Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah

Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah  |  Nak tahu tak cam mana aku boleh terbeli novel ni? Sekolah Bernama Kehidupan karya Asmar Shah... Aku beli novel ni dari penulis Muhammad Fatrim sebenarnya.. Novel preloved dengan harga RM10 sahaja.. Beliau buat iklan kat fb beliau.. Banyak jugak novel preloved yang dijual.. Tapi aku beli sebuah aje.. Sebab judul novel ini menarik minat aku untuk membelinya.. Aku rasa ada sesuatu disebalik tajuk tersebut... 

Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah
Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah

Korang rasa, dengan tajuk camni apa yang korang boleh bayangkan?? Mesti yang dapat mengagak dengan tepatkan.. Tapi bila baca novel ni, ianya akan memberikan korang satu perasaan yang sangat sayu, pilu dan korang akan membayangkannya dan mula berfikir-fikir nasib orang disekeliling korang.. Mungkin kita rasa kita dah teruk sangat kehidupan.. Susah sangat kehidupan.. Rupanya masih ramai yang lebih teruk dan susah dari kita.. Tapi bagaimana dorang boleh teruskan hidup? Dalam kelompok yang bernasib malang.. Serba daif.. Bayangkanlah.. Huhuhu..


SINOPSIS SEKOLAH BERNAMA KEHIDUPAN
*************

Seperti biasa aku sediakan sinopsis buku ni dalam bentuk gambar.. Hehe.. Korang baca la ye.. Jari jemari aku yang terlebih runcing ni, sangat malas nak menaip.. Haha!! Novel ni aku baca pada 21 Mei 2017 dan selesai pada 23 Mei 2017... Orite, jom tengok review tulus aku pulak tentang novel ni...


REVIEW AKU
****

Sekolah Bernama Kehidupan

My rating: 4 of 5 stars

Sekolah Bernama Kehidupan.. Permulaan bacaan aku rasa tak berapa menarik dengan ceritanya kerana berkisarkan kisah budak-budak kampung yang tiada arah tuju.. Tapi aku gagahkan jugak membacanya sebab dah belikan, rugi kalau tak habiskan... Semakin lama aku baca semakin menyentuh jiwa.. Aku dapat selami sebuah kehidupan yang mengajar anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa tentang erti sebuah kehidupan walaupun tidak bersekolah sehinggakan ada part-part dalam buku ni membuatkan aku menitiskan air mata..

Novel ni mengisahkan kehidupan 3 orang kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan di kawasan sandakan, sabah yang cuba belajar bedikari... Seorang punya dokumen diri.. manakala 2 orang lagi tiada dokumen diri.. Ibarat seperi pelarian.. Bila ada serbuan daripada pihak berkuasa, maka bertempiaranlah mereka lari selamatkan diri.. Kisah mereka bekerja mencari rezeki.. Kisah mereka yang terlalu ingin pergi kesekolah tapi dokumen diri tiada membuatkan mereka terpaksa redha dengan keadaan itu.. Di tangkap pihak berkuasa dan dihantar ke negara masing-masing.. Sedangkan keluarga kandung berada di sandakan kerana mereka ada dokumen diri.. Bayangkan seorang kanak-kanak terpaksa berjauhan dengan keluarga kandung seorang diri dan dihantar di negara yang dia sendiri tak pernah sampai di sana.. Huhuhu..

Tahniah buat penulis - Asmar Shah kerana menulis karya yang sangat menyentuh perasaan dan membuatkan aku terpikir tentang kehidupan orang yang susah.. Terbaik.. Cuma yang part last sekali, rasa tak puas hati sebab Liu tak berjumpa juga dengan keluarga kandungnya setelah 15 tahun berlalu.. Huwaaaa.. kecewaaaa... Tapi novel ni memang best..


17 comments on "Review Novel | Sekolah Bernama Kehidupan By Asmar Shah"
  1. Ya Allah..mesti pedih menyayat hati cerita ni..boleh terasa pulak bila baca sinopsis yg anak2 ni ditempatkan didaerah asing bagi diaorg..sendirian..m

    ReplyDelete
  2. jalan cerita memang best,rasa lama dah tak membaca buku
    Jom join segmen mudah di blog kisahsidairy.
    Boleh klik sini ~ Segmen : Bloglist kisahsidairy.com June 2017~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik eda.. Jom baca.. InsyaALLAH eda, nnti lea join ye..

      Delete
  3. nampak buku ni ramai kawan share dekat FB buat rasa teringin nak baca.

    Alhamdulillah kita manusia yang bila fikir balik sangat beruntung sebab ada rumah dan peluang untuk belajar. sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Masih ramai kat luar sana tak bernasib baik... Lebih teruk dari kita.. :(

      Delete
  4. Lea. Siqah tak boleh nak baca review Lea dalam kotak tu. tak boleh view full kotak. Buku ni nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe siqah tengok thru phone ek?? lea dah buang kotak.. Thankz siqah cz tegur.. Kalau tak memang tak tahu tu..

      Delete
  5. Baca sipnosis pun rasa macam sayu jea hati nie, kena carilah buku nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari shikin.. Best buku ni.. Ada kelainannya tersendiri..

      Delete
  6. macam best tapi bulan puasa akak slow jap baca buku gini.. fokus nan satu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas puasa kak ita, kite pulun buku cenggini pulak..

      Delete
  7. Tajuk dan sinopsis yang menarik.. 👍
    Sedihh 😭

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum awak..saya singgah..dan follow sini...salam ukhuwah ::)

    ReplyDelete
  9. Baca sinopsis je dah tergoda.. camne nie.. i jeles..

    ReplyDelete