Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta  |  Lama dah tak update tentang blog kesayangan aku ni.. Mungkin sebelum ni tak ada ape yang nak diceritakan tapi kali ni ada sesuatu yang mengejutkan aku dimana aku sendiri tak sedar.. Hehe.. Baru sat tadi aku perasan yang total pageviews blog aku ni dah mencecah ke angka 1 JUTA..!! 

Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta, pageview, total pageviews, blog lea azleeya

Sebenarnya aku sendiri pun tak sangka pv blog aku ni boleh mencecah ke angka 1 Juta... Alhamdulillah masih ada yang sudi singgah ke blog picisan aku ni.. hihi.. 


Aku mula berblogging since 2013.. Itu pun hanya sekadar suka-suka dan hanya untuk menjadikan blog ni sebagai story book kisah hidup aku.. Tapi siapa sangka, akhirnya dengan berblogging ni aku dapat pergi lebih jauh sampai ke tahap sekarang.. 

Pada mula penglibatan aku dalam dunia blog ni, aku banyak join giveaway untuk tambahkan follower.. Kadang-kadang update story apa yang patut.. Ada masanya idea entah kemana sampaikan blog aku terbiar sepi terlalu lama.. Paling aku suka, menghias blog aku menjadi secantik yang mungkin walaupun pada waktu tu aku belum tahu kemana arah tuju blog aku ni.. Aku masih mencari-cari tujuannya..

Banyak kali juga aku tukar template blog.. Ada yang aku tempah dan ada jugak yang aku edit sendiri.. Aku mula belajar main dengan coding blog.. Mula-mula study pasal coding ni, sampai aku sakit kepala... Susah gile kot.. Dan akhirnya, aku pandailah sikit-sikit walaupun caca marba.. Huhu.. Selepas aku lebih yakin dengan blog aku ni, barulah aku membeli template yang lebih matang.. Seperti sekarang.. Matang ke? Hahaha..

Blog aku mendapat perhatian dan kepercayaan dari PR dan client baru saja lagi sebenarnya.. Aku mula membuat duit dengan blog aku ni kalau tak silap bermula awal tahun 2016.. Alhamdulillah berkat sokongan kengkawan blogger, aku dapat job untuk blog aku ni.. TQ kengkawan blogger yang banyak bantu aku bangkit dulu.. Jasa korang tak pernah aku lupa.. Insyaallah.. Tak yah la ye mention nama kat sini.. Hehe.. Biolah aku simpan aje nama mereka dalam hati aku ni.. Wahaha ayat aku syahdu betul..

TQ juga kepada PR yang percaya akan blog aku ni.. Insyaallah aku akan cuba yang terbaik bila ada yang memberi kepercayaan kepada blog aku ni.. 

Follower Blog Lea Azleeya Semakin Meningkat


Alhamdulillah, follower blog aku pun semakin meningkat dari hari ke hari.. TQ kepada yang sudi follow dan baca blog aku ni.. Ada masa tu, aku tak sempat nak buat jejak balas.. Almaklumlah aku ni partime blogger aje.. Siang aku kerja.. Malam baru ada masa untuk berblog... Jadi, bila jadual aku padat, memang aku tak punya masa nak jejak balas.. Nak blogwalking pun susah.. Insyallah kalau ada kelapangan aku akan buat jejak balas dan akan follow back blog kengkawan yang mana dah follow blog aku... Insyaallah..

Senang Ke Jadi Blogger Ni?



Best la ko jadi blogger... Dapat barang free.. 

Seronok la ko jadi blogger, dapat bayaran job... 

Huhuhu antara ayat yang selalu kedengaran kat telinga aku mahupun dok lalu-lalang kat mata aku bilamana aku baca wasap.. Tak senang diknon nak capai tahap ni.. Bertahun-tahun makan masa untuk meraih kepercayaan client.. Apa yang penting kene berusaha dan terus berusaha untuk majukan diri dan blog.. Ayat nak kene cantekkkk baru orang suka.. Buat kerja nak kena betul-betul baru orang percaya.. Kalau main cincai aje, sape nak kasi job kan..

Sebab tu aku cakap, jadi blogger ni bukannya mudah.. Bukannya sekelip mata boleh berjaya.. Bukan sekelip mata aje boleh femes (bukan aku.. haha).. Contohnya, macam blogger-blogger yang dah femes sekarang ni, diorang tu semua bermula dari bawah dengan tak ada apa-apa.. Dorang berusaha sampai tahap dah femes sekarang seperti Dr. Fatin Liyana, Nisa Kay, Cik Epal, Yuyu Zalikha, Irine Nadia dan ramai lagi lah.. 

Aku berblogging ni bukanlah untuk mengejar glemer tetapi cukuplah sekadar aku boleh jadikan dunia blogging ni sebagai punca pendapatan sampinganuntuk keluarga aku.. Doakan aku ye kengkawan.. Hehe..


17 comments on "Total Pageviews Blog Lea Azleeya Cecah 1 Juta"
  1. InshaAllah. Semoga Blog Lea boleh menjadi punca pendapatan sampingan buat Lea dan keluarga :)

    Banyak tu PV dah mencecah 1 juta! Congrats Lea!! Siqah pun teruja baca 1 juta. Jauh lagi blog SIqah nak sampai tahap tu. Doakan juga ye :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah...Insyallah..semoga terus berblogging walau apa orang kata...nak mencapai ke tahap yang lebih tinggi memang susahh..Janji jangan putus asa

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. rezeki takkan salah alamat kalau kita usaha, lea.
    tahniah dari aida... sesungguhnya aida penyumbang la jugak ke arah 1juta tu hi hi hi.
    bangga jap dgn diri sendiri.
    teruskan menulis & promote perkara baik-baik. kita tak tahu mana satu yang akan bw kita ke syurga kan :)
    aida tak ke arah menjadikan blog tu pendapatan sgt,lea.
    kerana memang tak dpt beri komitmen. lagipon, ada dpt jemputan sebelum ni kononnyer nak aktif, but semua event di KL. sedih hati. nak buat entri, memang awal2 surrender, lea hi hi hi... komitmen tu penting. kan?

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan..salam ziarah & follow di sini..

    tahniah yer sis..kita berblog dgn ikhlas insyaallah ada manfaat untuk semua.. :)

    follower #720

    ReplyDelete
  5. Wah, tahniah Lea...Tunjuk ajarku sifu... Semoga terus sukses dalam dunia blogging ini...

    ReplyDelete
  6. Seronoknya tengok. Ntah bila nak tengok ira punya pun macam tu huhu. Tahniah Kak Lea :)

    ReplyDelete
  7. tahniah lea!!!template sekarang cun!!all the best lea!!

    ReplyDelete
  8. congrats....all the best for future!! share tips sket camne nk tmbhkan PV tuu

    ReplyDelete
  9. Yeah!! Tahniah Lea.. terus berblog tau.. jangan give up..

    ReplyDelete