. Pastukan tetiba rasa sebak.. Haha.. Teruk bebenooo aku punye feeling.. Hiks.. 

Oklah, bagi korang yang nak join giveaway ni, boleh la join sekarang.. Mane tahukan dapat menang buku motivasi DR.HM Tuah Iskandar AL Haj... Jom pakat-pakat join deh..

Tarikh Akhir
04 Disember 2017





Read More

SweetRoyale Stevia Halal Dari Pharmaniaga

Monday, November 6, 2017

7 comments
SweetRoyale Stevia Halal Dari Pharmaniaga  |  Bagi mereka yang menjaga kesihatan mahupun ingin mengurangkan berat badan, rasanya ada yang telah mengamalkan pengambilan stevia sebagai pemanis di dalam minuman dan makanan kan.. Kenapa stevia, tak pemanis lain? Haaa sebabnya Stevia ni banyak manfaatnya.. Keunikan gula stevia itu sendiri membuatkan ia jauh lebih baik berbanding gula pasir yang diperbuat daripada tebu.. Tak hairanlah di pasaran sekarang, terdapat lambakan produk pemanis stevia dari pelbagai jenama.. Kali ni aku nak perkenalkan kat korang satu produk keluaran sebuah syarikat GLC farmaseutikal yang terbesar di Malaysia iaitu Pharmaniaga.. Produk apakah? Stevia Sweetener SweetRoyale Stevia halal dari Pharmaniaga...

SweetRoyale Stevia halal, Stevia Sweetener, SweetRoyale, pharmaniaga, Stevia halal, stevia original, pemanis stevia,

Memandangkan produk stevia sweetener ini telah menjadi trend dan terdapat lambakan produk ini dipasaran sekarang, maka aku sarankan agar korang lebih berhati-hati dan semak terlebih dahulu sebelum membeli mana-mana produk stevia sweetener kerana terdapat banyak produk pemanis stevia tiruan di luar sana.. Bila dah tiruan, sudah pastinya ianya bahaya untuk digunakan.. Jadi berhati-hati ya...!!


Agar korang tidak terjebak dengan pemanis stevia tiruan, maka disini aku ingin kongsikan dengan korang tentang pemanis stevia yang selamat dan halal digunakan iaitu Sweet Royale Stevia Sweetener dari Pharmaniaga..


Kenapa SweetRoyale bukan yang lain?

SweetRoyale adalah pemanis berasaskan stevia yang menggabungkan bahan-bahan terpilih untuk memberikan anda rasa manis yang sama seperti gula tetapi rendah kalori.. Berdiri dengan slogannya - 'Rasa Manis Unik Sejati' ... Unik? Apa yang uniknya? Nahh mesti korang pun tertanya-tanya kan apa yang uniknya dengan SweetRoyale ini.. Mari kita lihat keunikan yang ada pada SweetRoyale Stevia Sweetener ini..
  • Diformulasikan oleh pakar-pakar yang diiktiraf serta ujian makmal dilakukan dengan penuh terperinci
  • Formula yang diperbaharui dengan menggunakan Stevia bergred tinggi bagi rasa yang unik dan kurang pahit
  • Setiap 2 gram SweetRoyale menawarkan rasa manis sejajar dengan 2 sudu teh gula.
  • Diperkenalkan dalam bentuk serbuk seperti gula, bukan cecair bagi mengatasi masalah kontaminasi.
  • Antara yang termurah dan mampu milik serta mudah dibawa kemana-mana kerana didatangkan dalam bentuk sachet..
  • Disahkan HALAL oleh JAKIM ( No. Halal : MS1500:2009, 1071-02/2017)


SweetRoyale ini didatangkan dalam bentuk sachet yang mudah dibawa kemana-mana sahaja dan boleh dibancuh dengan minuman atau makanan kegemaran korang.. Korang boleh bancuh SweetRoyale ni sama ada dengan minuman sejuk atau panas.. Kedua-duanya pun boleh.. Macam aku, hanya bancuh dalam air panas sebab aku masih berpantang minum air sejuk.. hehe.. Ok, penggunaan yang disyorkan adalah satu paket SweetRoyale untuk kemanisan 2 sudu teh gula.. Moh tengok bidido aku bancuh air teh 'o' dengan SweetRoyale ni.. Nyumm nyumm..


Antara bahan-bahan yang terkandung dalam SweetRoyale ini adalah Erythritol, Xylitol, Stevia, Anti-caking Agent as Permitted Food Conditioner dan Oligo Fructose.

Testimoni Pengguna SweetRoyale





Nampaknya artis Malaysia pun menggunakan SweetRoyale ni.. Inilah rahsia artis-artis Malaysia seperti Scha Al-Yahya, Syarifah Sakinah dan Nisha Ezzati kekal cantik, langsing dan sihat.. Mereka sudah... Aku pun sudah.. Korang bila lagi?? Hiks..


Bagaimana untuk dapatkan SweetRoyale?

Bagi korang yang berminat untuk mendapatkan SweetRoyale yang superb sedap ini, korang bolehlah dapatkannya dari :-

Agent SweetRoyale Stevia
Whatsapp  : 013-473 1696

COD area Shah Alam/Kuala Lumpur atau Pos ke Seluruh Malaysia

Harga
Pos : RM 15.90 + Postage
COD : RM 17.00


Atau boleh didapati 
di semua cawangan Farmasi RoyalePharma seluruh Malaysia

Farmasi RoyalePharma Seksyen 7 Shah Alam
Farmasi RoyalePharma Quill City Mall
Farmasi RoyalePharma MyTown
Farmasi RoyalePharma Vista Alam
Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok
Farmasi Royale Pharma Bangi

Harga bagi setiap kotak SweetRoyale Stevia adalah seperti di bawah : -

RM 17 pembelian di kedai 
* Perubahan harga tertakluk kepada promosi atau acara

RM 15.90 pembelian melalui kedai dalam talian tidak termasuk pos



SweetRoyale juga boleh dibeli secara online di website RoyalePharma



Selain itu, korang boleh dapatkan produk ini di Lazada, 11Street dan Shopee!!


Jadi, apa tunggu lagi!! Jom dapatkan SweetRoyale Stevia Sweeter ini sekarang untuk hidup yang lebih sihat disamping kekal cantik dan langsing... Kita mampu mengubahnya.. 


Read More