Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia  |  Assalamualaikum wbt.. Hi korang.. Setelah penat memerah otak untuk menyelesaikan kerja menulis artikel, kita relaxkan minda dengan menyertai segmen dan giveaway anjuran kengkawan blogger.. Dah kenapa aku asyik join giveaway dan segmen aje yek sejak kebelakangan ni.. Tak de artikel baru ke? Hehe bukan tak ade, tetapi proses mengambil dan mengedit gambar tu agak memakan masa.. Jadi, ianya memerlukan waktu yang agak panjang untuk diselesaikan dek kerana ada tanggungjawab lagi besar harus digalas.. 

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia, blogger malaysia, segmen, giveaway, leaazleeya, blogger pantai timur
Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Sebagai blogger memang memerlukan masa yang agak lama untuk dihabiskan di hadapan PC mahupun Laptop.. Tambahan pula dengan adanya lambakan job review yang perlu diselesaikan.. Buat masa ni, semua job review aku dah selesai dan aku boleh tumpukan lebih masa aku buat si kecil.. Hiks.. Ok, kali ni aku agak teruja dengan Segmen Suai Kenal Blogger Seluruh Malaysia anjuran Blogger Sofie ni.. Ini adalah kali pertama aku join segmen yang sebegini.. Teringin jugak nak mengenali semua blogger yang ada di Malaysia ni.. Pasti banyak pengalaman yang dapat dikongsi bersama dalam dunia blogging ni kan.. 

Ada ke blogger yang nak kenal dengan aku yang sekadar blogger picisan ni.. Hehe.. Oklah, tak nak bebel panjang-panjang, jom kenali blogger dari Kuantan, Pahang ini.. 

Siapa Lea Azleeya?


Ya aku adalah seorang blogger.. Berasal dari Kuantan, Pahang.. Mula terjun ke dunia blogging ni pada bulan kelahiran aku iaitu bulan Jun tahun 2013.. Rentetan dari kisah hidup aku sebelum dan diketika itu yang penuh dengan liku, tergerak hati aku untuk membuka sebuah akaun blog untuk aku luahkan dan abadikan segala dugaan hidup yang pernah dan akan aku lalui.. Itulah permulaan cerita bagaimana aku boleh ada sebuah blog yang pada hari ini merupakan punca rezeki bagi aku dan keluarga.. 

Sebenarnya tak terluah pun kisah aku diblog ni.. Bila nak menaip kisah hidup, pasti rasa terbantut jari jemari untuk teruskan taipan.. Hehe.. Itu bermakna tuhan tak redha apa yang aku nak buat.. Alhamdulillah, kisah hidup aku masih mampu aku simpan dalam hati sebagai kenangan dan sebagai panduan serta pengajaran untuk aku baiki segala kesilapan yang lalu.. 

Aku pun tak menyangka yang aku boleh sampai ke tahap ini dalam dunia blogging ni.. Mengenali ramai blogger-blogger hebat, dapat rezeki melalui blog dan paling best banyak ilmu yang aku dapat sepanjang aku menceburkan diri dalam dunia yang penuh dengan keajaiban ni.. Pada awal penglibatan aku, aku lebih banyak join giveaway dan segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger dan sekali sekala aku sendiri yang anjurkan giveaway buat rakan-rakan blogger.. Alhamdulillah dapat sambutan.. Masa tu aku belum tahu arah tuju blog aku dan masih tercari-cari identiti diri..

Sampai satu tahap aku merasa lelah untuk terus berkeadaan sebegitu dan aku mencari bahan yang boleh dibuat artikel.. Contohnya isu semasa, lagu, filem dan sebagainya.. Untuk menulis aktiviti yang aku lakukan, memang aku seorang yang jarang-jarang beraktiviti sama ada bersama keluarga mahupun kengkawan.. Aku adalah seorang yang membosankan.. Haha.. Ada juga sekali dua aku review tempat makan yang aku pergi.. Dan ada juga aku up resepi masakan yang aku masak.. Aku tak pandai masak sangat pun sebenarnya.. Kalau pandai masak, maka banjirlah blog aku ni dengan resepi.. Hehe..

Lama kelamaan aku telah jumpa apa yang aku suka.. Buku.. Ya aku suka membaca.. Jadi bermulalah halaman blog aku ini dihiasi dengan review novel dan buku-buku yang aku baca.. Dan aku masih juga mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan artikel yang berlainan setiap masa.. Dalam masa yang sama aku juga review barang-barang yang aku beli... Sehinggalah aku dipelawa untuk membuat review produk.. Alhamdulillah, bermula saat itu rezeki aku mula bertambah.. Tak banyak pun sikit pasti ada.. Kalau korang nak tahu, aku baru saja aktif buat review produk ni.. Aku mula dapat banyak jemputan review produk bermula pertengahan tahun 2016.. Itu juga berkat dari pertolongan rakan-rakan blogger yang aku kenal.. Mereka banyak bantu aku untuk mendapatkan job review.. Tq ye kengkawan.. Sayang kamu ketat-ketat..

Sekarang aku masih lagi bertatih untuk memantapkan blog aku yang tak berapa nak mantap ni.. Banyak kali jugak aku tukar tamplate blog.. Dulu aku guna sotskirt.blogspot.com dan telah ditukar ke domain untuk menampakkan blog lebih gah kononnya dengan www.leaazleeya.com.. Untuk menukar domain ni pun kemain susah nak pilih nama yang sesuai.. Berkat dari sergahan dari seorang kawan, aku guna nama aku sendiri.. Haha.. Kejam sungguh.. Kikiki..

Aku harap dimasa-masa akan datang, aku dapat memeriahkan lagi blog aku ni dengan artikel yang lebih baik dan bagus.. Sekaligus mencari rezeki halal melaluinya.. Moga dibukakan pintu rezeki aku dan keluarga dengan adanya blog ni.. Insyaallah.. Oh ya, aku adalah seorang isteri kepada seorang suami.. Haha dan seorang ummi kepada 2 orang putera yang comel lagik encem.. Hiks.. Oklah, itu saja tentang diri aku, Lea Azleeya - Blogger picisan dari Kuantan, Pahang belah Pantai Timur..

Untuk menyertai segmen ini,


11 comments on "Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia"
  1. Hi Sis Lea. Hehe. Ika datang dari segmen yang sama. Salam perkenalan kali kedua tiga empat haha.
    https://ikashoid.blogspot.my/2017/11/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
  2. Seorang ummi kepada 2 orang putera yang comel lagik encem.. cute la Lea ayat ni....

    ReplyDelete
  3. saya pon dari kuantan jugak..hihihi. Dari tulis saja saja.. dah jadi pendapatan.Tahniah lea! nak ikot jejak lea la..hehehe. Murah rezeki lea bersama anak anak.

    ReplyDelete
  4. ya Allah sis! saya rasa mcm jumpa geng๐Ÿ˜ ! sbb sy pun suka membaca cuma aktif review kat ig je. hehehe. nti bolehlah kita share2 rekomen buku. saya pun suka jgk baca review dri sis ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete